Selasa, 24 Ogos 2010

Mengenal Kerajaan Bersifat 'Tuhan'?

6 Ramadhan 1430
0949


Ketinggian tamadun apakah memakai jurusan pembinasaan saat kemajuan yang dicapai memodenkan aktiviti namun masih kemanusiaan upaya dipertikaikan?


Ramadan – sudah berulang kali dititipkan oleh mu fadilat dan hikmah keinsanan oleh sedekah cara berkebajikan, ibadah oleh pahala yang menganugerah syurga, jarak nafsu dibelenggu dengan rantaian malaikat untuk hawa dikekangkan, mengapakah masih sekitar anugerah Allah yang dikitar oleh hamba-hamba Mu sejak berzaman-zaman ditelaah?


Hitungan darjat masih tetap tidak meningkatkan diri kami walau dihitung barakah malam pertama hingga ke malam tiga puluh solat sunah taraweh.


Sedarkah mereka wahai Ramadhan, pemisahan agama yang membawa mu ke ribaan kami masih menjadi sistem yang mengsekularkan pemikiran kami?


Apakah mereka mahu menolak hakikat bahawa Ramadhan mu memiliki rohani yang dinukil dari terbit fajar waktu suria memancar sehingga malam bertiraikan kelipan bintang atau mereka sememangnya masih rendah peradabannya walau pun mahu mengakui mereka berada di lingkaran kemodenan?


Dikau tidak menipu Ramadhan tetapi apakah ummat Kekasih mu Sallallahualaihissalam yang berbohong menolak hakikat bahawa kebanyakan kami masih rendah kemajuan peradabannya setelah berjaya dilumpuhkan oleh makna berpendidikan dan pengetahuan?

Tidak tercapaikah akal kami bahawa Ramadhan mu memetik perjalanan alam bermula Israk Mikraj merupakan kemajuan tersirat alam ghaib itu mesti bermula dengan kepercayaan untuk mengimami Malaikat yang daya kecapaiannya berdasarkan perjalanan cahaya?


Malaikat bergerak mengikut kepantasan cahaya.


Mengapa dikau hanya mendiamkan sahaja kejahilan kami selama ini wahai Ramadan?


Mengapa dikau hanya membiarkan kami hanya mengkhatamkan Kitab berulang kali tanpa mengiktibarkan renungan kalimah mu itu bukan hanya huruf tetapi firasat untuk daya membangunkan pemikiran yang boleh diterima oleh akal tatkala huruf-huruf yang membina kalimah Muhammad ( Mim Haa Mim Dal ) itu telah berlama dirangkaikan sebagai perbuatan qiam, rukuk dan sujud.


Mengapa Ramadhan, bulan yang barakah dengan sifat Pemurah Ar Rahman dan Ar Rahim mu ini masih merelakan sifat manusia disepara mesinkan untuk dihindari insan sebagai makhluk mulia yang kemunsabahan akalnya tidak mahu menjadi pemusnah dan pembinasa!

Adakah mereka masih membina laluan lingkaran sesalur tenaga di Sahara wahai Ramadhan untuk siri perjalanan sambil menikmati kebudayaan mengharungi sari syurga makanan di antara kejiranan yang merintangi Atlantik setelah Laut Carribean sekadar berhenti di Laut Mediterraneankah Ramadhan?


Mengapakah Ramadhan, akhir zaman tidak terungkap sebagai cara mu menyebar pengetahuan walau matlamat menuju kematian tetapi masih tidak kami beroleh keinsafan bahawa alam ini menuntut kemakmuran disejahterakan dengan kekayaan menjadi hak setiap makhluk yang diciptakan?

Perhambaan kami bukan kepada Allahkah menjadikan diri mu diam walau tetap beredar tanpa pernah mungkir?

Hamba itu pariah Ramadhan.

Sikap tidak berdarjat walau berstatus berpendidikan kini semakin menjadi pakaian kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan