Khamis, 24 Februari 2011

Doktor Azrin says, 'life sux sometimes'.

Hari ini dia marah setelah semalam dia membisu. Bagaimanakah tubuh yang kecil itu upaya membawa beban kemarahan yang upaya pula merisikokan pesakitnya? Di dalam hati saya mendoakannya agar tidak dipengaruhi oleh keaktifan kromosom dan autosom yang sedang dihadapinya (betulkah?) Hanya dia sahaja yang dapat menjawabnya.


Terfikir juga dengan tempuh masa lamanya dia menjadi pelajar menjadikan dia perlu menyempurnakan tempuh sepuluh tahunnya untuk berada di dalam perkhidmatan kerajaan.

Agar dia dapat membayangkan senyuman saya saat ini.


Pendidikan dengan kos yang tinggi bagaimanakah didepani oleh rakyat di negara membangun yang menjadikan lanjutan pengajian di luar negara bagi ijazah pertama yang berhadapan dengan tukaran nilai wang diposisikan kerasionalan penanggungan hutang andai pengajian tidak berjaya disempurnakan?


Kejiwaan saya sangat tertekan apabila terpaksa memadamkan radio pada setiap petang Khamis di antara jam 1- 4 sebagai tanda protes ke atas kemampuan saya untuk memilih yang cuba ditindas.


Lebih tertindan jiwa tenang saya apabila sehingga lama manakah penggloblalisasian nilai dollar menjadikan mereka saling bersaing untuk mentadbir dunia.


Benar sesekali perlu dilafazkan 'life sux sometimes' seperti luahnya tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan