Khamis, 29 November 2012

Global Di Jari Tanpa Etika?


Terlalu banyak yang dibaca saat menduduki 'madrasah' An Nisaa. Membaca wanita sebagai sebuah sekolah menyeiringkan keperluan wanita mempunyai wali. Minda tenggelam dengan keharuan mencari syariah sebagai realiti. Lalu tidak tersua hasrat yang bernyala untuk mencatat...
 
Saat dan tatkala itu juga dinukilkan beberapa kalimat untuk dijadikan ayat yang tidak ingin dihasad walau dengan apa pun niat.

Siapakah yang silap untuk kekal menggagalkan Turki menjadi sebahagian anggota negara Eropah tatkala Kesatuan Liga Arab tidak mengingininya?

Jika ingin menyifatkan demokrasi eropah sebagai yang tertua untuk diambil proses kematangan perlaksanaannya, kegagalan mengakui Turki sebagai negara yang upaya mengunggulkan eropah sangat merugikan.

Ia juga menjelaskan untuk dihayati bagaimana kalangan orang muda yang cenderung untuk membuka kemasukan pihak luar semasa Turki menguasai semenanjung Al Jazirah Arab telah merugikan negara-negara teluk oleh kekal enggan mengakui Turki sebagai egara yang dekat dengan mereka.

Mengapakah kesan peninggalan Turki tidak dapat dilihat di Al-Jazirah Arab yang bermaksud kita sebagai generasi selepas perang dunia kedua tidak dapat melihat lakaran empayar Khalifah Othmaniah setelah kita sekaan-akan menolak lakaran nukilan kerajaan Abbasiah oleh kesediaan kita mengekalkan perseteruan dengan Iran.

J
Versi Inggeris menggunakan terjemahan google :


We are wrong to derail Turkey become part of members of the EU.

 

Does Europe the oldest democracy to emulate?

 

Failure to recognize Turkey as an EU member state is detrimental to the europe.

 

Does the implementation of justice law subject to individual or community on the importance of power need be preserved?

 

It explains how young people are likely to open the entry of outsiders while Turkey dominated the peninsula at the expense of al jazeera arab gulf countries remain reluctant to admit Turkey as a country that is close to them.

 

Why Turkish relics cannot be seen in Al-Jazirah Arab which means we as a generation after World War 2 cannot view thumbnails Ottoman Caliphate empire after we rejected sketches Abbasid government writings by our willingness to maintain hostilities with Iran.

 

This means that democracy in parties who have failed to follow suit?
 
Lebih jauh dari itu penaakulan terhadap konsep pelancongan saya berbeza dengan konsep pelancongan 'anda'.
Jika wujud penawaran sifat haiwan untuk kemanusiaan dengan wujudnya persisiran pantai tanpa pakaian saya sedia menawarkan persisiran pantai yang memisahkan antara wanita dan lelaki jika ia perlu menjadi tuntutan mereka yang beragama.
Namun anda wajar tahu dengan pengawasan satelit dan wilayah yang meletakkan radar untuk dikawal kesemua sistem pengkomputeran upaya mendedahkan aurat wanita meskipun mereka sekadar bersendirian berada di hadapan skrin komputer peribadi mereka.
Masihkah sedia imbas terhadap pantai yang memisahkan antara gender di Iran lebih enam tahun yang lalu?
Bukankah ia tidak melibatkan akidah?
Tidakkah memiliki pantai yang memisahkan antara di gender itu tidak melibatkan soal akidah?
Saya bukan pengamal atau pengikut fahaman syiah.
 
Seandai antara kita sedia mengilmiahkan perbezaan kita dengan yahudi mengapa dibina tembuk untuk mengintelekkan ummat tentang perbezaan syiah dengan sunnah waljamaah?

Ini bukan fokus saya kerana ketiadaan ilmu dan kelayakan - jadi apa isu anda yang berada di sini yang bersembunyi di balik nama atau gender?
 


 

 

Khamis, 15 November 2012

Selamat Tahun Baru

Catatan 'Laila' sempena tahun baru 1434 khas buat rakan-rakan di Mozah Centre dan Maryam Centre

Sepinya tahun baru mu
Sunyinya
Heningnya
Damainya
Tenangnya...

Bagaikan hijrah itu bukan penanda jenama mu
Bagaikan hijrah itu tidak terjadi di bumi mu
Bagaikan hijrah itu bukan pembina jati diri mu berbudaya
Bagaikan hijrah itu bukan kalimat dari bahasa mu
Bagaikan hijrah itu bukan dimensi mercu pengubah dunia...


Sepinya tahun baru mu.


Apakah Muharram bukan kalimat laras bahasa mu
Tatkala ia muncul setelah malam mencetak alam
Semalam Zulhijjah menyerbak wangi
Kini Muharram mu sepi
Kelmarin
Hari-hari Tasyrik mu gempita dengan ucap talbiah
Kini Muharram mu menjadi sunyi
Sehingga daku mencari-cari haruman wangi talbiah itu
Tatkala Muharram 1434 perlu disusun urus seganding fikrah Nabi Yusuf
7 tahun menanam sebelum 7 tahun menuai...


Bukankah Buruj bukan 'burj'?
Tatkala bebintang adalah At-Thoriq
Pemalu angkasa.

Upayakah kita saling curiga tatkala Al-Qalam mu ku telaah tanpa pura-pura
Tanpa hasad
Tanpa iri
Tanpa khianah

Tatkala mana Firaun ingin mengetuk kaki langit
Berbatakan lumpur kering yang membekas kerasa
Bagi melihat Tuhan Nabi Musa

Menterjemahkan bahawa satelit angkasa
Sudah kian boleh berbicara.

Khamis, 1 November 2012

Se Per A

Menaakul kemudahan medan interaksi yang diwujudkan oleh Amerika seperti Twitter dan Facebook selain blog sering membuatkan minda ini berkeluh tertanya, siapakah yang untung dan siapakah yang berasa dirinya rugi?.. tatkala sistem media menyusun dominasi pada kesempatan komunikasi yang tidak disedari oleh kebanyakan pengguna...

Lalu dicatatkan keluh tanya tatkala memandang skrin facebook dan twitter :

Saya tidak mengenali anda semua tatkala mereka yang mengenali saya tidak mahu bersapa malah membisu seribu kata...

Usah letakkan saya di dalam kotak walau pun bungkusannya berkilau bagaikan emas...

Saya sekadar membuktikan saya juga orang yang berbangsa, bernegara, beragama, bernama malah bersaudara walau pun saya melintasi jalur udara.

Tetapi kelian yang gagal membuktikan bahawa saya sebangsa, senegara, seagama, walau pun di antara kita mempunyai nama yang berbeza. Malah saya diumpamakan berada di dunia lain jauh terlontar dari realiti dunia yang menjadi tempat saya berdiri.tujuan pengiriman satelit ke angkasa menurut kehendak yang diinginkan

Apakah khilaf saya yang mendengar dan menonton dengan memenuhi tujuan pengiriman satelit ke angkasa menurut kehendak yag diingini oleh pengirim satelit tatkala terasa bagaikan tidak rasional mempersaingkan sehingga mengsengketakan penerokaan rintisan komunikasi pada jenama radasnya sehingga dirakamkan semua aktiviti laku dan aksi hingga tidak tersembunyi rahsia?

Lupakah Allah merakamkan setiap aktiviti rahsia kita?

Lupakah juga bahawa konsep se per a juga adalah khilaf tatkala dua adalah asas untuk mula berpadu?

Jika semuanya berada di dalam sekumpulan, apakah diperlukan perselisehan dan sengketa melalui dilemma bagi mewujudkan konflik yang upaya memisahkan malah mengucar kacirkan hubungan tatkala saling sedia berbantah sebelum diwujudkan semula usaha dan proses penyatuan?

Dia membuatkan saya tersenyum.

Ikut-ikut sahaja amat membingungkan tatkala se per a itu tidak sama keperluan, kehendak dan usahanya malah pendekatannya juga tentunya mengikut adat lazim budaya falsafah sosial masyarakat tertentu...

Jangan ikut saya bila ia membuatkan diri mu berasa sukar dan susah...