Sabtu, 16 Januari 2010

Persada Minda?

Melayari beberapa blog baru yang mempaparkan ilustrasi lakaran imej-imej sivik masyarakat ke dalam bentuk animasi, terasa seperti telah lama ianya bermula yang menjadikan dikenang semula percutian tahun 2001 di Disneyland Paris tatkala kami menonton filem 3D di pawagam tertutup yang memaparkan kisah tikus upaya direalitikan di mata menyelinap berada berhampiran dengan penonton sehingga kengerian seekor tikus itu lebih mempengaruhi minda berbanding cerita yang disajikan. Dengan kata lain bermakna mesej bertindih diaplikasikan sebagai promosi awal untuk mendapatkan reaksi khalayak terhadap perencanaan digital yang entah bila mahu dirasmikan penggunaan mikroeletroniknya secara integrasi komunikasi.

Setelah hampir 20 tahun ia berlalu kini saat yang wajar diusulkan pertanyaan ialah mengapakah masih pasarana lingkaran negara yang mengisi dan memenuhi kejayaan ini tidak memperlihatkan warga muslim dan negaranya mendapat tempat untuk berjaya sebagai satu entiti selain menzahirkan kelompok kecil komuniti yang diistimewakan kewujudannya untuk dipelihara kesinambungan nama/parti/pengaruh berbanding kesamarataan untuk kebersamaan dinikmati maksud kejayaan.

Apakah pengembalian kepada isu ketiadaan sumber bacaan yang mencukupi bagi memperkayakan minda warga tatkala dihentikan penggunaan bahasa rasmi sebagai lidah perantara ilmu upaya diterima bagi memberdayakan kepenggunaan sepenuhnya fungsi minda?

Inikah menjadi alasan mengapakah terbatas dan bersempadannya kemahiran penggunaan pemikiran dizahirkan?

Warga diminta berfikir dengan konsep cara orang lain berfikir sehingga menumpulkan potensi kebolehannya berkreatif membina idea yang lebih efektif sesuai dengan niat setiap perbuatan itu dilakukan.

Keradangan terhadap segelintir aksi generasi (anak sendiri yang tidak mampu meninggalkan hiburan) menemukan resolusi untuk mengakui bahawa mereka juga mempelajari sesuatu dari kelemahan berperibadi lantaran aktiviti yang meningkatkan pengalaman tidak menjadikan abstrak sebagai sifat beridea.

“Bila generasi berkekalan diperkecilkan lantaran ketoleransian mereka terhadap penerimaan budaya yang menyurutkan keaslian jati diri berperibadi, sikap yang bagaimanakah perlu diadun tatkala peminggiran agama mahu berterusan dilakukan?”

Lembaran-lembaran baru dihuni dengan teguran salam perkenalan sebelum lelah dek mendaki bahawa agama dan wasiat iman itu merupakan mekanisme kekuatan yang sentiasa segar untuk menjadi bahan sentuh antara minda dan jiwa.Dan menduniakannya dengan sifat kesejagatan mahu atau tidak mesti dilansungkan untuk dilazimkan pengadaptasian isu-isu krisis kemanusiaan dari sudut sisi pandangan masyarakat dunia melihatnya sebagai kesempatan disifarkan perbezaan yang membawa kekeliruan dan curiga.

Sapaan santun membudi rasa kian menyapa mesra.

Penggunaan medan interaksi semakin memerlukan pengisian menjurus kewajipan hak insan dan permuafakatan kesepakatan ibarat di mana ada padi yang masak pasti ada si kecil pipit hinggap menyantap.

Allah kasih kepada yang saling berbelas kasihan dan berbalas kasih.

"Tenang dan damailah,"pinta hati.

“Bagaimanakah mahu memulihkan pengaliran kemanafaatan kebebasan di siber? JAWAB!”

“Dengan menceroboh Cikgu.”

“Pinjam, bukan ceroboh.”

Kelas tertawa ria ceria meski ada yang berhiba.

Sudut jiwa yang manakah yang bersendu tanpa tangis dan meratap dengan rahsia?

Sudut sukma yang manakah yang berpeluk sendu tanpa riuh bertanak air di mata dengan diam dan tafakur akur?

Pelari yang telah berkilometer jauh melepasi perbatasan sempadan dengan khemah kanvas telah dilakar terlebih dahulu untuk dihuni dan persekitaran yang kontang dari kasih insan oleh mineral yang telah dikambuh oleh senandung-senandung semalam yang berpigmentasi hitam dari cluster dan phosporan hingga melatonin tidak serasi untuk meninggikan emosi dan perasaan mahu di mana ditempatkan?

Kelas semakin sepi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan