Jumaat, 21 Disember 2012

12/12/12 Hari Selasa

Kebiadaban pengawal bagi akses internet peribadi saya telah menjadikan ini adalah kali ketiga saya terpaksa mengulang semula apa yang telah dituliskan sebentar tadi.

Saya bersangka baik dengan menyatakan kehilangan secara tiba-tiba catatan yang telah ditulis adalah kesan dari kelemahan teknologi yang gagal diaplikasi ke dalam realiti kerana sumbangannya masih tidak bersifat menyeluruh untuk dibanggakan tatkala di sesetengah lokasi masih mundur pasarana telekomunikasinya walau pun begitu tinggi perbelanjaan diperuntukkan bagi memudahkan ia menjadi medan penginteraksian yang mewibawakan peradaban mellinium oleh dekad 21 yang memasuki fasa ke dua.


Sesiapa pun yang mengawal interaksi ini wajar tidak tersenyum dengan rasa bangga dengan kegagalan untuk melesukan minda ini biar pun mereka melemaskan emosi saya oleh pencarian jejak yang cuba dipadamkan oleh keterpaksaan kerana semua ini tidak disengajakan untuk dimulakan.


Semalam pada 12/12/12/ telah menguji sesuatu.



Pertama kalinya selepas enam tahun bersekolah di Qatar anakku Ahmad Hilman telah meminta agar saya mengambilnya awal untuk pulang ke rumah kerana dia hanya menduduki satu kertas sahaja pada hari itu.

Walau pun saya cuma seorang penulis siber sahaja, saya tetap serupa sebagaimana ibu-ibu yang lain yang sesekali berhadapan dengan masalah dengan guru atau pengrusan sekolah anak-anak.

Saya berpesan kepada Ahmad Hilman dengan pesanan supaya dia hanya berada di dalam kelas sahaja sebaik sahaja peperiksaan berakhir untuk mudah ditemui oleh petugas apabila saya tiba untuk membawanya pulang.

Sebaik sahaja meninggalkan Moza Centre tepat jam sebelas suku pagi, saya memasuki perkarangan utama sekolah Ahmad Hilman.


Setelah mengisi slip bagi mendaftarkan pengesahan untuk membawa anakku pulang,  minda mulai gagal dipaksa untuk tidak bergerak tindak dengan visual yang sering ku sederhanakan kepekaannya.

Saya merehatkan emosi dan minda sewaktu menanti ketibaan anakku.

Dengan  kerehatan minda yang diperolehi sejenak minda ini mengenang pada keadaan dan stuasi yang lazim ku lalui tatkala berada di tanah air.

Semalam tatkala berada di salah sebuah premis perniagaan, jari-jari ku mengalami renjatan seperti terkena arus aliran eletrik sewaktu memegang besi pemindang yang tersusun atur di kebanyakan ruang legar kawasan rak-rak barangan disusun.

Bahkan jari-jari ku terasa direnjat dengan arus eletrik tatkala tersentuh bahagian besi pada troli tanpa sengaja.

Ianya berulang-ulang terjadi menjadikan jari-jari ku sakit dan sangat berhati-hati ketika berada di laluan yang mempunyai lebihan aliran voltej.

Apakah masih piawaian kawal selia perbekalan bagi pepasangan eletrik diabaikan keselamatannya?




Dari jam sebelas suku sehingga jarum jam ku menunjukkan angka sebelas tiga puluh minit pagi masih wajah anakku Ahmad Hilman tidak kelihatan.

Menemani soal dan teka yang bermain di hati, ku perhatikan wajah dan tingkah seorang demi seorang ibu bapa atau pemandu juga pembantu rumah yang ditugaskan untuk mengambil anak-anak yang mahu dibawa pulang awal dari waktu yang ditetapkan.
Mungkin bekas pelajar sekolah itu juga hadir.
Mungkin ada di antara mereka yang tidak hadir di sekolah untuk mengambil anak.
Mungkin ada yang hadir kerana mahu melihat sesuatu atau memastikan sesuatu.
Mungkin yang hadir ketika itu kerana terpaksa berada di situ pada masa yang ditetapkan...

Saya merungut dalam diam bagi menghentikan bacaan-bacaan ayat pasif di minda.

Sekitar jam sebelas empat puluh lima minit pagi setelah berbual dengan salah seorang wanita negara jiran, ku lihat seorang guru lelaki yang berbaju hitam dengan beg galas di bahunya berbalas salam ciuman di pipi dengan seorang wanita yang berimejkan gadis india yang hanya duduk bersantai sejak awal ketibaan saya di sekolah.
Saat itu juga ku isi borang ke dua bagi menginformasikan butiran diri untuk membawa anakku Ahmad Hilman keluar.

Musykil ku mulai sukar dibendung tatkala tanda tangan ku diminta buat kali ke duanya selain nombor telefon peribadi ku dicatat tanpa meminta nama ku dan pengenalan kad diri ku disertakan bersama.
Jika benar informasi itu diperlukan mengapakah petugas keselamatan tidak menghubungi ku bagi menyatakan bahawa anakku tidak ditemui sejak dari awal lagi?

Ku lempar pandangan ke sekitar kawasan sekolah.
Mengapakah sekolah-sekolah di sini bagaikan penjara?
Di kelilingi oleh tembuk tinggi yang disertakan dengan kamera cctv di sekelilingnya.
Tiada kawasan yang upaya menyegar dan meredupkan pandangan mataku.
Anak-anak sekolah bertempiaran sesuka hati seperti hilang kawalan emosi.
Guru-guru kurang mempunyai ketrampilan pada pandangan peribadi ku bila sisi pakaian mereka untuk mengkategorikan sifat pengasih yang melindungi kanak-kanak dan pelajar terabai untuk dihormati fungsi seorang pendidik.
Ku gusar melihat kesemua  fikiran 'kotor' yang diluahkan oleh emosi sendiri. Apatah lagi bagi mata seorang lelaki.
Ku resah melihat dada yang terlitup namun menyerlahkan bentuknya apa lagi yang terserlah semulajadinya tanpa ditutup.
Ku lihat pada gadis-gadis pelajar yang membuatkan diri ku lemas sendiri tatkala terlihat gegar gelombang yang dipantulkan ke setiap belahan otakku.
Ahhhhhh... apakah otak ku juga sama seperti otak lalki yang bermata nafsu dek sel kelabu kerana berasional?
Ke manakah mata ku mahu memandang tatkala lemas di daratan tatkala pastinya diri ku lemas tika di lautan.
Pakaian sudah terlepas pandang pada proses penyempurnaan pendidikan di sekolah-sekolah di negara muslim tatkala syariah sebahagian dari kaedah membina diri muslim tidak diaplikasikan untuk menjadi laras mendisplinkan pelajar.

Reformasi pada sistem pendidikan di negara-negara muslim perlu dan mesti dilaksanakan mengikut fikh syariah.

Syariah adalah produk baru bagi dunia dan masyarakatnya.

(Tidak mungkin dan mustahil syariah ini dipandu haluannya oleh penyanyi dan artis mu R dan teja!
Ku jerkah dengan nyaring sesaat tatkala minda dan pancaindera ku diprovokasi dengan hebatnya ketika cuba berfokus)
Minda ku minda seorang muslim R dan teja, kelian tidak upaya memahami syariah di dalam pendidikan.

Ku jengah ke pintu masuk utama ke sekolah. Masih wajah anakku tidak kelihatan.

Memberi perhatian pada bualan singkat dengan salah seorang ibu muda yang berkongsi masalah ketika berhadapan dengan pihak kumpulan pengurusan sokongan, melirik reaksi dan aksi seorang dua lelaki tempatan yang meluahkan ketidak puasan hati terhadap masa yang terlalu lama untuk membawa pulang cucu atau anaknya, saya hampiri sekali lagi kaunter meja petugas bahagian keselamatan yang bertanggungjawab mengurus keluar masuk pelajar.

Seperti menemukan anti klimaks pada 'keradangan dan kemarahan yang tidak muncul-muncul ini' saya melihat susuk wajah dan jasad kehadiran antara empat dan lima orang wanita yang dirasakan mempunyai kedudkan pada institusi pendidikan.

Mereka berurusan di dalam bahasa arab.
Saya tidak memahaminya.

Lalu saya meminta slip yang ketiga untuk diisi bagi membawa anak saya pulang.

Jam ketika itu menghampiri dua belas sepuluh minit tengah hari.

Seorang petugas wanita melayani pertanyaan saya :

Apakah pendidkan anda mempunyai disiplin?
Apakah tujuan anda mengambil tanda tangan dan nombor telefon saya jika anda gagal menghubungi atau berinteraksi dengan saya terhadap masa yang terlalu lama untuk membawa pulang anak saya (dari pukul sebelas suku sehingga dua belas suku) dianggap masa yang tidak wajar diambil merujuk ramai petugas di situ.
Kami bukan hanya ibu bapa tetapi pelanggan kepada sekolah kerana membayar kos persekolahan yang tinggi setiap tahun.

(Pendidikan sebagai komoditi baru bagi mendapat keuntungan sangat mengecewakan dan saya ingin sekali mempertikaikan isu-isu teknikal yang dikatakan menjadi kelemahan utama di sekolah-sekolah di Timur Tengah.)
Saya mahu menjelaskan bahawa sudut ini adalah asas kekuatan bagi pihak Amerika mahu pun England serta Eropah kerana itu adalah cara mereka berpendapatan. Mereka boleh digaji dengan gaji yang tinggi hanya bagi menggariskan sudut teknikal pelbagai bidang di dunia ini.

Juru runding merangkap konsultan upaya berpendapatan tinggi dengan hanya merangka kertas kerja setelah wujud perbincangan dan simposium?

Individu yang membina sosial pada sudut pendidkan sebenarnya masih gagal untuk mengubah masyarakat yang telah dilahirkan oleh sekolah, kolej, institusi pendidikan tinggi mahu pun universiti tatkala isi pada sifat dalaman individu tidak terubah peribadinya.
Bina insan pada susut nilai diri pelajar sebahagiannya diimpakkan oleh siapa?
(Bolehkah dipinggrkan seketika fungsi keibubapaan yang sering didakwa sebagai isu utama anak-anak berdilemma?)

Saya nyatakan juga bahawa sebagai kumpulan pekerja sokongan yang berada paling hadapan untuk menghubungkan sekolah dengan masyarakat, mereka wajar memelihara reaksi-reaksi baik dan sangka baik di antara ke dua pihak ini.

Juga saya nyatakan padanya saya ingin melihat sistem disiplin sekolah ini.
ianya gagal ditemui tatkala saya cuba mendapatkan bantuan dari seorang pelajar perempuan yang bertali leher berpakaian serba hitam berbeza dengan pelajar lain yang saya sangka sebagai pengawas sekolah.

Pengawas adalah pihak ke tiga selepas pengetua dan guru-guru.
Pelajar perlu dibenarkan berperanan dan berfungsi sebagai pemimpin yang berupaya membuat keputusan dan pendirian mengikut usia mereka dibolehkan untuk melakukannya sebagai pelajar di sekolah.
Pelawat yang tiba buat pertama kalinya ke sekolah sangat memerlukan bantuan panduan serta sedikit informasi mengenai pelbagai perkara mengenai aktiviti dan kegiatan pelajar dan sekolah.

Kritis pemikiran diperolehi dari perbincangan bukan semata-mata perdebatan dan ia tidak sepenuhnya perlu mensasarkan tuntutan untuk membuat tindakan kerana salah dan benarnya tidak dimuktamadkan melalui perdebatan.

Bagaimanakah mata pelajaran kritis pemikiran wujud di dalam Al-Quran?
Perkaitan kemajuan dengan intelek rohani perlu dibenarkan disediakan oleh hukum-hukum fikh kerana sehingga bila-bila manusia tetap membantah apa sahaja yang berbeza dengan kemahuan dan kehendaknya yang menjelaskan betapa perlunya sistem pendidikan didunia islam diatur oleh mereka sendiri.

Misal yang mudah :
Pelajar muslim tidak membantah tatkala dinyatakan bahawa alkohol haram yakni tidak boleh menjadi minuman pilihan mereka. Bagi pelajar bukan muslim dia akan membantah kerana budaya di dalam sosialnya arak adalah adat resam yang tidak lagi menjadi pertikaian.

Sah?

Pelajar muslim tidak membantah tatkala dikatakan tembakau, dadah dan pil khayal membahayakan kesihatan kerana ia telah menjadi sebab membunuh diri manusia yang sihat dan dengan sebab itu sudah boleh diterima fatwa ia adalah haram kerana sifat membunuh yang dimiliki oleh bahan-bahan ini (tanpa perlu melihat kes jenayah senjata api yang mudah diperolehi di sesetengah negara barat kerana kedapatan perundangan yang membebaskan lesen diperolehi tanpa had dan membawanya ke sekolah?
Bagi pelajar bukan muslim di negara barat dan sesetengah lokasi benua, dia akan membantah kerana sosial persekitarannya dibina oleh kebiasaan ini (tembakau, dadah dan pil khayal) walau pun mereka memahami undang-undang menghukum penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Apakah sistem bagi kawalan keselamatan mereka bermasalah atau sistem pendidikan itu yang sebenarnya upaya diperbaiki kelemahan dasarnya?


Rabu, 12 Disember 2012

Dot Net Dan Dot Com


Bidadari-bidadari ku yang masih terpenjara angkara dotnet dan dotcom


Saya masih kekal berhadapan dengan kehilangan catatan-catatan yang disimpan di microsoft word walau pun Sony Vaio saya telah diperbaharui 'setting programmernya'.

Mungkin ini kesan dari usaha-usaha menterjemahkab catatan thanaif yang ditulis menggunakan bahasa melayu/malaysia ke bahasa lain.
Mungkin juga terencana ke arah untuk menjadikan nama-nama pena saya kehilangan hak milik ke atas hak cipta apabila saya mahu menuntut hak pemilikannya.

Ini amat mengganggu saya berfokus untuk menulis.

Dan ia sangat mengecewakan apabila teknologi dari capaian itech dikatakan menjadi sumber masyarakat berpengetahuan tatkala undang-undang masih gagal menghukum aktiviti teknikal bagi sistem pengkomputeran yang dibela walau pun telah memanipulasikan hak-hak pengguna yang menjadi pembeli laptop dan komputer.

Saya tidak lagi dapat merasakan bakat dan potensi diri seseorang itu benar-benar dibantu untuk dijayakan atau untuk dikembangkan kemajuannya oleh dasar-dasar yang tidak adil ini.

Lalu saya kirimkan pesanan ringkas bukan dari samrtphone :

"Mind to accept? I think english and its western have long enough to be a colonist. I am tired to learn about the colonists about the dream to become a free man on my own land."


Isnin, 3 Disember 2012

Etika Globlalisasi?


"NO MALE ON MY PEN NAMES

Mind if thanaif hate arab  or jews or english or black male?

Who is using thanaif pen names?

Arab cronies?

Who is arab cronies?

Mind if I can get any answers?"

 

Catatan ini bertalu-talu ditulisnya.
Seluruh isi hatinya sudah tidak dapat menakung kesemua gumpalan perasaan yang bermain-main selama ini yang dirahsiakannya tanpa upaya diluahkan.

 
‘I hate mamat dan minah salleh who are control air wave in every muslim location.

They take every advantage in every opportunity after overdose any overawe on us, they will turn everything overbalance.
As an example ‘the green colour’.

Green is Islamic image of colour. How this green be a matter for them?
Why green be a new things when there have a new green party politic after a long long long time we do have a islamic party thru harakah islamiah?
Does kubah maqam for Nabi Muhammad Sallallahhualaihiwassalam a green colour?

J

Adakah telah menjadi luruh lebat air hujan mencurah menujah ke hati mereka sehingga terpadam seketika cahaya jiwa atau telah wujud retak berderai mendalami liku minda mereka yang sakitnya tidak upaya dibuat bandingan rasanya tatkala mulai dihayati Nabi Ibrahim alaihissalam tidak berkulit putih?

 

Malah Nabi Ayub juga tidak berkulit putih.

 

Namun mengapakah keturunan jurai anak-anak nabi yang mulia ini tersangat hitam sifat sikap serta tabiat malah tersangat rendah kebiasaan peribadinya sehingga tidak ada kesediaan untuk menyukai kebanyakan tabiat perwatakan yang ditampilkan oleh nasab keturunan nabi-nabi yang mulia ini?

Lalu bangsa dari nasab keturunan siapakah sebenarnya yang membunuh nabi mereka, wahai thanaif?
 
ETIKA GLOBLALISASI
Siapakah yang akan melaksanakannya, tejathanaif? Tatkala ku dengar senandungmu pada gurindam pasaran mu insan menjadi modal, kamil menjadi sifat, toleransi menjadi penaung namun undang-undang mu entah di awan mana ia bermega. Meski putih masih berseri hitam tetap suram kini angkasa benarkah akan dikau warnakan dengan hijau saat biru sering digulung oleh bentangan kelabu.
 
thanaif, masihkah dikau marah?


 

 

 

 

Khamis, 29 November 2012

Global Di Jari Tanpa Etika?


Terlalu banyak yang dibaca saat menduduki 'madrasah' An Nisaa. Membaca wanita sebagai sebuah sekolah menyeiringkan keperluan wanita mempunyai wali. Minda tenggelam dengan keharuan mencari syariah sebagai realiti. Lalu tidak tersua hasrat yang bernyala untuk mencatat...
 
Saat dan tatkala itu juga dinukilkan beberapa kalimat untuk dijadikan ayat yang tidak ingin dihasad walau dengan apa pun niat.

Siapakah yang silap untuk kekal menggagalkan Turki menjadi sebahagian anggota negara Eropah tatkala Kesatuan Liga Arab tidak mengingininya?

Jika ingin menyifatkan demokrasi eropah sebagai yang tertua untuk diambil proses kematangan perlaksanaannya, kegagalan mengakui Turki sebagai negara yang upaya mengunggulkan eropah sangat merugikan.

Ia juga menjelaskan untuk dihayati bagaimana kalangan orang muda yang cenderung untuk membuka kemasukan pihak luar semasa Turki menguasai semenanjung Al Jazirah Arab telah merugikan negara-negara teluk oleh kekal enggan mengakui Turki sebagai egara yang dekat dengan mereka.

Mengapakah kesan peninggalan Turki tidak dapat dilihat di Al-Jazirah Arab yang bermaksud kita sebagai generasi selepas perang dunia kedua tidak dapat melihat lakaran empayar Khalifah Othmaniah setelah kita sekaan-akan menolak lakaran nukilan kerajaan Abbasiah oleh kesediaan kita mengekalkan perseteruan dengan Iran.

J
Versi Inggeris menggunakan terjemahan google :


We are wrong to derail Turkey become part of members of the EU.

 

Does Europe the oldest democracy to emulate?

 

Failure to recognize Turkey as an EU member state is detrimental to the europe.

 

Does the implementation of justice law subject to individual or community on the importance of power need be preserved?

 

It explains how young people are likely to open the entry of outsiders while Turkey dominated the peninsula at the expense of al jazeera arab gulf countries remain reluctant to admit Turkey as a country that is close to them.

 

Why Turkish relics cannot be seen in Al-Jazirah Arab which means we as a generation after World War 2 cannot view thumbnails Ottoman Caliphate empire after we rejected sketches Abbasid government writings by our willingness to maintain hostilities with Iran.

 

This means that democracy in parties who have failed to follow suit?
 
Lebih jauh dari itu penaakulan terhadap konsep pelancongan saya berbeza dengan konsep pelancongan 'anda'.
Jika wujud penawaran sifat haiwan untuk kemanusiaan dengan wujudnya persisiran pantai tanpa pakaian saya sedia menawarkan persisiran pantai yang memisahkan antara wanita dan lelaki jika ia perlu menjadi tuntutan mereka yang beragama.
Namun anda wajar tahu dengan pengawasan satelit dan wilayah yang meletakkan radar untuk dikawal kesemua sistem pengkomputeran upaya mendedahkan aurat wanita meskipun mereka sekadar bersendirian berada di hadapan skrin komputer peribadi mereka.
Masihkah sedia imbas terhadap pantai yang memisahkan antara gender di Iran lebih enam tahun yang lalu?
Bukankah ia tidak melibatkan akidah?
Tidakkah memiliki pantai yang memisahkan antara di gender itu tidak melibatkan soal akidah?
Saya bukan pengamal atau pengikut fahaman syiah.
 
Seandai antara kita sedia mengilmiahkan perbezaan kita dengan yahudi mengapa dibina tembuk untuk mengintelekkan ummat tentang perbezaan syiah dengan sunnah waljamaah?

Ini bukan fokus saya kerana ketiadaan ilmu dan kelayakan - jadi apa isu anda yang berada di sini yang bersembunyi di balik nama atau gender?
 


 

 

Khamis, 15 November 2012

Selamat Tahun Baru

Catatan 'Laila' sempena tahun baru 1434 khas buat rakan-rakan di Mozah Centre dan Maryam Centre

Sepinya tahun baru mu
Sunyinya
Heningnya
Damainya
Tenangnya...

Bagaikan hijrah itu bukan penanda jenama mu
Bagaikan hijrah itu tidak terjadi di bumi mu
Bagaikan hijrah itu bukan pembina jati diri mu berbudaya
Bagaikan hijrah itu bukan kalimat dari bahasa mu
Bagaikan hijrah itu bukan dimensi mercu pengubah dunia...


Sepinya tahun baru mu.


Apakah Muharram bukan kalimat laras bahasa mu
Tatkala ia muncul setelah malam mencetak alam
Semalam Zulhijjah menyerbak wangi
Kini Muharram mu sepi
Kelmarin
Hari-hari Tasyrik mu gempita dengan ucap talbiah
Kini Muharram mu menjadi sunyi
Sehingga daku mencari-cari haruman wangi talbiah itu
Tatkala Muharram 1434 perlu disusun urus seganding fikrah Nabi Yusuf
7 tahun menanam sebelum 7 tahun menuai...


Bukankah Buruj bukan 'burj'?
Tatkala bebintang adalah At-Thoriq
Pemalu angkasa.

Upayakah kita saling curiga tatkala Al-Qalam mu ku telaah tanpa pura-pura
Tanpa hasad
Tanpa iri
Tanpa khianah

Tatkala mana Firaun ingin mengetuk kaki langit
Berbatakan lumpur kering yang membekas kerasa
Bagi melihat Tuhan Nabi Musa

Menterjemahkan bahawa satelit angkasa
Sudah kian boleh berbicara.

Khamis, 1 November 2012

Se Per A

Menaakul kemudahan medan interaksi yang diwujudkan oleh Amerika seperti Twitter dan Facebook selain blog sering membuatkan minda ini berkeluh tertanya, siapakah yang untung dan siapakah yang berasa dirinya rugi?.. tatkala sistem media menyusun dominasi pada kesempatan komunikasi yang tidak disedari oleh kebanyakan pengguna...

Lalu dicatatkan keluh tanya tatkala memandang skrin facebook dan twitter :

Saya tidak mengenali anda semua tatkala mereka yang mengenali saya tidak mahu bersapa malah membisu seribu kata...

Usah letakkan saya di dalam kotak walau pun bungkusannya berkilau bagaikan emas...

Saya sekadar membuktikan saya juga orang yang berbangsa, bernegara, beragama, bernama malah bersaudara walau pun saya melintasi jalur udara.

Tetapi kelian yang gagal membuktikan bahawa saya sebangsa, senegara, seagama, walau pun di antara kita mempunyai nama yang berbeza. Malah saya diumpamakan berada di dunia lain jauh terlontar dari realiti dunia yang menjadi tempat saya berdiri.tujuan pengiriman satelit ke angkasa menurut kehendak yang diinginkan

Apakah khilaf saya yang mendengar dan menonton dengan memenuhi tujuan pengiriman satelit ke angkasa menurut kehendak yag diingini oleh pengirim satelit tatkala terasa bagaikan tidak rasional mempersaingkan sehingga mengsengketakan penerokaan rintisan komunikasi pada jenama radasnya sehingga dirakamkan semua aktiviti laku dan aksi hingga tidak tersembunyi rahsia?

Lupakah Allah merakamkan setiap aktiviti rahsia kita?

Lupakah juga bahawa konsep se per a juga adalah khilaf tatkala dua adalah asas untuk mula berpadu?

Jika semuanya berada di dalam sekumpulan, apakah diperlukan perselisehan dan sengketa melalui dilemma bagi mewujudkan konflik yang upaya memisahkan malah mengucar kacirkan hubungan tatkala saling sedia berbantah sebelum diwujudkan semula usaha dan proses penyatuan?

Dia membuatkan saya tersenyum.

Ikut-ikut sahaja amat membingungkan tatkala se per a itu tidak sama keperluan, kehendak dan usahanya malah pendekatannya juga tentunya mengikut adat lazim budaya falsafah sosial masyarakat tertentu...

Jangan ikut saya bila ia membuatkan diri mu berasa sukar dan susah...

Ahad, 28 Oktober 2012

Apa Khabar?


Saya tidak melupakan mu cuma emosi ini sangat-sangat tercalar setelah badut-badut yang tidak dikenali bertindak menjadikan gelombang sebagai perangkap bagi membuktikan kepintaran mereka untuk menguasai minda saya.

Gelombang jarak sederhana mhz kini saling mengadu dombakan kebolehan brainomi yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya dengan sebab jelas oleh kedudukan wahyu-wahyuNya menuntut pemahaman menjelang dekad yang akan dicabar oleh kuasa panca indera.

Mengapakah masyarakat mu semakin menghindari sifat membaca?

Apakah yang ingin dibaca oleh mereka tatkala sejarah kian disingkatkan untuk dikaji sehingga melupuskan kebenaran dengan menerbitkan kepalsuan bukti yang tidak mudah dicermati oleh anak-anak mu?

Saya cuba untuk mengabaikan tentang Sepuluh Rancangan Barat/ Yahudi Memusnahkan Islam dengan berbaik sangka dengan mu kerana Taurat dan Injil perlu dimaklumatkan sebagai kaedah penulisan yang dilakukan kesan dari pencerahan agama Kristian.

Mengapakah Taurat dan Injil seolah-olah wahyu yang mempunyai bacaan pada gambar-gambar?

Daku merenung bangunan-bangunan dengan pepatung manusi suci mu yakni para saint yang tidak berpakaian... 

Saya sedih malah saya membuang air mata ke dalam jiwa.

Islam agama ku tidak sesekali akan mengikuti jejak begini.

Al-Quran ku tidak boleh difahami mengikut kaedah Biblemu.

Maksudku keamanan tidak boleh disistemkan mengikut bahasa apakah tatkala masyarakat di teluk mu ini yang etniknya arab, yahudi dan nasrani yang memahami dan tinggi kemahiran berbahasa inggeris, arab hebrew dan perancisnya masih gagal bersetuju untuk penubuhan sebuah negara Palestein.

Saya kehilangan hubungan minda jika kekal catatan saya dihilangkan.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Ayuh Mari Melontar Para Syaithan


Bagaimana mahu membersihkan nama pena tejathanaif @thanaif?
 
Nama pena saya tidak mengolahkan kisah percintaan tidak mengadunkan hikayat asmara dana walau di facebook atau twitter dan blog-blog. Sekilas perjalanan ke Arafah bukan menterjemahkan imaginasi untuk ummat manusia melintasi Titian Siratulmustaqim yang tempuh masa hadapan ummah kekal mahu diabaikan.
 
Siapakah yang boleh mengimaginasikan pecahan tujuh  bagi sehelai rambut?
Sifat rasional walau pun sering diujar skizofrenia?
Sifat emosi walau sering diungkap genetik?
 
Imaginasi dan gubahan kreatif fiksyen selamanyakah disadurkan dari Taurat dan Injil?
 
 
Posted by thanaif on 29 Disember 2009 - thanaif.blogfriendster.com
AYUH MARI MELONTAR PARA SYAITHAN
 
Paparan dari satelit menjadi sejenak minda dan jiwa bergembira tatkala jamratul menjadi tempat yang semakin perlu dipupuk pentelaahannya bagaimana syaitan adalah musuh utama manusia.
 
Minda menelaah jauh ke segenap ruang-ruang serebelum yang menatakan petaan di fikirannya.

 
Rakus kesedaran itu yang menggusarkan tatkala masih mengabaikan bahawa ini satu-satunya upacara ritual yang menzahirkan penolakan perkaitan ibadah dengan syaitan.
 
"Mereka melihat syaitan hanya di Mina sahaja tetapi tidak di tempat lain."

 
Senyumannya mekar mengukir di saat jiwa ini kelemasan merintih lara tentang pahala dan dosa yang kian tidak bertempat di medan pembangunan etika.
 
"Frekuensi dan gelombang stesyen-stesyen pemancar tidak wajar membuatkan mu menderita."
 
Kini kelunakan mesra ungkap dan kata bukan lagi menjadi terapi bahkan ia semakin tidak disenangi oleh bisa cucukan jarum yang diresapkan terus ke sanubari.
(Apakah ini yang diujarkan maksud cuak dengan ustaz-ustaz yang gatal dan ustazah-ustazah yang lesbian juga hafizah yang berzina?)

 
Sudut batinkah empunya cela?

 
"Kamu usah salah faham. Ustaz itu maknanya Encik dan Ustazah itu maknanya Cik/Puan. Juga mungkin juga untuk saudara/saudari atau sir/madame."
 
"Bolehkah saya meminta sesuatu?"
 
 
"Tidak usahlah hanya mengikut panduan akal sahaja untuk sesuatu analisis dan kajian disimpulkan. Andai benar mahu mencari kebenaran dan keadilan rujukan pada Al-Quran dan teladan Rasul perlu diperluaskan. Tidak wajar keupayaan Islam melahirkan ahli-ahli syurga tanpa memegang kuasa tanpa ada kekayaan, nama dan darjat diabaikan. Jihad mereka pada doa upaya mengubah kelemahan menjadi kekuatan, kemiskinan menjadi kecukupan, kelaparan tidak menjadi penyakit malah alam ghaib juga upaya didakap tanpa wang tanpa kuasa tanpa analisa tanpa dana dan tanpa merosakkan kewarasan akal yang mencemar peradaban kemajuan insan dan dengan iman dan taqwa kerajaan ghaib upaya bekerjasama seperti mana kini diusaha-samakan interaksi manusia dengan Iblis di alam ghaib yang berada di dasar bumi demi melengkapkan kekurangan manusia yang tidak sempurna."

 
"Marahmu ini masih bermaharajaliar adakah kerana pertikaian alam roh bagi sesetengah temanmu yang menolak hakikat kewujudan alam ghaib?"
 
Senyumannya masih menyimpan rahsia.
 
 
 
 
 

 

Isnin, 1 Oktober 2012

Tahniah Kepada Siapa?

Apakah perunya Security Code bila facebook  tidak menghormati  hak saya sebagai pemilik akaun facebook 


Wah mudahnya membuat duit. ..tetapi ada kebenarankah?

Tatkala seluruh isi jiwa dan sanubari rasa bertumpu ke Klang pada majlis pernikahan anak saudara ku Nursyahidah binti Zaina Ariffin dengan pasangannya Ahmad Fitri bin Che Ismail Ghani pada 29/September dan 30/September/2012 , facebook dengan tema bermasyarakat di alam maya membuatkan catatan Ramadhan dan Syawal ku hilang tanpa haluan.

Lalu ku bawa catatan dari Ipad Apple yang ditulis pada hari Jumaat bertarikh 15/Jun/2012 :

Masihkah facebook memanipulasi hak pengguna facebook?

Adakah sah log off facebook yang tidak dilihat settingnya?

Facebook kepada saya ialah 'akhbar yang mengikut kiraan saat', tidak upaya mengenali sempadan pada garis masa yang wajar diperolehi oleh pengguna facebok.

Facebook dilihat tidak menerima keberadaan kewujudan individu apabila sering menukar arah lokasi dan kedudukan GPS.

Hak-hak pendidikan 'percuma' adakah menjadikan litar wire dan jalur fibre optik sebagai 'bangunan'?

Secara peribadi saya melihat status pada jaringan sosial / charity dan kebajikan badan-badan amal seperti memunggah 'usaha-usaha peribadi' pengguna bukan khalayak artis dan karyawan menerusi nama-nama pena pengguna di facebook dan twitter.

Makna maksud pandangan saya ialah pembasmian kemiskinan pada sisi tele komunikasi jalur lebar adakah penurunan kos perkhidmatan bagi pasarana setelah pelaburan billion wang tetapi masih menyederhanakan atau mengekalkan peningkatan pendapatan?

Wujudkah perkara dan pengetahuan baru dalam konteks pemahaman rakyat awam terhadap perlaksanaan cukai yang tidak membela nasib mereka oleh kenaikan harga barangan pengguna.

Facebook twitter myspace sebagai ineternet marketing dan bisnes ineternet bagaimanakah menjual produk tatkala skim menjana pendapatan sepenuhnya didominasi oleh individu yang jauh kedudukan lokasinya dari lokasi penggguna interaksi itu sendiri?

Penggunaan mata wang siapakah yang perlu digunakan oleh seorang pengguna facebook yang berkerakyatan Malaysia dan menggunakan hanya bahasa melayu sebagai bahasa pengantarnya?

Adakah sifir ini sepusing dan seputar sahaja?
Atau ia boelh dinamakan sebagai Aniaya Khianat dan Penipuan yang dibenarkan wujud oleh sistem 'anda' sendiri?

Kita cuba bermain dengan permainan minda?

Ia tidak menjadikan solusi merendahkan tekanan dinikmati kerana ia hanya mengekalkan tekanan pada emosi.

Ketidakmunasabahan mendapatkan 'patern' yang ditentukan caranya hanya membazir masa menjadikan rasa tidak puas hati wujud dan penaakulan membina sikap jumud beku dan individualistik selaian materialistik tercerna tanpa sedar.

Apakah kesannya ke atas kehidupan masyarakat jika semua ini dijadikan sebagai antara sifat pendidikan?

Tahniah kepada siapa?

Di manakah kelian graduan sekolah teknik, politeknik, Maktab Sains, UiTM dan UTM untuk dibina tapal website kita sendiri?
 

Sabtu, 22 September 2012

Keterlaluankah Patriot Juga Ada Pada Agama?

Benar, saya menyedari bulan Syawal telah berakhir, seperti mana bulan Ramadhan yang pergi secara senyap-senyap meski memberkahi alam dengan cahayanya, bulan Syawal juga sepi dari gandingan puasa sunat enam yang menyuburkan barakah ehsan di hati insan.

Sudah tiga tahun berturut-turut saya gagal berpuasa sunat enam Syawal. Uzur syara'i yang menjadi hiasan usia senja amat-amat memberati untuk tempuh syarat sah puasa berada dalam waktu yang lebih panjang.

Mengambil catatan dari I Pad Apple yang dicatat sewaktu pesanan ringkas C903 masih menimbulkan masalah sambil mendengar radio tempatan yang berperantarakan bahasa inggeris membuatkan 'kejemuan' sering gagal dibendung.

"Saya meluat mendengar radio mu!" Itulah ujaran yang sering diluahkan di dalam diam dalam waktu mencari jati asli berdirinya susuk seorang arab yang kini telah ditampilkan dengan pelbagai campuran darah, keturunan dan ras. Sukar untuk diterjah bagaimanakah seorang arab Quraisy, seorang arab Badwi, seorang arab Pan Eurasian, seorang arab bersukukan Afrika dan sebagainya.

Suria yang hangat membakar pepasir gurun sering membakar emosi dan minda saya. Jesteru itu saya suka melihat suria yang dilindungi oleh awan gemawan. Redup dan tidak terlalu terang angkasanya dengan kenyamanan tiupan bayu yang sering berhala laju menunjukkan ego kepada debu-debu yang sering upaya membina perbukitan pasir di pendalaman gurun yang sepi.

Saya suka melihat saat suria terkial-kial memancarkan cahaya agar ia belajar untuk tidak terlalu bangga untuk berasa sombong dengan keluasan angkasa yang merendahkan diri dengan memberikan ruang dan tempat buat bulan dan bintang bergemerlapan menemani awan gemawan yang bersenandung meraikan tiupan bayu yang sering marahnya diunjuk menjadi taufan yang mengundang gundah manusia yang gagal menerima kelemahan mereka sebagai pengamanah yang wajar berfungsi sebagai pengaman bagi mensejahterakan alam bukan berebut untuk menjadi pengarah!

Kini musim-musim menjadi pengarah kian menyerlah di mana-mana.
Sayang sekali penonton yang memberikan arah kepada pengarah kian tenggelam punca ketika pilihanraya masih sepenuhnya diterajui oleh pengarah-pengarah yang sama dengan pelakon-pelakon yang serupa bagi melayarkan pelbagai adegan filem sebelum piliharaya bermula.

Ia membuatkan dicari jalan keluar bagaimanakah menterjemahkan 'kuasa beli yang tinggi' tidak disia-siakan pada pelbagai aktiviti 'perfileman pilihanraya' yang kreatif tetapi masih tidak melahirkan kebangkitan ummah?

Upayakah slogan kemunduran dan kerugian ummat akan kekal sekiranya masih memusuhi iman mereka yang beriman?

Apakah wajar ianya kekal mahu disasarkan kepada Islam?

Jumaat, 17 Ogos 2012

Puasa Hari Kelima belas, Keenambelas, Ketujuhbelas

Eidil fitri mengukuhkan institusi kekeluargaan menterjemahkan agama sebagai penyatu?

Setelah berakhir musim sukan dunia yang giat diaktifkan pemfungsiannya sebagai penyatu antara masyarakat dunia, eidil fitri sebagai pemangkin penyatu menerusi agama sangat dituntut untuk muslimin menjadikannya sebagai penggerak kepada membina keutuhan institusi keluarga oleh jaminan kasih sayang yang upaya memberdayakan hubungan di antara ahli-ahli keluarga yang bermula dari datuk nenek dan moyang jika masih  status ini wujud.

Masyarakat yang manakah yang masih berupaya mendenyutkan kasih sayang tanpa perlu syarat dan kelayakan?

Saya tersenyum seorang diri tatkala kampung sukan dibina setiap kali musim-musim acara dunia mahu digelanggangkan masih sukar persefahaman dihayati. Bagi menganjurkan persefahaman begini dunia memerlukan biayaan billion wang.

Mengapakah laman kampung yang dimiliki oleh setiap kita semakin tidak dikenali oleh kebanyakan muslimin khususnya perantau dan musafir yang asalnya mempunyai kampung halaman?

Adakah lantaran kampung-kampung dan tanahnya dijadikan sebagai alat yang dijualbelikan?

Banyak rumah-rumah tidak lagi mempunyai orang tua sebagai penyeri yang menyantunkan ahli keluarga agar saling bersefahaman berikutan kepulangan mereka ke rahmatullah, namun masih wujud tanah laman walau tiada lagi rumah binaan di atasnya.

Buat masa ini saya sedang membaca kisah Zulkarnain  yang disebutkan di dalam Al Quran dan catatan tulisan penulis-penulis mengenainya.

 Isu yang memeta di minda saya mengenainya ialah :

Adakah kita akan mengzulkarnainkan para pemuda dan pemudi?

Apakah jenis industri dan aktiviti yang dimajukan oleh Zulkarnain?

Apakah jenis tanah hitam yang panas dari perut bumi dan hanya berlokasikan di tempat yang dimanuskripkan oleh sejarah?

Adakah komuniti masyarakat 'yakjuj dan makjuj' itu turut dikonsepkan dari anak-anak yang dilahirkan dari luar perkahwinan sehingga dijadikan ia sebagai sifat yang emmbina imej sesuatu bangsa?


Lantaran itu sepanjang bulan puasa ini sering terkukuh di minda adakah sesiapa yang akan mentertawakan saya jika mahu diwujudkan kempen satu suami dengan satu isteri?


Saya terlihat thanaif mentertawakan saya kerana berujar tentang iri hasad dengki yang menjadi sifat jati bangsanya. Adakah ia juga sifat mustar haniff juga?

Tersenyum saat terlihat kemuraman jiwa gender ini tatkala saya hanya mahu menganjurkan kempen berskala bagi menghapuskan lesen rumah pelacuran dan pemerdaganagn manusia di kalangan muslimin.

Dalam menghindari peperangan yang menggunakan senjata kita tidak wajar melupakan peperangan nafsu di mana keamanan zahir dan batin upaya dinikmati dengan kempen yang dinyatakan di atas bagi mengelakkan wujud bilangan balu, janda dan anak-anak yatim.


الله اكبر ولله الحمد


Ahad, 12 Ogos 2012

Puasa Hari Ketigabelas

Menjelang lebaran hati semakin sayu. Bagi yang masih mempunyai orang tua dan rapat dengan keluarga memang terasa payah untuk mengusir rasa sayu. 

Anak-anak semakin lesu apabila saban tahun lebaran hanya diisi dengan rutin makan sesama sendiri tambahan kami tidak mempunyai ramai kenalan.

Sorotan di televisyen tentang sukan dunia semakin tidak mendapat tempat di minda saya apabila tidak banyak perubahan yang diketengahkan oleh peserta muslim yang mewakili negara islam walau pun sangat berbangga dengan keupayaan negara-negara  kecil menjadi pemungut emas selain kejayaan wakil negara yang bukan muslim pada acara badminton dan terjun individu wanita.

Selepas tujuh puluh satu tahun sejak acara sukan dunia olimpik diilhamkan oleh Hitler masih 'projek' million dan kini mencecah billion dollar didominasi oleh negara yang sama. Secara kasarnya terzahir fenomena yang tidak adil dan berat sebelah lantaran pasarana malah tahap kejurulatihan dan pakar bagi melatih oleh kewujudan sekolah-sekolah berstatus sukan bagi ahli sukan beradu kepantasan dan keupayaan dengan mereka yang didatangkan dari negara yang masih dianggap bertaraf biasa kelengkapan pasarana sukannya.
Malah dek pendominasian bagi acara-acara tertentu yang menjadi imej negara peserta seperti menjadi hak yang kekal tidak upaya dibebaskan pemilikannya oleh banyaknya cara yang disediakan bagi ianya diungguli.

Apa pun kejayaan paling utama berkesan di hati saya ialah peserta wanita yang sangat menzahirkan kejayaan  walau pun masih 'mundur' dengan pakaian yang digunakan. Saya agak beremosi memandangkan ketidakpekaan ramai penonton muslim terhadap ibadah puasa mereka di sepanjang acara dunia ini berlansung.

Sayang sekali saya tidak dapat berlama-lama menonton keindahan reka bentuk bangunan di kolam renang yang menyertakan dua pandangan, normal dengan sisi pandang 3D.

(Dari catatan di Ipad Apple 3)

Saya tidak faham mengapakah seperti wujud keadaan lelaki-lelaki sejak dahulu sehingga kini seperti mahu memperdayakan wanita-wanita mereka dengan muslihat yang tidak banyak membantu ke arah melahirkan masyarakat yang berakhlak.


Menundakan tarikh bagi kejohanan dunia bagi acara-acara sukan oleh kerana mengamalkan semangat setiakawan yang dibentuk oleh pelbagai perjanjian dan memorandum persefahaman dunia dan kerjasama serantau bagi menerima bulan-bulan tertentu sebagai bulan puasa (Ramadan adalah salah satu bulan di dalam kaender taqwim tahun hijriah) bagaimanakah dihormati?

Apakah maksud mengilmiahkan tamadun dan peradaban islam jika perkara-perkara mudah seperti ini tidak mampu dilakukan?

Apakah puasa batin masih baharu kepada ummat yang semakin berpengetahuan tentang kepelbagaian anutan agama di dunia ini?

Saya masih berasa segan dengan imej bagi  peserta wanita dari negara muslim yang membawa nama islam.

Ia membuatkan saya sering termenung memikirkan pertanyaan 'mereka' yang sering berasa jengkel dengan siri-siri pertanyaan saya sebaik sahaja mulai membaca buku-buku yang mereka tulis, setelah menonton program yang mereka hasilkan, sebaik sahaja mendengar irama berbagai lagu yang dimerdukan penataan muziknya tetapi masih kekal dengan senikata yang amat tidak menzahirkan kebolehan khalayak seniman mereka untuk menghormati makna perbezaan tatkala mereka memerlukan sokongan dari pembelian rekod, filem, cakera padat, program yang diterbitkan untuk media eletronik malah aktiviti yang mengundang untuk diiktiraf hasil seni dan sastera selaian diskusi hasil-hasil ilmiah dari kajian penyelidikan intelektual.


Saya bukan orang pandai malah dengan hanya ada kelulusan sekolah menengah sahaja. 
Mengapakah pertanyaan saya perlu dijadikan isu dan masalah tatkala ianya tidak dibawa masuk ke mana-mana universiti oleh ketiadaan kelayakan kelulusan setelah mereka mengambilnya tanpa pernah meminta kebenaran.


Muhahahahahaha, thanaif dan teja sangat bernasib malang . Kata eilahaniff di dalam diam.

Panjangnya lah pula..







Rabu, 1 Ogos 2012

Cerita Di Luar Bulan Puasa

Pejabat Pos Qatar

Sepanjang bulan puasa ini tidak banyak masa dapat digunakan untuk mencatat. 

Waktu sahur kami adalah pada pukul 3 pagi sebelum subuh bermula sekitar tiga 3.30 pagi setelah secara rutinnya kami tidur pada pukul 11 malam. 

Cuaca ketika ini panas. Tidak banyak aktiviti di luar rumah sesuai dilakukan sepanjang bulan mulia ini. 

Tetapi terlalu banyak perkara yang boleh dijadikan bahan untuk menulis.

Ketika bulan Syakban menghampiri waktunya  suami meminta saya mengambil surat berdaftarnya di pejabat pos.

Ini kali ke dua saya membantu menguruskan hal-hal yang tidak dapat dilakukan oleh suami yang kini bertugas di Ras Laffan, sebuah lokasi industrial yang agak jauh dari kediaman kami, antaranya ialah membantu mengambil suratnya di pejabat pos yang tidak sempat diambilnya apabila dia hanya tiba di rumah sekitar jam empat setengah petang.

Bangunan kerajaan ini masih berupa bangunan yang lama dan terlalu sederhana rupa dan bentuknya jika saya bandingkan dengan rupa bentuk pejabat pos di Singapura. Agaknya ianya memadai begitu memandangkan Qatar tidak mempunyai posmen yang menghantar surat dari rumah ke rumah melainkan diwujudkan perkhidmatan penyewaan peti surat. 

Urus guna bagi mendinginkan bangunan tua itu dikitari oleh pengaliran air yang menjadi pemandangan utama di pintu masuk. Namun bukan ini yang bermain di minda saya.


Akibat ‘surn name’ yang diikuti dari kaedah perundangan sivil saya tercari-cari ke manakah fokus berjati diri ummat setelah kebanyakan kami meninggalkan dunia ini khususnya dari kalangan muslimin.

Akibat nama keluarga yakni ‘surname’ yang digunakan mengikut perundangan sivil menjadi amalan di negara arab, saya tertanya apakah mereka tidak mengetahui tentang syariah yang upaya menginstitusikan undang-undang keluarga islam.

Sebenarnya orang-orang arab ini menggunakan syariah tanpa undang-undang dan penguat kuasaannya atau apa?

Cuba bayangkan apabila di rumah kami ada tiga Ahmad dan diterima pakai oleh akses siber dan bank-bank ialah Ahmad Harith merujuk kepada anak-anak lelaki saya yang mempunyai pangkal namanya Ahmad.

Siapakah yang akan diberikan fokus?

Ahmad yang mana satu?
Adakah  urusan bapa mereka Harith yang mahu dipikulkan ke atas bahu anak-anaknya (Ahmad Muttaqin, Ahmad Mustaqim dan Ahmad Hilman)?

Samada disengajakan atau tidak nama anak lelaki kedua saya Ahamd Mustaqim telah didakwa sebagai pekerja di syarikat abahnya tatkala anak saya itu baru berusia 16 tahun.

Logik akal ku juga yang mahu mereka pertikaikan!


Tiga Ahmad Harith. saya.


Masalah bermula seperti disengajakan apabila petugas di kaunter tidak mengambil endah terhadap ID saya malah tetap meminta agar ID suami saya difakskan ke faks pejabat pos apabila saya menyatakan tujuan saya ke pejabat pos.

Saya melihat banyak perkara di sebalik semua ini. Adakah petugas pejabat pos tidak mengetahui nombor mesin fak pejabatnya sendiri?
Apabila suami meminta nombor faks petugas memberikan nombor yang salah dan setelah suami mengesahkan pengiriman faksnya ke nombor tersebut baharulah petugas menyatakan bahawa ia adalah nombor pegawainya. 

Lebih malang lagi apabila surat yang dikehendaki itu tiada di dalam simpanan kaunter penerimaan. (suami saya telah mengesahkan beberapa kali bahawa surat berdaftar itu belum diambil oleh petugas dari pejabatnya)

Lantaran saya tidak mempunyai kredit keadaan menjadi lebih malang apabila ruang kecil yang disediakan untuk menjual surat khabar dan cendera hati tidak menjual kad top up.

Lantas saya ke mesin ATM untuk mengeluarkan wang.

Saya tersentak apabila ‘skrin touch’ bagi pengeluaran wang disentuh pada angka 200 telah mengeluarkan jumlah 500 riyal.
Saya tidak silap sewaktu menyentuh angka 200!

Adakah programmer bagi pengeluaran wang mesin ATM juga turut dilibatkan untuk permainan  ini atau sememangnya mereka mengambil mudah untuk tidak mengetahui wujud keadaan di mana alat sesentuh bagi mesin sensetif seperti ATM ini disediakan keadaannya sebegitu rupa oleh mereka atau kumpulan yang tidak bertanggungjawab untuk menipu?

Adakah sudah terlalu banyak wang perjudian di Doha Bank sehingga diwujudkan keadaan bank-bank perlu memberikan wang secara percuma?


Adakah surat kuatkuasa yang dikeluarkan dari pejabat peguam perlu dibawa setiap kali untuk saya ke pejabat pos?
'Double standart' juga Qatari terhadap hak seorang isteri yakni seorang perempuan terhadap suaminya. Fikiran negetif saya sukar ditahan mencerca.

Ataukah mereka gusar mengenai kewujudan isteri yang tidak sah yang tidak diperakui oleh undang-undang lantaran wujud perkahwinan yang tidak didaftarkan oleh lelaki-lelaki arab?





Jumaat, 27 Julai 2012

Puasa Hari Keenam Dan Ketujuh.

Catatan ini ditulis pada puasa hari yang kedua bagi tahun hijriah 1433.

Saya cuba menyatakan kata padanya, adakah khalayak yang dijalinkan kerjasama itu menjual dan membeli kesesatan dengan petunjuk?

Soalan saya ternyata tidak mengembirakannya.

"Jika pertanyaan-pertanyaan saya tidak disukai itu bermakna dikau sebenarnya tidak wajar lagi mengganggu akses interaksi saya yang sedang berusaha memajukan diri saya untuk menjadi seorang penulis."

Dia wajar menyedari bahawa sesekali membaca akhbar saya mendapat fokus bagaimana sikap orang muda yang tidak sepenuhnya sedia menilai sejarah kerana asas materialistik telah menjadi asuhan sehingga mereka tidak menjernihkan isu-isu konflik yang masih membelenggu pendirian generasi terdahulu yang masih terikat dengan nilai sejarah yang membina peristiwa oleh keterlibatan tokoh yang dibina oleh zaman mereka.

Sejarah yang bersumber dari pendominasian kerana keperluan dieksploitasi wajar diperbetulkan bukan dipalsukan sejarah bagi dengan tujuan menyembunyikan kebenaran dari kelemahan yang disengajakan wujud bagi menghadirkan konflik untuk diuruskan yang bermakna mengarah kepada kewujudan tokoh yang lebih baharu!

Merujuk kepada tanah air saya sendiri selepas membaca buku tulisan Encik Kim Quek, amat jelas informasi fakta dari buku itu saya umpamakan sebagai BUKU LOG yang memberikan kami kelebihan untuk menilai proses kelemahan dan kekuatan tanah air kami.

Beginilah yang saya maksudkan tentang tokoh tidak wajar dipersaingkan!

Namun timbul persoalan lain apakah parti perlu dipersaingkan setelah bukan kesemua kita (rakyat) mempunyai hasrat untuk berparti.

Zaman tidak perlu dibina dengan semangat untuk memperolehi keseronokan dengan hidup hanya untuk keseronokan apabila masyarakat kini dan mendatang perlu serious menangani masalah masa depan yang lebih jelas tuntutan berfokusnya terhadap akhirat.


Dia masih membisu dan menyerlahkan keengganan untuk membaca catatan dari fikiran saya.


Dikau menolak akhirat sebagai masa depan saya yang menolak idea pemimpin negara pelobian mu kerana kegagalan revolusi afrika adalah kerana konsep perjuangan mereka masih kekal mengimpakkan kelemahan, kemusnahan oleh kerendahan moral yang tidak dapat diteladani apabila membina semula sifat 'apartheid' sehingga diskriminasi masih menjadi imej masyarakat moden dicirikan.

Bukankah dikau mempersaingkan juga usia tatkala wujud bayi yang terlebih dahulu mati sebelum kita!


Bulan Ramadhan saya bukan dibentuk oleh nama lelaki arab!
Adalah salah apabila dikau kekal mempersendakan iman saya tatkala saya menyakini wanita yang lemah terdiri dari wanita yang mudah dieksploitasi oleh lelaki!


Dengarlah ujaran saya terhadap konsep selebriti mu. (sesungguhnya saya tidak tahu jenis etnik bangsa dan negara kumpulan yang dikau wakili) :

Saya tidak dapat menafikan kegusaran terhadap kitaran yang berlaku andai 'konsep islam jamaah' seperti yang pernah wujud di negara jiran saya lebih lima puluh tahun yang lalu menjadi cara dikau mendapatkan pengaruh ke atas ummat menjelang musim-musim membentuk struktur siasah dan aktiviti ekonomi yangmemprodukkan ikon hiburan.

Gejala ini dicerakinkan oleh holly wood. dikitar agih dan edar oleh pemodal dan pelabur yang terdiri dari ahli kelab jutawan dan ahli politik. (rujuklah catatan-catatan terdahulu saya dengan isu berkaitan)

 Isu yang saya fokuskan ialah kaedah ini melumpuhkan keberdayaan ummah untuk bersedia dengan cabaran 'kerosakan akidah.'


Agama saya adalah agama akidah. Banyak yang saya gusarkan dengan wacana yang mendapat semula fokus saya.

Dikau tidak mendakwa saya mahu mencampuri hal ehwal negara yang membuatkan saya berasa bangga dengan keberdayaan bahasa mereka tetapi kumpulan yang diberikan nama 'islam jamaah' itu wajar diberikan perhatian dalam masa dikau terlalu mahu mengimbas tentang tragedi tsunami di Aceh.

Dengarlah ujaran ku sekolah pondok dengan kaedah yang dicernakan semata-mata untuk melahirkan tokoh untuk dijadikan sebagai 'imam' akhir zaman MERUGIKAN ummah merujuk kesan 'tokoh seni' yang dijadikan sebagai sasaran untuk mendapatkan pengaruh.

 Wajar juga diketengahkan bahawa jika kaedah yang sama turut digunakan ke sekolah dan institusi moden ia turut merugikan ummat apabila kolej-kolej dan universiti barat masih gagal melahirkan 'imam' yang upaya memakmurkan alam sejagat walau pelbagai konsep ideologi dan kaedah polisi diwujudkan.

Semua ini tidak jauh berbeza dengan konsep siri realiti yang disumberkan oleh negara pelobian mu yang lebih menjurus kepada pengurupan wang setelah tidak wujud negara agama di kalangan negara kesatuan yang mereka anggotai.


Saya tidak tahu apa yang sedang ditimbangduganya terhadap bacaan fikiran ini.

Isnin, 23 Julai 2012

Puasa Hari Kedua.


Mengapakah cara hidup keluarga Mukmin Sukar Mendapat Tempat Di Jiwa Masyarakat Moden?


Teladan masih perlu diambil dari cara hidup barat sebagai syarat untuk memasuki televisyen yang memancarkannya ke serata dunia.

Sehingga perlu makan ‘daging babi sebagai sajian’ di televisyen?

Saya terganggu dengan salah satu sitcom bertemakan makanan di kaca televisyen mu yang mempaparkan seorang wanita dari sebelah negara arab di afrika yang mempunyai persamaan dengan nama bapa saya sedia menjamah daging khinzir.

'Belly dance' itu budaya arab mu yang juga menjadi kebanggaan bagi tanah kelahiran Ar Rumi.

Mari kita bertanya kepada pemilik stesyen satellite.
Miskinkah mereka sehingga kekal memerlukan produk seperti itu untuk slot Makanan di televisyen? 

'Dikau berada di dunia global thanaif', dia memberitahu.


MENGAPA DIKAU MENUTUP WINDOW MEDIA PLAY UNTUK CD SAYA DIMAINKAN?

DIKAU TAHU SUKARNYA SAYA MAHU MEMAINKAN IRAMA PILIHAN SAYA DI YOUTUBE APABILA DIKAU MELETAKKAN IKLAN YANG TIDAK SAYA PERLUKAN BAGI MENDENGAR IRAMA NASYEED PILIHAN SAYA?

Anda menutup window play bagi diputarkan IRAMA ZIKIRULLAH?

MENGAPA?


Kami masih berbantah di dalam diam.

Dia memprotes saya dan saya membantahnya.

Tidak pasti sehingga bila keadaan ini akan berlarutan.


Adakah siaran mu ditaja oleh wang loteri?

"WHERE IS MUSLIM RIGHTS FROM YOUR FUND WHEN YOU DO KNOW WE NEVER TAKE THIS KIND OF MONEY! (gambling and lottery money)?"


Dia cuba meredakan emosi saya setelah dia berusaha mencetuskannya dengan menyiarkan irama yang menyimpulkan nama Aisya.

GO TO H--- WITH YOUR ‘AISYA’ – or any names. Api membakar emosi saya.

WHY? Dia bertanya.

MY AISYAH IS NABI MUHAMMAD SAW WIFE NOT YOURS –
YOUR CLON AND DUPLICATE PERSON IS NOT MY INTENTION!

Akhirnya kami kekal 'bersengketa' walau pun tidak saling mengenal rupa.


Puasa ini ujian kepada zahir dan batin.