Sabtu, 19 September 2009

Esok Hari Raya, Syawal !

Menonton televisyen, melayari alam maya dan mendengarkan tele frekuensi menjadikan kekalutan bermaharalela buat manusia awam yang tidak berilmu seperti saya untuk mencari gugusan harapan wujudnya perpaduan di antara warga.

Adakah masyarakat awam perlu kelayakan untuk memberitahu anak-anaknya tentang wujudnya 'radang' cemar yang semakin menipiskan iman sedangkan di dalam diri mereka sudah terbina kukuh ulamak adalah pewaris nabi kerana ilmu membuatkan kita semakin takut kepada azab Allah?

Berusaha berdakwah dengan satu ayat, bagaimanakah pendekatannya yang benar?

Berusaha untuk menyedari hakikat di dunia ini hadir berbagai jenis makhluk Allah yang bernyawa yang saling berbeza, bagaimanakah pendekatan untuk kaedah yang benar?

Berusaha mencari jawapan melalui pertanyaan, bagaimanakah perlu dietikakan bahasanya yang benar?

Berusaha memikir perubahan alam yang tercemar oleh tangan manusia yang mengkontangkan ladungan air hujan di perut bumi memerlukan alternatif sebagai gantian di hari mendatang, bagaimanakah permuafakatannya yang benar?

Berusaha melihat tanah yang tidak lagi subur oleh bahan kimia yang bercampur menjadi baja adunan dari senjata kimia berbelerang di udara yang menyesakkan dada, bagaimanakah perbincangan wajar dilakukan dengan adab etika yang benar?

Berusaha mengembalikan hak-hak peribadi yang dicerobohi, bagaimanakah adil yang dipelihara untuk tidak dipaksa cara yang benar?

Berusaha dengan kaedah yang manakah yang paling benar andai percaturan masih dijadikan alat bagi menyesuaikan agenda dengan kaedah penyelesaian hingga memecahkan persepaduan antara berbilang bangsa?

Berusaha mengembalikan pelarian yang inginkan kehidupan, bagaimanakah cara mendapatkannya yang benar?

Berusaha menggambarkan kepintaran yang menjadikan bangunan terbiar tanpa penghuni sebagai makmal kaji penyelidikan dengan membiakkan setinggan tanpa perumahan, bagaimanakah perlu kebijaksanaan perencanaan yang benar?

Berusaha agar tanah-tanah adat yang dicengkam oleh waris pemilik tanpa diendah kewujudan geran hingga terusir oleh taraf senarai yang dihitamkan, bagaimanakah dinafi wujud kezaliman ke atas warga awam oleh zon perang yang direlevankan?

Berusaha agar rokok dan arak sebagai mekanisme yang ditolak di dalam membina sikap bertanggungjawab dalam mencari dan mendapatkan proses mengusahakan yang halal untuk dikenali yang batil bagaimanakah kewajaran mengaitkannya dengan kemiskinan untuk para pejuang kemanusiaan andai prinsip menegakkan keadilan tidak berdilemma saat 'mazlamah', 'maisir', 'rasywah', 'khida'ah','aklur-riba','kizib''sirqah','mazlamah' ingin dipisahkan dari menjadi karektor diri,bagaimanakah mengorban dan dikorbankan diri wujud dilansungkan?

Keanihan?

Militan dan yang kerap diungkap di ulas bibir merah juga di bibir berkumis?
Pengganas yang kerap diungkap disebut diumpat berulangkali?
Gerila yang kerap disangkut-pautkan dengan berbagai peristiwa dan tragedi?
Fanatik ekstrimis yang kerap dicemuh-cela disingkap tabir tanpa dibela?
Fudamental yang kerap diilmiahkan secara intelektual?
Tetapi tetap tidak mengangkat senjata tatkala ditandas-tandas diletakkan qalam Pencipta manusia?
Pencipta yang menciptakan manusia sewarna darahnya!
Pencipta yang memberikan naungan Pemurah atas daya usaha kepada yang taat atau yang derhaka!

Tiada dendam walau wujud sehama benci
Lantas belum bersedia lagi.

Sejarah
Nilainya pada apa?
Teladan atau catatan?
Pendidikan atau bangunan?
Perundangan atau kepercayaan?

Merdeka?
Haruskah segalanya perlu wujud ikatan dengan 'Uncle Sam"?
Haruskah inovasi teknologi kelaparan sentiasa tanpa hubungan yang membangunkan keupayaan yang melahirkan potensi dibenarkan berdikari?
Harus bagaimana harmoni universal melahirkan kerjasama yang tidak berfokus semata hiburan yang distrategikan oleh ekonomi tanpa memelihara sosial yang diasaskan oleh iman kerana ilmu.

Resah?

Individualistik?

Sentiasa sedar tiada pohon merendang jika tiada akar tunjang.
Sentiasa sedar tiada subur jika tiada air udara dan cahaya.
Sentiasa sedar tiada terang jika tiada terbitnya siang.
Justru
Salam lebaran dari diri kepada diri sendiri

Kekacauan yang pasif
Asas dari leraian kasih yang dhaif
Bukan oleh miskin cinta tetapi ihsan yang naif
Bila gerbang jendela dari kreatif yang aktif
Dipana adalah satu-satunya makna jaya berinovatif.

Salam bertukar pada sessi yang hambar
Yang ingin dierat bukan semata jabat yang lelah terbiar
Yang ingin didakap bukan rasa yang sering terbiar
Yang ingin dijejak bukan sejarah moyang kelam oleh cahaya pudar
Tatkala yang dihindar adalah hayat iman yang dianggap senilai dengan dinar.

Maaf zahir dan batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan