Sabtu, 21 Ogos 2010

Bulan Kekasih Yang Mengasihi 2

Di mana salahnya dan di mana letak khilafnya apabila sasar hala barakah bulan mu hanya diraih di akhirat namun mereka masih menolak dan berasa aib untuk menjadikan masa hadapan itu ialah akhirat,Ramadhan.


Mereka tertawa mengilai melihat dengan cemuhan tatkala mengujarkan mahukan akhirat miskin dan mundurlah kehidupan sehingga mereka sedia berjudi dan bertaruh untuk mendapatkan kekayaan wahai bulan yang bercahaya atas cahaya yang berdiri mu bukan atas kesengajaan.


Salah di mana mahu menjadikan akhirat sebagai masa hadapan wahai bulan yang tetap bersedia menyinar alam mengikut detik dan hitungan yang ditakdirkan Tuhannya yang dikira detik edarnya oleh penanti falak di bumi?


Berbulan-bulan kami dianjurkan menjaga kesihatan agar kesegaran dan kejelitaan dikekalkan namun duhai bulan yang mulia, kami terabai melihat mereka yang terbujur ketiadaan sumber untuk menjadi sihat, tidak diberi kesempatan untuk menjadi kuat oleh jaminan keamanan itu tidak menjamin mereka selamat walau pun kafirun kafir beroleh manafaat dari perjanjian undang-undang yang ditawarkan kepada pengurusan kekayaan namun dikau lihatlah wahai purnama cahaya hati para kekasih yang solihin, siri-siri bantuan kemanusiaan masih menimpakan bala yang dijunjung oleh hamba-hamba mu yang miskinnya kerana tiada kekayaan batin setelah kekayaan zahir diambil dari mereka.


Malu ini tidak upaya dihindari lalu ku mengemis Kepemurahan Tuhan mu wahai bulan barakah agar izinkan ku bertemu lagi dengan Laila tul Qadar yang dikau pernah berikan satu ketika dahulu untuk ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan