Rabu, 30 September 2009

Dailog Bisu Ku Dengan Para Wanita

Bolehkah membantu saya?

Bagaimanakah Cik Nadia melihat krisis kepimpinan upaya dihubungkaitkan dengan cabaran-cabaran masa kini dunia?

Kita telah melihat penghijrahan tenaga profesional dunia ke negara yang upaya dicirikan sebagai aman namun mengapakah pula kita tidak bersedia pula menghubungkan alasan pengecualian cukai dari pendapatan yang ditawarkan, adalah menjadi sebab penghijrahan terjadi.

Bagaimana sikap kita terhadap dua perkara ini?

Bagaimana pula andai diujarkan tidak ada istilah perang suci di dalam sejarah peradaban Islam?

Upayakah dianggap saya (seorang muslim) sebagai ekstrim apabila menyatakan telah dicatat di dalam Matius 10:34 berbunyi :
Jangan kamu sangka aku (Nabi Isa) hadir dengan membawa keamanan melainkan dibawa pedang.

Manakala di dalam Lukas 12:51 berbunyi:
Adakah kamu sangka kedatangan ku (Nabi Isa) ini ke dunia membawa keamanan di atas muka bumi?
Aku (Nabi Isa) berkata : Tidak, melainkan dibawa perselisihan.

Meletakkan kesalahan pada Islam apabila salah pendekatannya apakah wajar disalahertikan maksud jihad kami?

Mempertahankan diri dan hak-hak bertanah air juga berwarganegara bagaimanakah upaya dihubungkaitkan dengan kebertanggungjawaban ke atas kewajipan berkemanusiaan?

Isu krisis kepimpinan terpisahkah dari makna dasar campurtangan atau rampasan hak yang berlaku walau pun ia amalan demokrasi?

Fahamkah Cik Nadia?

Jika diterjemahkan pasti ia lebih sukar difahami. Kekeliruan akibat dari salah penterjemahan selama manakah wajar menjadi fitnah ke atas ummah?

Justeru mengapakah mesti dikaitkan keperluan untuk bermimpi di atas setiap cabaran zaman?

Akhirat yang difahami sebagai amergeddon itu bagaimanakah diletakkan persamaannya apabila diketahui jaringan minyak yang tertanam di dalam laut dan permukaan bumi merupakan lingkaran yang berisiko membinasakan muka bumi selain dari lengkaran nuklear yang menjadi tulang belakang eropah.

Ini mimpikah?

Isnin, 28 September 2009

Warkah Buat Perayu Lelaki Dayus

"Bagaimana wanita dan kekeluargaan menjadi tema kita berolahraga?"

Saya bertanya dan pasti saudari mendengarnya.

"Saya bertanya bagaimana wanita dan kekeluargaan menjadi tema acara berolahraga?"

"Usah menjadi fanatik!"marah saudari itu.

"Kita berbicara tentang pakaiankah sehingga dikau berasa marah? Di gelanggang itu ada ibu dan para pria. Ada bapa dan para anak dara."

"Itu bukan urusan kita!"jerkah saudari itu.

"Ayuh menjawablah para pendidik generasi di manakah tanggungjawab kekeluargaan kita?"

Saudara dan saudari ku itu kesemuanya mencebikkan bibir mereka. Mereka mencemuh pertanyaanku.

"Syumul syariat kita sering ditanya bagaimanakah di dalam aktif mempromosi penerapan nilai-nilai Islam dan membudayakan hadhari juga masyarakat madani wajar terabai pakaian muslimah."

"Kiranya daku terlupa bahawa saudari ku itu hanya juru runding yang dibayar untuk berbicara. Mana dia miliki kuasa selain dari menggemakan berjenis irama yang bukan menjadi budaya kepada semua warga dan negara sedia mengadaptasikannya. Kolej dan Sekolah Muzik tidakkah menjadi isu buatmu?"

"Kamu tidak suka?"akhirnya dia bertanya.

"Ia bukan kaedah yang sesuai untuk berbudaya. Di manakah panduan Al-Quran dan sunnah tentang penampilan wanitamu?"

Saudari juga saudara ku itu mulai resah. Di antara senyum yang terpaksa dengan kelat wajah setengah mencuka, ku usahakan agar dia masih mampu berbicara.

"Usah meradang atau menduga ku sebagai ekstrim. Agama ku meminta agar para wanita dimuliakan. Dikau tidak suka berasa mulia dan dimuliakan?"

Menjawablah!

"Wanita itu ada yang bergelar isteri. Wanita itu ada yang bergelar ibu. Seharusnya ada wibawa untuk kita bersifat malu mempertontonkan mereka secara agresif."

"Agresif apakah yang dikau maksudkan ini hah?"

Saudari ku itu separuh menjerit dengan suara separuh melolong.

"Wahai saudariku. Tatkala seorang lelaki bertanya kepada Kekasih Allah SAW dengan pertanyaan siapakah orangnya yang paling berhak untuk dirinya melakukan bakti dan berbuat jasa. Rasul SAW menjawab ibumu. Ditanyakan siapa lagi sesudah itu. Kekasih Allah SAW mengujar ibumu. Tatkala ditanyakan lagi sesudah itu siapa lagi. Rasulullah SAW menjawab ibumu. Apabila ditanyakan kemudian siapa lagi. Muhammad bin Abdullah SAW menjawab bapamu."

Acara berolahraga tiada perkaitankah dengan semangat kekeluargaan wahai saudariku?

"Bagaimanakah rasanya mensabitkan setiap kebenaran sebagai komedi dengan kata yang lain apakah kebenaran itu perlu dikomedikan?"tiba-tiba minda ku kian kuat berdengung.

Saudari ku sudah hilang entah ke mana.

"Imaginary Friends?"

"Cikgu,adakah pertanyaan saya ini menjadi satu kesalahan di dalam kelas Kimia ini?"


"Saya gagal membaca minda kamu kali ini. Sila nyatakan soalan kamu."


"Bagaimanakah anggur yang dimasamkan akibat diperam dalam satu jangkamasa yang lama tidak mewujudkan bahan cemar yang upaya membinasakan sistem pertahanan jasad sementelahan Escherichia Coli wujud di dalam air?"


"Aduhai anak murid ku.Indahnya seperti anak-anakan. Manisnya juga tiada terperikan. Nenek Kebayan juga turut berasa hairan terpegan. Tiadalah tentu apa yang hendak dikatakan."


"Marahkah Cikgu dengan pertanyaan tadi sehingga berpantun melayu yang asli?"


"Jangan tersengeh-sengeh. Hanya kamu seorang kelas ini upaya tonggang terbalik condong berbingung tahu!"


"Apakah soalan itu tidak wujud persamaan dengan kesan dadah dan alkohol terhadap kordinasi sekujur badan?"


"Emosi upaya diubah kerana akal tidak waras."


"Lalu apakah fungsi akal bila sedia dihilangkan kewarasannya Cikgu?"


"Sila keluar dari kelas ini!"


Cikgu masih marah lagi.

Catatan Ku Hilang Lagi

Hari ini friendster.blog.com pula menambah sesal makna kepada kemajuan interaksi.

Catatan bertajuk Warkah Buat Perayu Lelaki Dayus sesuka hati moderatornya dihilangkan.

Bagaimanakah menguruskan keadilan di zaman kemodenan ini?

Ahad, 27 September 2009

Pelajar Bunian

17/Julai/2009
2249


"Bolehkah bertanya Cikgu?"


"Silakan."


"Adakah Afghanistan bukan sebuah negara yang telah merdeka?"


"Mungkinkah ada penakrifan baru tentang makna merdeka?"


"Menurut kamus, merdeka itu bererti bebas dari naungan yang membolehkan sesebuah negara itu bebas berdiri."


"Kamu setuju sistem anutan yang mendasari pentadbiran sebenarnya tidak membebaskan sesebuah negara itu benar-benar merdeka?"


"Saya lebih memfokus kepada hasil bumi yang memberikan pendapatan kepada warga luar berpendapatan berbanding makna merdeka itu sendiri Cikgu."


"Bagaimana sikap bias kamu ini membantu disempurnakan peluang dan kesempatan?"


"Kami tidak faham bagaimanakah pembaziran dan penjimatan memerlukan musim-musim perencanaan sebagaimana mahu diandaikan bahawa radio dan televisyen upaya menjadi media yang membantu dihormati dan dipelihara kebebasan berbahasa dan berbudaya."


"Saya malas mahu melayan soalan kamu yang kerap terkeluar dari keperluan sukatan pelajaran."


"Cikgu kata kita perlu berkempen membaca banyak buku. Mendiskriminasi keupayaan minda bertanya tidakkah hanya menjadikan kita tertekan oleh fahaman kekeliruan?"








"Baik jika begitu. Cuba kamu berikan pandangan mengapakah masyarakat hari ini dilanda oleh beban tekanan?"


"Muara sengketa berkuala Cikgu. Alirannya yang panjang perlu dimudiki sepanjang zaman. Seakan cucu-cucu saya juga telah ditempa tema kehidupannya."


"Aduhai bersajak pula bahasa kamu."


"Saya bimbang andai ada yang rela menyalah tafsir jeriji besi pula menjadi lukisan sehingga persoalan yang manakah di antara pengurangan penduduk dan pembasmian wabak penyakit oleh kemiskinan perlu menjadi keutamaan dan diberikan perhatian."


"Tidakkah kamu ketahui bahawa perkauman itu sendiri telah menjadi kesan yang meningkatkan kematian?"


"Siapakah menurut pengetahuan ilmiah Cikgu, militan ekonomi di alaf millennium ini? Bagaimanakah upaya diubah kesan imprealisme peninggalan tradisi penjajah yang radikal militan fanatik ekstrimnya wujud di dalam mikro ekonomi?"


"Saya sukar menghindari diri untuk berasa marah pada hari ini."


"Cikgu sedarkah bahawa perkauman itu sudah tidak lagi mendapat sambutan."


Cikgu sedang marah.

Sabtu, 26 September 2009

Apa Yang Ada Di Antara Sensetif Dan Radikal?

Diutuskan pertanyaan ke minda sendiri setelah tidak lagi wujud keserasian di antara minda kami untuk saling berinteraksi.

"Atas alasan apakah masalah-masalah yang berterusan diwujudkan pada hari ini setelah selesai perang salib, pendominasian nuklear dan industri? Tidakkah dikau upaya berbicara tentang motif kerana dikau dan warna kulitmu adalah pihak yang tidak ditunding sebagai pengganas."

Seperti lazimnya diamnya hanya sekadar berpura-pura kerana retina matanya tidak berahsia membalas dengan kerdipan-kerdipan penuh rasa yang tersirat.

Memang memualkan.

"Bagaimanakah wajar dilihat ketelusan di dalam mempersaingkan sistem yang semakin tidak dihormati dan tidak mendapat tempat di minda khalayak yang berada di kelas pertengahan terhadap makna pengurusan korporat yang kini dilakukan 'adjustment structural' di PBB dalam mengagihkan semula kekayaan dunia menerusi pembahagian pentenderan pelaburan meliputi berbagai bidang yang direncanakan mengikut isu yang mencabar matlamat ini yakni pengedaran penggunaan senjata nuklear di kalangan negara utama?"

Kerdipan itu kini terbuka katup matanya seperti boneka yang diayun-ayuni dek dodoian badai khayalan oleh hancur kompromi dek kepentingan.

"Apakah pelaburan kemanusiaan juga memerlukan pentenderan apabila kepantasan komunikasi tidak menghalang 'Hak Intelek Mengenai Dagangan' disalah gunakan sehingga upaya dipertikaikan setiap perjanjian MOU dan syarat-syarat pelaburan dagangan yang tidak berupaya menjamin keadilan keseimbangan kesamarataan kebersamaan yang tidak mengoptimumkan kepenggunaan kemahiran warga di negara-negara yang sering diletakkan di wilayah hitam."

Mata yang sering bertukar warna itu umpama ditimpa penyakit yang mengkelamkan cahaya bundar yang memandu rasa di sukma minda.

"Siapakah yang memberikan hak kepada Amerika juga sekutunya untuk menjadi pemantau utama di dalam usaha dihayati makna 'penyah-jajahan' yang dimiliki menerusi kemerdekaan?"

Mata cahaya itu terpejam dan seakan mahu ku usir agar ia meminggir jauh usah sesekali berani menjengah tanpa diundang! Agar ia mendengar suara hati ini, yang berujar saya bencikan dirimu.

Alasan terlalu banyak sedangkan motifnya hanya satu.

Siapa yang menetapkan motif sebelum wujud kesan dari alasan?

Tidakkah terasa membosankan apabila saya dan dirimu tidak upaya menafikan syarikat-syarikat utama negara mana yang sering mendapat keutamaan?

Jumaat, 25 September 2009

Bukan Semua Warga Perlu DiTentukan Pilihannya

Beberapa hari yang lalu dimonologkan catatan sendiri yang kini giat mahu dipohon berhenti.

"Hah?"

"Oleh siapa?"

"Pendakwa yang mulai mencari usaha untuk membuktikan bahawa kesemua catatan ini adalah fitnah."

"Hahahah, setelah mencerobohi adakah itu kesan dari penganalisis seperti ruang medanmu yang satu lagi itu?"

"Kesan aktiviti ketenteraan ke atas persekitaran dan lapisan bumi alam."

"Dinafikan?"

"Kesan aktiviti ekonomi dalam pencarian dan penggalian perlombongan minyak dan penempatan bagi laluan saluran aliran minyak gas."

"Dinafikan?"

"Ujian rahsia nuklear India Israel di bawah laut yang menatijahkan pergerakan tanah di permukaan bawah laut menjadi simbol ‘double standart’ dasar yang kini memfokus kesan kepanasan dunia tidak wajar dibebankan ke atas negara yang tidak menjadi negara industri."

"Dinafikan?"

"Undang-undang yang tidak mempiawaikan ‘standart’ dasar-dasar pmbangunan industri untuk diambil tindakan ke atas negara kaya yang bertanggungjawab berlakunya perubahan dan kini menjadi perjuangan baru merupakan hipokrasi yang memualkan apabila perlupusan bahasa yang upaya membangunkan inovasi minda warga di wilayah yang dipertarungkan nasibnya di meja perundingan masih kekal tidak tersenarai sebagai warga yang berupaya pendapatannya melepasi garis kemiskinan."

"Dinafikan?"

"Siapakah yang bertanggungjawab mewujudkan lokasi ‘hitam’ yakni yang sengaja diwujudkan kemerbahayaannya di sempadan-sempadan yang menjadi persaingan untuk dikuasai?"

"Dinafikan?"

"Apakah aktiviti penghayatan kepanasan ini menjadikan bahasa ibunda setiap bangsa dilupuskan?"

"Agenda perencanaan yang gagal ke atas siapa mahu ditundingkan?"

Busuk dan hanyir adalah pekung yang terlalu lama disimpan.

Sampah.

"Pengamerikaan atau penginggerisan atau pengeropahan tidak berjaya mengatur perencanaan ke atas mengyahkan kemerdekaan negara yang bebas melainkan ia sedia dikompromikan oleh negara yang masih kerdil kecil dan menzahirkan keperluan bergantung nasib kepada negara lain. Adakah sukar dihayati menerusi pendidikan yang dikomoditikan warga jenis apakah yang mahu dilahirkan?"

"Moderat?"

"Moderat dalam kaca mata siapa? Apabila ia membina jurang yang semakin dalam di antara yang kaya dan yang miskin?"

"Peranan siapa dan di pihak manakah yang akan berkurangan dengan program Pengubahsuaian Struktural setelah masalah oleh isu-isu terkini di negara kecil (Singapura Hong Kong Taiwan juga Korea) yang ‘berjaya’ dilahirkan oleh dasar dan sistem ‘antik’ Amerika yang dihala pandukan oleh england yang kini mahu dimaju pulihkan oleh Eropah?"

Tiba-tiba sahaja saat itu 'key pad' laptop tidak berfungsi dan berterusan huruf-huruf besar menjadi monotaip yang menterjemahkan seolah-olah wujud kemarahan di pihak pemantau.

Laluku balas dengan mencatat :

SAYA MEMBANTAH ANDA MENGAWAL KEYPAD LAPTOP SAYA YANG TIDAK BERFUNGSI PENGGUNAAN ‘CAPLOCKS’NYA.

IA MENTERJEMAHKAN KEEGOAAN TUAN/PUAN.

APAKAH IA BERKAITAN DENGAN WTO YANG TIDAK DIANGGOTAI OLEH KEBANYAKAN NEGARA MALAH TIDAK DIHAYATI KEWUJUDANNYA?

TIDAK SUKAR UNTUK MENERIMA HAKIKAT PENJAJAHAN DALAM BENTUK YANG BARU INI MENUJU KEGAGALAN.

MENGGABUNGKAN KESELURUHAN AKTIVITI PENGAMBILAN KEUNTUNGAN HANYA MENDISKRIMINASI NEGARA-NEGARA YANG KECIL BILANGAN PENDUDUK DAN KEPENGGUNAANNYA.

APAKAH ISU MEMBASMI KEMISKINAN MASIH GAGAL DITANGANI?

KEMBOJA MELURUH
REDUP MENEDUH
HATI BIRAT MELUSUH.

HARUM BARUS
HIDU MENUSUK TERUS?
JIWA INGINKAH TULUS?

SESAL YANG MALAR
KUDIS MENCALAR
DEK TERLALU MENGGELAR.

BAGAIMANAKAH DIPERSAMAKAN KETIDAK AHLIAN NEGARA YANG DIPELIHARA KESELAMATANNYA DI DALAM IAEA DENGAN RESOLUSI UNSC YANG SIAP MERANGKAKAN ‘TIDAK PERLU WUJUD SEBUAH NEGARA BAGI PALESTIEN DAN TIADA HAK KEMBALI BAGI YANG BERHAK?

Warga tidak wajar ditunjukkan perlu memilih siapa sebagai kerajaan!

Rabu, 23 September 2009

Tulah

Meroket angka di roket
Menjungkit hingga saling tercuit
Mengait dek pana beralit
Sesuap rezeki direbut berdikit-dikit.
Meroket angka disungkit
Menyakit hingga saling luka berpalit
Mengusung aib yang pahit
Secupak rezeki digauli tak sedar hina terbangkit.


Meroket angka diangin-angini
Lambang bilangan menunjuk diri
Hidangan sedulang spekulasi
Atas kertas kosong dipusing tiket loteri.
Mengkonsep pemindahan rugi
Antara syarikat sepusat kroni
Menjimat apa tatkala cukai berpeti-peti
Si miskin bermimpi bertingkah harakiri.


Kegilaan pada angka satu-satu berashik masyuk
Melariskan sumbing gencatan yang dipadu bentuk
Ditunda tangguh berkepuk-kepuk hiruk pikuk
Mentakhtakan kroni yang menyenget songkok.
Hutang-hutang letak di atas batu gembala ikat ditengkuk
Teriring sesusuk jasad diimaginasi mahu dipeluk
Gentar usia merahsia silu haji kupluk
Adakah psikoterapi lipur yang muluk?






Kerakusan pada angka satu-satu mengikut denting saat menjadikan saya dan anak perempuan tertawa tatkala tepat jam yang ditetapkan hadir secara tiba-tiba seorang lelaki mendekati abahnya. Kami memandang dari jauh dengan senyuman kerana kaji selidik seperti itu tidak menjadi minat kepada suami yang jelas menunjukkan sifat acuh tidak acuh dan meninggalkan pemberian lelaki itu di atas kerusi yang kosong di hadapannya.


Kami tergelak.


Sehingga hari ini dan saat ini juga jam yang ini kami tidak melihat pun pemberian naskhah itu di dalam rumah atau di dalam kereta.


Pada hari itu dengan kehendak Allah talian bimbit tertinggal di rumah dan hanya upaya mendiamkan minda sahaja tatkala salah satu suara yang lama menghilang mulai bergema…


Ya bagaimana mahu menjadikan akhbar sebagai sajian bagi memulakan hari anda?


Kami masih belum bersedia membaca surat akhbar bercetak dan masih cerewet untuk memilih akhbar 'on line' di siber.


Di sini kebanyakan minda pengarang adalah menjurus kepada keperluan negara luar dan hubungan negara mereka dengan negara ini.


Perkhabaran komuniti juga hanya terhad kepada masyarakat setempat yang menempatkan lebih ramai pekerjanya di sini.


Lalu tidak sukar menduga pemeliharaan untuk pengekalan sistem yang mana menjadi rutin pemberdayaan pegangan nilai di sini.


Bosan bukan?


Perkembangan mukhtahir jelas tidak membawa apa-apa kesan kepada kami.

Mentuntas Atau Menunas Demokrasi?

“Saya tidak lagi mengetuk laman pintu anda namun mengapakah anda masih menjengah ke jendela saya?”

“Saya tidak lagi sudi menjadi kuli kepada bangsa yang sedia mengorbankan bahasanya namun mengapa masih anda mendakwa saya pengemis penagih kuasa yang merimbakan dosa hanya kerana rasa?”

“Saya tidak lagi sedia menjadi pemusafir yang ditentukan pohon redup naungan untuk berlindung namun mengapa masih anda bersembunyi menyilu wajah hanya berkudrah bicara?”

“Saya tidak pernah mempunyai hasrat untuk bermimpi mengapakah masih disebut umpat saya tidak pandai membaiki diri?”

“Saya tidak lagi sedia berkompromi mengapa masih diulang suara saya tidak betah berdiplomasi hingga disadung tidak ingin berubah kerana bermasalah?”

“Pembantah adalah sifat usaha kerana hadirnya sikap aniaya dan zalim yang tidak ingin disanggah !”

‘Nur’ bukan cahaya malam
‘Nur’ penerang.
‘Nur’ bukan dian yang kelam.
‘Nur’ hikmah pandangan hati yang tidak luka dek walang.
‘Nur’ bukan lintasan untuk diselam.
‘Nur’ akuan taat untuk tidak mengengkar !

Engkar kepada manusia bukan merupakan dosa.

Sabtu, 19 September 2009

Esok Hari Raya, Syawal !

Menonton televisyen, melayari alam maya dan mendengarkan tele frekuensi menjadikan kekalutan bermaharalela buat manusia awam yang tidak berilmu seperti saya untuk mencari gugusan harapan wujudnya perpaduan di antara warga.

Adakah masyarakat awam perlu kelayakan untuk memberitahu anak-anaknya tentang wujudnya 'radang' cemar yang semakin menipiskan iman sedangkan di dalam diri mereka sudah terbina kukuh ulamak adalah pewaris nabi kerana ilmu membuatkan kita semakin takut kepada azab Allah?

Berusaha berdakwah dengan satu ayat, bagaimanakah pendekatannya yang benar?

Berusaha untuk menyedari hakikat di dunia ini hadir berbagai jenis makhluk Allah yang bernyawa yang saling berbeza, bagaimanakah pendekatan untuk kaedah yang benar?

Berusaha mencari jawapan melalui pertanyaan, bagaimanakah perlu dietikakan bahasanya yang benar?

Berusaha memikir perubahan alam yang tercemar oleh tangan manusia yang mengkontangkan ladungan air hujan di perut bumi memerlukan alternatif sebagai gantian di hari mendatang, bagaimanakah permuafakatannya yang benar?

Berusaha melihat tanah yang tidak lagi subur oleh bahan kimia yang bercampur menjadi baja adunan dari senjata kimia berbelerang di udara yang menyesakkan dada, bagaimanakah perbincangan wajar dilakukan dengan adab etika yang benar?

Berusaha mengembalikan hak-hak peribadi yang dicerobohi, bagaimanakah adil yang dipelihara untuk tidak dipaksa cara yang benar?

Berusaha dengan kaedah yang manakah yang paling benar andai percaturan masih dijadikan alat bagi menyesuaikan agenda dengan kaedah penyelesaian hingga memecahkan persepaduan antara berbilang bangsa?

Berusaha mengembalikan pelarian yang inginkan kehidupan, bagaimanakah cara mendapatkannya yang benar?

Berusaha menggambarkan kepintaran yang menjadikan bangunan terbiar tanpa penghuni sebagai makmal kaji penyelidikan dengan membiakkan setinggan tanpa perumahan, bagaimanakah perlu kebijaksanaan perencanaan yang benar?

Berusaha agar tanah-tanah adat yang dicengkam oleh waris pemilik tanpa diendah kewujudan geran hingga terusir oleh taraf senarai yang dihitamkan, bagaimanakah dinafi wujud kezaliman ke atas warga awam oleh zon perang yang direlevankan?

Berusaha agar rokok dan arak sebagai mekanisme yang ditolak di dalam membina sikap bertanggungjawab dalam mencari dan mendapatkan proses mengusahakan yang halal untuk dikenali yang batil bagaimanakah kewajaran mengaitkannya dengan kemiskinan untuk para pejuang kemanusiaan andai prinsip menegakkan keadilan tidak berdilemma saat 'mazlamah', 'maisir', 'rasywah', 'khida'ah','aklur-riba','kizib''sirqah','mazlamah' ingin dipisahkan dari menjadi karektor diri,bagaimanakah mengorban dan dikorbankan diri wujud dilansungkan?

Keanihan?

Militan dan yang kerap diungkap di ulas bibir merah juga di bibir berkumis?
Pengganas yang kerap diungkap disebut diumpat berulangkali?
Gerila yang kerap disangkut-pautkan dengan berbagai peristiwa dan tragedi?
Fanatik ekstrimis yang kerap dicemuh-cela disingkap tabir tanpa dibela?
Fudamental yang kerap diilmiahkan secara intelektual?
Tetapi tetap tidak mengangkat senjata tatkala ditandas-tandas diletakkan qalam Pencipta manusia?
Pencipta yang menciptakan manusia sewarna darahnya!
Pencipta yang memberikan naungan Pemurah atas daya usaha kepada yang taat atau yang derhaka!

Tiada dendam walau wujud sehama benci
Lantas belum bersedia lagi.

Sejarah
Nilainya pada apa?
Teladan atau catatan?
Pendidikan atau bangunan?
Perundangan atau kepercayaan?

Merdeka?
Haruskah segalanya perlu wujud ikatan dengan 'Uncle Sam"?
Haruskah inovasi teknologi kelaparan sentiasa tanpa hubungan yang membangunkan keupayaan yang melahirkan potensi dibenarkan berdikari?
Harus bagaimana harmoni universal melahirkan kerjasama yang tidak berfokus semata hiburan yang distrategikan oleh ekonomi tanpa memelihara sosial yang diasaskan oleh iman kerana ilmu.

Resah?

Individualistik?

Sentiasa sedar tiada pohon merendang jika tiada akar tunjang.
Sentiasa sedar tiada subur jika tiada air udara dan cahaya.
Sentiasa sedar tiada terang jika tiada terbitnya siang.
Justru
Salam lebaran dari diri kepada diri sendiri

Kekacauan yang pasif
Asas dari leraian kasih yang dhaif
Bukan oleh miskin cinta tetapi ihsan yang naif
Bila gerbang jendela dari kreatif yang aktif
Dipana adalah satu-satunya makna jaya berinovatif.

Salam bertukar pada sessi yang hambar
Yang ingin dierat bukan semata jabat yang lelah terbiar
Yang ingin didakap bukan rasa yang sering terbiar
Yang ingin dijejak bukan sejarah moyang kelam oleh cahaya pudar
Tatkala yang dihindar adalah hayat iman yang dianggap senilai dengan dinar.

Maaf zahir dan batin.

Ramadhan Kita Berbezakah?

Menjelang berakhirnya Ramadhan beberapa jam lagi timbul persoalan, natijah yang bagaimanakah roh Ramadhan kekal menyelimuti alam dan manusianya?

Melihat perbatasan masa oleh garisan zon waktu, waktu maghrib sebagai permulaan hari bagi muslimin, jelas menzahirkan rencah-rencah yang bercaca herbakan pelbagai siri ketoleransian, menjelang Syawal pula telah terjadual pelbagai siri persaingan yang diaturkan, semua ini mahu menyempurnakan iman yang dibelai oleh Ramadhan?

Dengarkah dikau pertanyaan ini?

Inikah kesempurnaan ibadah sehingga membawa iktikaf beberapa hari di rumah Allah dalam hayat hari berjumlah 365?

Hanya kerana Liverpool Manchester dan seumpamanya inikah menjadi alasan untuk menyempurnakan gandingan bermotivasi dan mendiskriminasi oleh penindanan?

Mengejar menjejak IP siber dengan sistem perisian komputer, sekadar ini sahajakah matlamatnya?

"Berhentilah mencari musuh!"perlahan jiwa anak yang berusia 15 tahun memujuk.

"Orang yang bertawakal kepada Allah tidak akan berasa runsing apabila kehendak dan kemahuannya tidak tercapai,"perlahan dikembalikan keresahan anak agar sering tenang dengan penampilan rasa ini.

Jauh di sudut minda berbisik menghaluskan hati, isumu mengenai pengagihan kekayaan sumber yang dieksploitasi dengan penyusunan semula demokrasi masih jauh dan panjang jalannya untuk didepani. Ia bukan sesuatu yang mengaibkan.

Mengapa diujarkan begitu?

Semenjak berakhirnya peperangan-peperangan dunia, mengapakah pemberian tender dan projek keterlaluan mengarah kepada negara blok tertentu sahaja yang melibatkan organisasi dunia untuk mencorakkan pengabaian terhadap kewujudan muslimin, negara dan kepimpinan mereka yang terlebih dahulu telah diberikan tanda mengikut sistem nilai menerusi pendidikan?

Ini sahajakah nilai Ramdhanmu?

Terserah untuk dikau fikirkan andai di tangamu mahu diletakkan adil seorang Khalifah.

Khamis, 17 September 2009

Perlukan Kelayakan Untuk Menjadi Pembaca?

"Apakah benar setiap hari adalah merupakan kempen 'paksaan' untuk calon-calon tertentu yang dipaksakan untuk dilakukan pendirian ke atasnya?"

"Pemilihan secara terbuka masih menghantui mindamu?"

"Dikau tidak perlu berkempen melalui Perbadanan Penyiaran dengan memanipulasikan muslimin mengikut sekehendak hati dan sebenarnya adakah dikau khadam suruhan yang berkempen buat calon-calon pilihan yang mendiami mahligai-mahligai jutaan dollar namun masih mahu mencari dan mengutip idea untuk dikumpulkan berbagai dana yang rutinnya seakan rantaian makanan untuk para pemangsa mengenal mangsa dan masih berusaha memudarkan budaya negara yang masih kukuh keaslian jatidiri mereka?"

"Dikau berasa aib setiap kali demokrasi diutarakan maka Amerika dan sekutunya serta Presidennyalah akan dilapor sebagai tokoh-tokoh pembela penindasan oleh demokrasi?"

"Apakah sudah tidak upaya difikirkan bahawa bukan hanya mereka sahaja yang layak dijadikan pemimpin untuk keadilan dan kebenaran?"

"Di manakah wajah-wajah pemimpin yang dikau inginkan? Tidak tertampil pun selama ini melainkan masih sama serupa tabiat dan ketrampilan gaya mereka berdiri? Ujarkan masalah sebenar mindamu."

"Apabila diungkapkan isu ‘borders’ yakni sempadan dan wilayahnya apakah yang wajar kita hayati makna dakwaan bahawa Amerika/Britain dan sekutunya memiliki tahap piawai ‘intelectual property rights’ apabila ‘design system’ yang miliki ‘patern law’ masih mewujudkan pencerobohan ke atas idea-idea peribadi menerusi alam maya yang didefinasikan sebagai ‘multilateral-discussion’ untuk menjadikan ia adalah halal tanpa perlu diperakui undang-undang hak milik itu adalah kekal empunya asal sedangkan pada realiti alam hakiki embargo dan pintu-pintu laluan utama tidak upaya dibukakan."

"Selain itu?"

"Dikau tidak wajar memfungsikan 'human rights'ke atas Jurusalem sahaja jika tanggungjawab untuk berlaku adil hanya pada kempen-kempen yang menggunakan generasi muda dan kanak-kanak untuk direlevankan agenda Zionis hingga ke pelusuk dunia orang-orang muda berusaha untuk mendapatkan kuasa biarpun bukan semua."

"Maksudmu orang tua dikecualikan dari pertuduhan?"

"Mengapa tidak dikau gunakan makna Sains adalah ‘untuk mengetahui’ kebenaran tanpa perlu hanya digunakan bahasa inggeris untuk memaklumatkan pengetahuan mengenainya lantas adakah kerana itu kebanyakan undang-undang ditulis di dalam English yang terjemahannya mampu mengelirukan anak pribumi?"

"Sila nyatakan dengan jujur maksud di sebalik persoalanmu?"

"Kta wajar berdiskusi bahawa konsep Nation of Islam tidak jelas KESAN PENTAUHIDAN DI DALAM CARA HIDUP pengamalnya selain dari terlihat penstrukturan semula ekonomi yang dijadikan peluang untuk pendominasian korporat-korporat ‘mix’ African Arab (samada Muslim Kristian atau Yahudi) yang patriotiknya adalah pada empayar perniagaan dan pembinaan pengaruh bukan benar-benar membela warga di negara yang miskin mundur dan serba dhaif."

Ada yang lain yang mahu dikemukakan?"

"Tidak adil dijadikan anak-anak sebagai alasan untuk disumbangkan berbagai dana sebagai gantian sumbangan para penderma yang membuat pelaburan besar untuk memproksi calon-calon yang akan disandarkan penerusan dan pengekalan kuasa dan kekayaan!"

"Daku menghormati ibadah Ramadhanmu yang menyemai iman justeru itu bertenanglah buat seketika."

Selasa, 15 September 2009

Tetamu Ramadhan - 'Al-Khaafid dan Al-Raafi'

Menemani anak-anak menonton, beberapa ujaran diselang-selikan agar mereka tidak hanya sekadar menonton tetapi juga memaksimumkan kebolehan mengambil pendirian yang bukan semata-mata niat sesebuah filem itu dipersembahkan tetapi kerelevanan sesuatu isu yang dibawa yang didepani sebagai cabaran untuk difikirkan.

"Ada masanya publisiti dan iklan yang diberikan tidak menggandakan kebernasan minda," kemarahan yang diluahkan menggamit cenderung untuk dirasakan apakah wajar pergeseran di antara sunni dan syiah perlu diteruskan? Andai benar ia wajar diteruskan atas alasan apa demi memelihara dan melindungi siapa?

"Kamu akan mudah menjadi tua dengan terlalu banyak berasa."

"Mahukah dikau menerima pertanyaanku ini, apakah kewujudan Khatolik, Protestan, Evangelicals, Baptist, Pentecostals dan Jehovanah's Witnesses menjadikan mereka berbalah?"

"Usah berpura-pura tidak diketahui televisyen mereka memerlukan populariti untuk kekal diudarakan walau pun dengan isu yang agak merendahkan intelek dan moral."

"Lebih lucu seakan mereka memerlukan pandangan muslim untuk memelihara keutuhan perpaduan negara mereka yang menaja 'program membenci Amerika' untuk mendapatkan sokongan dalam mengukuhkan penyatuan akibat bebanan konflik yang dicetuskan oleh dasar yang tidak sedia memerdekakan ummah.

"Adakah diakui bahawa penonton menyedarinya atau mungkin kerana mereka turut terlibat mendanakan projek untuk mendahului kepentingan negara tertentu mengikut keperluan isu semasa penghayatan itu diabaikan?"

"Bolehkah berhenti berujar! Rasa bosan."

"Dikau tahu bagaimana filem menjadi penterapian efektif bagi sesetengah warga yang melahirkan masyarakat buruh bagi perbekalan tenaga kerja?"

"Kumpulan cerdik pintar mereka tidak mengasihi saudara sendiri dengan rela minda membina kekayaan di atas penderitaan keturunan sendiri. Sedondon jiwa raga ashik dengan buaian cinta yang pasrah pada kudrah sedangkan tidak peka tergadai maruah!"

"Radangmu semakin membarah sedang Ramadhan semakin hampir menghilangkan wajah."

"Apakah juga bukan kewajaran untuk ditanya adakah kuman 'African Green Monkey' yang mewabaki virus 'pneumocystis caranii' itu kuman yang beralaskan ketiadaan wanita untuk disalurkan nafsu fitrah sehingga jelas terzahir membayangi fenomena di bumi yang memiliki jejak pewaris nabi?"

"Pemimpin dan pengamal politik juga para pemodal tidak hanya berhutang laba dengan kita malah mereka berhutang khianah."

"Bersyukurkah apabila kita tidak berbantalkan mimpi-mimpi mereka?"


--------------------------------------------------------------

Berakhir tayangan anak-anak mulai menampilkan konflik dan berkrisis dengan minda mereka sendiri sehingga bersilih tanya diujarkan.

"Apakah lakonan suami isteri walau pun sah di luar filem, perlu diperkukuhkan hubungan yang memiliki persamaan dengan bukan muslim misalnya mandi bersama dengan mendedahkan aurat?

"Adakah di sini (mereka menonton cd tayangan filem arab) minum arak dan membinasakan kemudahan awam seperti jalan raya, pengangkutan, sekolah, wanita dan kanak-kanak yang tidak terlibat dengan peperangan dipilih sebagai alternatif membebaskan tekanan dari keinginan membalas dendam akibat diperlakukan secara tidak adil?"

"Apakah sememangnya benar wujud segelintir wanita di sini memberikan persamaan tindakan pengganas ke atas warga sebangsa mereka tanpa menilai alasan mengapa tindakan itu diambil sehingga terabai kehadiran 'penjajah' ke atas kemerdekaan tanah air mereka?"

"Apakah erti ungkapan 'holly fuck'"?

"Adakah ia memberi maksud tentera pendatang itu rendah moralnya oleh budaya memaki dan mencarut?"

"Etika siapakah yang mahu dibela oleh masyarakat hari ini apabila terzahir ketidak rasionalan tentera pendatang dalam menuntut pembalasan ke atas kematian rakan sepasukan mereka dan mengabaikan siapa sebenarnya yang menyerang, sedia membunuh dengan kejam wanita dan kanak-kanak yang tidak bersenjata?"

"Perasankah kelian hampir 20 kalimah 'fuck' dituturkan sebagai dailog?"

"Bolehkah diketahui siapakah yang merendahkan darjah anugerah yang menjadi milik peribadi Kesultanan dan Pemerintahan Negeri demi mengiktiraf jasa warga pribumi apabila penerimanya berdansa berparti dan saling tidak upaya mempamer wibawa insan yang berkredebiliti?"

"Siapakah sebenarnya yang akan menjadi pembaharu peradaban ummah dan zaman?"

Mendengar soalan dan ujaran anak-anak kepala tiba-tiba menjadi pening dan mengalami sesak nafas.

Beginikah cara untuk diraih kemenangan?

Ahad, 13 September 2009

Epilog Membenci Angka Dan Warna

"Suara-suara ini milik Yahudikah atau Nasrani?"

"Mengapa?"

"Langgamnya mesra tanpa mahu terlalu memaksa."

"Benarkah?"

"Ya, sehingga ia menjadikan minda berani menyulami tanya bahawa sekadar memberitahu saudari bahawa agama saya mendirikan masjid bukan mencemarinya juga tidak mengasingkan masjid dari agama."

"Maknanya?"

"Bagaimanakah mahu dilihat fenomena rumah ibadat hanya menjadi simbol sahaja juga merupakan antara punca peradaban kehilangan kemuliaan manusianya."

"Apa yang mahu diperjelaskan?"

"Agama tauhid tidak wajar diberikan persamaan seperti ini kerana agama ini tidak dilahirkan oleh pemikiran manusia."

Berapa dekad lagikah ummah akan ditawarkan dengan kerugian kesan ketiadaan kemahuan untuk warga berfikir dan kerasionalan didana tabung untuk membiayai projek kewajaran berfikir oleh kerana kemalasan berfikir yang ditandai oleh ketidak wajaran berfikir kerana berfikir itu bukan sesuatu pekerjaan yang meningkatkan daya keinginan berfikir lalu berfikir itu hanya menjadikan kehilangan kewarasan oleh kedalaman berfikir sehingga yang berfikir itu menjadi kurang siuman oleh kesahihan bahawa yang difikirkannya itu adalah kebenaran?

Agama ini melahirkan generasi rabbani bukan generasi matrealis yang dipukau oleh kekayaan kroni secara trajis.

"Maaf andai ‘26 27 minta diperjelaskan mengenai etika dan santun adat saudari mengenai petikan, great all the brothers and sisters with a holly kiss" sedangkan kepada pemahaman yang benar tidak ada penyatuan antara perbuatan yang dibenarkan dengan perbuatan yang perlu ditinggalkan."

"Bagaimana pula ujaran saudari bahawa Nabi Ibrahim (as) telah mewasiatkan ucapan yang sama kepada anak-anaknya seperti mana yang dilakukan oleh Nabi Yaakub(as) kepada anak-anaknya?"

"Mengenai apa?"

Ibrahim berkata: “Wahai anak-anakku sesungguhnya Allah telah memilih agama ini (Islam) bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali di dalam penganutan Islam.”

Saat Yaakob berhadapan dengan sakratul maut baginda bertanya kepada anak-anaknya: “Apakah yang akan kamu sembah sesudah kematianku?”

Mereka menjawab : “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya.”

Masyarakat moden amat keterlaluan menilai kejayaan sehingga lupa erti pengubudiahan.

Sabtu, 12 September 2009

Senyum-Senyum Membawa Ria?

Mempelajari makna bebas di sini buat kita tersenyum tersumbing-sumbing menahan hati.

 

Mengapa?

 

Jika di tanah air buah-buahan yang mekar ranum putiknya dihindari dari hurungan parasit yang upaya menyumpik dan menurunkan mutu buah itu apabila  ingin ia dipetik dalam keadaan yang baik, putik itu dibalut dan dibungkus serapi-rapinya.

 

Menyembunyikan putik-putik yang baik ini hanya upaya dilakukan oleh penanam yang bistari yang tidak mengetikakan bahawa setiap putik-putik buah mengkal licin mulus itu dijamah apa lagi dihidu oleh anika jenis parasit atau hama yang berterbangan umpama langau yang memindahkan ‘keharuman’ hanyirnya buat dikongsi bersama yang menatijahkan buah gugur sebelum masanya.

 

Tersenyum dengan fenomena ini yang mana buah itu tidak miliki sama nilai dengan wanita yang dikagumi oleh parasnya kepada manusia.

 

Di mana sahaja di padang atau digelanggang ‘buah-buah’ mengkal ini seolah-olah mahu menjadi penentu status kelelakian yang dimamah usia menterapikan jiwa mudanya untuk tidak berasa tua.

 

Aduhai atas keperluan apa diakui hakikat ini?

 

Sudahkah dikau terjemahkan catatan khususku buat mu mengenai pengalaman memandu di sini?

Jauhkan 2627 Dari Frekuensi Diri !

Catatan dari nota sejarah bertahun '1946' dengan tarikh 22 Jun mengimbaskan semula persoalan-persoalannya kepada salah seorang Cik Puan yang tidak dikenalinya.

"Selama manakah tekanan ketenteraan diperlukan bagi tujuan politik dan ekonomi di wilayah, perairan, sempadan udara dan angkasa rantau Cik Puan ini?"

Seperti lazimnya soalan hanya tinggal soalan.

Apakah ego itu menjarakkan kami atau memenjarakan mindanya?

"Bagaimana pula pendirian Cik Puan- Cik Puan terhadap kekayaan hasil bumi Teluk yang gagal digunakan untuk membasmi kemiskinan kemunduran kelaparan juga kebuluran (tidak ada kuasa beli), butahuruf, ketidak sediaan wanitanya berintelek dengan sifat-sifat iman (entiti ahli kitab begitu terzahir di Teluk) telah diabaikan di kalangan warga muslim di seluruh dunia?"

Sesaat minda terbayang bagaikan wujud percikan cluster yang upaya memalapetakakan gelombang talaan beta teta alfa komunikasi kami.

"Adakah kekayaan minyak barakah dari keturunan anbiak tidak upaya mengembalikan hak seluruh pelarian menikmatinya yang telah kehilangan hak-hak bernegara dan berwarganegara?"

Seakan terdengar irama-irama yang membingitkan kanta sesentuh dari corong yang kerap membahangkan kepanasan hati.

"Bagaimanakah langkah-langkah kemajuan pembangunan menurut Cik Puan-Cik Puan di wilayah perkhemahan kanvas-kanvas yang majoritinya dari keturunan arab?"

Ya di antara kami semakin menjauh persefahamannya dan semakin berjarak kerapatannya. Amat ingin dilontarkan gelodak lahar yang terpendam ini agar dia terbakar sama oleh marak yang bernyala sekian lama di dada.

2001pm

Kebisuanya yang seenaknya menghimpun kepentingan kembali meliarkan amarah ini.

"Apakah makna kebebasan apabila tidak upaya dibezakan yang hak dan batil, antara dosa dan pahala, antara neraka dan syurga, antara undang-undang dengan tuduhan tanpa bukti, antara bias dan fakta sifat media, antara peradaban dengan tiadanya nilai budaya etika membenarkan bahasa ibunda bebas bersuara dan antara kehilangan merdeka kerana rela minda ‘dipenjara’ saat demokrasi hanya merupakan percetakan penguasaan bangsawan ke atas warganya?"


Mengapa dikecilkan ruang untuk menulis?

Jumaat, 11 September 2009

Taman Hiburan

Gajah sama badak berlawan kucing tersepit diketawakan?

Anjingkan ada sebagai teman.

Ketawa lagi.

Selasa, 8 September 2009

Bukan Orang Selatan

Apakah maksud stok baik dengan stok tidak baik.

Soalan susah tu.

Bagaimana pula?

Jika sudah tahu tidak ada kebaikannya buat apa dijadikan stok.

Terasa jahil juga ya andai berpengetahuan masih sukar membeza makna stok baik dan stok buruk di papan bursa.

Bermomentumkah apabila tercetus kalimah 'good luck' dan 'bad luck' di bursa?

Orang baik dengan orang jahat ada di situ. Dikacok-kacok seperti daun terup, ada judi ada arak, ada pelacuran, ada riba, ada rasuah, ada duit ‘halal’, ada duit ‘haram’, ada dadah, ada candu, ada makanan halal, ada makanan haram, ada penipuan, ada pemalsuan, ada kontrak atas kertas kosong, ada hutang-hutang yang tidak dihalalkan, ada sewa menyewa yang tidak jelas hak milik, ada dividen faedah, ada penangguhan jualan tapi untung boleh diambil tak salah,ada jualan kertas hutang pendek kata macam-macam ada.

Jadinya stok baik dengan stok buruk sifat ganti nama kepada oranglah ya.

Tersenyum lagi.

Siapa yang pergi melangok di papan indeks ya?

Ya lah baru perasan. Siapa ya?

Orang pandai sahaja dan pastinya orang yang tidak pandai tidak akan ke sana.

Memikir-mikir tindakan-tindakan orang pandai lihatlah sudah bertahun-tahun mempromosikan perbankan keewangan islam namun masih tidak mampu wujud bursa saham yang dikhususkan untuk mukmin.

Itu nanti dikira tidak adil terasing dan terpisah. Bukankah semua mahu dikongsi?

Aduhai. Embargo pun tidak mampu diangkat nyah usir mahu menuturkan adil.

Kesian.

Siapa, kitakah?

Mereka.

Mereka terlazim diri menerima Islam punca kemunduran. Inilah masanya dibuat penafian. Buatkan bursa saham kita sendiri yang hanya dibuka kepada mukmin yang mampu memahami etika berniaga tanpa sesen pun riba atau faedah juga hutang yang tidak diambil secara menipu kerana ia diberitahu dan diminta izin juga kebenaran.
Kamu lihat mereka mewar-warkan budaya beretika tetapi apakah tanpa meminta kebenaran dan keizinan sikap dan tindakan itu upaya dianggap beretika?
Selama ini momokan tentang hukum fekah menjadi ketakutan kepada kerajaan-kerajaan yang mengakui Islam sebagai agama rasminya melaksanakan perundangan syariat.
Apabila wujud dua bursa ini akan terzahir mana yang paling membawa keuntungan kerana barakah dan yang mana keuntungan yang perlu dibuat kiraan anggaran hadapan dengan margin-margin tertentu yang bermakna hutang dan liabiliti namun masih mahu dianggap keuntungan.


Mereka tidak berani untuk menjadi berbeza dengan kroni. Sedangkan permintaan mohon dihukum kerana keinsafan arak itu tidak dibenarkan oleh Islam riuh rendah ditawarkan pilihan dan penangguhan.Agama boleh ditawar menawar.

Penyakit nie… bagaimaana mahu dibenteras ya?

Perjudian bukan sifat yang menjadi amalan sikap muslim. Ini tidak boleh ditentang atau dijadikan isu kerana ia hanya dihalang ke atas mereka yang menganut Islam sahaja.

Maksudmu duit kasino tidak boleh digaul campurkan dengan pelaburan dari komoditi pertanian atau perlombongan?

Pelancungan juga tidak boleh dilaburkan dengan keuntungan pelacuran.

Di manakah simpanan muslimin mahu diletakkan?

Elakkan bank kroni.

Mana ada?

Baru kamu sedar makna kroni ya?

Gejala keruntuhan moral apabila dibahagi dan dipecahkan mengikut usia dan sudut berfokus, sebenarnya sudah menjadi kandungan wabak darah dan daging yang sudah membusuk.

Jika diujar moral pasti hanya terfokus hubungan percintaan, orang ke dua, perceraian, zina dan kelahiran anak di luar pernikahan.
Sesekali ujarkan juga moral pelaksanaan syariat yang tidak upaya mengubah sistem untuk dimodeulkan secara syumul setelah berjaya digaris pandukan oleh kajian yang diakhiri dengan penolakan.

Apakah kita tidak mahu menjadi perintis lantaran enak berteduh di bawah payungan bayang-bayangan yang sekadar berpuas hati dengan meminta komisyen?

Ahad, 6 September 2009

Berapakah Syarat Nilai Pembaharuan?

Keranuman buah telah lama dipetik untuk dirasai nikmat manisnya.

Buah-buah iman itu suntikan hasrat yang  telah lama melebat di hujung-hujung dahan  tatkala erti pengubudiahan malaikat kepada Pencipta hasil terciptanya Adam dari tanah yang dipijak dengan kaki penanda kesemua makhluk tidak mungkin berpisah dari graviti yang menjadikan kesemua ya kesemua perlu tunduk menyembah ke bumi.

Mati.

Apakah bisa yang upaya terus bernyawa selain Iblis?

Di manakah Iblis kini?

Dalam mencari ahli syurga ku ingin juga mengenali ahli neraka.




Waraskah?

"Di antara doktor, pengkaji, ahli sains,jurutera, pereka, kelompok professional yang manakah menzahirkan sifat psiko?"soal jawab yang kian berlarutan kiranya menerbitkan rasa kurang senangnya.

"Ia menjadi lagenda yang mengkagumkan tatkala dimeriahkan oleh para pembantu bintang di media yang sedia mengorientasikan etika yang dianggap tidak salah apabila membenarkan sifat ‘streotype’ pelaku-pelaku professional ini,"radangnya bergema.

"Penceroboh tidakkah termasuk ke dalam golongan ini?" ku cuba memalingkan rasa marahnya dengan lebih terfokus dengan cara yang lebih benar.

"Mungkin merekalah penceroboh yang psiko kerana mengkaji benda yang tidak relevan," senyuman terukir dengan manisnya.

"Perasuah dan penggemar yang setaraf dengannya tidakkah boleh dikelompokkan sebagai penderita psiktrit?"

"Bagaimana maksud mu?"

"Kelompok penggemar rasuah dan penyelewengan seperti ini upaya menjadikan sikap salah laku sebagai virus yang diresapkan secara asimilasi untuk diduplikasikan ke atas pemikiran dan minda juga sukma anak isteri ipar lamai menantu saudara sepupu walau berbau-bau bacang malah seluruh organisasi yang diterajuinya agar sikap mengambil apa yang bukan menjadi hak walau secara menganiaya adalah perkara biasa pada zaman kemodenan."

"Maksud mu?"

"Mereka mahu menentang fakta dengan fitnah menerusi sistem perisian pengkomputeran yang sedia mendungukan kewarasan pemikiran."

"Apakah maksudmu?"

"Evolusi pemikiran fizik yang ingin menyatukan pengliberalisasian pemahaman pada minda. Ia bersifat psiko yang ketagihannya upaya mematlamatkan pembinasaan sifat insan dan peradaban kemanusiaan apabila undang-undang juga upaya diletakkan menjadi alas kaki kelompok pilihan.

"Maksud mu?"

Dengkurannya sahaja yang kedengaran.

Jumaat, 4 September 2009

Pemusafiran Ramadhan Di Tanah Teluk.

"Adalah wajar dikurangkan masa berada di hadapan televisyen,"dilontarkan entah kepada siapa tatkala melihat anak-anak menyambut Ramadhan mereka pada hari yang pertama.

Berbeza dengan saat pertama kali tiba amalan yang menjadi kebiasaan mengusahakan tiupan roh barakah Ramadhan dengan pendenyutan nadi makna Ramadhan itu sendiri ditabiatkan budaya sehari selembar al-quran bagi mengekalkan kemahiran membaca dan mengenal huruf-huruf konsonan hijaiyah yang kini telah dilupuskan oleh kebanyakan sekolah di negara muslim, bukan lagi menjadi keutamaan.

Rasukan Lantera Mustika perlukah penanda?

"Ramai yang tidak berkemahiran dan berkebolehan mengenal huruf asas hijaiyah dan tidak juga upaya mengenalnya.Ini maksud keperluan pengekalan bertadarus dilihat sebagai penyumber kekuatan berbudaya kita berpengetahuan,"sergahan tadi kiranya mewujudkan pertanyaan anak.

"Bayangkan apabila kitab yang kekal tidak dipinda tidak diubah tidak dibaik pulih ini masih memerlukan bertataran pengkonsepan bahasa inggeris, malu mahu menyusun kata saat tanah arab ini terzahir diempatikan oleh konklusi pemetaan sifat baru pada dasar yang sama."

"Kegagalan dimansuhkan PPSMI amat mengecewakan dan sesungguhnya ia upaya memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan dengan sokongan warga,"
berterusan radang ini gagal dipadamkan.

Ternyata permainan tarik dan sorong isu selama ini yang diwacanakan oleh medan siber berasas kecurigaannya.

Antara ‘kucing hijau’ dan ‘kucing hitam’ kewarasan untuk berguru hanya dengan wanita adalah bertujuan memelihara akhlak dan pekerti yang dituntut oleh agama demi kemuliaan keluarga.

Suasana Ramadhan yang pertama di sini semakin tidak lagi betah didepani.

Keuzuran syara’i ini melesukan jiwa sementelahan Rejab dan Syakban tidak lansung diupayakan kemanisan ibadah lantaran kelemahan minda tatkala menjiwai sentimen bidaah.

Aduhai, betapalah nasib jasad-jasad yang berakidah di masa mendatang andai inilah nilai kemajuan yang ditandai oleh moden kebendaan.


Apakah perlu disesalkan penguasaan arab sehingga Matematik dan Sains ditangguhkan pembatalan pengajarannya di dalam bahasa Inggeris atau ini antara rencana terancang yang mahu menangguk di air keruh…lantaran penolakan teknologi untuk menjadi keutamaan saat bendungan gejala sosial kian tenat menjadi umpatan?

Bagaimanakah barakah Ramadhan tidak lagi sudi diraikan oleh lelaki-lelaki dan wanita budiman malah kini ditradisikan oleh anak-anak sehingga terbit pautan kesayuan?

Sidang ‘pengkonsortiuman protokol’ amat jelas dizahirkan menjadi konseptual media penyiaran di tanah Teluk yang memediumkannyanya pada bahasa.

Tampak seakan-akan mahu mengsahihkan bahawa medium pengolahan bahasa inggeris di tanah-tanah teluk ini sejak berdekad lalu berdepan dengan kegagalan sehingga berterusan mahu ia diberdayakan sementelahan semakin ramai yang telah wafat dan berada dihujung kesenjaan usia buat memperakuinya.

Ingi sekali diujarkan mengapakah sehingga kini tidak bersedia memberi ruang kepada bahasa kesatuan nusantara berperanan yang upaya memfungsikan keberdayaan ummah?

Mengapa diundang lagi ketenatan ummah yang mengingini iman untuk tidak lagi dipersaingkan sehingga menyerlahkan kerakusan pada wang dan nama atas sifat kekuasaan dijalinkukuh pengaruh dan kekayaan?

Apakah muslimin sememangnya bersikap rakus pada kebendaan?

Apakah tidak wajar diselesaikan satu persatu isu kita?

Mengapakah harus disekali tempatkan pada ruang menggagahkan bahasa yang rasmi dengan dicuri kesempatan buat dimaju bangunkan bahasa koloni?

Aduhai…

Puan Lantera membungkus bingkisan ‘cinta’ bagi bersopan mengurus budaya dan bangsa.

Aduhai.

“Sireh puan cherana puan
Legundi di rumah Dang Lela
Sebab tuan kerana puan
Hilang budi menjadi gila.”

Seakan terdengar sapaan sayu-sayuan Ken Tambuhan meratap kemusygulan.

Peri-peri tradisi puisi
Pasti-pasti bertetap hati
Keji-keji tatkala beriri
Seri diri menghilang pergi.


Kekenyangan yang menyebukan minda tatkala ‘kelaparan’ yang sedia diabaikan oleh cita rasa dari gaya hidup moden ini melukakan sukma.

‘Tulah’ apabila Ramadhan disinonimkan dengan pengikonan individu sedangkan andai mengenal Islam tanpa mengenal Muhammad SAW, kesempurnaan iman masih bersifat lemah kerana Kekasih yang dikasihi oleh Pencipta alam lebih berhak dikasihi, dikenali, diikuti, dicontohi dan difahami sebelum upaya diteladani.

Mengkaburkan hak untuk perletakkan taraf ikon antara cabaran yang menjadikan krisis kepercayaan kepimpinan sukar diatasi.

Dunia kehilangan kewibawaan pemimpin untuk dijadikan penyelamat ummah.
Korpus kalosumku urat-uratnya membengkak akibat terseliuh sejak sekian lamanya.

Rabu, 2 September 2009

Refleksi Ramadhan 1

12/Ramadhan/1430
2/September/2009

Anak-anak menonton ‘Stray Dog’ – diri berkurung di dalam bilik dan mendengar sahaja omelan rasa anak-anak setelah tayangan berakhir.

“Diperumpamakan lelaki atau wanita sebagai anjing jalanan?”

Membiarkan anak dara menjelajah ke seluruh jajahan mindanya.

“Lelaki yang hilang tanpa berita kembali ke kampungnya dan mendapati isterinya telah berkahwin lain. Akibat dari ini didakwa ‘bekas’ isterinya itu pelacur.”

“Masih mengekalkan ‘stereotype’ pada isu wanita?” sengaja membakar rasa anak.

“Akak tidak menonton keseluruhannya.”

“Berapa ramai warga muslim yang tidak tahu wujud sighah taklik di dalam pernikahan?”

“Maksudnya?”

“Wujud lafaz taklik yang memperingatkan suami-suami bahawa setiap kali isterinya tidak diberikan nafkah yang mencukupi mengikut adat dalam tempuh empat bulan atau lebih, isterinya berhak membuat pengaduan kepada Hakim Syarak. Apabila sabit aduannya oleh Hakim terjatuh talak satu. Apabila dinikahkan semula tanpa reda isterinya itu jatuh lagi talak itu.”

“Lelaki cuma tahu bernikah sahajakah?”

“Mungkin kot.”

“Kelihatannya wanita-wanita perlu lebih tahu mengenai hak mereka.”

“Berbalik kisah yang diutarakan oleh cerita tadi. Kakak perlu berhati-hati kerana wujud pertindihan di dalam isu yang dibawakan oleh cerita tadi. Islam yang dijadikan mangsa oleh kejahilan penganutnya terdorong untuk meletakkan kepercayaan idea penuntutan hak persamaan gender sedangkan hak itu tidak diterokai oleh penganutnya lantaran tidak menjadi hasrat para penguasa melaksanakan Hakimiah Lillah sebagai perundangan yang mengatur menyusun sistem kehidupan.”

Akidah tidak dijadikan perkaitan bagi pembudayaan ilmu inilah natijahnya.

Masih tersangkut mengenai taklik bagaimana mahu dihadami poligami?

Senyum.

Nurani dengan aroma barakah Ramadhan harumnya bukan dengan sundal malam.

‘Ku sumpah katak di tepi kolam
Sorak sorai di tengah malam
Rupa-rupanya katak tembam
Mengaduhaikan Tenggara/Tenggkara Berdendam.’




Pagi lagi telah mengirimkan pesanan-pesanan kepada seseorang.

Apakah seseorang itu masih bersedih? Tidak diingatikah akan ada pertemuan lagi lantas masihkah perlu berladung si airmata?

“Saya mahu menerbitkan catatan peribadi.”

“Silakan.”

“Tanpa persetujuan pada perjanjian, kita mahu menandatangani berdakwatkan angin dan hujan?”

Dia diam.

“Saya tidak mahu terkait dengan syarikat kroni dia.”

“Kamu segak. (terjemahan ‘smart’ yang dikirimkan)

“Segakkah andai ada yang mendahului catatan sendiri?”

“No komen.”

“Apakah ‘kepala lembu’ itu perarakannya memerlukan upah? Kerendahan mentaliti lelaki-lelaki ini usah dipalitkan dengan catatan saya.”

Dia tidak membalas.

“Saya bukan ahli BN.”

Kebisuannya menjadikan dilontar penegasan bahawa “Law of Media tidakkah memperuntukkan hak perlindungan kepada penggunaan telekomunikasi yang menyalah gunakan perkongsian idea pendengar kerana tidak mendapat kebenarannya? Ini masalah saya di sini.
Apa hak mereka dan di manakah hak saya?
Apakah wewenangnya mereka menukar matlamat dan niat mereka terhadap apa yang bukan menjadi niat dan matlamat saya?”

Tetiba sahaja kotak-kotak pesan di beberapa blog menolak peninggalan catatan saya.

Siapakah kelian aduhai puan-puan?

Refleksi Ramadhan

5 Ramadhan 1430

Assalamualiakum Cik,

Boleh bertanya?

Medium interaktif siber di tanah air kini siapakah khalayak yang benar-benar memerlukannya?

Celcom dan Vedafonekah?

Tidak pula diberikan perhatian, maksud saya di antara qtel dan vedafone lebih bermatlamatkan mahu mengaktifkan perbankan apabila menjadi syarat hanya yang memiliki kad kredit sahaja diberi tawaran pelangganan.
Dan pelanggannya hanya lebih berfokus kepada orang muda yang kebanyakannya biarpun tidak bekerja mereka disara oleh kocek ibu bapa.

Mereka di sini senang dan amat mudah menjadi masyarakat pengguna berbanding perintis yang menghasilkan usaha.

Berbalik kepada pelayar di internet,kini sistem perisian komputer mulai dijanakan semula permasalahan-permasalahannya yang diuji ke atas pelayar individu tanpa dipelihara hak mereka berbanding pelayar-pelayar syarikat kerajaan atau swasta.

Tahukah Cik mengenai itu?

Aktiviti pengambilan untung yang tidak adil sesekali dirasakan tatkala difikirkan kerana perisian komputer ini sistemnya ditenderkan semula secara besar-besaran yang akan kembali dipelbagaikan dengan interaktif digital pelangganan stesyen-stesyen penyiaran dan stesyen pemancar.
Pasti Cik tahu syarikat mana pula yang akan saling bersaing memasarkan sistem perisian komputer yang andai disudutkan pada penggunaan di sekolah sahaja berapa banyak keuntungan pada bidang komersial upaya dijana.

Isu saya siapa yang rugi dan siapa pula yang untung?

Pengguna?

Saya rasa kroni.

Dakwa orang kroni itu isu basikah?

Saya kata kroni itu 'berbesi beran'i.

TV plasma dengan spesifikasi LCD entah di mana nanti akan digantung pula.

Sifat bijak cerdas cergas pengguna amat perlu dititik beratkan di usia yang muda kerana tidak ramai pelajar yang benar-benar berpendapatan untuk menanggung kos-kos perkhidmatan yang ditawarkan.

Sifat penghubung itu sahaja sudah memadai buat mereka.

Apakah yang baru?

Kesedaran?

Nantilah jika miliki masa saya mengutusi lagi.

P/S :
Mengapa Cik hilangkan catatan saya?