Ahad, 31 Januari 2010

Email-Email Peribadi Telah Dicerobohi

Tatkala email di hotmail dicerobohi senyuman menguntum seri lantaran tidak lagi ia dipercayai oleh pemantau yang sanggup mencerobohi.

Email di hotmail pula menebus maruah dengan cara tersendiri.

Sabtu, 30 Januari 2010

Keupayaan Teknologi Siber?

Pemberitahuan kepada penyamar yang memasuki email peribadi saya di Yahoomail.com menggunakan nickname thanaif.

failure notice
...
From:
"MAILER-DAEMON@yahoo.com" [Chat now]
...
Add to Contacts
To: twinpeaks_56@yahoo.com
Hi. This is the qmail-send program at yahoo.com.
I'm afraid I wasn't able to deliver your message to the following addresses.
This is a permanent error; I've given up. Sorry it didn't work out.

:
66.94.236.34 failed after I sent the message.
Remote host said: 554 delivery error: dd Sorry your message to nesrien@yahoo.com cannot be delivered. This account has been disabled or discontinued [#103]. - mta1100.mail.mud.yahoo.com

--- Below this line is a copy of the message.

Return-Path:
Received: (qmail 39774 invoked by uid 60001); 30 Jan 2010 06:36:01 -0000
DKIM-Signature: v=1; a=rsa-sha256; c=relaxed/relaxed; d=yahoo.com; s=s1024; t=1264833361; bh=l4ZUuGRDQCdU7/Ro6WqI1FhvzI7QzeRvwdwt6M71RwA=; h=Message-ID:X-YMail-OSG:Received:X-Mailer:Date:From:Subject:To:MIME-Version:Content-Type; b=infsQAacZz9AHq2cRkwr8GWsxQZULy6a+zjRaup82x81Exf033scXzBJjhOceChtxRZ48YODTWyb0tHet5xMWIE+Z8eCzFje83gB/YgNxIV0Sb1qbcd9yGpBWBpStoIZDKfLMiWtdVwNYo/gzzsG8vf+Swh7wQgfaJOOA0LsHlA=
DomainKey-Signature:a=rsa-sha1; q=dns; c=nofws;
s=s1024; d=yahoo.com;
h=Message-ID:X-YMail-OSG:Received:X-Mailer:Date:From:Subject:To:MIME-Version:Content-Type;
b=DYzbyADScCelYepMJ3JP+UlL4WUjRApTMDOVjocVBlkU4+sj/sui/jJxi44SMQq9e0l155HtlSMztRpoEhGwBKWRszLGLjCi9IVR+vO+onn8hKfx84sa56bIfiV6iRpL3nV0RpVqptK0x1HWMM2u8JbXIqwQacnixQSHbgRPcA0=;
Message-ID: <140778.37725.qm@web35904.mail.mud.yahoo.com>
X-YMail-OSG: WunVZjQVM1nrs8cRo4a0TVWlKjcQaoNxKpE9DS6VXFDJFqkTloLLyRej26UZqzCbualAZDLA9rcNOlgrEdUuybWL0IQUc_80pOLHdVIu6s7ZTiUwYHD_v_V6SC8K9dabqyR93s1lphpItnE1JlzS43eZ4Xd98lAk19Ll2FCujqmARlW2EDCzct9P6.qwctasBLPlueloa1mdL.BkgMBemikTxTtWrXzerj0x3NRFLRN.GZZ9KBxBJsvIc9OimNZ.TbJO
Received: from [89.211.88.180] by web35904.mail.mud.yahoo.com via HTTP; Fri, 29 Jan 2010 22:36:01 PST
X-Mailer: YahooMailRC/272.7 YahooMailWebService/0.8.100.260964
Date: Fri, 29 Jan 2010 22:36:01 -0800 (PST)
From: twinpeaks klcc qatar
Subject: Apakah Integrasi Budaya Itu Dengan Menolak Burqa?
To: nesrien@yahoo.com
MIME-Version: 1.0
Content-Type: multipart/alternative; boundary="0-613152517-1264833361=:37725"

--0-613152517-1264833361=:37725
Content-Type: text/plain; charset=us-ascii

Miss Nisren,

Dalam berkarya insan seni tidak membataskan kreatif kerana ia telah membudayakan akal untuk tiada duri di dalam berbudi tiada marah kerana susilanya diperhalusi oleh nurani yang mengukur dan menilai hubung kait budaya dengan peradaban yang akarnya dimutlakkan dengan fitrah jiwa asli pengabdian kepada Ilahi.

Saya mengambil kesempatan di atas penolakan burqa oleh ulamak-ulamak muda yang mempunyai persepsi dan pendirian kebebasan berpandangan (wajar diketahui hanya wanita yang memakai burqa lalu elemen kekuatan untuk mereka memilih menggunakannya hanya mereka yang upaya menyatakannya) dengan berkomgsi pandangan yakni burqa sebagai sebahagian dari pemakaian budaya arab bagaimana cara berfikir mereka diterima sebagai budaya tanpa menerima burqa sebagai susila santun yang menterapikan moral?

Bagaimana imej dari harga diri mahu dijadikan unsur yang melengkapi globlalisasi apabila kita masih mengabaikan agama?

Kita memerlukan model dan ini menjadi krisis dan konflik kerana yang dimahukan masih teladan yang dipautkan dengan material dan apabila menolak agama sebenarnya kita tidak menuju sifat kesejagatan/keuniversalan/kegloblalisasian lantaran tidak dipergunakan keseluruhan potensi yang memberdayakan insan sebagai pelaku budaya.

Saya mendapat nasihat agar tidak menggunakan yahoo lantaran ia tidak benar-benar upaya menjamin ciri keselamatan hak harta intelek.

Jumpa kembali.



--0-613152517-1264833361=:37725
Content-Type: text/html; charset=us-ascii

Miss Nisren,

Dalam berkarya insan seni tidak membataskan kreatif kerana ia telah membudayakan akal untuk tiada duri di dalam berbudi tiada marah kerana susilanya diperhalusi oleh nurani yang mengukur dan menilai hubung kait budaya dengan peradaban yang akarnya dimutlakkan dengan fitrah jiwa asli pengabdian kepada Ilahi.

Saya mengambil kesempatan di atas penolakan burqa oleh ulamak-ulamak muda yang mempunyai persepsi dan pendirian kebebasan berpandangan (wajar diketahui hanya wanita yang memakai burqa lalu elemen kekuatan untuk mereka memilih menggunakannya hanya mereka yang upaya menyatakannya) dengan berkomgsi pandangan yakni burqa sebagai sebahagian dari pemakaian budaya arab bagaimana cara berfikir mereka diterima sebagai budaya tanpa menerima burqa sebagai susila santun yang
menterapikan moral?

Bagaimana imej dari harga diri mahu dijadikan unsur yang melengkapi globlalisasi apabila kita masih mengabaikan agama?

Kita memerlukan model dan ini menjadi krisis dan konflik kerana yang dimahukan masih teladan yang dipautkan dengan material dan apabila menolak agama sebenarnya kita tidak menuju sifat kesejagatan/keuniversalan/kegloblalisasian lantaran tidak dipergunakan keseluruhan potensi yang memberdayakan insan sebagai pelaku budaya.

Saya mendapat nasihat agar tidak menggunakan yahoo lantaran ia tidak benar-benar upaya menjamin ciri keselamatan hak harta intelek.

Jumpa kembali.









--0-613152517-1264833361=:37725--

DAN DARI CATATAN YANG PANJANG DI ATAS HANYA INI SAHAJA YANG BERJAYA DITERIMA OLEH EMAIL-EMAIL PERIBADI SAYA DI HOTMAIL-GMAIL DAN YAHOOMAIL.

Dalam berkarya insan seni tidak membataskan kreatif kerana ia telah membudayakan akal untuk tiada dui di dalam berbudi tiada marah kerana susilanya diperhalusi oleh nurani yang mengukur dan menilai

Saya terganggu dengan irama membingit dan membisingkan telinga (yang ditujukan kepada frekuensi pada masa itu dan dipadamkan tetapi ia tetap wujud tanpa dibenarkan untuk dideletekan.

Khamis, 28 Januari 2010

Bukan Milik Kamu

"Saya ada masalah Cikgu."

Cikgu meletakkan kaca matanya di atas kepala sambil menjeling.

Sebagai murid yang tidak bertuah nasibnya walau pun persoalan yang baik sering diutarakan masih dituduh penabur helah untuk diundang balah.

"Bagaimanakah kenaikan harga minyak diabaikan dari membawa makna kegagalan di dalam ekonomi?"

"Kamu di pihak pelabur atau penaja pelabur?"

"Jika saya penaja pelabur luar saya rugi Cikgu kerana perlu membayar cukai yang tinggi berbanding pelabur yang untung gandaannya digalakkan demi penjimatan cukai pendapatan."

"Bijak."

Pujian pertama cikgu setelah lama membisu oleh radang yang tersembunyi dek lelah mendengar rungutan.

"Adakah kesan dari aktiviti penyelamatan syarikat yang mengalami kerugian kerana wujud lebihan wang di dalam pasaran?"

"Kamu mengambil contoh dari mana?"

"Cikgu terlebih tahu jawapannya,"senyuman dilemparkan berbalas senyum.

"Adakah kamu berpendapat upaya diwujudkan khazanah yang dinilaikan oleh kekuatan nilai mata wang sendiri?"

"Jawab dari sudut moral boleh Cikgu? Adakah tidak perlu diperhitungkan kehendak dan keperluan kebajikan negara yang mahu dijadikan rakan kongsi Cikgu?"


"Cuba jawab adakah minda muslimin wajar diperolehi secara percuma sahaja sedangkan mereka yakni pemikiran intelek malah karyawan barat ditaja dan didanakan dengan jutaan wang dari negara arab menerusi teknologi?"senyuman cikgu tidak jujur dan sinisnya menangkap hulu dan hilir minda.

"Siapakah yang mundur saat ini pemikirannya Cikgu? Masih pihak muslimin?"

"Televisyen menggunakan sepenuhnya kemahiran dan kebolehan minda manusia masa kini, asia umumnya untuk diambil idea kreatif yang digunakan semula ke atas minda kita, kamu boleh lihat pengiklanan sahaja upaya memperagakan keupayaan seluruh negara."

"Namun keterlaluan mengeksploitasikan medan dan media eletronik tanpa keizinan dan di luar pengetahuan malah tidak pula upaya dilindungi oleh undang-undang apalah maknanya Cikgu."

"Amalan tidak sihat ada di mana-mana. Buku apa yang sedang kamu baca?"

Senyum sahaja lebih baik dari berkata-kata.

Selasa, 26 Januari 2010

Oksigen dan Hidrogen - H2 O

Akhirnya berkesempatan melihat filem yang diwar-warkan sebelum ini dan malangnya tatkala mulai catatan dinukilkan hilang fokus di tengah jalan tatkala terpaksa memadamkan litar siber dan frekuensi kerana saya tidak bermula dengan mereka sewaktu mula mencatat di sini.

Berbekalkan belian emping bertih jagung yang berjumlah 75 riyal sebelum dihitung kos belian tiket yang menggunakan kaca mata 3 D (55 riyal digandakan dengan 5) dan minuman korbonat saiz besar juga mineral suhu bilik ia jelas mendukacitakan pemilik dompet.Keseluruhan 400 riyal perlu ditanggung hanya kerana Avathar.

Pengadaptasian oleh semangat pesta kejuaraan bola sepak dunia yang buat pertama kalinya di adakan di Afrika sukar dihindari dari minda tatkala pertama kali melihat karektor manusia yang diberikan sifat haiwan dengan deria visual dan auditorinya.

Lukisan-lukisan emosi dilakarkan oleh minda yang dipetakan di atas bingkai kaca yang menerjahkan kekuatan spiritual yang disatukan oleh niat yang benar dan jelas upaya membinasakan peralatan yang diciptakan dengan kepakaran dan teknologi tinggi apabila ia dilakukan bertitik tolak dari niat yang khianat.

Senario perkakasan digital yang tidak ditemui penggunaannya di kebanyakan negara antara petunjuk jelas kewujudan kezaliman kesan dari agihan pengetahuan yang tidak sekata dilaksanakan pada mellinium ini mulai terzahir meski dekad kian bertambah usianya.

Pelaburan bagaimanakah memunasabahkan untuk dinilai keharusan mesin-mesin berteknologi tinggi upaya ditewaskan oleh senjata-senjata tradisional?
Nilai positif dari Avathar.

Kisah Puteri Mononoki anime Jepun satu ketika dahulu mengitar semula di minda.

Bertindih rumit gangguan di minda menggarap soal diskusi bincang dan tanya bagaimanakah manusia yang menciptakan kemajuan di dalam peradaban ini menjadikan diri mereka juga yang membinasakannya?

Bagaimanakah mahu dihakimi keadilannya?

Kepimpinan tanpa panduan Rabbani dalam membina idea dan tindakan sering meninggalkan natijah yang pahit atas usaha sendiri akhirnya dihayati oleh watak-watak pengkaji alam dan sains bahawa budaya tidak wajar diatur oleh kekayaan yang diutamakan oleh kebanyakan korporat.

Kedamaian oleh sentuhan warna dan garapan lukisan minda melahirkan jiwa yang tenang… namun sekali lagi kewujudan entiti muslim ditiadakan tatkala dicari sentuhan paparan berpluralisme masyarakat yang kini berarah kepada dokongan liberal yang didakwa mahu diaplikasikan.

Pertataan upacara keagamaan seperti di Bali apakah mengusahakan kesediaan masyarakat untuk kembali beragama?
Percampuran syrik dan Keesaan Tuhan tidak mungkin diterima walau pun telah lama menyebati menjadi warna kehidupan muslim. Dan malam ini Cik Puan di CNN mengesahkan pengharaman burqa di Perancis menzahirkan sifat talam dua muka upaya berlaku kepada sesiapa juga.

Peranan Khalifah itu bukan tugas sembarangan yang upaya diberikan kepada sesiapa sahaja. Apakah kemunduran mukmin lagi yang diwacana sementelahan pendajjalnya bukan lagi rahsia?

Armada mesin dan jentera berat merestui pembangunan baru di tanah yang bermilik susurkan kehalusan budi pekerti tetapi di mana akhlaknya?

Sinis minda menajamkan rasa ditindihnya ulang kata apakah tamadun masa hadapan mahu mengembalikan kerasionalan menggunakan pakaian asli manusia? Masih nilai seksualiti menjadi tema dan mesej asli holly wood beridentiti.

Masa depan infrastruktur sains dan teknologi andai masih berdasarkan pada kewujudan ‘pengganas’ ekstrimis untuk dijana kewibawaan perintis masa kini ia benar-benar kelihatan mimpi.

Agak relevan catatan yang dilakukan sebelum menonton filem ini iaitu bagaimanakah upaya dijejak sumbangan minda muslim pada setiap carta ubah rungkai susun atur rangkai selenggara selia piawai patern bingkai bentuk ukur tempa ‘trend trade mark’ pada sudut fizikal materialisme spiritual rohani jasmaninya meski iramanya mahu disatukan gelombang techno dengan klasik, hip hop dengan jazz, tradisional dengan genta rap soul dan lain-lainnya untuk menjadi asbab bahawa muslim itu cenderungnya pada aktiviti radikal militan fanatik dan ekstrim?

Di mana tertinggalnya minda dan identiti muslim di mellinium ini dalam pengesahan untuk dibanggai membawa Rusia ke Amerika?

Emosi saat ini kerana sejak sebelum bermula Perang Dingin sehingga sesudahnya masih Muslim masih muslim masih mereka yang entah di mana diletakkan untuk dicari entitinya – air mata masih berbeza alasan untuk dititiskan kerana kesemuanya mesti berprofesional dan rasional ia dilakukan juga berkelayakan untuk disalurkan rangkai dimensinya.Dan tamatnya Perang Dingin, kian diarak untuk membaratkan Rusia di Amerika namun mengapa masih 'terrorist' itu juga menjadi isu, pada wajah warga siapa yang diundang bertegang suara?

Demokrasi yang masih berintikan imprealis?
Bagaimanakah didepani keberdayaan aktivitis dilihat lebih memahami realiti cabaran semasa yang memungkinkan mereka mewakili kepimpinan bagi membaik-pulih fungsi kerajaan?

Watak istimewa oleh pelakon berkerusi roda upaya mewakilinya atau masih wujud komuniti The Thule yang selidik kajinya masih berwacanakan hubungan dengan alam ghaib?

Bagaimanakah mempelajari sains tanpa akidah?
Avathar membuka persoalan positif untuk kita.

Isnin, 25 Januari 2010

Berontak Atau Berontok-Ontok?

"Sebenarnya lelaki memperalatkan wanita atau wanita yang memperalatkan lelaki yang kita mahu ilmiahkan?"

"Ya, tiba-tiba tertanya tamadun yang manakah yang menjuruskan persaingan begini."

"Terlalu disengitkan sehingga anak-anak juga mulai dicabar untuk dipilih di antara ke dua ibu dan bapa mereka siapakah yang lebih perlu diutamakan. Tidak berasa simpati dengan masalah mereka ini?"

"Dunia telah mengabaikan tamadun Islam apakah yang upaya dilakukan oleh rakyat marhaen sekecil kita?"

Senyuman manis saling berbalas dan mata saling bertaut mesra mengikat jalin kesederhanaan hubungan yang kian meruncing oleh ketidak pekaan untuk berlaku benar dalam mengacarakan keadilan.

"Kesyumulan undang-undang menjulang keadilan tanpa kasih sayang."

"Siapakah yang memimpinnya menjadi begini cemar sehingga tidak lagi dilihat orientasi mengarak kasih ke atas yang berhak selain diorientasi untuk saling berpihak buat yang kuat ke atas yang lemah kudrat?"

Seekor Serindit kecil di dahan rendang berkicau dengan bisikan, hati-hati manusia bila berbicara, otoriter itu egoistik nanti tersula tuan dan puan hamba oleh aktanya yang sedia menganiaya walau tanpa bukti untuk didakwa.Jatuh dan hina bangsa manusia kerana kuasa.Bila terconteng arang ke muka peribadi apa yang mahu disangga.Wajah mana pula yang mahu berahsia.

"Andai kicau unggas kecil yang bebas itu upaya difahami gusar hati tentu terlerai."

"Melerai gusar itu mudah sahaja."

"Bagaimana?"

"Hindari hutang kerana hutang itu yang menyusahkan fikiran saat malam bertamu yang membuat rasa hina terhidu tatkala siang menyinar. Jauhi harta haram dalam membina pembangunan tatkala dipesan solihin beriman, harta haram membina pembangunan menjadi asas membawa keruntuhan."

Tiada senyum terukir di sudut bibir.

"Jika dikau masih menahan marah luahkannya."

Masa dan saat iring berdetik saling erat mengikat
Jiwa dan niat sering bercebik jeling makrifat tidak dihayat
Usia dan jasad saling berbisik kering kudrat rawat teradat
Jasa dan iradat suling berisik paling mudrat tidak berkat.

Sabtu, 23 Januari 2010

Satu Saat Dahulu

“Masih berprojekkan American Dreamer dan Survivorkah?”

“Ada idea lain?”

“Bagaimana jika dijadikan Taman Binatang juga sebagai projek?”

“Tidak berasa simpati?”

“Mengapa?”

“Ayam-ayam di pasar yang mahu disembelih untuk dijadikan makanan itu kebanyakannya tidak berbulu, kecil seperti bantut tidak membesar yang rupanya seperti anak-anak ayam tanpa diketahui jantan betinanya.

“Ayam begitukah yang dibekalkan menjadi menu kita?”

“Bulu ayam itu hanya terdapat di kepaknya sahaja. Waktu berhasrat mahu mendapatkan ayam segar memandangkan kerap sangat memasak ayam beku yang kecil dan sedang saiznya, saya telah ke pasar. Tatkala melihat rupa sebenar ayam yang boleh dianggap segar hati saya menjadi tidak karuan dan sebelum air mata merembes keluar, pasar daging ditinggalkan.”

“Ayam tidak berbulu! Sukar dihayati tatkala wujud lembu besar yang boleh diarak dibawa ke mana-mana.”

"Saya mahu tergelak. Berhentilah dari berlawak."

"Bagaimana jika kita menternak ayam yang dipelihara persekitarannya dengan kualiti yang tidak dicemari oleh sisa buangan dan bersih suasananya?"

"Kamu yakin suasana begitu ayam itu upaya membesar dengan fitrah aslinya sedangkan ianya dikurung."

"Lembu sahaja yang harganya ditentukan oleh berat daging."

Senyum dan tawa saling berganti.

"Apakah haiwan-haiwan ini miliki persamaan dengan kita di masa hadapan?"

"Mungkin kerana kita sama-sama memerlukan suntikan hormon untuk miliki awet muda dan kelihatan remaja pada usia yang senja."

"Namun haiwan tetap kelihatannya tidak mahu menyerupai dirinya dengan sifat manusia?"

"Bagaimana?"

"Reban, kandang dan kebanyakan kediaman haiwan ini berpintu yang terbukanya tidak berjaga."

"Dan haiwan ini tidak membakar diri walau tahu akan disembelih."

Serindit mendengar bicara yang amat dikenalinya.

Rabu, 20 Januari 2010

Sains Dan Teknologi @ Kais Bermanipulasi?

8- IP bertanda # - 109.211

7-# thanaif - " Badan Penyiaran Kerajaan mahu pun Swasta tanpa keizinan tanpa pengetahuan tanpa kebenaran tanpa persetujuan tanpa permakluman tanpa penghebahan pemilik sah karya yang diciptakan yang tidak pernah diakui untuk dianggap sebagai projek."

Details
2010-01-20 12:40 PM
#

6-# thanaif - "seorang warga negara anggota Komanwel boleh diklafikasikan sebagai 'talian kabel' untuk dipergunakan dengan tidak beretika oleh mana-mana"

Details
2010-01-20 12:39 PM
#

5-# thanaif - "ia menyalahi hak-hak perlesenan yang tindak lakunya sewajarnya dikawal oleh hakcipta? Adakah catatan yang dimanuskripkan sebagai peribadi milik individu"

Details
2010-01-20 12:37 PM
#

4-# thanaif - "mengetahui akan paparan yang dianggap tidak beretika kerana kerahsiaan telah dianggap hak bersama di antara perisian komputer dengan pengguna dan apakah kerana ia menjadi projek untuk kesejagatan diduniakan maka dibolehkan dimanipulasikan perkhidmatan interaktif siber walau pun"

Details
2010-01-20 12:33 PM
#

3-# thanaif - "ia turut menjadi paparan umum? Microsoft Words dianggap keterlaluan atau Google yang mengabaikan etika pemilikan harta intelek pelayar yang tidak"

Details
2010-01-20 12:31 PM
#

2- # thanaif - "Bagaimanakah kesemua paparan peribadi yang tidak tersimpan di Microsoft Words Fail upaya dipaparkan dan dari penggunaan apakah ia menjadi radiasi untuk"

Details
2010-01-20 12:30 PM
#

1- # thanaif - "Assalamualaikum, apakah interaktif penggunaan face book atau email yang telah membuka kesemua hak milik berperibadi penggunanya di siber?"

Selasa, 19 Januari 2010

Bagaimana?

"Amat wajar memahami bagaimana bahasa undang-undang mampu mengelirukan."

"Perlukah itu memusykilkan hatimu?"

"Adakah fungsi rakyat berakhir selepas kerajaan ditubuhkan?"

"Gencatan minda sebagai senjata kini mahu disarankan?"

"Tidak keterlaluan ungkapan gencatan itu menyerlahkan jiwa kerdil dan naluri ketakutan."

"Masihkah dengan kalimah perkataan masih mahu diisukan?"

Senyum.

"Tidak upaya dikenali antara yang hak dan bukan hak apabila wujud gencatan. Sukarkah mahu memahami?"

"Dikau mahukan aktivitis dilihat lebih memahami realiti cabaran semasa yang memungkinkan mereka mewakili kepimpinan bagi membaik-pulih fungsi kerajaan?"

Kali ini senyuman semakin manis.

"Apakah kita masih memerlukan ‘inovasi’ dalam berkebajikan dengan laras berasaskan penyamaan tragedi 11-9 dengan muslim menjadi mangsa atau embargo di Gazza masih dilapisi lagi oleh ketebalan tembok sempadannya?"

Senyuman tiba-tiba hilang dari wajah jelita itu.

"Apa yang tersirat tidak dikau suratkan?"

"Bagaimanakah kenaikan harga minyak membantu kerajaan berkebajikan dalam pengagihan kekayaan pendapatan negara berbanding meninggikan hutang yang memberi kesan kepada kehidupan warga sebaliknya apabila harga direndahkan penjimatan upaya menjadi konsep bagaimana pendapatan dibudayakan yang tidak semata-mata dijadikan pemangkin bagi memenuhi tuntutan pertumbuhan ekonomi pasaran dunia?"

"Berasaskan titik tolak yang bagaimana pembaharuan yang akan dilakukan selepas ini?"

"Mesin pengimbas yang membuka aurat kami."

Kemanusiaan/Keinsanan Perlukah Persaingan?

Keganasan bukan agenda perubahan !

Penipuan bukan agenda demokrasi !

Bagaimanakah sedekad abad taraf kewarganegaraan masih menjadi pertaruhan sehingga jaminan keselamatan warga amat menzahirkan kelemahan dasar pegangan?

Apakah ukuran kedamaian apabila upaya difahami bahawa perubahan adalah dengan memberi keyakinan untuk memulihkan kehidupan membela nasib warga yang memberi kepercayaan tetapi sering politik dan struktur polisi memecahkan perpaduan oleh fanatik idea nasionalis yang dihasratkan ?

Agenda keamanan adalah memperluaskan makna dan erti demokrasi menerima pemilihan yang menjadi perwakilan dan memperkuatkan jentera pemerintahan tetapi andai masih tekanan keadilan warga menjadi mangsa korban, siapakah yang dilindungi oleh undang-undang?

Pemimpinkah atau warganya?

Sejauh manakah relevannya apabila menjadikan kelaparan yang dinatijahkan oleh sekatan ekonomi sebagai senjata yang meragut nyawa manusia ?
Justeru itu bagaimanakah alaf ini mengukur makna kemajuan peradaban ?
Melalui teknologi dan sains sahaja tanpa pengiktirafan moral yang turut membina intelek untuk etika dan pengintegritian rasa kebertanggungjawaban cetusan dari agama tidak lagi mampu diabaikan.

Pernah dahulu diajukan pertanyaan sukarkah untuk membuat pendirian terhadap masa hadapan yang belum berlaku apabila masa kini dilihat sebagai imaginasi sedangkan kita sebenarnya berrealiti?

Kita masih mahu menjadi penonton sahajakah tanpa turut terlibat menjadi perintis ‘dunia baru’ bukan semata-mata mencipta ‘peta baru’ yang bermotifkan komunikasi teknologi bermaklumat tetapi tanpa kebebasan media untuk informasi yang tepat lengkap adil dengan nilai saksama untuk kemanusiaan dan kesamarataan dari segi undang-undang untuk tujuan terjamin pemeliharaan keselamatan.
Alangkah mulia diri insan andai bersama memahat untuk menjadi warga yang diperlukan bukan dihindari oleh isu-isu yang tindak tanduknya jelas memaparkan perwatakan sebenar siapa diri kita.

Bagaimanakah kita menyahut tuntutan akhir zaman?
Dengan kemusnahan dan pembinasaan alam dan manusia?
Dengan pembaziran sumber alam yang semakin mengecil sedangkan yang mundur oleh miskin semakin mengembang dengan pesatnya?
Milik siapakah tuntutan akhir zaman ini andai Muslimin digelar fundamentalis yang fanatik akibat dari berhukum dengan perundangan Al-Quran, Kristian didakwa liberal oleh kemajuan zaman, Yahudi dianggap tidak toleransi oleh agama yang tidak berkembang?

Lalu siapakah yang paling benar kata dan perbuatannya di antara kita?

Ditulis semula : 30/12/2008 - 0712
Diulang cetak : 19/01/2010 - 0429

Sabtu, 16 Januari 2010

Persada Minda?

Melayari beberapa blog baru yang mempaparkan ilustrasi lakaran imej-imej sivik masyarakat ke dalam bentuk animasi, terasa seperti telah lama ianya bermula yang menjadikan dikenang semula percutian tahun 2001 di Disneyland Paris tatkala kami menonton filem 3D di pawagam tertutup yang memaparkan kisah tikus upaya direalitikan di mata menyelinap berada berhampiran dengan penonton sehingga kengerian seekor tikus itu lebih mempengaruhi minda berbanding cerita yang disajikan. Dengan kata lain bermakna mesej bertindih diaplikasikan sebagai promosi awal untuk mendapatkan reaksi khalayak terhadap perencanaan digital yang entah bila mahu dirasmikan penggunaan mikroeletroniknya secara integrasi komunikasi.

Setelah hampir 20 tahun ia berlalu kini saat yang wajar diusulkan pertanyaan ialah mengapakah masih pasarana lingkaran negara yang mengisi dan memenuhi kejayaan ini tidak memperlihatkan warga muslim dan negaranya mendapat tempat untuk berjaya sebagai satu entiti selain menzahirkan kelompok kecil komuniti yang diistimewakan kewujudannya untuk dipelihara kesinambungan nama/parti/pengaruh berbanding kesamarataan untuk kebersamaan dinikmati maksud kejayaan.

Apakah pengembalian kepada isu ketiadaan sumber bacaan yang mencukupi bagi memperkayakan minda warga tatkala dihentikan penggunaan bahasa rasmi sebagai lidah perantara ilmu upaya diterima bagi memberdayakan kepenggunaan sepenuhnya fungsi minda?

Inikah menjadi alasan mengapakah terbatas dan bersempadannya kemahiran penggunaan pemikiran dizahirkan?

Warga diminta berfikir dengan konsep cara orang lain berfikir sehingga menumpulkan potensi kebolehannya berkreatif membina idea yang lebih efektif sesuai dengan niat setiap perbuatan itu dilakukan.

Keradangan terhadap segelintir aksi generasi (anak sendiri yang tidak mampu meninggalkan hiburan) menemukan resolusi untuk mengakui bahawa mereka juga mempelajari sesuatu dari kelemahan berperibadi lantaran aktiviti yang meningkatkan pengalaman tidak menjadikan abstrak sebagai sifat beridea.

“Bila generasi berkekalan diperkecilkan lantaran ketoleransian mereka terhadap penerimaan budaya yang menyurutkan keaslian jati diri berperibadi, sikap yang bagaimanakah perlu diadun tatkala peminggiran agama mahu berterusan dilakukan?”

Lembaran-lembaran baru dihuni dengan teguran salam perkenalan sebelum lelah dek mendaki bahawa agama dan wasiat iman itu merupakan mekanisme kekuatan yang sentiasa segar untuk menjadi bahan sentuh antara minda dan jiwa.Dan menduniakannya dengan sifat kesejagatan mahu atau tidak mesti dilansungkan untuk dilazimkan pengadaptasian isu-isu krisis kemanusiaan dari sudut sisi pandangan masyarakat dunia melihatnya sebagai kesempatan disifarkan perbezaan yang membawa kekeliruan dan curiga.

Sapaan santun membudi rasa kian menyapa mesra.

Penggunaan medan interaksi semakin memerlukan pengisian menjurus kewajipan hak insan dan permuafakatan kesepakatan ibarat di mana ada padi yang masak pasti ada si kecil pipit hinggap menyantap.

Allah kasih kepada yang saling berbelas kasihan dan berbalas kasih.

"Tenang dan damailah,"pinta hati.

“Bagaimanakah mahu memulihkan pengaliran kemanafaatan kebebasan di siber? JAWAB!”

“Dengan menceroboh Cikgu.”

“Pinjam, bukan ceroboh.”

Kelas tertawa ria ceria meski ada yang berhiba.

Sudut jiwa yang manakah yang bersendu tanpa tangis dan meratap dengan rahsia?

Sudut sukma yang manakah yang berpeluk sendu tanpa riuh bertanak air di mata dengan diam dan tafakur akur?

Pelari yang telah berkilometer jauh melepasi perbatasan sempadan dengan khemah kanvas telah dilakar terlebih dahulu untuk dihuni dan persekitaran yang kontang dari kasih insan oleh mineral yang telah dikambuh oleh senandung-senandung semalam yang berpigmentasi hitam dari cluster dan phosporan hingga melatonin tidak serasi untuk meninggikan emosi dan perasaan mahu di mana ditempatkan?

Kelas semakin sepi.

Rabu, 13 Januari 2010

Catatan Yang Tersimpan

"Perlukah ada tawaran untuk menjadi warganegara global?"

Ini hanya pertanyaan.

"Bagaimanakah produk negara dilahirkan apabila antara individu dipropagandakan untuk membukti ketaksuban oleh penguasa yang inginkan terus dijulang parti bukan kebenaran?"

Ini tanda demokrasi kini lebih dimengerti.

"Namun bahan cemar di dalam merealisasikan diplomasi anutannya masih dikelirukan oleh peringkat tertinggi penjawat yang mendapat amanah. Umpama air nampak jernih bersih akan tetapi wujud mikro organisme yang seninya berhayat berabad lamanya. Tanpa pengamatan tidak akan tersua lebih dua puluh satu jenis bahan kimia bukan organik yang memberi kesan secara perlahan kepada 'sistem' edaran dalaman tubuh manusia yang mempasifkan kekreatifan untuk fikiran menjadi aktif."

Ini ibarat tuduhan.

"Siapakah yang sepenuhnya bertanggungjawab membasmi dan menyingkirkan pencemar-pencemar yang akan membahayakan ini?"

Ini kelihatannya mencabar.

"Mampukah media menjadi alat mendidik dengan penggunaan teknologi yang mempelbagaikan pendekatan?"

Ini menzahirkan kemesraan!

"Apakah nyalaan kayu api hanya mahu menjadi bara?"

Ungun api upaya menyebarkan hangatnya?

"Siapakah Najasyi jika bukan raja yang hebat yang memahami bahawa Nabi Muhammad SAW dan Nabi Isa (as) itu bersumber dari satu punca?"

Hanya seorang yang hebat sahaja tidak akan memandang rendah kepada yang tidak berupaya ditewaskan tanpa senjata.

"Mata yang dapat memandang tidak sama dengan yang perlu dituntun jalan oleh buta tanpa cahaya."

Renungkanlah kisah Raja hebat bernama Raja Najasyi yang bertanya kepada Jaafar Bin Abi Talib bagaimana ajaran Nabi Muhammad (saw) mengenai Nabi Isa (as)?

“Sesungguhnya Nabi Isa (as) adalah hamba Allah dan RasulNya manakal Maryam ibunya perawan yang suci.
Balas Raja Najas,“Sesungguhnya tidak ada beza seujung kuku pun ajaran Isa bin Maryam dengan ajaran nabi kamu.”

Ini maknanya ditanyakan bagaimana Nabi Isa (as) dianggap anak Allahkah?

"Tidakkah benar wujud perkongsian tanpa rela yang dirayu menjadi sukarela?"

Wahai orang yang beriman bertaqwalah kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar.

"Mampukah sosial hanya dididik oleh cetusan pemikiran zaman yang sudah berlalu pergi sedangkan kesejahteraan rohani tidak bersama kemajuan zaman?"

Ya, semuanya ini hanya pertanyaan.

Boleh pula dia tersenyum.

Isnin, 11 Januari 2010

Di Manakah Wanita?

Kita masih mahu bersolusi pada peneutralan sikapkah?

Sejauh manakah ia menempatkan penghormatan kepada perbezaan agama, budaya, sosial dan sejarah sehingga permasalahan isu kemanusiaan warga-warga di wilayah yang didiskriminasikan dilakukan oleh generasi yang sama nasab dengannya?

Apakah pemikiran perlu didanakan di mana kita meminta orang lain memikirkan keperluan dan kemahuan kita?

Kemunduran muslim perlu digalaskan kepada siapa apabila ummah masih menyisihkan mukmin dan berpasarana bahawa pemikiran mukmin merugikan dunia.

Sejauh manakah tawaran perbankan keewangan memberi kesan ke atas keseluruhan sistem keewangan yang didominasikan oleh barat?

Pembasmian kemiskinan fizikal tidak sama dengan kemiskinan rohaniah lalu adakah kemiskinan kerohanian barat (Amerika khususnya) menjadikan kita perlu memiskinkan pasarana fizikal kita walau pun sesetengah negara telah lama merdeka dan tidak sukar memahami realiti pendidikan yang telah menukar kebanyakan muslim untuk menjauhi kefahaman islam secara syumul.

Bagaimanakah mahu dipulihkan kepercayaan kepada kepimpinan arab yang tidak sedia mengagihkan kekayaan sumber alam di bumi barakah anbiak ini kepada yang berhak dibantu berbanding kesediaan mendana projek-projek untuk digunakan sebagai proses membaharui penguasaan kuasa dan politik?

Tuan milik Darfur,
Adakah kerajaan dibenarkan meng’abuse’kan warganyasendiri oleh pasukan keselamatan mereka?

Tuan TV Press,
Adakah HAMAS memiliki sayap Wanitanya?

Tuan Doha,
Tuan memilih Amerika menstukturkan ‘kelemahan’ negara ini yang menyamai negara-negara Teluk lainnya dan andai mahu ditunding jari, ke arah siapakah mahu ditunjukkan tatkala kesedaran ummat dan muslim umumnya kian peka mereka perlu membina kekuatan sendiri yang upaya memakmurkan dan menstabilkan keharmonian dunia yang kekayaan sumbernya tidak disia-siakan.

Catatan-catatan ini kini mahu dijadikan sesalur media interaksinya dengan mindanya sendiri.

Sabtu, 9 Januari 2010

Kejujuran Alaf Baru.

Dompet hadiahku buat suami tercicir di perkarangan salah sebuah hotel di sini berisi wang tunai dan beberapa kad pengenalan diri.

Kesusahan hatinya sembuh tatkala seorang pekerja dari salah sebuah negara asia menghubunginya menyatakan penemuan dompet itu.

Kami berbangga dan bersyukur kerana wujud kejujuran yang begitu bermakna buat kami sementelahan sama-sama ke sini mencari rezeki yag sudah pasti kesukaran memiliki perhatian dan kasih sayang keluarga di saat-saat mereka diperlukan memberikan pengalaman yang wajar buat kami berasa seperti saudara walau pun berlainanan negara.
Berhalamankan nusantara sebagai kampung tergambar di mata.

Saat anak menemukan lelaki itu ternyata telah digantikan dompet hadiahku itu dengan dompet yang lain yang jauh lebih kecil tanpa wang tunai meski kesemua kad-kad pengenalan diri disertakan di dalamnya.

Kejujuran alaf ini amat mengelirukan.

Sudut psikologi begitu rencam dihambat oleh kemelut sosial dan ekonomi.

Konflik berpendidikan mengkalaskan nilai-nilai moral dan etika bersantun budi dengan setiap jasa perlu dibayar dengan air mata.

Sadis sekali kejujuran yang dilahirkan oleh peradaban dan tamadun ini.

Wang upaya dicari tetapi kepercayaan sukar dijual-beli.

Terima Kasih Allah di atas asuhan ini.

Rabu, 6 Januari 2010

Saya Murid Andalah Gurunya

Cik Puan Falesteenyia,

Ada beberapa soalan yang dimusykilkan.

1- Siapakah yang perlu disatukan di antara penguasa dan warga di Teluk tatkala terzahir ketidak harmonian hubungan di antaranya?

2- Siapakah yang dirugikan andai hakikat tidak mungkin ditolak bahawa Barat telah gagal menyatukan wilayah dan warga arab sementelahan kekayaan sumber telah sekian lamanya teragih dengan pengedarannya tidak upaya membasmi kemiskinan di kalangan warga Teluk?

3- Sejauh manakah peneutralan sikap oleh ketoleransian yang menjadi imej masyarakat arab berjaya mewujudkan keamanan di rantau ini tatkala Iraq menjadi bukti jelas Teluk sukar meminggirkan Barat?
Ini bererti seolah-olah stuasi yang kini dihadapi mahu berterusan kekal kerana hampir kesemua arab juga yahudi terikat kepada Demokrat dan Republican atau memilih Amerika/England/Eropah juga Rusia.

4- Apakah makna merdeka kepada negara-negara Cik Puan tanpa mampu bebas dalam membuat keputusan dan pilihan?

5- Mengapakah pengistiharan peperangan telah tamat tidak upaya dituntut di Teluk?

6- Generasi Teluk kini wajar diakui telah didominasi oleh kelebihan bilangan mereka yang semakin tiada kejatian asli mereka berperibadi.

Semoga musykil ini tidak meningkatkan suhu kepanasan di gurun ini.

Cik Puan itu tidak menoleh malah menolak pertanyaan-pertanyaan ini.



Lalu ku suratkan seuntai rasa buat seseorang yang pernah ku temui.

Saudari,

Apakah caranya buat ku menghindari tatkala jelas setiap sisi segi sendi sanding yang bertiang pasak saksinya menzahirkan kerajaan dan perniagaannya sedangkan bukan kesemua warga memilih kompenan-kompenan di dalam kerajaan sebagai parti mereka?

Marah dan akan berdendamkah dikau tatkala diumpat keji permainan ini?

Dijerat kita tanpa tali.

Apakah sama suasana di Teluk dengan di tanah air sendiri?

Siapakah yang sedang mengambil gendang untuk bertari.

Rakyat marhaenkah wahai saudari?

Warga marhaenkah duhai saudari?

Warganegara kerdilkah aduhai saudari?

Marhaen yang tidak bermodalkah, saudari?

Penasihat itu bukan warga seperti kita saudari!

Yang mengacu idea kemanusiaan mesti diadili.

Kerudung aib perpalit ke muka sendiri

Kini protes berarak sudah menjadi kesalahan yang boleh ditahan gari

Media memantulkan siaran selari

Jenaka hikayat berat menjadi komedi

Wang dilaba masuknya ke parti

Warga diarah menggigit jari

Kini litar gelanggang terbuka untuk pemuda pemudi

Sila liberalkan setiap potensi

Uncle Sam senyum simpul sedang menanti.

Perlu dihayati lopak-lopak Amerika Britain Perancis di rantau ini

Sekularis materialisnya masih tajam berkilau mengaksess abdi

Generasinya semakin terhakis oleh bilangan yang sedikit setiap km persegi.

Frekuensinya pula sedang menjajahi walau tidak lagi wujud sudi

Satelit digitalnya mempateri

Lakon tontonan layarnya pula generasi yang memonopoli

Masih gagal dan jayanya kepada kita yang ditunding jari?


Aduhai saudari.

Benarkah seluar dan kain kita tidak bersaku kerana dompet dan wallet kita yang tidak berisi?

Saya benci dengan sikap talam berbagai muka warga kita dan warga di rantau Teluk ini!

Mungkin serupa semual mereka terhadap diri ini.

Justeru saya tidak menjual tetapi mereka memaksa membeli!

Ahad, 3 Januari 2010

Permaustautinan di Teluk.

Saya berhadapan dengan kesukaran untuk memiliki keyakinan tatkala mahu memilih jenis-jenis penggunaan huruf di Microsoft words.

Minda berdilemma kerana tidak ada satu jenis tawaran huruf itu membenarkan kejatian peribadi ini dilestarikan yang sekali gus menterjemahkan keupayaan bahasanya didirikan sama inggi dan didudukkan sama rendah dengan bahasa-bahasa lainnya.

Jenis pilihan huruf yang mana benar-benar menampilkan entiti kewujudan diri ini?

Terganggu seketika tatkala pengkayaan pemikiran yang bernahukan pengalaman tidak menjadi pelajaran untuk dinikmati…

Menilek mengamati seorang warga emas yang begitu dikasihi oleh warganya di televisyen mengujarkan beberapa pertanyaan yang tidak upaya dibebaskan seperti mana dahulu saat pita-pita gelombang kian memudarkan kepercayaan oleh kepantasan bergeraknya ke setiap jisim kehidupan yang tidak terikat erat pada bumi dan lingkaran tarikan sisi magnetiknya.

“Kita masih perlu bersolusi pada peneutralan sikapkah Tuan?”

Melempiaskan radikal-radikal bebas yang bersarang sekian lamanya pada sinar ultra ungu siri penjelajahan ke rupa bumi gurun yang bersuhukan hampir di paras sejuk iklim Mediterranean tidak upaya menyejukkan radang yang masih kukuh menugukan kekuatan hati.

“Anak pula yang mahu dijadikan perisai kelemahan?” signikal keanak-anakan remaja mulai membuat onar hanya kerana membantah perlakuan seorang bapa yang memimpinnya berpilih-pilih dan bersukat tentukan piawaian.

Dalang menantikan imbuhan
Muncullah Tuan mahu pun Puan dengan keberanian
Bukan diperisaikan oleh jawatan
Kecut itu agar bukan menjadi umpatan
Dayus itu tidak pula diungkap sebagai pendajjalan
Tidak pula kelelakian itu dibentuk oleh kewanitaan!
Dan tidak pula didakwa wanita itu pula mahu menjadi jantan!
Usah dibentuk perubahan hanya demi kelumpuhan keintelektualan

Sabar !

Perkahwinan persemendaan di kalangan bangsawan kini menatijjahkan kemalangan kepada peradaban.

Apakah mahu dicari pada Kesultanan Melaka yang Sultan Mansur Shahnya beragama Islam sedang permaisurinya Ratu Majapahit masih beragama hindu saat itu yang kini semula menjadi lakaran pembiakan semula keturunan yang mencorakkan semula rupa diri warga dan masyarakatnya yang mengimpakkan susur galur genetik kemanusiaan.

Penjajahan pemikiran ini wajar didepani dengan kewarasan dan sedikit ego yang membuatkan rasa bangga dengan iman yang dibentuk oleh ilmu dan amal dan mewujudkan rasa penghormatan kepada Islam itu sendiri yang kini dipiawaikaan secara tidak adil oleh media hiburan di Holly Wood khususnya Amerika.