Isnin, 25 Januari 2010

Berontak Atau Berontok-Ontok?

"Sebenarnya lelaki memperalatkan wanita atau wanita yang memperalatkan lelaki yang kita mahu ilmiahkan?"

"Ya, tiba-tiba tertanya tamadun yang manakah yang menjuruskan persaingan begini."

"Terlalu disengitkan sehingga anak-anak juga mulai dicabar untuk dipilih di antara ke dua ibu dan bapa mereka siapakah yang lebih perlu diutamakan. Tidak berasa simpati dengan masalah mereka ini?"

"Dunia telah mengabaikan tamadun Islam apakah yang upaya dilakukan oleh rakyat marhaen sekecil kita?"

Senyuman manis saling berbalas dan mata saling bertaut mesra mengikat jalin kesederhanaan hubungan yang kian meruncing oleh ketidak pekaan untuk berlaku benar dalam mengacarakan keadilan.

"Kesyumulan undang-undang menjulang keadilan tanpa kasih sayang."

"Siapakah yang memimpinnya menjadi begini cemar sehingga tidak lagi dilihat orientasi mengarak kasih ke atas yang berhak selain diorientasi untuk saling berpihak buat yang kuat ke atas yang lemah kudrat?"

Seekor Serindit kecil di dahan rendang berkicau dengan bisikan, hati-hati manusia bila berbicara, otoriter itu egoistik nanti tersula tuan dan puan hamba oleh aktanya yang sedia menganiaya walau tanpa bukti untuk didakwa.Jatuh dan hina bangsa manusia kerana kuasa.Bila terconteng arang ke muka peribadi apa yang mahu disangga.Wajah mana pula yang mahu berahsia.

"Andai kicau unggas kecil yang bebas itu upaya difahami gusar hati tentu terlerai."

"Melerai gusar itu mudah sahaja."

"Bagaimana?"

"Hindari hutang kerana hutang itu yang menyusahkan fikiran saat malam bertamu yang membuat rasa hina terhidu tatkala siang menyinar. Jauhi harta haram dalam membina pembangunan tatkala dipesan solihin beriman, harta haram membina pembangunan menjadi asas membawa keruntuhan."

Tiada senyum terukir di sudut bibir.

"Jika dikau masih menahan marah luahkannya."

Masa dan saat iring berdetik saling erat mengikat
Jiwa dan niat sering bercebik jeling makrifat tidak dihayat
Usia dan jasad saling berbisik kering kudrat rawat teradat
Jasa dan iradat suling berisik paling mudrat tidak berkat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan