Sabtu, 22 September 2012

Keterlaluankah Patriot Juga Ada Pada Agama?

Benar, saya menyedari bulan Syawal telah berakhir, seperti mana bulan Ramadhan yang pergi secara senyap-senyap meski memberkahi alam dengan cahayanya, bulan Syawal juga sepi dari gandingan puasa sunat enam yang menyuburkan barakah ehsan di hati insan.

Sudah tiga tahun berturut-turut saya gagal berpuasa sunat enam Syawal. Uzur syara'i yang menjadi hiasan usia senja amat-amat memberati untuk tempuh syarat sah puasa berada dalam waktu yang lebih panjang.

Mengambil catatan dari I Pad Apple yang dicatat sewaktu pesanan ringkas C903 masih menimbulkan masalah sambil mendengar radio tempatan yang berperantarakan bahasa inggeris membuatkan 'kejemuan' sering gagal dibendung.

"Saya meluat mendengar radio mu!" Itulah ujaran yang sering diluahkan di dalam diam dalam waktu mencari jati asli berdirinya susuk seorang arab yang kini telah ditampilkan dengan pelbagai campuran darah, keturunan dan ras. Sukar untuk diterjah bagaimanakah seorang arab Quraisy, seorang arab Badwi, seorang arab Pan Eurasian, seorang arab bersukukan Afrika dan sebagainya.

Suria yang hangat membakar pepasir gurun sering membakar emosi dan minda saya. Jesteru itu saya suka melihat suria yang dilindungi oleh awan gemawan. Redup dan tidak terlalu terang angkasanya dengan kenyamanan tiupan bayu yang sering berhala laju menunjukkan ego kepada debu-debu yang sering upaya membina perbukitan pasir di pendalaman gurun yang sepi.

Saya suka melihat saat suria terkial-kial memancarkan cahaya agar ia belajar untuk tidak terlalu bangga untuk berasa sombong dengan keluasan angkasa yang merendahkan diri dengan memberikan ruang dan tempat buat bulan dan bintang bergemerlapan menemani awan gemawan yang bersenandung meraikan tiupan bayu yang sering marahnya diunjuk menjadi taufan yang mengundang gundah manusia yang gagal menerima kelemahan mereka sebagai pengamanah yang wajar berfungsi sebagai pengaman bagi mensejahterakan alam bukan berebut untuk menjadi pengarah!

Kini musim-musim menjadi pengarah kian menyerlah di mana-mana.
Sayang sekali penonton yang memberikan arah kepada pengarah kian tenggelam punca ketika pilihanraya masih sepenuhnya diterajui oleh pengarah-pengarah yang sama dengan pelakon-pelakon yang serupa bagi melayarkan pelbagai adegan filem sebelum piliharaya bermula.

Ia membuatkan dicari jalan keluar bagaimanakah menterjemahkan 'kuasa beli yang tinggi' tidak disia-siakan pada pelbagai aktiviti 'perfileman pilihanraya' yang kreatif tetapi masih tidak melahirkan kebangkitan ummah?

Upayakah slogan kemunduran dan kerugian ummat akan kekal sekiranya masih memusuhi iman mereka yang beriman?

Apakah wajar ianya kekal mahu disasarkan kepada Islam?