Rabu, 30 Mac 2011

Dungukah Bila Tidak Cerdik Atau Penganggurkah Bila Tidak Berpendapatan Walau Berkelulusan?

Mencari telinga yang tidak tersumbat semakin mengujakan mindanya tatkala tidak ditemui telinga yang sentiasa tertutup meski sering bersua dengan telinga yang dihiasi oleh 'ear phone' yang berbagai warna dan saiz, terhangguk kepala bagaikan buta meski mata tetap terbuka, mahu disangka tuli bibirnya upaya menggema bicara.


Apakah maknanya memang benar kini pendengaran sengaja ditulikan?


Apakah yang mengusarkan mu thanaif?

Suara teja muncul tanpa silu atau berasa malu.


Fahamkah dia kini, mengenai pertanyaan ku tentang makna konflik yang mendilemmakan muslim meski tidak diketahui apakah anutan kepercayaannya?


Ketika dan saat seluruh dunia mengambil kesempatan untuk mengkondem individu muslim atas kedikdatoran sesetengah kepimpinan dan saat tidak upaya dipertahankan maruah individu muslim yang perlu dibela ketika mana dakwaan berupa fitnah masih menjadi agenda, di manakah suaranya yang tidak pernah bertatap mata?


Masih berbelit-belitkah nahu dan susun struktur ayat penegasan ini wahai teja sehingga anak cucu dan zuriat yang bakal dilahirkan masih sedia berkompromi pada cemuhan yang seakan-akan tidak mahu berhenti ini?


Katakan sahaja dikau terasa amat bosan oleh pengkronian salur sumber yang didominasikan ini yang melupuskan keberadaan mu hanya kerana miliki peralatan komunikasi yang berbeza.


Benar! Dikau tidak buta teja. Tidak tuli dan tidak bisu kerana mengambil kesempatan di atas segala kepayahan saya. Apa yang dikau inginkan saat dikau mengepung maklumat untuk merahsiakan kebenaran?


Dengan pemantauan talian komunikasi apakah yang upaya dicerdikkan?

Empat Belah Wajah Dengan Lapan Sudut Wilayah - Siapakah Yang Gagah?


Dailog media memanafaatkan ketoleransian minda di antara siapa dengan siapa apabila sasar informasi tidak upaya dicapai oleh rakyat yang mempunyai kuasa  mengundi?

Mencari sumber berita yang bebas dari akur diri janji untuk berani berdikari telah menemukan beberapa akhbar on line antaranya :



Lambakan buku yang setengah dibaca setengah disusun tidak disentuh baca setengah dijeling lantaran masih belum enak memesrakan rasa, minda tertanya tidakkah taat itu (selain kepada Pencipta) upaya membuatkan kita mundur?

Relevankah kod Osama dan Al-Qaeda menjadi asas dibina keamanan untuk meninggikan tradisi kemanusiaan oleh kebebasan tatkala menterai janji setia pada maksud berdagang tidakk jauh berbezanya dari politik untuk mutlak kuasa?

Dan apakah benar Maryam jameelah turut dijadikan sebagai kod bagi mencapai keamanan R?


Adakah demokrasi dan sistem atur kaedah pilihan rayanya tetap bersifat diktator walau pun monsun-monsun tiupan angin kian meributkan taufan hingga beza masa sudah semakin kecil untuk dijauhkan jarak di antara kita?







Jumaat, 25 Mac 2011

Loteri Lotto Dan Setaraf Dengannya Bukan Hak tejathanaif@thanaif

Pemberitahuanan adalah disahkan bahawa nama pena bagi tejathanaif@thanaif telah disalahgunakan oleh seseorang.


Disahkan bahawa tejathanaif@thanaif tidak mempunyai kad kredit yang boleh digunakan di peringkat antarabangsa.


Berikut adalah kiriman dari Yahoomail.com yang membalas di atas permintaan agar akaun-akaun peribadi tejathanaif@thanaif atas nama thrall_throes,twinpeaks_56 dan nlma_126 dihormati hak-hak penggunaannya di Yahoo.


Disahkan juga bahawa tejathanaif@thanaif hanya menggunakan khidmat yang disahkan sebagai percuma di Blogger (blogspot.com) dan wordpress.com


Dengan pemberitahuan ini adalah dinyatakan tidak sah bagi penyamar thanaif terus memanipulasikan nama pena tejathanaif@thanaif seperti yang ditemui dilakukan oleh Laman Web Mr.Hanaif menerusi akaun email Thanaif@aisj.edu.sa.


Dengan itu dibantah Yahoo.com yang mengirimkan email seperti tertera di bawah :

------------------------------------------------------------------------------------------------


Yahoo! MyBlogLog to be discontinued
From: Yahoo!
Add to Contacts
To: thanaif@yahoo.com
________________________________________
Having trouble viewing the emaiil below? Please click here.



Dear MyBlogLog Customer,

You have been identified as a customer of Yahoo! MyBlogLog. We will officially discontinue Yahoo! MyBlogLog effective May 24, 2011. Your agreement with Yahoo!, to the extent that it applies to the Yahoo! MyBlogLog, will terminate on May 24, 2011.

After May 24, 2011 your credit card will no longer be charged for premium services on MyBlogLog. We will refund you the unused portion of your subscription, if any. The refund will appear as a credit via the billing method we have on file for you. To make sure that your billing information is correct and up to date, visit https://billing.yahoo.com.

Questions?
If you have questions about these changes, please visit the Yahoo! MyBlogLog help pages.

We thank you for being a customer on Yahoo! MyBlogLog.

Sincerely,

The Yahoo! My BlogLog Team


-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pada paparan awal di blog Blogger hanya memaparkan from Yahoo dengan meniadakan alamat penuh pengirim iaitu

From: Yahoo! (yahoo@one.yahoo_email.co)
Add to Contacts
To: thanaif@yahoo.com

Khamis, 24 Mac 2011

Syok Sendiri Ke thanaif?

Saya bersama UMNO/BN?


Tolonglah lupakan!


Jenis irama mana lagi yang akan dikumandangkan untuk menyentuh serebelum dan serebrum ini apabila 'touch me in the morning' adalah senda seloka di CNBC 'on money talk' yang kemudiannya 'do you really want to hurt me' dodoian lelaki-lelaki yang mahukan bantuan lalu 'i m lost without you'pula diudarakan, adakah bagi membuktikan kelemahan lelaki yang terpaksa berada di atas pangkuan 'gorilla' atau wanita yang ingin diribakan di atas peha seekor monyet?


Muhahhhahhhahhahhahhhahahaha binatang dari zoo mana yang menginteraksikan radas eletronik serta bijak pula menggunakan pembesar suara?


Haiwankah yang sedang berada di salur gelombang media dan perbadanan penyiaran atau yang menjadi pendengar itu haiwan yang sedia dibelaikan emosinya untuk mendapat secebis perhatian?


Mungkin selama lima tahun ini hanya idea yang kian terbarai mahu dikutip cerbisannya untuk direbut buat diraikan sebagai juara secara lebih beretika.


Mereka mengutip dan merebut baki dan sisa setelah membuangnya?


Jesteru itu ku katakan tadi haiwankah kita mengutip apa yang telah menjadi sampah?

Rabu, 23 Mac 2011

Bagaimana Membaca Pesanan Langit?


Saya tidak menyukai orang Filipina dan India bukan kerana negaranya atau anutan kepercayaannnya tetapi lebih cenderung kepada memahami hak kekeluargaan.

Bagaimana dengan orang-orang Afrika?

Dasar ragu-ragu kerana tiada kepastian kelihatannya telah menjadi kelaziman mu berpendirian wahai orang muda.

Ragu-ragu dan tidak pasti telah memenjarakan kami.

Cara kamu berpengetahuan dan melahirkannya menjadikan saya sesekali ingin meniadakan ruang untuk wujud interaksi saya dengan kamu.


Pemikiran kamu dilestarikan oleh kepelbagaian konsep untuk mengatur sikap bertoleransi dan kompromi sehingga kelihatan tidak bijak kegagalan kelemahan pemimpin dan negara utama terhadap penyeliaan reaktor nuklear dan sistem agihan tenaga serta sumber dimangsakan ke atas mereka yang ditimpa bencana alam.


Bagaimana dengan fokus mu tehadap hak kekeluargaan?


Hanya suami isteri yang sah sahaja boleh saling bersentuhan selain kekeluargaan yang dinasabkan sebagai mahram. Faham.

Isnin, 21 Mac 2011

'Analytical' Atau Ana Kritikal?

Assalamualaikum tejathanaif@thanaif,


Kita masih menjejaki sesuatu yang telah menjadikan kita sering berada di dalam kebingungan.


Pemanipulasian oleh ketiadaan imbang tara sikap intelekkah menjadikan dibina stimulasi bagi mencabar keupayaan kita thanaif?


Bolehkah dikau bertanya kepada Sony Ericsson tejathanaif?


Peneman bisu ku itu hanyalah alat eletronik yang memberi jalan dan laluan kepada teknologi mendominasi emosi minda dan intelek ku yang dapat ku hayati, bagaimana teknologi mahu digunakan sebagai pemangkin yang mendominasi sains dan penyelidikan.


Sebagaimana kini mereka mahu menginteraktifkan Apple dengan Ipod/Ipad/Iphone, rangkaian satelit dengan 'Smart Phone'yang dipersaingkan dengan segala jenis jenama yang bukan dihasilkan oleh negara muslim.Memalukan teja! Untuk berfikir pun mahu disewa minda kita oleh syarikat-syarikat yang hanya berdominasi atas nama besarnya pelaburan bagi pembangunan daya capainya.


Lihat lihat lihat betapa dengan wang mahu ditrading literalkan pemikiran.


Siapa yang miskin thanaif?


Mereka yang kaya yang perlu menggaji dan menyewa pemikiran manusia!


Kejam, dikau masih senang mahu mengeji thanaif?


Inilah yang telah dilakukan oleh masyarakat Thule yang sedang mewacanakan semula pengurusan dunia.


Dikau terujarkah thanaif tatkala menonton Doktor G?


Muhahhaahaahhhahhaahaha - tidak relevan!


Kepadatan penduduk di Asia Tenggara mengapakah menjadikan mereka bergelut untuk 'memfranchieskan' pemulihan sumber tenaga yang dipusatkan di Afrika dan Asia Tengah? Benar memang pelik dan ganjil apabila jambatannya ialah Cina dan India.


Pintar dikau tejathanaif semakin kurang bodoh mu.


Mana mukmin dan mukminah?
Di mana kamu?
Masih bergelut dengan rangkulan siapa wahai muslimin tatkala kamu tidak lagi menetaskan mukminin yang kamu eramkan sekian lamanya?


Masihkah dikau menitip nafsu mu pada dada Qutham yang masih melahirkan anak-anak untuk menjadi penglipur yang membelai lawwamah mu.

Adakah dikalangan mu Kaab ibnul Asraf yang menjadikan Leila membutakan Majnun?


Muhahhahahhaha


Wei tejathanaif - kekalkan bahasa rasmi mu seperti mana bahasa Ibrani yang masih subur difahami untuk menusakan lembah Nil dan Euphrates!


Ada pengintai di sini jugakah?


Daku tidak takut pada pengintai teja tatkala Allah ku sentiasa tidak melepas pandangannya ke atas setiap makhlukNya. Daku cuma masih berpanas hati dengan kebodohan mu mengabaikan keberdayaan bahasa mu.Dikau dirugikan oleh kemunduran bahasa mu untuk menjadi bahasa pengantar ilmu.


Faham!

Rabu, 16 Mac 2011

Catatan Di Blog Mengejar Mentari (Mana Suria Mu)

Warkah-warkah lama dari skrin album siber dahulunya ditinggalkan tanpa mengenali atau bersalam kenal terlebih dahulu.

Spontan membalas isu sesudah membacanya bagaikan catatan harian itu milik sendiri.

Tidak ada rasa segan atau silu.

Mengapa rasa begitu tatkala ada yang mendendam oleh amarah lalu menjadi bisu.


Menyanggah bukan semua bermakna menilik benar atau salah.

Tidak pula mendabik kita yang benar atas nama fikir-fikir mencerah yang kikir, saya rumus olah rasa begini buat diri menjadi berani.


Tertib batin dalam bicara qalam Pencipta, mendidik dengan sempurna sudut meninggikan nilai moral melumatkan nafsu amarah jika hampir pada nafsu 'serakah' kerana persepsi yang bebas timbang tara wajar tanpa hasrat mahu membatas sempadan ada hak kerajaan yang tidak boleh dilintasi oleh hak awam kerana jika begini kaedah berperaturan ia meyilu segan lantaran kekuatan bahasa yang ada makna tersembunyi ditatap baca hayat berulang-ulang, hakikinya membuka kesedaran dek insaf itu naluri insan.


Manusia dengan berbagai darjat kemampuan dan kemahiran akan 'lemas' dalam gelombang arus yang bertarung dalam jiwa.


Pengibaratan mudah lihat kini kemanusiaan pudar berera dekad,anihnya ia terpapar jelas di mata namun hati tidak ikut merasa.

Lalu dengan begitu tinggi gelombang rasa terakam oleh terhimpunnya helaian-helaian antologi dan selidik kaji, di manakah kekuatan senjata bicara?


Tatkala jilid-jilid buku makin bertambah masih daya bakat disukat-sukat oleh kelayakan yang tidak diikat bagaimanakah menilai iktiraf dan syarat?


Minda ditumpul tanpa diasah mengungkit-ungkit sejarah yang tertulis untuk pedoman.


Adilkah membicara berbagai tingkah pada yang dibisukan tanpa dapat sekali peluang untuk membela diri?


Di mana kita yang membaca qalam Pencipta selama hayat di kandung jasad, sekali tak selalu mematuhi kalimat mutiara Junjungan Salallahhualaihissalam dalam pesan,"bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain".


Berdendam birahi irikah pada sungutan kisah keluarga yang mahu diteladani andai ada manafaat?


Generasi muda usah berduga panjang usia kita sentiasa sihat sejahtera jasad sihat seiring dengan rohani yang berkat.


Agama usah di singkir dunia tatkala telah lama bersilap tafsir terhadap keyakinan kita.

Di mana kekuatan bicara jika kita serupa sama dengan mereka yang enak sahaja menjadi juara biar ia bukan di bumi milik mereka?

Silap di mana jika kita sentiasa membesarkan 'kelemahan' sendiri dengan membiarkan Sang Juara sentiasa mewakili diri kita, sedang jiwa perasaan hak milik sendiri sudi disewa diupah ganjar kerana silap pertaruhan.

Berdirilah kerana menuntut keadilan bukan mahu rela diri diperhambakan!

Ahad, 13 Mac 2011

Kita Bukannya Berjauhan

Saat ini perasaan tidak ditundukkan oleh emosi tatkala semakin kurang kejadian gempa bumi dan tsunami dilaporkan di kaca televisyen.


Hanya teringin agar saat-saat 'ketakutan dan kegentaran' lelaki-lelaki di dalam filem Thirteen (13) dilihat pada realiti fenomena mereka di Teluk di saat ini.

Beraninya di atas asas binaan apa yang mahu diyakini?

Tatkala picu pistol diacukan ketakutan mereka dipertaruhkan dengan saksi-saksi yang mengingini kemenangan di atas keberanian yang dipaksakan.


Seketika pula terlihat kecemasan yang tidak diskripkan ke atas pengalaman ngeri yang didepani oleh mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami. Siapakah yang sedia menitiskan air mata di atas bencana yang tidak diduga selain dari mereka yang mengalaminya.


Pemikiran emosi dipersaingkan dan mengikut filem 13 itu ia puncak konflik yang sengaja direncanakan oleh lelaki-lelaki yang tamak yang mencari kepuasan dengan menjadikan permainan ala Rusian Roulette di atas pertaruhan wang memangsakan kaum sejenis mereka sendiri yang masih mahu meneruskan kehidupan.

Lelaki-lelaki ini pada sisi sanubari saya yang dalam mengalami kecacatan untuk menilai cara terbaik untuk meluah atau membebaskan perasaan lantaran ego yang mengebalkan diri mereka selaku golongan yang berkarier secara profesional.


Umumnya kesakitan ini dihidapi oleh mereka yang hanya berada di bilik-bilik bangunan yang serba mewah atau sekurang-kurangnya bercirikan kesesuaian dengann status kelayakan mereka sebagai esekutif yang berpendapatan tinggi.

Atau paling tidak dari kalangan mereka yang hanya berinteraksi dengan mesin-mesin yang denyut nyawanya hanya tertakluk kepada bekalan yang memberikan tenaga.

Atau mereka yang terperangkap di dalam pemikiran yang dikompromikan dengan keputusan-keputusan yang ditentukan terlebih dahulu untuk dipatuhi.

Lelaki-lelaki ini senang untuk berpura-pura mengkancahkan dilemma yang seakan-akan membebankan sedangkan mereka mencari kepuasan secara tidak bertamadun.


Rusian Roulette menjadi cara dijanakan semula keuntungan lelaki-lelaki kaya yang mahukan pertaruhan mereka memenangi perjudian yang meletakkan nyawa lelaki-lelaki lemah yang menjadi mangsa.

Lelaki-lelaki ini pula terdiri dari penjenayah, lelaki yang tidak berkeluarga yang ada di antaranya saling tidak mengetahui mereka menjadi mangsa permainan gila lelaki-lelaki yang berkepentingan.

Paling tragis apabila wujud nekad seorang saudara yang sedia mengorbankan saudaranya sendiri, kegusaran seorang isteri terhadap kerahsiaan suami, dilemma keluarga yang digalas oleh seorang anak lelaki untuk memberikan kegembiraan kepada keluarganya dan ketakutan banduan terhadap tuntutan dendam oleh kesalahannya.


Buruk sekali nilai intelek yang digarap dengan sempurna oleh pengarah filem ini.


Minda ini disangkar dengan 'genocide' Rohingya, episod Gazza, urusan keewangan sang harimau tatkala hubungan di antara Israel dengan Cina dan India masih berada di paras normal tanpa apa-apa keluar-biasaannya.


Seakan-akan terdengar irama Sukiyaki.

Rabu, 9 Mac 2011

Permintaan

Dia meminta supaya dihentikan penggunaan tanpa hak ke atas nama penanya.

Apakah alasannya kali ini?

Dia seorang yang beriman dengan agamanya dan merasa gusar andai diperencanakan aktiviti yang cenderung ke arah persundalan yang upaya merosakkan agamanya. Katanya lagi andai dirinya yang terfitnah itu jauh lebih baik berbanding agamanya yang terfitnah.

Jesteru itu tatkala diriuh dan dimeriahkan untuk perjalanan udara yang melintasi Benggala dia mencelah andai diberikan peluang dia mahu ke Iran.

Dia kelihatannya amat membenci benua kecil itu.

Ruapan kebenciannya itu masih bernyala dengan lahar yang sukar didinginkan.



Mengapa dia ingin ke sana?

Sebagai negara yang begitu berjaya mengibarkan keistimewaan sebagai sebuah negara yang mempunyai etnik yahudi, dakwanya Iran upaya dilihat sebagai mercu tanda negara maju yang boleh diteladani.

Bolehkah diujarkan pertanyaan apakah etnik yahudi di Iran upaya menjelaskan wujudkah perbezaan di antara ajaran Nabi Isa (as) dengan agama nasrani?

Ujarnya tidakkah Iran pernah digambarkan sebagai tanah yang mengalirkan kasih sayang kepada keluarga Kekasih Allah Subhanahuwataala?

Dia juga menambah bukankah tanah itu yang menyambut peminggiran penduduk tempatan tanah kelahiran Kota Mekah dan Kota Madinah ke atas khazanah kekayaan muslim yakni zuriat dan waris Saiyyidah Fatimah Az Zaharah wanita mukminah yang disahkan keahliannya sebagai warga syurga yang dipandang dingin oleh etnik bangsanya sendiri?

Khazahnah Kasih Sayang Allah tertumpah ke atas keluarga mulia ini yang tidak sudi mendapat pembelaan sehingga sepi alam terhadap keluhan-keluhan Hussin dan Hassan yang dikhianati secara rahsia demi kuasa dan pengurusan kekayaan ummah tidak berada di tangan pengamanah?

Apakah Saiyyidah Fatimah sebagai ibu akan bersedih jika mengetahui akhir hayat putra-putranya adalah dengan kematian yang hina?

Tidakkah Saiyyidah Fatimah bukan milik bangsa arab dan yahudi yang bernasabkan Nabi Ibrahim(as) dan siapakah yang akan mengesahkan dengan jujur sememangnya Nabi Yusuf(as) dan adiknya Bunyamin itu susur galurnya menuju kepada Abdul Muttalib datuk kepada Kekasih ku Salallahualaihissalam?

Lalu mengapa tegar difitnah insan-insan mulia ini tatkala kita bukan tersenarai sebagai ahli-ahli yang menuju ke syurga?

Siapakah upaya mengetahui kita akan ke syurga atau neraka tatkala seruan perzinaan dengan kaedah lesbian dan homeseksual bagi melahirkan zuriat atau benarkah arak sebagai minuman pengibadatan?

Mengapa dia sering bernada amarah dan sentiasa bengis dengan kata-katanya?

Menurutnya tatkala dia senang bercerita, ceritanya akan dipersendakan sebagai sentimen seksual yang dihiasi dengan jenaka untuk berlipur diri. Lalu demi memperelokkan dan menyantunkan perspektif mu ke atas semua pertanyaan-pertanyaannya selama ini dia tidak mahu berkias dengan apa-apa perumpamaan lantas dia kelihatan bagaikan bersifat perengus dan pemarah.

Saya menyampaikan sahaja pesannya yang meminta usah lagi digunakan namanya itu.

Ahad, 6 Mac 2011

Gusar Ku Pada Quthan


_ _ _ _

Ragu dan gusar
 
Umpama rindu yang berpusar

Merimbun menutup kelu

Tragis Quthan yang belum pudar

Menangguh teguk suapan madu

Imankah yang menjadi cagar

Saat wang menjadi mahar

Oleh kuasa yang masih memagar

Kasih juga mahu dicagar?



Lupakah dikau pada Quthan?


Jumaat, 4 Mac 2011

Wajah-Wajah

Susah apabila terasa dipantau begini.

Catatan tidak lagi tersusun apabila bercacamerba isu yang digarap oleh minda dicatatkan oleh kerana terasa sangat dikawal pelayarannya.

Imbasan masih memeta jelas ketika berhadapan dengan murid-murid lelaki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Laki-Laki) Bukit Bintang Jalan Templer Petaling Jaya kira-kira dua puluh lima tahun yang lalu. Sekolah pertama setelah diluluskan temuduganya oleh Jabatan Pendidikan Selangor ini melakarkan persekitaran kondusif (betulkah) oleh jalin hubungan petempatan bangunan kerajaan dan kejiranannya oleh usianya yang telah lama wujud.

Sementelahan hospital yang menempatkan kenangan akhir bersama aruah abah berada di sini. Masih diingati unit rawatan rapi bahagian kecemasan menjadi tempat pembaringan akhir abah sebelum menutup mata.Masih jelas kelihatan peralatan bantuan pernafasan yang menutupi bahagian hidung dan mulut abah yang ketika itu sudah berada di ambang akhir hayatnya yang diberikan pinjaman untuk diambil semula oleh Allah.


Agak pelik terasa waktu itu dengan stuasi murid-murid di sekolah rendah ini yang hampir 80% terdiri dari bangsa cina dengan selebihnya ialah india dan sedikit murid-murid melayu.

Pelik terasa kerana tanpa pengalaman saya ditugaskan untuk mengajar kelas-kelas pertama dan ke dua dari jumlah antara empat atau lima kelas (lupa), yang kebanyakannya cerdik dan terdiri dari kalangan anak-anak orang kaya.


Kerap mereka membulatkan mata tatkala saya memasukki kelas.
Pelajar-pelajar yang masih di bawah usia dua belas tahun ini tidak berahsia menunjukkan ego mereka yang sesekali memberikan tekanan.


Mereka tidak mahu berbual di dalam bahasa melayu bukan kerana tidak mahu tetapi kerana sememangnya mereka tidak fasih bertutur di dalam bahasa melayu walau pun dilahirkan setelah tahun 1957 malah melepasi lebih sepuluh atau dua puluh tahun setelah tertubuhnya tanah air pada 1963.


"Cikgu tidak tahu bercakap inggeriskah?"fasih melaju dailog inggeris ditujukan pada saya.

"Memang tidak tahu,"saya menduga niatnya.


"Cikgu dari mana pakai baju seperti ini?"saat itu terasa kecil murid lelaki yang berkaca mata dan berbadan agak gempal itu pada pandangan mata saya.

"Saya orang miskin naik bas sahaja ke sekolah, bukan seperti kamu yang ada pemandu menghantar kamu ke sekolah."


Terkebil-kebil biji matanya kerana tidak faham makna balasan kata-kata saya.


Berbaju kurung setiap hari dengan skaf cukup menterjemahkan bagaimana rupa saya yang sesekali diturunkan jauh dari laluan yang sepatutnya diturunkan. Malah pernah bas menurunkan saya di hadapan premis jualan Volvo di Jalan 22- di tengah hari dan menapak sejauh hampir satu kilo meter untuk berpatah balik ke sekolah.


Tuhan sahaja yang tahu bagaimana tekanan yang dirasakan untuk mengajar sebuah sekolah rendah yang hanya ada murid-murid lelaki yang tidak fasih bertutur di dalam bahasa rasmi tanah air.


Dengan tingkah jujur mereka yang berego, sombong dan sedikit angkuh ia melengkapkan proses bagaimana saya menghadami komunikasi demi untuk berdaya tahan dengan jiwa besar mahu memandaikan anak nusa.


Sempadan yang mereka cuba bina lantaran mempunyai kelebihan berpengetahuan oleh kesempatan-kesempatan yang diperolehi menjadi anak-anak orang kaya (bukan semuanya) terhadap saya, menjadikan nekad untuk dihadapi ego ini secara profesional.


Lalu satu petang di dalam kelas darjah enam yang dipenuhi oleh murid-murid bijak, janji semalam yang dipersetujui bersama bahawa setiap kesalahan ejaan bahasa melayu yang dilakukan akan dihukum dengan ketukkan pembaris di jari yang digenggamkan. Jika satu kesalahan satu ketukkan dan ia dipersetujui lantaran "kemegahan" merasakan cikgu mereka "selekeh" dan tidak pandai mengajar.


Pertarungan dalaman batin saya ketika itu juga berentakkan ego sesuai dengan irama yang mereka gemakan.


Pada ketika ini penghalusan jiwa membuat tanya yang menikam jantung hati saya bagaimanakah pendidikan diberikan sifat tanggungjawab kepada generasi yang telah lama berada di dalam alam pembaharuan?


Kesan diplomasi demokratik demontrasi sebuah demokrasi menumpahkan pertindihan yang ruapannya tidak lagi upaya diempang.


Seperti di saat ini tatkala konflik yang mendilemmakan minda apabila seluruh dunia menggunakan kesempatan untuk mengkondemkan individu muslim atas sifat diktator atau sikap yang digelapkan oleh kecelaruan mewatakkan ciri berprofesional.


Dan akhirnya kesemua murid pintar dari kelas pertama itu terhukum oleh kesalahan di dalam ejaan.
(mata pelajaran yang begitu remeh waktu itu)

Kezaliman diri terasa apabila disengajakan agar dieja perkataan yang sukar untuk dilafazkan oleh kepelatan lidah murid-murid cina ini menyebutkannya untuk dieja huruf-huruf binaan perkataan itu.


Kesannya mereka memprotes dengan mengadukan hukuman yang menyakitkan itu kepada Guru Kelas yang menegur dengan kiasan,"kamu bukan seorang guru kerana tidak ada tauliah untuk diiktiraf."


"Jika semua mata pelajaran mereka boleh mendapat markah penuh mengapa pelajaran bahasa ini sahaja yang merendahkan markah keseluruhan mereka cikgu?"


Suka membantah sukar dielakkan walau pun berhadapan dengan guru yang lebih dua puluh tahun bezanya dengan usia saya ketika itu.


Lembut guru wanita serani itu menjelaskan tentang kewujudan urat-urat halus yang sensetif sewaktu digenggam upaya memberi kesan bila ianya diketuk dengan pembaris kayu.



Diplomasi berada di mana-mana untuk dinilai diri kita agar tidak menganiya atau menyakitkan diri orang lain atau merisikokan kerugian di pihak yang tidak bersalah atau mensia-siakan peluang dan kesempatan yang upaya diraih kejayaannya dari dimilikki.


Seni muhasabah diri yang teradun dari ikhlas seorang guru yang kaya dan tinggi pengalamannya memang amat berbeza luhur santunan kasih sayangnya walau pun dirahsiakan.


Ingatan ini masih kekal dengan wajah-wajah itu.