Khamis, 21 Jun 2012

Saya Tidak Sudi (Tatkala Tiada Pernah Ada Janji)


Benarkah?
'Papa bangsat' mentedarah sampai ke Doha?

Benarkah 'mama'?
'Papa bangsat' mentedarah sehingga ke langit angkasa Doha?

Woww!

Di bawah ketiak siapa engkau dikepit sehingga ramai yang tersepit duhai 'papa'?
Di saku siapa pulangan lumayan dikau mengepuk wang yang diselit duhai 'mama'?

Ahhhhhh 

'Mama' tiada jawapannya
Dimelayukankah 'mama' itu atau diinggeriskan 'papa' itu?

'Bangsat' – mengapa sehingga ke Doha dikau mengaibkan bangsa ku?

Wanita yang mana dadanya umpama ibu si Dajjal?
Pautan berkongsi mata-mata yang nakal?
Seteru diundang untuk lelap sebantal?
Tanpa holy wood siapakah Dajja?
Itukah rasmi jenama si papa Dajjal?

Nanti!

Papa oh Papa
Tibanya diri mu di Doha tanpa pengenalan diri?
Pasport siapa yang dikau uliti?
Rakyat yang didakwa pelarian kerana dipalsukan identiti?
Dijenayahkan dengan dakwaan yang diasaskan oleh imaginasi?
Tanpa perlu bukti?
Memadai dengan berbual-bual di interaksi?
Sudah mahu digari?

Ayuh gari lidah ku ini
Atau gari sahaja minda yang terbentuk sejak azali
Yang tidak upaya disentuh namun upaya berdiskusi
Walau dibisu kerana tidak mendiami suara peti
Jalur kasih antara minda emosi dengan jari
Bagaimana boleh dikau adili?
Saat tiada diingini semua ini berakhir di anime atau ‘geografi’ atau siri realiti di tv melaris radas dan saluran komunikasi!
Atau diarak untuk berjual beli
Di premis dengan bonus kupon potongan sensasi !
Atau ditaja ia untuk majlis parti
Atau memperaga iklan untuk mencari calon suami atau isteri.

Saya tidak sudi
Saya tidak sudi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan