Ahad, 29 Ogos 2010

Lena Yang DiGanggu

12-05-2010
0849


Selama hampir empat tahun ini minda saya dibelenggu dan terpenjara oleh penghayatan sepenuh jiwa raga terhadap ‘Kejayaan Dari ‘Luar’ yang dibeli pada 17-05-2005.


Lantaran teruk terdera dan tercalarnya pemikiran, kulit hadapan buku ini telah hilang akibat kuatnya dakapan sokongan yang diberikan oleh perhatian keterlaluan dari jiwa ini.


Tertera catatan sendiri tentang konsep belajar menggunakan gol yang menjadi sasaran dan fokus diri :

1- Bahasa rasmi dihormati
2- Palestien bernegara
3- Wujud alternatif lain sebagai kerajaan
4- Kekayaan rakyat dari keadilan ekonomi
5- Penggunaan nilai mata wang yang tidak merugikan ummat
6- Minyak dan sumber alam yang tidak dieksploitasi oleh sumber gantiannya
7- Berada jauh dari tanah air
8- Miliki simpanan sendiri
9- Mass media yang tidak didominasi pada sudut teknologi pihak yang menanganinya dan pada sudut siber pada pihak yang tidak wajar sewenangnya menceroboh
10- Tiada kemiskinan dan pelarian
11- Demokrasi dari sudut siasah Islam
12- ISA dimansuhkan
13- Mencabar minda Presiden Bush
14- Islam memerintah dengan Hak
15- Keamanan dengan mengenali sifat Iblis dan Dajjal.
16- Mengekalkan habitat alam dan tumbuhan semula jadi hasil dari pengkaedahan cara guna sumber tenaga yang tidak melupuskan haiwan mergastua.

Terfikir di minda apakah perlu wujud persamaan sasaran bagi matlamat yang ingin dicapai di antara kita?


Kegilaan membaca semakin menurun lantaran gangguan yang disengajakan oleh gelombang yang sengaja dihalakan oleh stesyen pemancar.


Apakah mereka turut mahu menjauhkan tiang gol saya yang sering terbuka tanpa penjaga gol pintu gawangnya?

Selasa, 24 Ogos 2010

Mengenal Kerajaan Bersifat 'Tuhan'?

6 Ramadhan 1430
0949


Ketinggian tamadun apakah memakai jurusan pembinasaan saat kemajuan yang dicapai memodenkan aktiviti namun masih kemanusiaan upaya dipertikaikan?


Ramadan – sudah berulang kali dititipkan oleh mu fadilat dan hikmah keinsanan oleh sedekah cara berkebajikan, ibadah oleh pahala yang menganugerah syurga, jarak nafsu dibelenggu dengan rantaian malaikat untuk hawa dikekangkan, mengapakah masih sekitar anugerah Allah yang dikitar oleh hamba-hamba Mu sejak berzaman-zaman ditelaah?


Hitungan darjat masih tetap tidak meningkatkan diri kami walau dihitung barakah malam pertama hingga ke malam tiga puluh solat sunah taraweh.


Sedarkah mereka wahai Ramadhan, pemisahan agama yang membawa mu ke ribaan kami masih menjadi sistem yang mengsekularkan pemikiran kami?


Apakah mereka mahu menolak hakikat bahawa Ramadhan mu memiliki rohani yang dinukil dari terbit fajar waktu suria memancar sehingga malam bertiraikan kelipan bintang atau mereka sememangnya masih rendah peradabannya walau pun mahu mengakui mereka berada di lingkaran kemodenan?


Dikau tidak menipu Ramadhan tetapi apakah ummat Kekasih mu Sallallahualaihissalam yang berbohong menolak hakikat bahawa kebanyakan kami masih rendah kemajuan peradabannya setelah berjaya dilumpuhkan oleh makna berpendidikan dan pengetahuan?

Tidak tercapaikah akal kami bahawa Ramadhan mu memetik perjalanan alam bermula Israk Mikraj merupakan kemajuan tersirat alam ghaib itu mesti bermula dengan kepercayaan untuk mengimami Malaikat yang daya kecapaiannya berdasarkan perjalanan cahaya?


Malaikat bergerak mengikut kepantasan cahaya.


Mengapa dikau hanya mendiamkan sahaja kejahilan kami selama ini wahai Ramadan?


Mengapa dikau hanya membiarkan kami hanya mengkhatamkan Kitab berulang kali tanpa mengiktibarkan renungan kalimah mu itu bukan hanya huruf tetapi firasat untuk daya membangunkan pemikiran yang boleh diterima oleh akal tatkala huruf-huruf yang membina kalimah Muhammad ( Mim Haa Mim Dal ) itu telah berlama dirangkaikan sebagai perbuatan qiam, rukuk dan sujud.


Mengapa Ramadhan, bulan yang barakah dengan sifat Pemurah Ar Rahman dan Ar Rahim mu ini masih merelakan sifat manusia disepara mesinkan untuk dihindari insan sebagai makhluk mulia yang kemunsabahan akalnya tidak mahu menjadi pemusnah dan pembinasa!

Adakah mereka masih membina laluan lingkaran sesalur tenaga di Sahara wahai Ramadhan untuk siri perjalanan sambil menikmati kebudayaan mengharungi sari syurga makanan di antara kejiranan yang merintangi Atlantik setelah Laut Carribean sekadar berhenti di Laut Mediterraneankah Ramadhan?


Mengapakah Ramadhan, akhir zaman tidak terungkap sebagai cara mu menyebar pengetahuan walau matlamat menuju kematian tetapi masih tidak kami beroleh keinsafan bahawa alam ini menuntut kemakmuran disejahterakan dengan kekayaan menjadi hak setiap makhluk yang diciptakan?

Perhambaan kami bukan kepada Allahkah menjadikan diri mu diam walau tetap beredar tanpa pernah mungkir?

Hamba itu pariah Ramadhan.

Sikap tidak berdarjat walau berstatus berpendidikan kini semakin menjadi pakaian kami.

Mencari Kerajaan Yang Bersifat ‘Tuhan’?



Mungkinkah sikap diktator terletak pada dasar atau sistem atau parti yang mewakili sesebuah kerajaan?


Ramadan membina kerajaan zahir dan batin tanpa berimpakkan perendahan diri untuk sedia dihina atau mendiskriminasi agar sedia terasimilasi ke atas setiap mereka yang layak melakukan ibadah berpuasa.



Kerajaan ‘berkerusikan’ kebenaran yang 'tidak tidur' kerana ‘jaganya’ menjadi sifat Al-Hayyu Al-Qayyum, ‘fananya’ bukan menjadi sifat makhluk tetapi menjadi teladan untuk berkerajaan.


Mengapakah tidak wujud kerajaan Tuhan pada bulanmu yang barakah ini wahai Ramadhan?


Saat roh-roh milik Mu saling berziarah ke alam maujud masih ghaib si api-api yang diyakini walau ianya khurafat dan sihir.


Saat roh-roh pulang menjadi tamu di dalam diam, santunan kasih ada kalanya menghilang dalam hiruk jerit gelanggang yang diarenakan sehingga pulang roh-roh dalam sebak pilu lantaran hanya mereka yang terkenang-kenang namun yang dikenang tidak peduli.


Lantas duhai bulan yang Kaya dengan kepemurahan Tuhan bagaimanakah kerajaan Tuhan tidak mendapat perhatian tatkala masih manusia separa haiwan sifatnya malah diseparakan dengan mesin kian dikemudikan oleh peradaban?

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bulan Kekasih Yang Mengasihi 2

Di mana salahnya dan di mana letak khilafnya apabila sasar hala barakah bulan mu hanya diraih di akhirat namun mereka masih menolak dan berasa aib untuk menjadikan masa hadapan itu ialah akhirat,Ramadhan.


Mereka tertawa mengilai melihat dengan cemuhan tatkala mengujarkan mahukan akhirat miskin dan mundurlah kehidupan sehingga mereka sedia berjudi dan bertaruh untuk mendapatkan kekayaan wahai bulan yang bercahaya atas cahaya yang berdiri mu bukan atas kesengajaan.


Salah di mana mahu menjadikan akhirat sebagai masa hadapan wahai bulan yang tetap bersedia menyinar alam mengikut detik dan hitungan yang ditakdirkan Tuhannya yang dikira detik edarnya oleh penanti falak di bumi?


Berbulan-bulan kami dianjurkan menjaga kesihatan agar kesegaran dan kejelitaan dikekalkan namun duhai bulan yang mulia, kami terabai melihat mereka yang terbujur ketiadaan sumber untuk menjadi sihat, tidak diberi kesempatan untuk menjadi kuat oleh jaminan keamanan itu tidak menjamin mereka selamat walau pun kafirun kafir beroleh manafaat dari perjanjian undang-undang yang ditawarkan kepada pengurusan kekayaan namun dikau lihatlah wahai purnama cahaya hati para kekasih yang solihin, siri-siri bantuan kemanusiaan masih menimpakan bala yang dijunjung oleh hamba-hamba mu yang miskinnya kerana tiada kekayaan batin setelah kekayaan zahir diambil dari mereka.


Malu ini tidak upaya dihindari lalu ku mengemis Kepemurahan Tuhan mu wahai bulan barakah agar izinkan ku bertemu lagi dengan Laila tul Qadar yang dikau pernah berikan satu ketika dahulu untuk ditemui.

Bulan Kekasih Yang Mengasihi 1

10-8-2010
1110


Pengalaman Ramadhan mentazkirahkan diri di Doha masuk kali ke lima.


Rancangan-rancangan awal untuk bersama mentazkirahkan diri sempena Ramadhan di tanah air masih tidak berada di dalam takdir Allah lagi walau niat itu sentiasa bersinar di jiwa kami sekeluarga.


Sama seperti hasrat yang bernyala untuk mentazkirahkan hati dan minda di tanah Al-Mukarramah dan Munawaarah masih belum tertulis di dalam takdir kami.


Niat yang masih bernyala usaha yang telah bermula masih ketentuannya secara mutlak di tangan Tuhan.


Tidak ada rungutan meski wujud rasa terkilan.


Sudah dekat masih berasa berjauhan.
Semakin hampir masih terasa tidak berdakapan.


Ramadan Kareem juga Mubarak dengan salam yang masih belum dijabat (dicatat pada hari terakhir bulan Syakban), ingin dinukilkan betapa tidak bahagianya untuk berpura-pura menyantuni kedatangan mu tatkala pada Rejab dan Syakban bermula dari Muharram, hijrah Rasul dan para kekasih yang mengiringi perpindahan baginda sallallahhualaihissalam tidak memberi apa-apa makna dan pengertian untuk dihayati dalam kehidupan harian.


Dengan sebak malu oleh aib yang menyelubungi jiwa dan raga, kesetiaan mu untuk bertamu walau tidak diundang benar-benar sukar untuk diluahkan tatkala mahu mengiringi peredaran mulia sinar cahaya yang dikau bawa.


Dengan pilu rawan oleh silu yang melukakan dalam menanti ketibaan mu yang membawa seribu rahmat, kekosongan hati untuk menyambut sentuhan kasih sayang mu secara jujurnya semakin jauh untuk didakap tatkala kafirun kafir menikmati suasana aman dari kesungguhan muslimin bersetia pada janji memberikan mereka hak yang dijamin keselamatan, masih segelintir para pemimpin laknat kami ashik menyusun nyawa rakyat mereka untuk dijadikan umpan walau pun tahu wujud keadaan tidak ada padi yang bernas setangkai namun apakan daya ku bulan yang bening heningnya tidak menggentar sukma penyambut-penyambut mu yang sedia telunjuk mereka mencucuk mata.


Mata ini telah dicucuk supaya menjadi buta namun Tuhan pemilik mu tidak mengizinkan buta itu mencacatkan panca indera kebanyakan kami wahai Ramadhan.

Isnin, 16 Ogos 2010

Lidah Itu Juga Merasa

thanaif at 6:15 am on Wednesday, June 16, 2010

Hiburkanlah hatimu sambil menghidu wangi bahasa rindu. Sambil itu memahami keimanan qalbu setiap manusia itu tidak ada yang ingin dicuriga hanya kerana keliru.


Tetapi dikau ketahui aibnya bukan kerana keliru tetapi dek rasa malu untuk berbahasa melayu.


Tetapi lidahnya masih berperisakan belacan asam pedas laksa juga tempoyak. Paling tidak tofu dengan cicahan kicap soya masin terasa lazat walau pun kunyahannya dilazimkan dengan roti salutan keju parmeesan cheese.


Cetak genetik masih tidak upaya menukar lidah perasa kita. Terusikkah mindanya sejak empat tahun di sini dapur-dapur antarabangsa masih tidak ada yang mempromosikan barangan halal dalam rancangan ‘Pengembaraan’ dan ‘Gaya Hidup’ walau pun sesekali ada pempromosian ‘Cuti-Cuti Tanah Air’.


Sesekali terfikir juga ‘karbon copy’ siapakah kita ini ya.

Naluri sahaja yang berubah namun wajah masih tidak upaya disembunyikan asal entiti kita berperibadi.

Konsep Asia dipadu gabungkan menjadi Afrika, Eropah, Amerikan, Inggeris, Arab Latin juga Yahudi sehingga adab dan etika sudah tidak mempamerkan siapa kita.


Bukan semata-mata penghasilan barangan Organic sahaja yang perlu dipromosikan tetapi bagaimana kaedah penanaman berupaya meningkatkan keuntungan kepada petani peladang kecil-kecilan yang masih menjadi pekerjaan sebilangan besar penduduk dunia.


Kata ujaranmu membuatkan saya terfikir bagaimanakah menu intelek kebanyakan profesional di kalangan esekutif kita kerap cenderung pada spaghetti dan lasagna sedangkan mee kuning yang diuli dari tepung gandum bersama telor dan air, dohnya sama seperti penyediaan spaghetti.


Adakah kadar awet dan kandungan asid lemak mono digluycerides khinzir diteliti?


Apakah kesan barangan Halal ke atas ekonomi kita tatkala pengeluaran lesen upaya menjadikan jenama ini turut dikeluarkan oleh negara yang bukan Islam, maksud mu?


Ia lebih kepada bagaimanakah berpengetahuan mengenai pengenalan penyediaan makanan atau barangan tidak termasuk ke dalam Pengetahuan Asas Sains?


Adakah kerana itu kita tidak berupaya membincangkan untuk turut serta menyediakan perawatan dan penyediaan perubatan Islam walau pun wujud rawatan dan hospitalnya?


Sejauh manakah mengambil peduli itu menjadi salah kepada mu jika benar dikau bukan bersifat diktator?

Satu Cinta?

thanaif at 12:40 am on Tuesday, June 8, 2010


Saya seorang muslim.


Islam sebagai cara berdisplin yang mengatur usaha dan kerja membentuk sikap dan sifat, tabiat dan perbuatan upaya memancarkan pantulan kesucian rohani dari dalaman yang berkomitmen dengan hukum-hukum Allah.


Kekuatan rohaninya bermula dengan kalimah bismillah dan dari cara dan adab membersihkan diri dengan intinjak yakni membersihkan tangan dengan air bukan hanya menggunakan tisu selepas membuang air kecil atau besar.


“Memelihara kebersihan tanpa membasuh tangan selepas berqadha hajat?”senyum simpul ku hadiahkan kepada dia.


Pernahkah dia mencerminkan mukanya untuk meletakkan organisme virus dari bahan kumoh ke merata permukaan kulit dengan tangannya yang tidak dibasuh itu?


Agaknya dia tahu tentang Coliform dan Escherichia Coli pada setiap 100ml jika disentuh bersama gegelang Schistosomiasis yang halus itu spaghetti dan jenis sekufu dengannya sukar terhadam?


Lalu mengapa masih mahu ditimpa perasan untuk ada pertalian dengan kami?


Adakah pendambaan untuk mendapatkan setiap perkara itu secara percuma menzahirkan kemiskinan Amerika dan Israel?


Apakah Amerika terus ingin kekal merundum di dalam di pangkuan Israel ataukah Arab yang masih terus lena di dalam kehangatan rangkulan Amerika dan Britain?


Konsep satu cinta kian menjadi kecacatan yang memparahkan minda dan jiwa yang dibina berimejkan konsep satu dalam beribu.


“Bukankah dikau terlalu menitik beratkan tentang kesihatan dan pentingnya ketrampilan. Wajar apakah dikau berjauh hati dengan pertanyaan ku itu?”


Jelingannya menjadikan wajahnya semakin menawan.


“Kamu tidak boleh lebih bermoral? Banyak-banyak soalan ini yang kamu musykilkan?”


“Dikau tidak bersedia bersikap professional? Atau dikau tidak mengetahui dengan mendalam erti qadha hajat, bahasa sopan kami di sana jika tidak khilaf sesopan dirimu yang tidak gemar digunakan ‘toilet’ sebaliknya ‘wash room/rest chamber’?


“Dikau mengusulkan penggunaan plastik?”


“Tahu tentang makna qadha hajat”?


Marahnya menjadikan dia semakin ayu.


“Dikau tidak berdaya tahan. Kami membina sifat insan untuk lebih beretika. Soalan asas yang ini sahaja membuatkan dikau bermasam rupa. Sedangkan dikau mahu mempersoalkan bidang munakahat adat nikah perkahwinan kami. Lalu daku wajar menegaskan mengenai keperluan bersuci sebagai asas untuk dikau lebih memahami tentang agama yang hanya menuntut keimanan ini.”


“Hijau ku pada warna bukan pada apa yang dikau ujarkan.”


“Telah ku katakan hijau di dunia ini belum sepenuhnya menentukan hijau di akhirat.”


Lantas nasab kekeluargaan kepada kami mesti dihormati bukan sebarangan atau sesiapa sahaja yang boleh dijadikan sebagai ahli keluarga.


Persahabatan seseorang sebelum nikah (ijab dan qabul) tidak boleh penamanya dimasukkan ke dalam keluarga kerana ia menimbulkan masalah mengenai perwarisan harta (sekiranya ada).


“Apa perbezaannya menggunakan tisu dengan plastik berbanding air?”


“Apabila dikau berbicara tentang kesihatan dikau tidak upaya melihat maksud bersuci kepada kami yang tanpanya seluruh ibadah kami tidak diterima.”


“Kuku yang panjang inikah menjadi isumu?”


Menarik nafas dalam-dalam.


“Lihat banyak perkara kecil mengenai agamaku tidak dikau fahami.”


“Namun dikau kelihatan pengotor dan tidak berupaya memelihara kebersihan.”


“Kebersihan buatmu ialah kelihatan jelita dan menawan siapa yang memandangmu. Itu niatmu. Niatku kebersihan itu untuk mengindahkan tingkah laku biar pun kecantikan tiada namun masih wujud keindahan dari dalam batin kita yakni hati yang ikhlas menjadi saranan agama yang berakhlak.”


Dia tahukah makna istinjak?


Bagaimana mahu dijelaskan? Masa-masa beginilah wanita-wanita muslim yang mukmin diperlukan untuk menjelaskan rahsia-rahsia ketenangan dan kesabaran yang dicapai melalui ibadah.


Adakalanya wanita memang sememeh suka berkhayal dan ianya memang menggusarkan.


Beraninya sesekali menakutkan.


Adakah kerana kebelakangan ini kedapatan lelaki-lelaki yang begitu lemah lembut sifatnya dan adakah keterlaluan ketrapian diasuhkan bagi membina imej penampilan menjadikan mereka kelihatan bagaikan peragawan yang kemandiriannya bak kucing yang sering mahu dimanjakan?


Sakit zaman ini menjelang akhir zaman kian menyerlah.


“Salahkah berkuku panjang?”


“Adalah salah kepada kami melanggan pelacur dan sesuatu yang sukar difahami dari tabiat dan gaya hidup mu ialah apakah setelah berkahwin setahun dua apabila kamu tertarik dengan orang lain maka kamu sedia meruntuhkan perkahwinanmu?”


“Apakah rekod untuk meniduri rakan tugas atau kenalan atau jumlah rumah tangga yang berjaya diruntuhkan menjadi tema untuk membina kejayaan di Amerika dan Eropah?


“Jika begitu nilai cinta yang kamu bawakan untuk dunia ianya terlalu murah dan mengaibkan dengan makna kasih sayang yang kami cuba sampaikan dari tuntutan berakhlak.”


“Sesekali kami hairan dengan semangat cinta kamu digambarkan secara stereo type oleh kebanyakan penerbitan holly dan bolly di mana, pada beberapa saat sahaja pakaian mudah tertanggal tanpa ada sedikit jua pun pembuktian peradaban tamadun yang kamu banggakan itu berjaya menjadi kayu pengukur untuk kami ikuti. Agaknya kerana itu masyarakat mu gemar berbogel sehingga wujud gelaran ‘Naked Chief’?”


Malam-malam kami semakin nyenyak tidurnya.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Prejudis Dan Sangsi Perlu Berhenti

thanaif at 8:16 pm on Tuesday, May 25, 2010

Menerima email-email yang upaya dianggap ’sampah’ oleh sifat virusnya, sukar dilonggokkan ke tempat pelupusan begitu sahaja, jika sesekali tidak dilayani ‘keperihatinan’ pengirim yang mengutusi secara rambang perihal kemenangan cabutan tiket loteri, terpilihnya ID sebagai pemenang malah spam-spam dari bank-bank yang tidak pernah wujud akaun simpanan di dalamnya.


Jika dikumpulkan pengiriman pengumuman-pengumuman terpilihnya pelayaran ID saya sebagai pemenang tiket loteri atau cabutan bertuah, rasanya saya telah berjaya memasuki ranking antara mereka yang terkaya di dunia.


Namun itu hanya senda komedi yang disengajakan untuk menggiatkan usaha persaingan di antara syarikat-syarikat perisian komputer dan seni langgan khidmatnya yang dilakukan oleh pelbagai pembina laman website yang diinteraktifkan oleh syarikat telekomunikasi di alam siber.


Mungkinkah ini antara alasan mengapa akaun-akaun email peribadi saya dicerobohi sehingga ada yang tidak boleh dibuka ke hari ini?


Ya, sesekali deria minda bertanya mengapakah muslimin perlu memasuki lingkaran dinobatkan menjadi antara yang terhebat, terhormat, terpopular, terkaya, terhodoh terselekeh, terbaik, terburuk, termiskin, terjahat, terberani, terbesar, tertinggi tercanggih, terkecil, terpintar, terpantas, terjelita, tertua, tertinggi, pendapatan (harap disambungkan) lalu bagaimanakah upaya disama-nilaikan usaha mereka yang berazam untuk berjaya dengan usaha terpantas menanggalkan pakaian dalam wanita atau teramai meniduri wanita dan seumpamanya.


Huhuhuhu sabar sahajalah.


Minda saya terkedu apabila kesemua ter ini akhirnya bertemu pada nilai yang sama sasarnya yakni hanya untuk beroleh rasa bangga dengan cara dibayar dan secara percuma bagi mendapatkannya.


Lantas saya memberanikan diri mengirimkan buatnya di atas kiriman ‘virus’ terpilihnya pengenalan diri pelayaran siber saya bagi jumlah wang yang amat lumayan itu.


Inilah bingkisan email saya yang berterusan digagalkan oleh yahoomail/hotmail/gmail untuk dikirimkan balasannya walau pun alamat pengirim itu berjaya mengirimkannya kepada saya :


Hello,

Terima kasih atas kiriman email .

Tetapi perlu dijelaskan di sini tidak perlulah dihantar sebarang email seperti ini lagi kepada saya kerana sebagai seorang muslim, wang-wang yang diperolehi menerusi pengumpulan keuntungan misalnya menerusi pembelian loteri dan keuntungan dari pertaruhan (judi menerusi perlumbaan kuda/unta/ atau lain-lain haiwan sekufu dengannya juga apa-apa permainan) adalah dilarang untuk diterima.


Berkongsi pengetahuan dengan saudara, pada prinsip Islam setiap manusia hanya akan mendapat ganjaran setelah dia bekerja/berusaha bagi memperolehi pendapatan.


Walau pun atas dasar untuk bergembira dan berhibur keuntungan dari perjudian/pertaruhan/meneka yang membolehkan menerima wang tanpa terlebih dahulu wujud aktiviti-urus niaganya, tidak dibolehkan kepada saya (muslim) kerana ganjaran untu berpendapatan itu dianggap harta yang memuliakan diri dan jiwa insan, lalu sekiranya ia diperolehi tanpa jalan berusaha dan tidak keterlaluan diperolehi menerusi acara meneka-neka sahaja, ianya tidak memberikan nikmat barakah kebaikan kepada kehidupan di dunia dan di akhirat (kami mempercayai hari pembalasan setelah kematian).


Sementelahan itu ia juga upaya merosakkan hubungan sesama manusia apabila wujud penganiayaan yang membawa kepada kehilangan harta dan pemilikan yang dikhianati amanahnya seandainya wujud pengambilan tanpa hak.


Sewajarnya pengenalan sifat-sifat menzalimi di dalam urusan dagangan dan jual beli perniagaan diterima sebagai salah satu usaha bagi dihindari perbuatan penipuan, perampasan, pengambilan untung yang tiada hak melalui riba, berspekulasi bagi sesuatu perkhidmatan atau urusan yang masih belum berlaku atau pengkhianatan pada amanah kuasa, rasuah, pembohongan dan perdaya muslihat serta perjudian dilihat sebagai gejala yang upaya melemahkan masyarakat dan sistem sosial seluruhnya.


Ketidak- sediaan menerima keperluan berusaha mengenali sifat-sifat zalim ini upaya dianggap kegagalan peradaban kemodenan yang dilestarikan oleh keintelektualan untuk mendinamikkan secara efektif sifat-sifat keinsanan.


Perlu juga dinyatakan bahawa kami juga dilarang untuk mempermainkan harga-harga di pasaran (saham) dan andai wujud fenomena seperti itu kami perlu memberi keutamaan kepada umum berbanding dengan mengutamakan kepentingan peribadi dengan menolak untuk dihubung-kaitkan aktiviti pembangunan pasarananya dengan alasan ia tidak upaya membangunkan nilai akhlak.


Agar dengan penjelasan ini tidak lagi dikirimkan sebarang email berkaitan peluang-peluang bagi memenangi apa-apa pertaruhan-pertaruhan kepada saya.


Terima kasih.


Benar, jika dikumpulkan jumlah kiriman pemberitahuan terpilihnya pelayaran saya di siber, saya telah termasuk ke dalam senarai antara orang terkaya di dunia.


Justeru itu berhentilah bermimpi kerana ianya tidak benar.

Rabu, 11 Ogos 2010

Akan Marahkah Dia?

thanaif at 1:47 am on Monday, May 17, 2010


“Sedang menjuruskan pengertian erti budaya moderat sejauh manakah sedia meminggirkan budaya menganiaya?”


“Apakah maksud kamu?”


“Adakah diterima seandainya saya tidak membenarkan diwakili oleh mana-mana pihak yang mengamalkan rasuah dalam sistem pengkronian yang mengkhazanahkan pendapatan negara hanya untuk parti dan kompenannya yang berniaga dari kekayaan pendapatan tanah air yang terlihat diligarkan hanya di kalangan ahli sahaja tanpa upaya menglibatkan kesemua rakyat?”


“Dikau membuatkan daku termanggu untuk dicari kesahihannya.”


“Setakat ini pemimpin-pemimpin tanah air kita hanya berligar dari sekitar negeri Kedah, Pahang, Johor, kembali semula ke Kedah yang kemudiannya ke Pulau Pinang dan kini Pahang semula dengan Timbalannya dari negeri Johor. Selama lima puluh tahun tahun hanya keluarga ini sahaja yang menduduki tampuk pemerintahan dan apakah mellinium ini tidak mampu mencabar untuk apa ia dipertahankan?”


“Daku semakin membenci dirimu.”


”Mengapa? Adakah dikau tidak sedia kita mencabar secara sihat beretika dan beradab kerana kita bertamaddun?”


”Kerana perkara ini akan dianggap sebagai ekstrim oleh para pemuda pemudi umno juga BN malah seluruh penjawat di sektor kerajaan dan swasta.”


"WHO IS WASTING ALL THE TIME FOR ALL THIS CENTURY?"


"Apakah para pemuda dan pemudi itu tidak peka seolah-olah negeri-negeri lain tidak berkeberdayaan untuk menjadi pemimpin kerana kebanyakan anak-anak negeri yang berkelayakan tidak dilahirkan oleh dinasti Doktor Mahathir atau dinasti Arwah Tun Abdul Razak yang juga bernasabkan dinasti aruah Dato Onn?”


"Dikau bersikap fanatik!”


"Malaysia ada sistem Raja Berperlembagaan bukan berdinasti kekeluargaan!”


"Begitu lancang suaramu!”


"Saya perlukan jawapan tatkala persengketaan kroni perlu disanggakan ke atas diri rakyat dan disaratkan bebanan ke atas mereka sedangkan masih mulia wajah keluarga tertentu sahaja mahu dipelihara.”


"Apakah perlu menjadi anak orang kaya terlebih dahulu baru boleh terbuka peluang menjadi pemimpin?”


"Apakah pula pendirianmu jika individu itu termasuk ke dalam kumpulan lelaki yang mendiskriminasi kaum wanitanya?”


"Isu saya ialah apakah kepimpinan ini akan bertukar menjadi kepimpinan berdinasti untuk akar rakyat yang tertentu sahaja lantaran keperluan memelihara pendapatan negara yang menjadi hak ahli sesuatu parti sahaja yang berniaga bukan untuk memelihara hak bersama yang dimiliki oleh rakyatnya?”


"Apa lagi yang masih terbuku di hatimu? Luahkan sekarang.”


"Sistem undi pos yang sangat kejam yang tidak mengambil perhatian kepada rakyat yang bertungkus lumus berusaha mahukan hak-hak bernegara dihormati kerana mereka yang berkuasa sepenuhnya untuk memilih sesebuah kerajaan walau pun hanya dalam tempuh empat dan lima tahun sekali. Sangat sadis jika usaha telus yang tidak berbayar ini dikhianti oleh kesan undi pos.”


Diam pula.


"Isu pemindahan pengundi dan penyertaan ke senarai pengundi berdaftar bagi rakyat yang telah meninggal dunia menjadi isu yang diabaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya selama dua belas kali kita berpilihan raya tatkala saluran dalam tempuh masa berkempen hanya terbuka buat kerajaan yang memerintah sahaja tetapi bersifat tertutup kepada pembangkang yang juga dilahirkan oleh demokrasi.”


"Berterusankah mahu menuduh media tidak berjaya membebaskan diri dari memelihara kepentingan kerajaan?”


"Ya, selama rangkaian badan penyiaran kerajaan mahu pun swasta sepenuhnya dimiliki oleh kerajaan.”


"Tahukah dikau isu ini tidak perlu didetailkan kerana Amerika dan Eropah juga rangkaian media di Asia Jauh sendiri menjadi pelopor perbadanan penyiaran yang memaklumi bidang penyiaran dan permaklumatan yang bermatlamatkan mass media ini keperluannya adalah adalah terarah untuk berpendapatan bagi mengekalkan kedudukan serta prestasi mereka secara individu dan berkumpulan bukan sepenuhnya memenuhi wawaran berpradigma iman sebagai proses yang mempercepatkan daya pertumbuhan keamanan?”


"Cuba dikau jawab apakah persekitaran-persekitaran yang dianggap kondusif jika natijah dekad mellinium ini masih dijadikan kesejagatan sebagai hak untuk mendiskriminasi?”


"Berkata lebih mudah dari bertindak! Tuliskan soalanmu di kertas dan tinggalkan di atas meja saya.”


Kegloblalisasian tidak wajar hanya menjadi payung buat beberapa wilayah sahaja yang mengumpulkan kroni untuk digerakkan kekayaan tatkala kemiskinan tidak sedia dicabar.


Apakah bentuk kemiskinan masa kini tatkala Parlimen diberikan nilai istimewa tetapi perwakilannya yang mewakili suara rakyat diberikan taraf yang rendah untuk tidak dihormati kerana mewakili parti yang tidak termasuk ke dalam komponen kerajaan?


Apakah yang ada buat kami rakyat yang semakin tahu hak dan kebersamaannya?


Adakah dibunuh/didakwa tanpa bukti/diabaikan/dirasuahkan atau sememangnya ada pilihan lain yang lebih baik dari ini buat kami yang dianggap memiliki ciri kemiskinan alaf baru?”


Apakah perancangan yang ideal untuk memulihkan kebenaran kebersamaan dalam mendapatkan keadilan?


Apakah sistem memilih di dalam pilihan raya perlu berterusan dimuslihatkan penipuannya?


Apakah kesinambungan pertalian kekeluargaan keluarga di kalangan sepupu ipar dan menantu bukan sesuatu yang perlu direncanakan apabila keuntungan parti yang berniaga perlu dipelihara?


Bolehkah diketahui Tuan-Puan mewakili siapa?


Apakah akan dihukum kepada pendirian yang diperolehi berdasarkan fakta bacaan?


Wajarkah berterusan diterima sahaja dakwaan keracunan fikiran boleh juga didapati dari setiap aktiviti membaca?


Tuan-Puan mahu menyalahkan diri saya tanpa sedia menyalahkan diri sendiri?


Hari pertama bulan mulia para Kekasih mengendung pelbagai rasa.

Isnin, 9 Ogos 2010

Musim Berfenomena?

thanaif at 7:39 pm on Monday, May 3, 2010


Wujud beberapa pandangan baru yang menawan mata tatkala dalam perjalanan ke Doha juga Ar-Rayyan.


Sebelum ini tidak perasan akan kewujudannya, iaiitu papan-papan lapis (plywood) yang menghiasi indah seakan arca bersalut kupram berwarna kuning perak apabila dilihat dari jauh.


Indah dan mengkagumkan kerana ia simbol kepada mesra alam dan penggunaan bahan murah tetapi menterjemahkan kualiti dan mutu yang setanding tiang-tiang besi yang mungkin mencapai jutaan nilainya hanya untuk tujuan pengiklanan.


“Angin bertiup kencang,adakah ia akan menumbangkan papan tanda ini?”tanya anak yang sulung yang jelas juga terpikat waktu melintasi Ar-Rayyan untuk ke kelas pengajian fardu ‘ain.


“Tentu semua faktor telah diambil kira untuk perlaksanaan sesuatu projek,biarpun hanya menegakkan papan tanda.Jenis tanah,ketahanan pada perubahan cuaca misalnya.”mula terasa mahu berkhutbah dengan anak-anak.


“Lampu pun cantik…biarpun setiap tiang miliki serangkai tiga mentol cahayanya tidak terlalu memanah mata.”kakak juga menyatakan kekaguman.


“Watt yang sederhana kuasanya antara kaedah untuk mengurus sumber tenaga agar tidak berlebihan penggunaannya,”abah pula menambah faham kepada anak-anak.


Kebelakangan ini apa sahaja yang berlaku di depan mata kami mulai bersama merenung dengan soal dan tanya bagaimana dan mengapa, jawapannya akan memberi banyak huraian dan keterangan yang adakalanya meminta disambut dengan lebih masa untuk membaca dan mencari bahan-bahan yang membantu penjelasan yang lebih munasabah bukan sekadar menerima apa sahaja dengan mudah.


Agaknya ini pengaruh baik dari blog-blog makcik-makcik yang tidak bersekolah yang sering memberi paparan baik tentang perkara-perkara kecil tetapi berupaya melakukan perubahan kepada alam berfikir.


“Jaga bahasa along,kakak,abang dan adik bila berbual ! Bahasa kita itu lambang imej budaya dan ia akan menonjolkan siapa kita,” saya semakin bimbang dengan cara penggunaan bahasa basahan yang kerap dituturkan oleh anak-anak kebelakangan ini terutamanya anak-anak lelaki yang mulai meningkat usia yang bermakna meningkat kemahiran oleh peningkatan pengalaman.


Kemudahan pengalihan pengambilan sebarang bentuk maklumat dari media internet sudah kerap diperkatakan, kadang-kala menterjemahkan penyalahgunaan etika lantaran kebebasan tanpa larangan. Namun apakah khilafnya andai makna duplikasi adalah untuk meniru dan berkongsi ilmu yang baik dengan tujuan menambah dan menyusutkan nilai persepsi.


Adakah semua jenis produk adalah komoditi atau merupakan antara tuntutan ke atas perubahan zaman,ia perlu sebagai pengadaptasian teknologi?


“Mak usah suka berfikir-fikir,bukakahn mak cuma ‘pembantu rumah’ saja,”kakak yang kerap menjadi teman runding bicara sering mengingatkan saya.


Tidak tercapai akal nanti didakwa kurang waras pula. Namun inilah keadaannya bila berada di perantauan,ia pengalaman baru yang mengembirakan.


Kemudian setelah masa semakin menambah usia pengalaman keadaan menjadi semakin tidak terarah dan tidak terhala fokusnya adakah kesan dari runding bicara yang terlalu terbuka atau natijah acara kebersamaan yang masih berbeza capaiannya oleh keperluan kuasa?


Lantas apakah sikap kita terhadap bacaan kedudukan yang dikawal selia pemusatan pengawalan yang dikemudikan oleh perencanaan untuk dipenuhi tuntutan keintelektualan?

03032007

16042008

Khamis, 5 Ogos 2010

Hari Kasut Se Dunia

thanaif at 4:02 am on Friday, April 23, 2010


Berjanjilah agar tidak ada perasaan marah di hati kita dengan pengistiharan ini.


Apakah pengistiharannya?

Hari Kasut Se Dunia.


Pelawak yang dianggap berkomedi ialah apabila namanya ditempa dengan khusus dari tapak kaki kemudian dibenarkan dipijak oleh kasut-kasut yang sememangnya dibenarkan dihinggapi oleh kekotoran lantaran sifat kasut ialah memijak apa sahaja hatta najis demi memelihara sepasang kaki yang belum tentu upaya melangkah andai tidak mampu mengenal tujuan ia berjalan.


Nama yang dipijak oleh kasut-kasut dan diberi tanda jenama ialah yang berada di Holly Wood dan kasut yang upaya terbang walau tiada bersayap pula berada di Iraq.

(Kita tidak wajar berbohong apabila sememangnya wujud tempat-tempat itu)


Hanya bukan pelawak sahaja yang berikrar dengan pengakuan misalnya ‘aku mengaku sungguh ada hak bagi ku ke atas nama tejathanaif @ thanaif’ , yakni yang dilafazkan dengan kemahuannya sendiri bukan secara terpaksa atau dipaksa kerana tidak wujud erti merampas tatkala disedari hak yang dirampas wajib dikembalikan atau diganti.


Saya tidak fahamlah.

Virus 'Benci'?

thanaif at 3:47 am on Friday, April 23, 2010


"Sekilas pandang saya gusar andai idea yang mempertaruhkan orang-orang muda sahaja, upaya diperalatkan lantaran wujud persamaan dengan terma dan agenda pihak yang diinginkan oleh zionis dalam merelevankan pengiktirafan sebuah negara Israel."


"Dilemma atau kemelut?"


"Anda tidak perlu mencurigai perasaan ini kerana jujur jika kita inginkan keamanan tidak perlu ada syarat untuk pengembalian hak warga yang dikerah menjadi pelarian, pengambilan tanah-tanah yang dibangunkan projek perumahan baru untuk pemindahan milik yang dijelaskan oleh peta yang telah berubah saiznya."


"Apakah stuasi lebih enam dekad yang lalu masih mahu kekal begitu?"


"Seorang tua lebih dihormati samada ia wanita atau lelaki begitukah yang dikau maksudkan?"


"Bagaimanakah mahu diwajarkan pertanyaan sejauh manakah benarnya bahawa di kalangan Yahudi menolak kesahihan Kristian sebagai agama manakala Nabi Isa tidak sepenuhnya dianggap sebagai penyelamat tatkala yang diserunya nanti adalah kebenaran?"


"Lalu tidak tepat muslimin perlu menanggung konflik ini?"


"Seorang tua lebih dihormati kerana di kalangan mereka ada yang telah hilang upaya untuk menangani kekemelutan ummah, begitu maksudmu?"


"Adakah kerana ketuaan mereka atau pengalaman mereka atau keinsafan mereka lalu dikau mahu dipersetujui hak-hak dan jasa sumbangan mereka diabaikan?"


"Jika diberi pilihan,berapakah usia yang tepat wajar diberikan peluang mengemudikan sebuah negara?"


"Apakah masih perlu wujud perbezaan masa hari dan usia untuk dibahagiakan?"


"Isu demokrasi?"


"Isu kempen!"


"Amat mengaibkan andai pilihan hari-hari adalah untuk kitaran pengumpulan wang yang hasil sumbernya tidak dipertikaikan lantaran riba dan faedah keuntungan bank tetap dilahap dengan gelojoh berabad lamanya tanpa sedikit kesedaran ia dilarang oleh agama- agama langit."


“Robin Hood” perlukah diwujudkan pada mellinium ini?"


"Mengapakah tidak dihuraikan dengan berkongsi analisa kesan dari Pendeklarasian Belfour yang menghilangkan hak-hak sivil dan asasi apakah benar tidak membimbangkan para pembelanya andai didakwa bersikap ‘anti sematik’ bila terlalu memfokuskannya?"


Andainya upaya dihala tujukan suara ingin dilansungkan bicara :

Apakah diperlukan kempen yang memanipulasikan muslimin mengikut sekehendak hati?

Adakah wujud di kalangan kita ini sememangnya khadam suruhan pihak media untuk berkempen bagi calon-calon pilihan yang mendiami mahligai-mahligai jutaan dollar, namun masih mahu mencari dan mengutip idea untuk dikumpulkan berbagai dana yang rutinnya seakan rantaian makanan untuk para pemangsa mengenal mangsa tatkala mereka masih berusaha memudarkan budaya negara yang masih kukuh keaslian jati-diri warga beridentiti?


Salahkah andai sering kali berasa aib setiap kali demokrasi diutarakan maka negara utama dan sekutunya serta pemimpin mereka akan dilaporkan sebagai tokoh-tokoh yang membela penindasan oleh demokrasi?


Apakah sudah tidak upaya difikirkan bahawa kita masih mencari siapakah yang perlu dijadikan pemimpin untuk keadilan dan kebenaran bila diwacanakan demokrasi?


Apabila diungkapkan isu ‘borders’, sempadan dan wilayah apakah yang kita hayati makna dakwaan bahawa Amerika/Britain memiliki tahap piawai ‘Intelectual Property Rights’ apabila ‘design system’ yang miliki ‘Patern Law’ masih mewujudkan pencerobohan ke atas idea-idea peribadi menerusi alam maya yang didefinasikan sebagai ‘multilateral-discussion’ untuk menjadikan ia adalah sah tanpa perlu diperakui undang-undang hak milik itu adalah kekal sedangkan pada realiti alam hakiki embargo pintu-pintu laluan utama tidak upaya dibukakan.


Sejauh manakah kebenarannya bahawa tiada sesiapa yang berhak memfungsikan HUMAN RIGHTS ke atas Jurusalem jika tanggungjawab untuk berlaku adil hanya pada kempen-kempen yang menggunakan generasi muda dan kanak-kanak untuk direlevankan agenda Zionis, sehingga ke pelusuk dunia orang-orang muda berusaha untuk mendapatkan kuasa biarpun bukan semua.


Mengapakah tidak digunakan makna Sains adalah ‘untuk mengetahui’ kebenaran tanpa perlu hanya digunakan bahasa inggeris untuk memaklumatkan pengetahuan mengenainya lantas adakah kerana itukah kebanyakan undang-undang ditulis di dalam bahasa Inggeris yang terjemahannya mampu mengelirukan?


Wajarkah kita berdiskusi mengenai penolakan terhadap konsep Nation of Islam (yang dipelopori oleh Afrika Amerika) apabila tidak sepenuhnya konsep itu di terima kerana tidak jelas KESAN PENTAUHIDAN DI DALAM CARA HIDUP pengamalnya selain dari terlihat penstrukturan ekonomi yang dijadikan peluang untuk pendominasian korporat-korporat ‘mix’ African-Arab (samada Muslim Kristian atau Yahudi) yang patriotiknya adalah pada empayar perniagaan dan pembinaan pengaruh bukan benar-benar membela ummat yang miskin mundur dan dhaif?


Adakah catatan ini dikembalikan semula setelah meminjamnya secara paksa?

Tidak salah jika virus benci ini semakin menular dan tiada vaksin untuk mengawalnya.

Had Usia Untuk Siapa?

Berkrisis dengan anak bongsu yang tidak memenuhi syarat kelayakan untuk memiliki laman peribadi seperti mana yang ditetapkan oleh pengurusan laman web membuatkan minda tertanya-tanya adakah kanak-kanak dibolehkan menipu?


Tertanya-tanya tentang wajah -wajah anak-anak kecil di laman interaksi, bagaimanakah begitu lincah papan kekunci dilancarkan seiring dengan bacaan minda untuk dirangkaikan dengan kata-kata bagi si kecil yang sifat manjanya sering memerlukan bantuan?


Sejauh manakah mereka mengetahui wujud persaingan yang sesekali dizahirkan oleh emosi mereka yang tidak harmoni setelah melalui kekecewaan apabila kewarasan mereka terdera oleh kehendak yang dimanipulasikan oleh sikap berprasangka semasa melakukan interaksi dengan rakan di alam maya?


Bagimanakah kisah-kisah benar menjadi galakan yang menggerakkan minat membaca di kalangan kanak-kanak didepani tatkala trend melahirkan masyarakat penciplak menerusi siber berlaku di dalam memenuhi kehendak pasaran?


Benarkah solusinya seperti mustahil ditemui tatkala capaian ini seperti dibenarkan menjadi antara cara membina intelek minda kita?

Mencatat Dengan Tulisan Bukan Dengan Suara?

thanaif at 11:26 pm on Friday, April 2, 2010

Mindanya seperti selalu sering berasa dipaksa tatkala tidak pernah terperasan sehingga teruja.


Bagai diatur selia berencana disinarkan tentang kesukaran-kesukaran yang didepani untuk dileburkan fokusnya yang mahu membantu kepandaian itu didakap secara bersama dengan mereka yang kurang upaya menelaah isu-isu semasa yang dibentangkan di dalam buku-buku berjilid tebal dengan istilah ilmiah tinggi yang tidak sama minda dan pemikiran untuk menghadaminya.


Lalu diulang tanya lagi dari catatan yang lama bagaimanakah masalah perubahan lemak dari khinzir dan daging dari haiwan yang tidak disempurnakan penyembelihannya yang diolah menjadi bahan-bahan baru untuk diproses menjadi resepi makanan baru upaya dinyatakan sebagai tidak wajar lagi berlaku?


Diam dan itu bukan sesuatu yang menyenangkan.


Terlihat ketiadaan keseriusan pada sisi dan sudut pandang dari jenis pemakaian dan kegunaan muslimin yang sedia difahami sebagai tidak wajar terus berlaku.


Tulisan-tulisan al-quran di mangkuk tandas satu ketika lalu telah melukakan hati sanubarinya yang paling dalam apabila ditahan dari disambut riak-riak bebunga api yang upaya membakar.


Kini masih burqa terus dijadikan masalah yang dihukumkan ke atas diri saudara segendernya atas tujuan dan maksud apa masih kelubung masyarakat di rantau ini menyimpan rahsia.


Demokrasi masih tidak harmoni walau atas nama diplomasi?

Selasa, 3 Ogos 2010

Dusta Itu Milik Insan Mulia?

thanaif at 6:30 pm on Sunday, March 14, 2010


Ribuan patah perkataan yang tersimpan di telefon bimbit Sony Ericsson adalah laman reaksi yang dinatijahkan oleh penghayatan demokrasinya selama ini.


Sementelahan diwar-warkan di mindanya bahawa demokrasi itu melahirkan kerajaan dan pembangkang dia semakin merelevankan keperluan wujud hubungan dua hala lalu laptop jenama Toshiba dirujukkannya sebagai pembangkang.


Lantaran perlu wujud laluan bagi menjalinkan hubungan, tidak pantas hanya diberi sifat dominasi kepada pihak yang jelas hanya berfokus kepada pemeliharaan kepentingannya sahaja.


Sifat tamak itu sifat cela.


Spekulasi pembina litar cakera padat perisisan komputer selama ini hanya diungguli oleh persefahaman milik konsesi hubungan politik dan dagangan bagi menumpahkan saluran khianat oleh rasuah adalah natijah dari demokrasi yang dinilai oleh nista serapah tanah-tanah itu jika boleh kesemuanya miliki jenama kroni untuk diserakahkan lubuk itu menjadi kawah.


Kemahiran semakin lebur oleh pelaburan mewah.

Rampaian Bunga Seringnya Wangi?

thanaif at 10:00 am on Sunday, February 28, 2010


"Sebenarnya lelaki memperalatkan wanita atau wanita yang memperalatkan lelaki yang kita mahu ilmiahkan?"


Senyum simpulnya sederhana terukir.


"Adakah kita mencabar modal insan atau kita tercabar oleh insan kamil sebagai pelaburan tanpa peleburan taqwa dalam melengkapi pasarana pasaran?"


Senyum semakin lebar.


"Menduniakan alam dengan satelit bagaimanakah dianjurkan keamanannya tatkala ia dikawal secara rahsia?"


Senyuman lebih manis sebagai membalas sapaan.


Senyum lagi.


"Bagaimanakah wujud penyatuan di antara kemerdekaan dengan ketundukan jika bukan tanda diabdikan?"


Tiada senyuman.


"Adakah integrasi budaya perlu menjadi mangsa kepada keselamatan setelah perkongsian kekayaan diperolehi?"


Hanya jelingan diterima.


"Adakah anutan Bahai mahu disaingkan dengan akidah?"


Wajarkah dia memalingkan wajahnya begitu tanpa senyuman sesudah jelingan?

Juru Iring Ke Syurga?

thanaif at 7:54 pm on Wednesday, February 17, 2010


"Penyelamat yang dibentuk oleh sejarah bagaimanakah tidak akan memanipulasikan pembangunan ummah?"


"Kita mahukan isu-isu baharu jika dikau mahu berada di dalam gerabak ini sila kemukakan idea-idea baru."


“Ada diriwayatkan tatkala Kekasih Allah SAW melewati tempat pembuangan sampah baginda telah mencekak sebungkal sampah yang telah busuk dan seketul tulang yang telah reput seraya mengumpamakannya sebagai dunia.”


"Maksudmu?"


"Kitaran perlupusan sampah dari sisi pandang yang berbeza masih mengungkap sama maknanya.|


"Bila ‘Yakjuj Makjuj’ itu mewakili lelaki adakah peperangan perseteruan kebencian permusuhan ini menjadi penanda yang dimedankan di media?"


"Kesan menciptakan ‘penyelamat’ menjadikan keaiban ke atas maruahmu?"


"Tidak salah dalam memperincikan ‘penyelamat’ wajar ditelitikan juga ciri ‘Yakjuj Makjuj’ yang menempati zaman kini."


"Rangkaian media dan kemajuan alaf teknologi dalam previeu khas memodeulkan Amerikanisasidi dalam konsep kepenggunaan yang menawarkan persamaan gender untuk dikompromikan, itu yang dikau tentang?"


"Wanita yang beragama tidak mahu merampas jawatan atau merebut kekuasaan. Hanya mahu bersama disempurnakan kemuliaan peradaban dunia dengan tema keinsanan bukan bererti mahu pengkhianatan!"


"Kami sudah jemu dengan wajah minda pemimpin yang mudah diperdagangkan mengikut nilai harga semasa!"


"Egomu melindungi kekerdilan diri?"


"Kekuasaanmu pula menzahirkan sikap bertimbang rasa terhadap eliet yang kaya berbanding rakyat miskin yang tidak hanya memberimu kuasa."


"Tidak akan ke mana-mana jika hanya mengulangi nilai-nilai kebebasan dan kemerdekaan. Banyak berbicara kita tidak ke mana-mana."


"Apakah nilai Guatanamo dan Gazza saat ini kepadamu setelah keaiban Abu Gharib membuktikan keperwiraan kelelakianmu telah hilang? Tidakkah jasad dan tubuh lelaki kaummu yang dihinakan? Tidakkah jasad dari tubuh bapa-bapamu yang telah diaibkan? Tidakkah jasad dari tubuh suami dan anak-anak lelakimu yang diperkosakan?"


"Lingkaran sosial budaya kami melazimkan melindungi yang lemah itu perlukan yang kuat dan gagah bukan yang miskin dan tidak berdarjat."