Isnin, 28 Februari 2011

Desir Angin Boleh Dikawal????

Komunikasi yang lebih diutamakan adakah di antara :

Rakyat dengan rakyat?

Kerajaan dengan rakyat?

Kerajaan dengan pelabur?


Adakah media bersedia mengambil sifat pendidik berbanding polis dan tentera?

Wujudkah Neokon bagi dekad Mellinium apabila isu nilai mata wang tidak didominasi?



Desir angin daun-daun gerguguran...

Bukankah ini fitrah alam dan menjadi tabiat rupa diri manusia yang tidak kekal?



Apakah erti menyandang kejuaraan tanpa terbukanya gelanggang selain memenuhi skrip?

Adakah rantau teluk akan melakukannya menuju ke 2022?

Adakah kerananya kita akan memerlukan peperangan atau kefahaman atau permusuhan pada kegagalan ‘komuniti eliet’ mengurus kepimpinan tatkala mereka menguasai kekayaan sumber?

Selepas dekad 2020 inikah yang akan diskripkan?


Kekurangan sumber bermakna kekurangan pekerjaan tatkala masih ada komuniti yang berpendapatan?


Adakah Davos upaya mentermakan minda sebagai revolusi dengan generasi sebagai cagaran oleh tuntutan berpendapatan bagi ‘merealitikan’ masyarakat baru tidak boleh lagi memilih pekerjaan apabila pasaran pendidikan hanya menjadi ‘perniagaan’ yang tidak sepenuhnya menjanjikan atau menjamin pekerjaan kepada semua graduan?


Boleh bertanya dikau berpena menggunakan bahasa apa?

Khamis, 24 Februari 2011

Doktor Azrin says, 'life sux sometimes'.

Hari ini dia marah setelah semalam dia membisu. Bagaimanakah tubuh yang kecil itu upaya membawa beban kemarahan yang upaya pula merisikokan pesakitnya? Di dalam hati saya mendoakannya agar tidak dipengaruhi oleh keaktifan kromosom dan autosom yang sedang dihadapinya (betulkah?) Hanya dia sahaja yang dapat menjawabnya.


Terfikir juga dengan tempuh masa lamanya dia menjadi pelajar menjadikan dia perlu menyempurnakan tempuh sepuluh tahunnya untuk berada di dalam perkhidmatan kerajaan.

Agar dia dapat membayangkan senyuman saya saat ini.


Pendidikan dengan kos yang tinggi bagaimanakah didepani oleh rakyat di negara membangun yang menjadikan lanjutan pengajian di luar negara bagi ijazah pertama yang berhadapan dengan tukaran nilai wang diposisikan kerasionalan penanggungan hutang andai pengajian tidak berjaya disempurnakan?


Kejiwaan saya sangat tertekan apabila terpaksa memadamkan radio pada setiap petang Khamis di antara jam 1- 4 sebagai tanda protes ke atas kemampuan saya untuk memilih yang cuba ditindas.


Lebih tertindan jiwa tenang saya apabila sehingga lama manakah penggloblalisasian nilai dollar menjadikan mereka saling bersaing untuk mentadbir dunia.


Benar sesekali perlu dilafazkan 'life sux sometimes' seperti luahnya tadi.

Selasa, 22 Februari 2011

Brno 4

Menyusuri jalan dan lorong dari hotel penginapan ke stesyen terminal pengangkutan awamnya, cara susun bangunan yang seawal 1930 atau lebih lama lagi bangunanan didirikan telah menzahirkan (istana lama Spilberk yang berada di hadapan hotel mulai dibina sejak kurun ke 13) kaedah memaksimumkan penggunaan tanah untuk pembangunan, tatkala melihat lingkaran jajaran bangunan kediaman bertingkat-tingkat berpusar mengikut lingkungan kontor yang menyusun ciri dan bentuk penampilan sifat binaan reka bina bangunannya. Ia juga seakan-akan menunjukkan laras ke arah penggunaan tenaga yang dioptimumkan kadar pengeluarannya, apabila jenis batuan yang menjadi dinding kebanyakan bangunan adalah lebih besar dari saiz batu bata.


Rupa dan ciri persamaan bangunan-bangunan di Brno juga Praha di sepanjang kesempatan menyusurinya membuat diri memahami sememangnya wujud kota kristian sejak berjayanya tamadun manusia dibina.


Adakah negara-negara dibina berasaskan laras agama hanya pada ciri fizikalnya sahaja buat penganut Kristian? Kepada siapakah ingin diusulkan pertanyaan agar tidak ada curiga yang menjadi balasannya?


Sesuai dengan kesan cuaca, pemaksimum sumber bahan binaan kekuatan apakah yang menjadi garis ukurnya bangunan-bangunan ini berjaya diilhamkan sebegitu rupa?

Begitulah minda ini terus berkata-kata tanpa upaya disuarakan dengan bicara.

Bimbangkah dikau thanaif?

Cemuhan teja merempuh kubu istighfar ku saat tiba-tiba teringin mengucap puji melihat Keadilan Tuhan menganugerah akal kepada pereka cipta dan juru bina yang mengilustrasikan lukisan yang dapat didirikan menjadi bangunan yang indah.


Sisi pandang terhadap kota kristian apakah juga akan dicela tatkala anggaran pada hitungan angka-angka bagi diadaptasikan pada seni reka yang mengidentitikan ciri agama telah turut juga dilakukan oleh Abu Raihan Al-Biruni, teja?

Di manakah waris zuriat Al-Biruni yang disejarahkan sebagai individu yang berasal dari Uzbekistan.

Bukahkah sejarah adalah realiti tatkala asas-asas bagi keintelektualan Al-Biruni ialah biometik?


(Usah didakwa saya menyokong pembinaan menara-menara billion ringgit untuk para pelabur dan kaum pemodal sehingga pendapatan tidak setimpal penanggungan kosnya)


Kedapatan banyak bangunan lama gereja yang masih digunakan terjajar berhampiran di antara satu sama lain sama seperti pembinaan masjid-masjid yang saling berdekatan di kebanyakan bandar di Doha ini.

Ia membayangkan setiap kilo meter dari keluasan bandar ini masing-masing mempunyai komuniti kecil yang masih ke gereja. Ia dibuktikan apabila selama dua belas hari di sini hanya dua kali pemandangan orang mudanya saling berintim erat di khalayak. Satu pandnagan yang menyentuh akal untuk terus berbicara.

Uniknya pula saya tidak menemukan paderi atau rahib wanita selama di sini.

Entah di mana mereka.

Khamis, 17 Februari 2011

Brno 3 (Sabar Ketika Mengenang Masyarakat Arab)

Setibanya di hotel yang ditetapkan oleh pihak ABB kami berasa amat kerdil di mata petugas yang menyatakan pada mulanya tidak ada penempahan bilik buat kami.

(Jika ABB ada masalah apa kaitannya dengan suami yang hanya menjadi 'kuli' bukan pengurus yang menduduki 'Directing Board')


Saya sudah mulai tersenyum. Suami masih dengan sifat sabarnya mengeluarkan dokumen perjalanan kami bagi mengesahkan tujuannya ke situ
.

Setelah enam jam perjalanan yang dimulai pada dinihari waktu sepi membelah malam, kami masih berdiri-berdiri dengan senyuman meski hati dilamun ngilu menyentuh sanubari.


Pakaian sayakah menjadikan perjalanan suami tidak lancar sebagaimana sebelumnya?

Atau wajah yang tidak berkacukan ini menjadikan paras saya kelihatan asing?

Kami pada mulanya diminta menunggu sehingga jam 2 petang untuk menantikan kekosongan bilik yang ditempah oleh majikan pelanggan setugas suami.

Setelah mendarat sekitar jam 6 pagi waktu Brno kami menambah perjalanan menggunakan kenderaan lebih dua jam dari Vienna untuk ke Brno.

Kegagalan bagi dipekakan pada perbezaan waktu dan masa tiba dan mendaratnya bakal-bakal penghuni di sesebuah lokasi penginapan ada saatnya upaya menjadikan kelelahan semakin berat untuk digalas sehingga lesu itu turut mengunjungi kamar-kamar sesalur pembuluh yang kehilangan oksigennya.


Kami berbalas senyum.

Suami meminta agar bilik yang hanya untuk seorang penginap diberikan sebuah lagi katil kerana kami benar-benar kepenatan dan hanya mahu melelapkan mata bagi dihimpun semula carikan reja-reja lesu yang diladungi oleh amarah yang kami rasionalkan dengan kalimah sabar.

Rohani kami sering nyaman dengan ungkapan sabar.

Apalah yang ada pada kalimah sad ba ra ini?

Emosi kami menjadi intelek.

Celik di dalam kesukaran yang dirumitkan oleh perasaan untuk diundang jiwa insan menemani kamar-kamar hati.


Udara panas gurun yang ditinggalkan di lapangan terbang Vienna tidak menjadikan jasmani kami hangat meski dipeluk oleh kedinginan hawa yang mencecah kurang dari 10 selsius.


Dan paling terasa teruja apabila kami mengunjungi ruang untuk bersarapan yang telah sedia dipenuhi oleh penginap yang lainnya, terasa seperti mereka terlihat makhluk asing dari planet lain apabila kami mengambil tempat yang hanya kosong di bahagian belakang.

Kamar menjadi senyap seketika sebelum kembali menjadi normal.

Wajah-wajah kacukkan bukan menjadi paras rupa saya berbanding suami.Mungkin saya tidak membiasakan diri menelan telur ayam kampung bagi menaikkan seri.
Jati diri saya yang asli seperti digeruni.
muhahahhaahahahha.


Jadi mengapa menukarkan rupa orang lain dengan orang lain yang lain sedangkan orang lain itu tidak boleh menjadi orang lain kerana setiap orang lain berbeza dengan orang lain?


Lalu kami hanya bersarapan di dalam bilik sahaja lantaran saya tidak sedia untuk turun seawal 7 pagi untuk bersarapan bersama suami yang ke tempat kerjanya jam 8 pagi.

Sementelahan jenis makanan yang hanya boleh buat kami adalah roti dan salad selain makanan dari jenis laut seperti tuna dan salmon.

Imbasan semasa mengunjungi Europa lebih 17 tahun yang lalu menyerlahkan persamaan stuasi yang masih wujud apabila menyentuh tentang makanan..

Kami bukan vegeterian tetapi akan menjadi vegeterian apabila berada di negara bukan muslim kerana kami hanya mengambil makanan halal sahaja.

Dan makanan halal tidak menjadi menu yang disediakan di hotel-hotel tempat kami menginap selama berada di Czech.


Kembali minda saya menyurat sita kesumat.

Bagaimana penyajian makanan halal masih tidak memasuki hotel-hotel di Eropah dan tidak ditemui jualan daging bertanda halal sementelahan produk beberapa negara di Amerika Selatan upaya ditemui dijual di premis di tempat permaustautinan kami yang berupa daging burung puyuh yang didatangkan dari Brazil tatkala Brazil bukan negara muslim.



"Bumi Allah jugakan",pujuk hati saya tatkala setiap pagi suami bertanya saya mahukan telur dadar atau telor setengah masak yang dimakan bersama pelbagai jenis roti yang lazat apabila dimakan begitu sahaja.

Sepuluh hari hanya memakan roti sebagai sarapan pagi?

Mungkin penduduk di teluk boleh menerimanya kerana mereka masyarakat yang menjadi peminat kepada makan yang disumberkan oleh tenusu. Secara umumnya cheese dan keju serta kek menjadi sarapan orang kaya.


Selera masyarakat Teluk masih tidak berjaya menukar selera saya yang masih kekal dengan selera di mana saya didewasakan.

Ulangan Lagi?

Terfikir sesekali apakah yang upaya 'pemilik gelar' lakukan tatkala tiada lagi sokongan wang pendanaan?

Maksud dikau wujudkah masyarakat yang disponsor? Di mana?

Di America menerusi permahkotaan keuniversalan.

Lelaki-lelaki yang menjadi penganjurnyakah?

Wanita juga.

Bolehkah diketahui benarkah permahkotaan begini perlu memenuhi syarat?

Siapakah yang menetapkan syarat itu?

Penaja.

Semua wanita mu sedia mengiktiraf syarat memperolehi mahkota?

Maksud mu benar-benar terjadi penyerahan diri untuk berjaya dimahkotakan?


Siapakah yang mahu menafikan fakta ini apabila tidak ada penafian ianya tidak berlaku dan wujud laras-laras penanda 'kemurahan maruah' apabila kecantikkan dan kejelitaan seseorang wanita sedia dijadikan simbol oleh lelakinya dengan garapan kerendahan nilai-nilai moral?


Ya, saya juga sesekali tertanya apakah dengan membawa gelaran sahaja sudah upaya menjadikan kita unggul?


Penggenderan juga perlukan pencerahan baru?

Rabu, 16 Februari 2011

"You Are Dead Man And I Am Still Having My Life Because I Am Not A Dreamer As You


Semalam saya melihat karenah pemandu-pemandu yang digaji oleh majikan mereka dan cara pemanduan anak yang menambahkan penurunan rasa penghormatan terhadap etika pemanduan di bandar ini.


Apakah sesuai jalan raya yang hanya ada dua dan tiga lorong dengan lingkaran jalinannya yang bersusur beberapa lorong keluar dan agak dekat dengan bulatan-bulatan yang darjah selekohnya berberingkan lebih 90 darjah menjadi medan untuk masing-masing beraksi dengan skil pemanduan mengikut kuasa kuda enjin kenderaan?


Apakah tuan dan puan kenderaan tempatan memahami masalah yang mungkin dihadapi oleh kenderaan-kenderaan lain yang turut memiliki hak pemanduan misalnya kesakitan atau keperluan lain yang tidak diduga bagi mereka merendahkan sedikit ketuanan yang dimiliki itu supaya tidak wujud konflik di antaranya dengan kami?


Minda ini tidak berhenti bersuara bagaimanakah menghormati dan memelihara kebebasan apabila pihak Tuan dan Cik Puan tidak upaya dan tidak sedia mempelajari perbezaan yang kita semua saling miliki?


Bukan sekali dua pengalaman 'menyakitkan hati' ini ditemui malah sudah berkali-kali di mana pernah oleh ledakan emosi yang perlu dirembeskan kami sekeluarga ditahan oleh kenderaan tempatan berplet angkakan 263700 yang mengakui mereka adalah polis ekoran dari kemarahannya terhadap kami yang tidak mengendahkan 'flash' lampunya dihormati.


Waktu itu kami berada di dalam perjalanan pulang dari Al-Fuwairit yang gelap dan sempit laluannya oleh kerana di sepanjang jalan raya itu masih di bawah penyelenggaraan pembinaannya.


Apakah kami atau pemandu kenderaan itu mahu atau enggan melihat papan tanda had kelajuan yang bertanda 80km pada saat itu?


Atau tanda isyarat jari sememangnya menjadi kuat-kuasa undang-undang bagi pihak tempatan mempunyai alasan untuk mengusir mana-mana pekerja asing yang bersama menyumbangkan kemahiran atau kebolehan dan tenaga untuk membangunkan negara mereka atau seribu yang pergi dan berjuta yang sedia datang sebagai pengganti masih menjadi tema menjelang 2022?


Saya tersenyum apabila melihat pemandu kenderaan buatan Germany itu menutup setiap kesempatan untuk kenderaan kami memilih lorong apabila kenderaannya berada di hadapan kenderaan kami sebagai tanda menunjuk kuasa dan amat percaya andai dibuat aduan ke polis pasti kami yang akan menerima segala hukuman berdasarkan kami hanya pekerja asing yang bukan berasal dari Amerika atau Eropah.


Dan seorang wanita tempatan yang memberikan arahan kepada pemandu yang digajinya untuk 'mepsiko' kami
.


Lantaran minda dan seluruh jiwa saya dijalari oleh kesakitan dek bengkak gusi yang tidak upaya ditahan saya telah menunjukkan jari hantu kepada wanita dan pamandu itu.


Rasanya mereka tidak akan berasa tersinggung kerana saya melakukan tata susila dari budaya yang mahu dijadikan sebahagian dari pembinaan kemodenan masyarakat muslim di dunia Islam.


Entah bila saya boleh memandu sendiri kenderaan yang dimiliki oleh suami dan anak lelaki setelah berada lima tahun di sini.

Sabtu, 12 Februari 2011

Juwita

Maaf duhai Juwita

Langgam kita nahunya masih tidak sempurna untuk saling dierat dakab manisnya mesra

Rima-rimanya masih berbaitkan kepedihan oleh ngilu sengsara

Laras patah kalimahnya belum dipintal anyaman dek luka jari tertusuk duri.



Payah Juwita

Menahan gigitan sembilu yang halusnya bak hama

Bukankah masih ada bahasa yang dicatat masih tidak secantik rasa

Bukankah masih berbaki lakaran yang dilukis basahnya dilarang disentuh jari.



Aduhai Juwita

Usah menyangga luluh yang dirasa dengan memaksa

Mesra setiakah hanya kerana ceria?

Pemurahkah hanya kerana budi dan bahasa?


Usah menyiksa diri kita Juwita

Aktiviti diwacana oleh jasa

Akan apa jadinya?


Usah begitu Juwita

Suara batin menindan suara zahir

Luruh berguguran nanti ialah kasih yang tidak terlahir

Karisma minda akan di mana kita arcakan

Saat gigil sekawan hati

Rimbakah menjadi hulur yang disaji?

Kebulur marhaen di tangan siapa cela dan mungkirnya janji?

Sakit si miskin mahu diujar mundur oleh ilmu yang tidak dipasarkan dengan gaji?

Iman tidakkah pengukur penjimatan tatkala pembaziran itu dirangkul rakus oleh pangkuan ímprealis' berbaris lapis kroni?



Juwita

Mahu mu dipanggil dengan seruan apa

Tatkala Hamman masih dilahirkan dengan khazanah marhaen

Agama digusari menjadi revolusi

Demokrasi pula masih dipuja dengan ilmiah siasat kaji bicara

Mana hati dan jiwa mu Juwita?

Wabak virus pada kulit hitam yang melepuh berurung waris beluncas

Kulit yang sama juga yang sentiasa meriah bersamba dansa bagai rerama

Pada sukar dan derita mereka juga yang sama diarak berjamu selera di menara dunia.




Kitakah yang layak didakwa wahai Juwita?

Isnin, 7 Februari 2011

Belajar Bahasa Asing

I will never change because of any one.



I am a good muslimah.



I never drink alcohol, never smoke, never eat pig or snake or ants, never take drug, no sex without married, not taking others money, not taking rasuah or deviden (don't have account in bank), do not have a boy friend.



I pray five times a day and fasting on Ramadhan.



My husband pay for me zakah.



I already perform haj during month of Zulhijjah.



Could you please tell me why should i change?



I do not have to change except i do have to change corrupt leadership.


Ketawalah.






Let me be on my own not with your desire on my own life.

Jumaat, 4 Februari 2011

Minda Saya Masih Di Sana

Saat berada di Prague diri mencuba melunasi ungkapan Encik Peter Demetz di dalam Parague In Danger yang digabung-kaitkan dengan susunan bicara penjelasan dari Encik Stephen Klimczuk dan Encik Gerald Warner of Craigenmaddie.


Adakah England dan Amerika tercabar apabila ada di antara negara-negara Eropa kekal tidak melihat keperluan menjadikan English sebagai bahasa pilihan pertama?

Saya teringin melihat wajah jelita itu memasamkan mukanya.


Jumlah interaksi radio bagi mubaligh Kristian melebihi puluhan ribu di angkasa menerusi gelombang sederhana frekuensi. Soalah ini tersimpan di dalam lipatan hati tatkala mengikuti irama-irama putaran penyampai radio yang diikuti.


Wajah-wajah itu sememangnya tidak pernah bersedia untuk menunjukkan wajah.


Apabila mendominasi sumber-sumber berita kita menggagalkan Millenium untuk dilalui.


Kepada siapa ujaran mu itu ditujukan? Saya mendengar dia bersuara.


Badan Penyiaran tertua di dunia.


Mengapa?


Masih menghukum mereka yang berfahaman komunis sedangkan liberalisme juga telah melahirkan diktator? Adakah sosialis masih dilihat bersendikan komunis tatkala Tuan/Puan masih berpendirian untuk mewujudkan konsep satu yakni penyatuan terhadap makna demokrasi itu?
Tidak sukar untuk memahami pakatan politik tuan-tuan itu terhadap makna ekonomi apabila mereka masih mempromosikan pilihan-pilihan yang mereka mahukan tanpa memperakui sebenar-benarnya kebebasan dan kuasa rakyat untuk membuat pilihan adalah tanpa perlu 'endorsemend' mana-mana pihak.


How To Protect People? Dia tersenyum manja.

Kebebasan kemerdekaan sesebuah negara itu itu TIDAK MEMERLUKAN PERLINDUNGAN DAN PENAUNGAN NEGARA LUAR.This is the way how to understand the threat.


Mengapa mereka masih meviruskan ujaran saya?