Rabu, 16 Februari 2011

"You Are Dead Man And I Am Still Having My Life Because I Am Not A Dreamer As You


Semalam saya melihat karenah pemandu-pemandu yang digaji oleh majikan mereka dan cara pemanduan anak yang menambahkan penurunan rasa penghormatan terhadap etika pemanduan di bandar ini.


Apakah sesuai jalan raya yang hanya ada dua dan tiga lorong dengan lingkaran jalinannya yang bersusur beberapa lorong keluar dan agak dekat dengan bulatan-bulatan yang darjah selekohnya berberingkan lebih 90 darjah menjadi medan untuk masing-masing beraksi dengan skil pemanduan mengikut kuasa kuda enjin kenderaan?


Apakah tuan dan puan kenderaan tempatan memahami masalah yang mungkin dihadapi oleh kenderaan-kenderaan lain yang turut memiliki hak pemanduan misalnya kesakitan atau keperluan lain yang tidak diduga bagi mereka merendahkan sedikit ketuanan yang dimiliki itu supaya tidak wujud konflik di antaranya dengan kami?


Minda ini tidak berhenti bersuara bagaimanakah menghormati dan memelihara kebebasan apabila pihak Tuan dan Cik Puan tidak upaya dan tidak sedia mempelajari perbezaan yang kita semua saling miliki?


Bukan sekali dua pengalaman 'menyakitkan hati' ini ditemui malah sudah berkali-kali di mana pernah oleh ledakan emosi yang perlu dirembeskan kami sekeluarga ditahan oleh kenderaan tempatan berplet angkakan 263700 yang mengakui mereka adalah polis ekoran dari kemarahannya terhadap kami yang tidak mengendahkan 'flash' lampunya dihormati.


Waktu itu kami berada di dalam perjalanan pulang dari Al-Fuwairit yang gelap dan sempit laluannya oleh kerana di sepanjang jalan raya itu masih di bawah penyelenggaraan pembinaannya.


Apakah kami atau pemandu kenderaan itu mahu atau enggan melihat papan tanda had kelajuan yang bertanda 80km pada saat itu?


Atau tanda isyarat jari sememangnya menjadi kuat-kuasa undang-undang bagi pihak tempatan mempunyai alasan untuk mengusir mana-mana pekerja asing yang bersama menyumbangkan kemahiran atau kebolehan dan tenaga untuk membangunkan negara mereka atau seribu yang pergi dan berjuta yang sedia datang sebagai pengganti masih menjadi tema menjelang 2022?


Saya tersenyum apabila melihat pemandu kenderaan buatan Germany itu menutup setiap kesempatan untuk kenderaan kami memilih lorong apabila kenderaannya berada di hadapan kenderaan kami sebagai tanda menunjuk kuasa dan amat percaya andai dibuat aduan ke polis pasti kami yang akan menerima segala hukuman berdasarkan kami hanya pekerja asing yang bukan berasal dari Amerika atau Eropah.


Dan seorang wanita tempatan yang memberikan arahan kepada pemandu yang digajinya untuk 'mepsiko' kami
.


Lantaran minda dan seluruh jiwa saya dijalari oleh kesakitan dek bengkak gusi yang tidak upaya ditahan saya telah menunjukkan jari hantu kepada wanita dan pamandu itu.


Rasanya mereka tidak akan berasa tersinggung kerana saya melakukan tata susila dari budaya yang mahu dijadikan sebahagian dari pembinaan kemodenan masyarakat muslim di dunia Islam.


Entah bila saya boleh memandu sendiri kenderaan yang dimiliki oleh suami dan anak lelaki setelah berada lima tahun di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan