Jumaat, 17 April 2015

Saya Berhutang Dengan Sesiapakah?

Catatan-catatan saya tidak ada kena mengena dengan siri penulisan siasatan sains semenjak saya mula mencatat di blog spot dot com pada bulan May 2006.

Saya tidak berminat untuk mendapatkan pertalian dengan mana-mana penulis  apabila saya tidak pernah mengetahui wujud mana-mana penulis yang benar-benar saya kenali sedia membantu masalah yang didepani di sini.

Saya cuma pernah bertemu mata dengan Saudari Norziati binti Mohd Rosman di Bandar Baru Bangi di samping bertentang mata dengan Cik Puan Ainon binti Mohd di pejabatnya di Wangsa Maju Kuala Lumpur. Dan saya hanya menerima sekali sahaja kiriman berbayar buku tulisan Cik Puan Nisah binti Harun.

Lantaran saya adalah penulis yang tidak mempunyai buku, saya meminta jasa baik komuniti-komuniti di tempat saya tinggal di Abu Hamur, Doha di Qatar dan di Malaysia agar menghormati kesemua laman internet saya yang menyukai dan mengikuti laman-laman profil individu-individu dan laman kumpulan melayu muslim Malaysia.

Saya sangat kecewa apabila wujud komuniti dan individu yang menyamar dan meletakkan gambar-gambar tidak bermoral seperti (punggong, buah dada, kemaluan lelaki, dubur dan seumpamanya) ke atas kesemua akaun twitter, facebook whaataapp dan pencarian blog di +Google saya yang menggunakan nama-nama pena yang tidak dikongsikan dengan sesiapa hak miliknya, meskipun wujud robot atau setting mesin yang mengendalikan akses internet, wi fi, mobile dari aplikasi smartphone serta telekomunikasi dari satelite saya tetap berasa kecewa dengan kesemua ini memandangkan saya adalah seorang muslim yang memahami erti mengapa saya seorang islam biarpun pengetahuan saya masih berada pada tahap minima.

Saya tidak berada di Afrika dan saya tidak faham apakah alasan terlalu banyak individu ini mengirimkan imej-imej porno ke facebook saya.

Saya juga tidak terkait dan membatalkan mempunyai perkaitan dengan penuliscyber dot ucoz dot com kerana saya tidak pernah diberitahu niat sebenar bantuan diberikan setelah saya menyatakan tentang minat dan kegemaran saya untuk menulis.

Sesungguhnya bukan kesemua perbuatan yang baik perlu kekal dirahsiakan apabila ia telah mewujudkan kerumitan dan gangguan ke atas diri saya.