Rabu, 2 September 2009

Refleksi Ramadhan 1

12/Ramadhan/1430
2/September/2009

Anak-anak menonton ‘Stray Dog’ – diri berkurung di dalam bilik dan mendengar sahaja omelan rasa anak-anak setelah tayangan berakhir.

“Diperumpamakan lelaki atau wanita sebagai anjing jalanan?”

Membiarkan anak dara menjelajah ke seluruh jajahan mindanya.

“Lelaki yang hilang tanpa berita kembali ke kampungnya dan mendapati isterinya telah berkahwin lain. Akibat dari ini didakwa ‘bekas’ isterinya itu pelacur.”

“Masih mengekalkan ‘stereotype’ pada isu wanita?” sengaja membakar rasa anak.

“Akak tidak menonton keseluruhannya.”

“Berapa ramai warga muslim yang tidak tahu wujud sighah taklik di dalam pernikahan?”

“Maksudnya?”

“Wujud lafaz taklik yang memperingatkan suami-suami bahawa setiap kali isterinya tidak diberikan nafkah yang mencukupi mengikut adat dalam tempuh empat bulan atau lebih, isterinya berhak membuat pengaduan kepada Hakim Syarak. Apabila sabit aduannya oleh Hakim terjatuh talak satu. Apabila dinikahkan semula tanpa reda isterinya itu jatuh lagi talak itu.”

“Lelaki cuma tahu bernikah sahajakah?”

“Mungkin kot.”

“Kelihatannya wanita-wanita perlu lebih tahu mengenai hak mereka.”

“Berbalik kisah yang diutarakan oleh cerita tadi. Kakak perlu berhati-hati kerana wujud pertindihan di dalam isu yang dibawakan oleh cerita tadi. Islam yang dijadikan mangsa oleh kejahilan penganutnya terdorong untuk meletakkan kepercayaan idea penuntutan hak persamaan gender sedangkan hak itu tidak diterokai oleh penganutnya lantaran tidak menjadi hasrat para penguasa melaksanakan Hakimiah Lillah sebagai perundangan yang mengatur menyusun sistem kehidupan.”

Akidah tidak dijadikan perkaitan bagi pembudayaan ilmu inilah natijahnya.

Masih tersangkut mengenai taklik bagaimana mahu dihadami poligami?

Senyum.

Nurani dengan aroma barakah Ramadhan harumnya bukan dengan sundal malam.

‘Ku sumpah katak di tepi kolam
Sorak sorai di tengah malam
Rupa-rupanya katak tembam
Mengaduhaikan Tenggara/Tenggkara Berdendam.’




Pagi lagi telah mengirimkan pesanan-pesanan kepada seseorang.

Apakah seseorang itu masih bersedih? Tidak diingatikah akan ada pertemuan lagi lantas masihkah perlu berladung si airmata?

“Saya mahu menerbitkan catatan peribadi.”

“Silakan.”

“Tanpa persetujuan pada perjanjian, kita mahu menandatangani berdakwatkan angin dan hujan?”

Dia diam.

“Saya tidak mahu terkait dengan syarikat kroni dia.”

“Kamu segak. (terjemahan ‘smart’ yang dikirimkan)

“Segakkah andai ada yang mendahului catatan sendiri?”

“No komen.”

“Apakah ‘kepala lembu’ itu perarakannya memerlukan upah? Kerendahan mentaliti lelaki-lelaki ini usah dipalitkan dengan catatan saya.”

Dia tidak membalas.

“Saya bukan ahli BN.”

Kebisuannya menjadikan dilontar penegasan bahawa “Law of Media tidakkah memperuntukkan hak perlindungan kepada penggunaan telekomunikasi yang menyalah gunakan perkongsian idea pendengar kerana tidak mendapat kebenarannya? Ini masalah saya di sini.
Apa hak mereka dan di manakah hak saya?
Apakah wewenangnya mereka menukar matlamat dan niat mereka terhadap apa yang bukan menjadi niat dan matlamat saya?”

Tetiba sahaja kotak-kotak pesan di beberapa blog menolak peninggalan catatan saya.

Siapakah kelian aduhai puan-puan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan