Khamis, 21 Jun 2012

Innalillahhiwainna Lillahhi Rajiun


Selama berada di tempat permaustautinan banyak peristiwa yang terjadi yang membuatkan difahami makna dan bagaimana sifat semula jadi menjadi fitrah berdirinya masyarakat arab dalam menghormati raja mereka.

Sepanjang hampir tujuh tahun di Q, kami berpeluang mendepani jiwa rakyat yang mempunyai Raja sebagai pemerintah.

Sepanjang tujuh tahun di sini, semalam sebaik sahaja perwawaran berpulangnya Putera Mahkota Saudi Al-Marhum Raja Naif ke rahmatullah buat pertama kalinya siaran radio milik perbadanan penyiaran negara ini sedia ‘berkabung’ dengan hanya menyiarkan irama lagu klasik bagi menghormati kematian Al Marhum sehingga selamat disemadikan selepas solat maghrib di Masjidil Haram Mekah.

Perkara seperti ini tidak pernah dilakukan oleh badan penyiaran tersebut yang dikatakan dimiliki oleh kerajaan Q.

Bermula saat berpulangnya Al Marhum Emir Kuwait yang diikuti oleh Al Marhum Syeikh Makhtoum Rashid Al-Makthoum ke rahmatullah pada tahun 2006, kebanyakan siaran yang dipancarkan dari stesyen-stesyen perbadanan penyiaran radio mahupun televisyen seperti tidak sedia menyelami kesedihan yang dirasai oleh warga muslim apabila berhadapan dengan kehilangan penjasa-penjasa yang berbudi kepada tanah air dan wilayah berserta masyarakat yang berada di lingkaran lokasi tersebut secara individu mahu pun komuniti.

Apakah petugas dan pengawal serta pengendali perbadanan penyiaran tidak mempunyai kepekaan untuk menghormati tata cara kehidupan masyarakat muslim yang berhadapan dengan kemangkatan Raja mereka?

Saya tertanya apakah tiada permaklumatan penguatkuasaan etika bagi pengamal media tatkala mereka menerima tawaran kontrek pekerjaan di negara-negara muslim terhadap upacara pada hari perkabungan?

Sukar untuk menolak kesedihan saat berita berpulangnya Al-Marhum-Al Marhum yang dilaporkan oleh radio dan televisyen.

Adakah kerana  secara umumnya negara-negara ini yang dikenali menjadi lubuk kepada dunia hiburan barat mendapat keuntungan tidak sedia menerima kerugian oleh tempuh hari-hari perkabungan sekiranya kesemua siaran dihentikan serta merta dan digantikan kepada pembacaan Al-Quran sehingga selesai upacara pengkebumian dilakukan?

Kesayuan yang menyelubungi hati kami sememangnya sukar difahami…

Apakah rantau teluk tidak mempunyai perbadanan penyiarannya yang tersendiri untuk tidak tertakluk sepenuhnya kepada syarat piawaian badan penyiaran dari Amerika, Eropah dan Britain tatkala kebanyakan stesyen penyiaran mereka dimiliki oleh kalangan keluarga diraja?

Kepada saya secara peribadi seolah-olah OIC dan Liga Arab tidak mempunyai nurani hati untuk turut menjadikan perkabungan serentak berlansung di negara-negara Semenanjung Al-Jazeera Arab pada setiap kali negara-negara Teluk kehilangan pemimpin mereka.

Innalillahhiwainnalillahhirajiun.

Berasa amat tersentuh tatkala terzahir kewujudan seorang raja yang berkarisma watak kepimpinan Al Marhum apabila buat pertama kalinya diketahui wujud penegasan bahawa negara baginda tidak memerlukan perubahan kerana menurut Al- Marhum, sedia wujud kesesuaian kaedah yang diterima pakai terhadap siasah kerajaan Saudi Arabia yang tertakluk kepada syariat oleh penerimaan Al-Quran dan Hadis di samping Majlis Syura bagi menyepakati Majlis Ijmak Ulamak terhadap sistem pentadbiran Saudi Arabia sebagai sebuah negara islam yang moden bagi memimpin kepimpinan di dunia islam untuk melaksanakan amanah terhadap ummah.

Ternyata karisma kepimpinan ini amat menyentuh hati tatkala selama ini kebanyakan perbicaraan dan ulasan penulisan dan laporan sering berfokus kepada kelemahan peribadi dan susuk berdirinya diri pemimpin-pemimpin di negara teluk yang selari dengan ruang pemikiran dan pendirian politik di dunia barat yang sepenuhnya beragendakan ekonomi yang memerlukan propaganda lidah kepengarangan media yang terarah kepada keperluan berpihak setelah menyediakan medan pertentangan pendapat di kalangan masyarakat yang bersama mendiami sebuah negara atau bertempatan pada keperluan yang serupa selain rakyat tempatan yang mengasihi raja mereka.




Sesungguhnya seorang raja yang menjadi pemerintah adalah berbeza dengan makna pemerintah yang diberikan kuasa oleh undi bagi memimpin kerajaan di rantau Teluk kerana mereka memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan rakyat bukan memiliki kekayaan yang dikongsikan dengan parti.


Di doakan agar pemimpin islam dan yang yahudi atau nasrani di negara-negara teluk menyedari tanggungjawab dan tugas mereka sebagai pemegang amanah bukan semata-mata menguruskan kekayaan keluarga atau rakan-rakan pelaburan untuk dikekalkan empayar atau dinasti keluarga atau pengaruh semata-mata.

Semoga Tuhan melahirkan pemimpin muslim dari kalangan mukmin yang bukan menjadi buah catur untuk mana-mana pihak selain menjadi Khalifah yang bertugas sebagai khadam kepada ummat dan melihat jawatan bukan sebagai kuasa diri tetapi lebih kepada kepercayaan dariTuhan untuk membawa kebenaran.


Masyarakat dan dunia sudah bosan melihat imej pemimpin yang perlu diselarikan dengan imej penghibur!

Saya tidak mahu ungkapan konversetif dijaja mengikut minda kepengarangan media yang memrlukan gaji untuk menyara kehidupan mereka.

Lelaki Saudi dan arab umumnya perlu lebih berdaya untuk menjadi teladan bukan objek cemuhan dan penghinaan wanita mereka sendiri akibat tidak mendapat tempat untuk berdiri di sebelah lelaki mereka.


Apakah isteri-isteri dan wanita dari keluarga dan kerabat diraja Saudi dan rantau teluk secara amnya perlu berdiri di atas pandangan dan pengalaman wanita yang berada di luar lingkaran mereka?


Saya tertanya-tanya.

Saya Tidak Sudi (Tatkala Tiada Pernah Ada Janji)


Benarkah?
'Papa bangsat' mentedarah sampai ke Doha?

Benarkah 'mama'?
'Papa bangsat' mentedarah sehingga ke langit angkasa Doha?

Woww!

Di bawah ketiak siapa engkau dikepit sehingga ramai yang tersepit duhai 'papa'?
Di saku siapa pulangan lumayan dikau mengepuk wang yang diselit duhai 'mama'?

Ahhhhhh 

'Mama' tiada jawapannya
Dimelayukankah 'mama' itu atau diinggeriskan 'papa' itu?

'Bangsat' – mengapa sehingga ke Doha dikau mengaibkan bangsa ku?

Wanita yang mana dadanya umpama ibu si Dajjal?
Pautan berkongsi mata-mata yang nakal?
Seteru diundang untuk lelap sebantal?
Tanpa holy wood siapakah Dajja?
Itukah rasmi jenama si papa Dajjal?

Nanti!

Papa oh Papa
Tibanya diri mu di Doha tanpa pengenalan diri?
Pasport siapa yang dikau uliti?
Rakyat yang didakwa pelarian kerana dipalsukan identiti?
Dijenayahkan dengan dakwaan yang diasaskan oleh imaginasi?
Tanpa perlu bukti?
Memadai dengan berbual-bual di interaksi?
Sudah mahu digari?

Ayuh gari lidah ku ini
Atau gari sahaja minda yang terbentuk sejak azali
Yang tidak upaya disentuh namun upaya berdiskusi
Walau dibisu kerana tidak mendiami suara peti
Jalur kasih antara minda emosi dengan jari
Bagaimana boleh dikau adili?
Saat tiada diingini semua ini berakhir di anime atau ‘geografi’ atau siri realiti di tv melaris radas dan saluran komunikasi!
Atau diarak untuk berjual beli
Di premis dengan bonus kupon potongan sensasi !
Atau ditaja ia untuk majlis parti
Atau memperaga iklan untuk mencari calon suami atau isteri.

Saya tidak sudi
Saya tidak sudi.

Rabu, 20 Jun 2012

Kata-Kata Yang Kerap Diulang Suara


Tahukah dikau R bahawa kebanyakan catatan saya telah dihilangkan di salah sebuah komputer peribadi saya?

Si teja juga sudah diberitahu akan kehilangan-kehilangan ini yang saya anggap sebagai perbuatan mereka yang tidak jujur kerana tidak beramanah.

Apakah kecacatan masa kini mereka perlu dibahukan ke atas akal saya yang hanya bertaraf pelajar sekolah menengah sahaja?

Apa perlunya urusan peribadi saya diganggu begitu? Apakah dahulu dikau juga bersifat begitu R sebagaimana si teja? Apa sahaja idea yang boleh diisukan dicerakinkan pada musim-musim panas walau pun bukan semua lokasi mempunyai suhu iklim yang serupa?

Apakah mereka tidak tahu bukan semua cara hidup dan gaya upaya pada musim panas, pada musim bunga, pada musim gugur sebelum tibanya musim sejuk tidak dinikmati oleh kebanyakan masyarakat dunia?

Siapakah yang berada di khatulistiwa mahu mempunyai rumah musim sejuk R?

Ada yang seumur hidupnya tidak pernah menyentuh salji di tapak tangannya, tidak pernah basah tubuhnya dek siraman hujan, tidak pula perlu unggun api bagi memanaskan tubuhnya malah tidak pernah tahu suhu yang panas di gurun itu upaya membuatkan air paip berasap di tengah malam.


Apakah yang terkandung pada maksud minda mu thanaif?

Lembut suara R bertanya.


Setelah idea ‘sistem butter’ digunakan ke atas nilai yang tidak sama misalnya minyak dinilaikan dengan makanan, pendapat siapakah lagi yang didakwa tidak berasaskan kepada realiti dan makenisme keperluan rakyat, masyarakat dan dunia ini?


Adakah dengan fakta :

 ‘ the city of London  were control by private enterprise, owned and ruled by The Crown of the City of London whose representatives had the power of life or death over the people’,memberi makna bahawa sesiapa sahaja boleh membeli Kota  London?


teja tersenyum di mata saya. Diakah yang terasa atau dia yang terluka?


Satu IP Address kini sudah menjadi perkongsian siapa, teja?

Saat saya sedang menulis ada seorang lagi dengan IP yang serupa sedang berada di laman 'living' di sana. Pemantauan mu membuat saya tertawa. 


Fikiran mu menerawang bagaikan roh saya, thanaif. Di manakah ia dikau layangkan?


R juga terluka dengan rahsia?


Saya katakan dengan sesungguhnya apabila terlalu banyak yang berbeza usah disalahkan sesiapa bila ada yang tidak suka menonton baseball, american football, netball, kariket,  malah golf juga ping pong.


Masih ada yang dikau sembunyikan, teja bersuara memecah kesunyian.


Adakah jawatan bagi Setiausaha PBB juga perlu menyempurnakan pendominasian syarikat negaranya  ke atas sistem dan medium korporat perdagangan ke atas dunia?


Tender dunia maksud mu thanaif? 


Kata-kata yang terlalu kerap diulang suara.

 



Sabtu, 9 Jun 2012

Apabila 'Kanak-Kanak' Bersembang

 Dari kiri di atas Ahmad Hilman (1999), Ahmad Mustaqim (1995), Siti Hanan Ahmad Muttaqin dan Ahmad Mustaqim (1995) dan Siti Hanan bersama  Ahmad Mustaqim (1996)

6/6/12


Mengikut kepercayaan toyol di dalam bahasa melayu ialah anak jin yang berkepala botak diasuh supaya menjadi pencuri wang syiling perak dan kupram yang dimiliki oleh seseorang.




Siapakah toyol pada zaman mellinium ini yang mencuri syiling emas?




Toyol dikatakan sangat takut kepada kacang kecil yang berwarna hijau.




Bukan takut tetapi toyol dikatakan akan berleka-leka dan ashik jika menemukan kacang kecil berwarna hijau.


Adakah toyol takut kepada epal yang berwarna hijau?

Tidak tahulah pula. Kena tanya pada 'daddy atau mummy' kita dulu,


Kita tidak panggil daddy kita panggi bapak.

Kita tak panggi mummy kita panggil mama.


Kita lagi best, panggil nama sahaja untuk ayah dan ibu.


Ehh awak tidak ada adabkah? Memanggil bapak dengan nama sahaja? 


Mummy dan daddy kita suka begitu, macam orang muda katanya bila panggil nama sahaja. 


Woooowwwwwwwwwwwwwwwww!

Atuk dengan nenek awak panggil nama juga?

Apa salahnya. Bila ada nama kena panggil namalah. Mengapakah kita memberi nama apabila sememangnya mereka mempunyai nama?
 


Baiklah. Mengapa tulang dan tengkorak mereka yang telah mati dijadikan perniagaan?

Maksud awak?

Nama-nama pena saya sahaja sudah lebih puluhan ribu diiraskan kepada orang lain.

Saya tidak fahamlah apa maksud awak.

Nama pena mana boleh mewujudkan ribuan pengguna berbanding nama sebenar. Di dalam dunia ini ada banyak nama Mohammad atau Ahmad tetapi yang digelar Al Amin Khatamun Nabi cuma seorang sahaja.

Awak masih marah dengan penyalahgunaan nama pena awak ya.

Tuhan saya menjadi saksi hak saya yang dimusnahkan.

Jawablah. Awak masih marah lagikah?

Nama-nama pena saya bukan milik orang lain sesuka gila digunakan oleh sesiapa sahaja. 


Awak tidak sembahyang?

Tidak sebab saya orang perempuan yang dibenarkan tidak sembahyang beberapa hari di dalam sebulan.

Ehhh kita tiap-tiap minggu ‘bersembahyang’.

Mengapa seminggu sekali sahaja awak bersembahyang?