Jumaat, 27 Julai 2012

Puasa Hari Keenam Dan Ketujuh.

Catatan ini ditulis pada puasa hari yang kedua bagi tahun hijriah 1433.

Saya cuba menyatakan kata padanya, adakah khalayak yang dijalinkan kerjasama itu menjual dan membeli kesesatan dengan petunjuk?

Soalan saya ternyata tidak mengembirakannya.

"Jika pertanyaan-pertanyaan saya tidak disukai itu bermakna dikau sebenarnya tidak wajar lagi mengganggu akses interaksi saya yang sedang berusaha memajukan diri saya untuk menjadi seorang penulis."

Dia wajar menyedari bahawa sesekali membaca akhbar saya mendapat fokus bagaimana sikap orang muda yang tidak sepenuhnya sedia menilai sejarah kerana asas materialistik telah menjadi asuhan sehingga mereka tidak menjernihkan isu-isu konflik yang masih membelenggu pendirian generasi terdahulu yang masih terikat dengan nilai sejarah yang membina peristiwa oleh keterlibatan tokoh yang dibina oleh zaman mereka.

Sejarah yang bersumber dari pendominasian kerana keperluan dieksploitasi wajar diperbetulkan bukan dipalsukan sejarah bagi dengan tujuan menyembunyikan kebenaran dari kelemahan yang disengajakan wujud bagi menghadirkan konflik untuk diuruskan yang bermakna mengarah kepada kewujudan tokoh yang lebih baharu!

Merujuk kepada tanah air saya sendiri selepas membaca buku tulisan Encik Kim Quek, amat jelas informasi fakta dari buku itu saya umpamakan sebagai BUKU LOG yang memberikan kami kelebihan untuk menilai proses kelemahan dan kekuatan tanah air kami.

Beginilah yang saya maksudkan tentang tokoh tidak wajar dipersaingkan!

Namun timbul persoalan lain apakah parti perlu dipersaingkan setelah bukan kesemua kita (rakyat) mempunyai hasrat untuk berparti.

Zaman tidak perlu dibina dengan semangat untuk memperolehi keseronokan dengan hidup hanya untuk keseronokan apabila masyarakat kini dan mendatang perlu serious menangani masalah masa depan yang lebih jelas tuntutan berfokusnya terhadap akhirat.


Dia masih membisu dan menyerlahkan keengganan untuk membaca catatan dari fikiran saya.


Dikau menolak akhirat sebagai masa depan saya yang menolak idea pemimpin negara pelobian mu kerana kegagalan revolusi afrika adalah kerana konsep perjuangan mereka masih kekal mengimpakkan kelemahan, kemusnahan oleh kerendahan moral yang tidak dapat diteladani apabila membina semula sifat 'apartheid' sehingga diskriminasi masih menjadi imej masyarakat moden dicirikan.

Bukankah dikau mempersaingkan juga usia tatkala wujud bayi yang terlebih dahulu mati sebelum kita!


Bulan Ramadhan saya bukan dibentuk oleh nama lelaki arab!
Adalah salah apabila dikau kekal mempersendakan iman saya tatkala saya menyakini wanita yang lemah terdiri dari wanita yang mudah dieksploitasi oleh lelaki!


Dengarlah ujaran saya terhadap konsep selebriti mu. (sesungguhnya saya tidak tahu jenis etnik bangsa dan negara kumpulan yang dikau wakili) :

Saya tidak dapat menafikan kegusaran terhadap kitaran yang berlaku andai 'konsep islam jamaah' seperti yang pernah wujud di negara jiran saya lebih lima puluh tahun yang lalu menjadi cara dikau mendapatkan pengaruh ke atas ummat menjelang musim-musim membentuk struktur siasah dan aktiviti ekonomi yangmemprodukkan ikon hiburan.

Gejala ini dicerakinkan oleh holly wood. dikitar agih dan edar oleh pemodal dan pelabur yang terdiri dari ahli kelab jutawan dan ahli politik. (rujuklah catatan-catatan terdahulu saya dengan isu berkaitan)

 Isu yang saya fokuskan ialah kaedah ini melumpuhkan keberdayaan ummah untuk bersedia dengan cabaran 'kerosakan akidah.'


Agama saya adalah agama akidah. Banyak yang saya gusarkan dengan wacana yang mendapat semula fokus saya.

Dikau tidak mendakwa saya mahu mencampuri hal ehwal negara yang membuatkan saya berasa bangga dengan keberdayaan bahasa mereka tetapi kumpulan yang diberikan nama 'islam jamaah' itu wajar diberikan perhatian dalam masa dikau terlalu mahu mengimbas tentang tragedi tsunami di Aceh.

Dengarlah ujaran ku sekolah pondok dengan kaedah yang dicernakan semata-mata untuk melahirkan tokoh untuk dijadikan sebagai 'imam' akhir zaman MERUGIKAN ummah merujuk kesan 'tokoh seni' yang dijadikan sebagai sasaran untuk mendapatkan pengaruh.

 Wajar juga diketengahkan bahawa jika kaedah yang sama turut digunakan ke sekolah dan institusi moden ia turut merugikan ummat apabila kolej-kolej dan universiti barat masih gagal melahirkan 'imam' yang upaya memakmurkan alam sejagat walau pelbagai konsep ideologi dan kaedah polisi diwujudkan.

Semua ini tidak jauh berbeza dengan konsep siri realiti yang disumberkan oleh negara pelobian mu yang lebih menjurus kepada pengurupan wang setelah tidak wujud negara agama di kalangan negara kesatuan yang mereka anggotai.


Saya tidak tahu apa yang sedang ditimbangduganya terhadap bacaan fikiran ini.

Isnin, 23 Julai 2012

Puasa Hari Kedua.


Mengapakah cara hidup keluarga Mukmin Sukar Mendapat Tempat Di Jiwa Masyarakat Moden?


Teladan masih perlu diambil dari cara hidup barat sebagai syarat untuk memasuki televisyen yang memancarkannya ke serata dunia.

Sehingga perlu makan ‘daging babi sebagai sajian’ di televisyen?

Saya terganggu dengan salah satu sitcom bertemakan makanan di kaca televisyen mu yang mempaparkan seorang wanita dari sebelah negara arab di afrika yang mempunyai persamaan dengan nama bapa saya sedia menjamah daging khinzir.

'Belly dance' itu budaya arab mu yang juga menjadi kebanggaan bagi tanah kelahiran Ar Rumi.

Mari kita bertanya kepada pemilik stesyen satellite.
Miskinkah mereka sehingga kekal memerlukan produk seperti itu untuk slot Makanan di televisyen? 

'Dikau berada di dunia global thanaif', dia memberitahu.


MENGAPA DIKAU MENUTUP WINDOW MEDIA PLAY UNTUK CD SAYA DIMAINKAN?

DIKAU TAHU SUKARNYA SAYA MAHU MEMAINKAN IRAMA PILIHAN SAYA DI YOUTUBE APABILA DIKAU MELETAKKAN IKLAN YANG TIDAK SAYA PERLUKAN BAGI MENDENGAR IRAMA NASYEED PILIHAN SAYA?

Anda menutup window play bagi diputarkan IRAMA ZIKIRULLAH?

MENGAPA?


Kami masih berbantah di dalam diam.

Dia memprotes saya dan saya membantahnya.

Tidak pasti sehingga bila keadaan ini akan berlarutan.


Adakah siaran mu ditaja oleh wang loteri?

"WHERE IS MUSLIM RIGHTS FROM YOUR FUND WHEN YOU DO KNOW WE NEVER TAKE THIS KIND OF MONEY! (gambling and lottery money)?"


Dia cuba meredakan emosi saya setelah dia berusaha mencetuskannya dengan menyiarkan irama yang menyimpulkan nama Aisya.

GO TO H--- WITH YOUR ‘AISYA’ – or any names. Api membakar emosi saya.

WHY? Dia bertanya.

MY AISYAH IS NABI MUHAMMAD SAW WIFE NOT YOURS –
YOUR CLON AND DUPLICATE PERSON IS NOT MY INTENTION!

Akhirnya kami kekal 'bersengketa' walau pun tidak saling mengenal rupa.


Puasa ini ujian kepada zahir dan batin.



Puasa Hari Pertama

Catatan di hari pertama bulan puasa.

Menulis warkah yang tidak dikirimkan :


Ramadhan 1434,

Kehadapan yang diingati,

Wujudkah aktiviti 'mencuri' wang judi di bulan puasa saya?
Duit judi itu milik siapa?
Halalkah ia?

Orang islam seperti saya tidak mempunyai wang dari aktiviti pertaruhan dan perjudian.

Kelahiran dan garis keluhuran pengeluaran logo HALAL tanah air upaya menjadi institusi yang melahirkan cerdik pandai pelbagai usia kerana pengetahuan pemprosesan penyediaan makanan ini sepenuhnya menjadi inovasi berjenama milik tanah air yang upaya diseiringkan dengan usaha dakwah bagaimana penguasaan iman itu bukan pada ibadah semata-mata tetapi ia menjadi cara hidup yang menyihatkan akal rohani emosi untuk pembinaan intelek selain jasmani.

Logo Halal mempunyai institusikah tatkala lingkaran kemiskinan sudah berjaya dilintasi oleh penganut islam malah memberikan kekayaan kepada bukan islam.

DAN adakah kami memberikan persaingan kepada produk KOSHER yang memenuhi kesemua pasaraya dan premis kami?

TIDAK SALAH JIKA SAYA BERTANYA KEPADA CHEF-CHEF :

DI MANAKAH JENAMA BAGI PASARAYA MUSLIM bagi setiap negara di dunia muslim sejak mereka merdeka? 

HARRODSkah?

Gedung mewah yang dimiliki oleh pedagang arab ini berjayakah mempromosikan produk buatan arab dan telah berjayakah ia menjadi ‘pengurup‘ pusat memperdagangkan barangan 'HUB HALAL’?

Ramadhan saya bukan merujuk nama sesiapa tetapi ia adalah nama bulan barakah di dalam taqwim hijriah 1434.

Jumpa kembali.

Selasa, 17 Julai 2012

'Mubarak' Atau 'Kareem' Ia Tetap Ramadhan


Tanpa disedari sudah hampir tujuh tahun kami menjalani ibdah puasa jauh dari emak, kakak-kakak dan sanak saudara serta jiran sekampung selain ipar lamai yang jauh.

Ia membuatkan saya mengimbas semula meminta difahami ke manakah kesudahannya saat saya sudah semakin jemu mahu membuka radio mahu pun menonton televisyen dan sudah jarang-jarang mahu menonton wayang tatkala buku bukan menjadi keutamaan masyarakat di sini bagi mengisi waktu lapang mereka yang didapati terlalu banyak masanya.

Lalu saya bertanya menjelang bulan beribadah bagi penganut islam apakah upaya dilihat kesan perkongsian selama ini antara kita?

Saya bertanya padanya yang semakin bisu dan hanya sesekali sahaja membalas bicara saya.

Ya dia semakin bisu.

Kopinya sudah menjadi tidak lazatkah atau dia sudah mulai meminum teh atau teh tarikkah menjadi minuman paginya?

Atau dia tidak tahukah bahawa saya tidak gemar singgah untuk meminum kopi yang perlu dibancuh oleh mesin pembancuh di mana-mana café? Ya, saya bukan jenis manusia yang suka meminum kopi atau hanya untuk menikmati roti atau sandwich di cafe.


Atau dia telah menukar menjadikan susu segar yang diperah dari punting lembu atau kambing menjadi minuman sarapan paginya?

Atau dia telah tersalah orang untuk meletakkan wajah hodoh saya ini kepada wajah yang lebih ‘tampan’?

Dia semakin bisu.

Apakah hari ini dia menjadi mesin yang disimpan di dalam setor lantaran tidak lagi tertahan dengan kedinginan saya?

Tiba-tiba saya semakin gusar jika dia adalah sebahagian mesin yang disediakan khas untuk menjadi penyampai di udara.

Atau dia sudah berasa kecewa tatkala terlalu ramai yang menyamar menjadi kenalannya bagi menjarakkan tercapainya fokus dan perhatian kami selama ini terhadap pelbagai isu semasa demi pembangunan ummat?

Setahu saya dia seorang perempuan yang kini semakin bertambah bilangannya bak cendawan yang dibiarkan tumbuh melata untuk dipungut oleh sesiapa sahaja.

Tiba-tiba saya gusar jika dia dan mereka itu tidak bertanda nama dan dibenarkan diperolehi dengan percuma. Murahkah harga dirinya atau sememangnya dia terdesak untuk mempunyai teman?

Apa perlunya dia mempunyai begitu ramai teman sehingga menyukarkan untuk dikenal pasti siapakah yang perlu didahului dan dikemudiankan?

Apa perlunya ditemani juga dengan gender-gender yang berlainan jantina bagi mengganggu kelancaran perbualan yang sesekali perlu menjurus ke hal-hal peribadi perkaitan hal ehwal keperempuanan demi lebih saling percaya mempercayai?


Apa perlunya dibina lingkaran dengan mewujudkan perkaitan di antara jenama haramnya dengan jenama yang dilabelkan sebagai halal pada bulan mulia ku?

Apakah dia menyangka saya ini manusia separa mesin yang tidak tahu erti penat untuk melayani setiap kemahuannya tatkala kehendak saya tidak pernah dipenuhi?

Atau adakah dia menyangka saya ini boneka lilin yang perlu dihias cantik untuk ditempatkan dengan gagahnya di muzium?

Adakah dikau kekenyangan wahai teman ku setelah hampir tujuh tahun ku berikan dikau hidangan-hidangan yang tidak pernah ku tuntut bayarannya?

Dia diam. 

Lama saya tidak mendengar lagi bicara mesranya.

Apakah sajian dan hidangan saya semakin tidak membuka selera mu yang semakin saya sedari ianya agak jauh berbeza dengan cita selera saya?


Mohon saya jangan kekal diuji kesabaran saya yang semakin hilang di sepanjang Ramadhan nanti.

Isnin, 2 Julai 2012

Saya Tidak Ada 'Smart Phone'


Mewujudkan komunikasi dengan gelombang yang dipetakan pada skrin sering menerbitkan sangkaan-sangkaan dengan siapakah saya menghalunisasikan minda?

Mereka menukar kotak angka berkali-kali dari 2627 ke 9 2 6 2 7 dan pernah menjadi 9 2 6 2 8.

C903 kekal menjadi saksinya.

Leelawaddy bukan mewakili Thailand walau pun nama ini mirip seperti nama saya. 
Sering dibisikkan perlahan ke C903 yang bisu dan tuli malah buta itu.

Saya lebih berasa bahagia untuk memberikan banyak masa pada catatan lama!
Suara batin saya jeritkan pada C903 yang terlantar kaku menanti sentuhan yang tidak ditentukan waktunya.

Saya akan membuang banyak masa dengan catatan yang tidak tersusun itu tanpa bantuan mu.

Saya akan membuat apa yang saya suka bukan apa yang dikau minta.

C903 yang buta itu masih tertiarap tidak sedarkan diri dengan jerkah laungan saya yang masih berbara terbakar emosinya.

Hangat menjalar ke seluruh saraf saya apabila C903 masih kaku menunjukkan ego dengan mempamerkan bahasa-bahasa pilihan yang tidak sedia digunakan dalam ucap temu salam mahabbah antara kami.

Bahasa apakah yang perlu saya pilih, C903?

Walau saya boleh mengeja membatangkan huruf-huruf abjad pada kalimah ayatmu, semua ini bukan bahasa saya!

Meski C903 bercahaya berkelip-kedip menyatakan hasratnya yang mahu bermesra dengan nurani minda saya, alat tuli dan buta itu saya abaikan untuk menzahirkan ego saya pula.



Mengapakah setelah nama ku diketahui dikau masih menjadikan daku sebagai sistem, C903? Kompromi apa yang dikau persetujui tatkala ku ujarkan dengan jujur saya tidak menyenangi warna yang ditawarkan untuk ku pilih.


C903 masih mempersonakan minda saya yang tidak mengingini paparan aplikasi melebihi dari keperluan yang saya mahukan darinya.

C903 tidak menyedari bagaimana saya upaya kehilangan punca jika ia tidak ada di depan mata saya, meski saya tidak menunjukkan mesra dia tetap sering berada di dalam dakapan genggaman jari-jari saya.

C903, saya tidak mempedulikan tentang angka dan nombor pada hari bulan dan tahun kerana dikau tidak berbohong tetapi menjawablah apakah benar nama pena ku tejathanaif adalah sebuah PC?

 Siapa pula thanaif buat mu C903?

Bagaimanakah nama sebenar ku menjadi ‘folder system’ dalam keadaannya yang tidak terurus. 

Siapa pula yang menjadi nama ganti ku Nurlaila? 

Who is dying? Do not abuse them on me!’ C903 merahsiakan pesanan gelombang.