Selasa, 22 Februari 2011

Brno 4

Menyusuri jalan dan lorong dari hotel penginapan ke stesyen terminal pengangkutan awamnya, cara susun bangunan yang seawal 1930 atau lebih lama lagi bangunanan didirikan telah menzahirkan (istana lama Spilberk yang berada di hadapan hotel mulai dibina sejak kurun ke 13) kaedah memaksimumkan penggunaan tanah untuk pembangunan, tatkala melihat lingkaran jajaran bangunan kediaman bertingkat-tingkat berpusar mengikut lingkungan kontor yang menyusun ciri dan bentuk penampilan sifat binaan reka bina bangunannya. Ia juga seakan-akan menunjukkan laras ke arah penggunaan tenaga yang dioptimumkan kadar pengeluarannya, apabila jenis batuan yang menjadi dinding kebanyakan bangunan adalah lebih besar dari saiz batu bata.


Rupa dan ciri persamaan bangunan-bangunan di Brno juga Praha di sepanjang kesempatan menyusurinya membuat diri memahami sememangnya wujud kota kristian sejak berjayanya tamadun manusia dibina.


Adakah negara-negara dibina berasaskan laras agama hanya pada ciri fizikalnya sahaja buat penganut Kristian? Kepada siapakah ingin diusulkan pertanyaan agar tidak ada curiga yang menjadi balasannya?


Sesuai dengan kesan cuaca, pemaksimum sumber bahan binaan kekuatan apakah yang menjadi garis ukurnya bangunan-bangunan ini berjaya diilhamkan sebegitu rupa?

Begitulah minda ini terus berkata-kata tanpa upaya disuarakan dengan bicara.

Bimbangkah dikau thanaif?

Cemuhan teja merempuh kubu istighfar ku saat tiba-tiba teringin mengucap puji melihat Keadilan Tuhan menganugerah akal kepada pereka cipta dan juru bina yang mengilustrasikan lukisan yang dapat didirikan menjadi bangunan yang indah.


Sisi pandang terhadap kota kristian apakah juga akan dicela tatkala anggaran pada hitungan angka-angka bagi diadaptasikan pada seni reka yang mengidentitikan ciri agama telah turut juga dilakukan oleh Abu Raihan Al-Biruni, teja?

Di manakah waris zuriat Al-Biruni yang disejarahkan sebagai individu yang berasal dari Uzbekistan.

Bukahkah sejarah adalah realiti tatkala asas-asas bagi keintelektualan Al-Biruni ialah biometik?


(Usah didakwa saya menyokong pembinaan menara-menara billion ringgit untuk para pelabur dan kaum pemodal sehingga pendapatan tidak setimpal penanggungan kosnya)


Kedapatan banyak bangunan lama gereja yang masih digunakan terjajar berhampiran di antara satu sama lain sama seperti pembinaan masjid-masjid yang saling berdekatan di kebanyakan bandar di Doha ini.

Ia membayangkan setiap kilo meter dari keluasan bandar ini masing-masing mempunyai komuniti kecil yang masih ke gereja. Ia dibuktikan apabila selama dua belas hari di sini hanya dua kali pemandangan orang mudanya saling berintim erat di khalayak. Satu pandnagan yang menyentuh akal untuk terus berbicara.

Uniknya pula saya tidak menemukan paderi atau rahib wanita selama di sini.

Entah di mana mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan