Selasa, 31 Mac 2009

Gelogokkah?

Bagaimanakah wujud persaingan di antara negara-negara utama yang dibebani tanggungan hutang?

Bagaimanakah diwujudkan negara baru untuk kuasa dunia apabila kebanyakan warganya berada di bawah paras garis kemiskinan melainkan telah terlihat perancangan untuk dilahirkan pasaran terbuka yang bebas berfokus kepada peningkatan kadar kelahiran untuk dijadikan pengguna terhadap pembuatan barangan yang dikeluarkan sedangkan seperti yang diketahui lokasi wilayah negara muslim yang mampu bermodal kebanyakannya dihadkan kadar kelahiran dan menjadi pengguna yang mengaktifkan pasaran?


Bagaimanakah isu-isu penghangatan dan pemanasan global menjurus kepada kehilangan pekerjaan ke atas negara mundur dan miskin yang juga diakibatkan oleh kewujudan kawasan perladangan besar-besaran (penggunaan tanah) yang dikomersialkan untuk penambahan nilai wang pelabur tetapi tidak membantu mengukuhkan pendapatan peladang?


Generasi muda tidak wajar mengabaikan pengekalan secara tradisi mereka dibebankan oleh kitaran hutang yang tertunggak hasil dari jangkaan pelaburan mata wang yang keterlaluan di dalam pngambilan untung.


Bagaimanakah pendekatan untuk menyampaikan kepada warga bukan Amerika usah dilibatkan diri dengan permainan yang terancang dan teratur skripnya tanpa pengadil atau peraturan yang memihak kepada warga (bukan penguasa) muslim dan warga negara membangun, melainkan diperlukan idea menggerakkan mekanisme di dalam makro dan mikro ekonomi yang menaja permainan zaman yang serba tidak adil?


Bagaimanakah kesan liberalisasi ekonomi terhadap kemajuan sesebuah negara akibat dari penggalakan hutang dan pinjaman?


Pencirian semula sifat industri.


Mohon bimbingan.

Ahad, 29 Mac 2009

Telus



Usia berapa tahunkah wajar undang-undang dipelajari?
Laman menungan disempadankan fikiran terkocak menggugah perasaan. Mencari laman-laman keperluan ummat dalam memenuhi pembangunan kemanusiaan yang menyerlahkan makna kedamaian.


"Mahkamah-Mahkamah Keadilan untuk menampung isu-isu warga dan negaranya ke manakah haluan pembawaan?"


"Ummah memerlukan rawatan?"


"Negara dan warga saling bergandingan berdepan penguasa yang sering hilang tujuan."


Benar, alam dan perubahannya saling merisikokan keterbukaan apabila kesempatan memberi ruang persaingan namun masih menemukan rentetan perjuangan.


"Boleh ku ujar,mengapa dikenali negara itu Islam andai terpisah agama dari siasah? Bagaimana dijalin Islam itu agama rasmi namun ditentu arah agar terpisah oleh masalah yang dilahirkan dari moden dan berkembangnya ummah?"


"Sekadar bersuara tidak mungkin menjadi salah sekadar berujar mana mungkin upaya dipenjara sengsara terbiar sekadar bertanya tidakkah bererti bijak ilmiah?"


"Pedihkah minda mu bila ku suakan mengapa sedia menggabung ke Eropah?"


"Perlukah dirujuk hak-hak buat warga untuk memilih apabila tersua kegagalan isu-isu ummah ditangani sehingga tiada pembelaan mewajarkan pembelaan untuk dipelihara keadilan?"


"Masihkah dikau kecewa pada globlalisasi yang masih berterusan menata ekonomi dan kuasa bukan kesatuan dan kemandirian kebolehan untuk negara dan warga muslim berpadu satu?"


"Maksud mu dikau tidak sedia warga mu dipariahkan?"


"Di dekad ini mungkinkah muslimin dibenarkan mewakili diri kami sendiri di dalam memelihara hak-hak kami yang dimangsakan oleh penindasan politik lantaran bilangan pelarian yang dijangkiti oleh penyakit, mundur dan menganggur miskin dan kebulur adalah dari kalangan kami yang meningkat setiap tahun?"


"Kekeliruan globlalisasi?"


"Nilai-nilai yang dilahirkan oleh globlalisasi."


"Lalu apakah mahu mu?"


"Terimalah Islam sebagai pilihan cara hidup kami tanpa curiga atau sengketa. Apabila wujud penolakan sediakah andai dimaksudkan ditolak kebenaran yang telah berzaman dibuktikan keadilannya sifatnya."


Kali ini tiada kedengaran suara atau bisikan.


Dia diam.

Jumaat, 27 Mac 2009

Mekanik Bukan Pekerjaan Pilihan Gadis-Gadis



11/7/12 - hujan emas di negara orang hujan batu di negeri sendiri .


Kenderaan kami masih yang sama sejak tahun 2005 


Sudah hampir empat hari kenderaan kami tidak berupaya difungsikan kerana enjinnya tidak boleh dihidupkan.

Semakin menjadi buntu apabila semakin terserlah bahawa usaha-usaha secara manual seolah-olah dikelamkan oleh bentuk binaan pemetaan komputer sehingga ia menjejaskan kelancaran aktiviti harian kami. Nyata pengabaian tenaga 'manual' manusia menjadi pembaziran yang menyusutkan nilai kemahiran bantuan teknikal yang fokus telah berabad dilahirkan oleh Institusi Kemahiran Teknologi yang telah lama mendidik membimbing membentuk mewacana di sekolah kolej dan universiti.

Alasan?

Tertanya mengapakah berterusan pembetulan kelemahan hanya diterajui oleh beberapa syarikat sahaja yang berfungsi melindungi sistem perisian komputer yang direncanakan memerlukan perombakan baru untuk dijana semula produk-produk baru pengguna?

Setelah dilakukan beberapa kali pengecasan ke atas bateri baru asli yang belum sampai enam bulan digunakan, enjin kenderaan masih tersadai lemah. Enjin gagal dihidupkan.

Apabila fius ditukar enjin berjaya dihidupkan. Namun sistem penghawa dingin, kipas, tingkap, radio GPS gagal berfungsi. Fenomena yang tidak wajar berlaku.

Anak-anak dibasahi peluh kerana bertemankan suhu padang pasir dengan hanya dua salur kecil laluan udara terbuka di bahagian belakang tingkap kenderaan. Perjalanan hampir tiga puluh minit itu menjelaskan perasaan yang dirasa oleh mereka apabila meminta diusahakan mendapatkan kereta terpakai yang tidak berjenama.

Jelas menzahirkan kemahiran memperbaiki enjin berbeza dengan kemahiran mengubah suaikan kenderaan yang kini menjadi keseronokan generasi masa kini beraktiviti.

"Biasalah,"anak menafikan.

"Biasa apa jika yang lebih menyumbangkan peluang pekerjaan diabaikan berbanding membelanjakan wang. Kelian tidak upaya membezakan apa yang perlu menjadi keutamaan."



Bateri dicas setiap hari, anak menjadi culas dek 'iri' - ingin mengetahui siapa gerangan  yang menabur idea semuanya tidak menjadi!

Fenomena meninggalkan kereta apabila menemui kemalangan menjadi kelaziman masyarakat di sini.

"Mungkinkah bengkel-bengkel kekurangan pekerja yang berkemahiran?"

"Adakah mereka tiada kelayakan?"

"Bukan tiada kelayakan tetapi mungkin kerana pemodenan reka cipta yang menggunakan komputer secara realitinya meninggalkan kesan yang perlu ditangani secara menyeluruh. Pendominasian bahasa misalnya melahirkan penyelidikan yang tidak seimbang yang mampu dikuasai oleh kita."

"Apakah sekolah, kolej dan universiti kesemuanya akan menyediakan pekerjaan kepada lepasan ini?'

"Jika tidak, ke manakah akan diarah haluankan generasi yang berpendidikan ini?"

"Jika ya, bagaimanakah mahu difokuskan generasi yang tidak berpeluang atau mendapat pendidikan tinggi?"

"Apakah pelabur dan pemodal mengambil tanggung-jawab ini sebagai kewajipan atau ia berwarisan menjadi tanggung-jawab warga untuk bersuara?"minda terus mengocakkan kejahilan jiwa.

"Rasanya mahu sahaja ditinggalkan kereta ini di tepi jalan,"luahan marah menunjuk kecewa.

Tertanya juga apakah yang dilakukan oleh negara utama pengeluar kereta di dunia ini apabila menemui masalah seperti ini? Bagaimana pula andai terjadi penzahiran kegagalan enjin atau sistem yang tidak sempurna berfungsi hingga menyebabkan berlakunya kemalangan? Menarik semula pengedarannya?

"Mungkin ditinggalkan begitu sahaja sehingga diambil oleh pelajar-pelajar untuk dibaiki dan mendapat kereta percuma,"bualan minda yang masih memprotes.

Di dalam usaha mengelakkan warga kehilangan pekerjaan apabila komputer yang bermodelkan robot memasuki dunia pekerjaan, adakah ia menjadi petunjuk untuk alasan dikurangkan kelahiran penduduk dunia supaya mudah diperhambakan sesetengah warga di wilayah tertentu agar berterusan menjadi pengguna yang tegar?

Sebuah sel bateri yang baru di sini berharga sekitar 500 riyal.
Ia jumlah perbelanjaan seminggu kami yang kini kian meningkat. Dalam menghitung gandaan kos untuk pembinaan semula peta GPS dan sistem-sistem penghawa, penggera, suis tetingkap secara munasabahnya,penggunaan manual upaya menawarkan beberapa bidang pekerjaan yang wajar menawarkan pulangan yang sesuai kepada pekerja yang berkemahiran tinggi pengalaman teknikalnya.

Mungkinkah tawaran memenangi kenderaan mewah yang bertujuan pengiklanan untuk menarik pelanggan menyerlahkan ketidak adilan seandainya ia dimenangi oleh pemilik tiket yang sedia ada memiliki kenderaan?
Mengapa tidak dihantar sahaja kenderaan-kenderaan ini ke wilayah yang lebih memerlukannya untuk menjadi sumber berpendapatan yang membawa kepada kebolehan untuk diintegrasikan bantuan teknikal yang dimahirkan oleh bahasa bangsa yang miskin itu sendiri?

Menerusi bahasa ramai yang mengintai kesempatan untuk mencari peluang.
Membuat keuntungan secara rakus tanpa kebertanggung-jawaban.

"Menuduh lagi?"

"Adjustment di dalam bahasa kita apa maksudnya?"

"Pelarasan atau penyesuaian."

"Tidak perasankah saat ini banyak pengagendaaan alasan dilakukan untuk 'mengadjusmentkan' stuasi dan keadaan globlalisasi yang berterusan menyerlahkan kelemahan sistem pengurusannya."

"Membaiki dan membetulkan keadaan."

"Nilai dollar dan pound juga euro seperti mahu memiskinkan kembali anak jajahan."

"Bila mahu berhenti dari gemar menuduh ini?"

"Bagaimanakah nilai-nilai mata wang itu dibezakan dengan nilai harga mata wang kita?
Apakah masih mahu digazetkan riba atas nama perniagaan dan dagangan yang diaturkan oleh pusingan masa dengan bantuan telekomunikasi?"

"Apakah mahu mu sebenarnya?"

"Menyalurkan rasa simpati kerana masih bekas anak jajahan gemar bercucuk hidung untuk berasa lemah andai berpendidikan dengan bahasa sendiri."

Khamis, 26 Mac 2009

Auto Save Tidak Berfungsi?

Kembalikan 'posting' saya yang telah disahkan oleh Blogger untuk disimpan di dalam 'draft' kelmarin.


Catatan yang dihilangkan dari usb fail microsoft word

Isnin, 23 Mac 2009

Mencuba Bersabar

Semakin memualkan minda untuk didepani bualan-bualan dari televisyen yang semakin menjadikan tidak lagi berita-berita rangkaian utama diikuti.


Masalah bahasa?


Tidak.


Isunya?


Diutusi pertanyaan di awal pagi, bagaimanakah memfokuskan alamiah yakni sejagat andai dijuruskan makna bangsa dan semangat patriotik lebih menzahirkan perkauman.


Umpamanya?


Amerika dengan semangat perkaumannya.
Britain dengan semangat perkaumannya.
Perancis dengan semangat perkaumannya.
Di sini dan di sana dengan semangat perkaumannya.


Dan sebentar tadi minda terasak untuk ditindihkan lagi oleh semangat permusuhan apabila dari sumber liputan paparan siber saling wujud keinginan untuk saling merendahkan di antara satu pihak dengan pihak yang lain.


Walau pun berspekulasi berbohong bukan merupakan sifat intelek.


"Misalnya adakah sosio budaya sesuatu bangsa dan negara lain saling memiliki persamaan dengan negara anda, Mr Stewart?,"tiba-tiba minda menyusul tanya kepada pengacara di televisyen.


"Bukan dia dengar pun," sekali lagi minda mengusulkan kata.


"Dia menghiburkan penonton yang sudah tidak lagi berminat menonton televisyen atau membaca akhbar semenjak kempen pemilihan kepimpinan yang lalu ,"bersahaja minda bersuara lagi.


"Apakah pandangan kamu terhadap kenyataan bahawa pendidikan sesebuah negara tidak memerlukan arah pandu dari dasar negara lain sementelahan biaya perbelanjaan mereka disumberkan dari pembayaran cukai warga mereka sendiri bukan warga luar dari kalangan pelabur yang dianugerahkan insentif untuk meransang penyertaan?"minda menjawabkan kelesuan jiwa jasad se kujur tubuh yang mulai dibuai lena yang damai.


"Mungkin warga tidak menjadi rakan kongsi kepada tanah airnya sendiri,"qalbu mendefinasi tanpa diminta.


Menyedihkan dengan sikap keterlaluan pihak-pihak berwajib melayani hak awam yang tidak ada kepentingan selain berhasrat memfungsikan peranan mereka sebagai warga negara.

Moderator

Saya membantah Pemoderator Google yang menghilangkan catatan saya pada tarikh 23/Mac/2009 jam 1024 di atas tajuk Bahasa Melayu semasa ia disahkan disimpan di dalam ruang 'draft'.


Sebagai pengguna Blogger saya memahami bahawa penerimaan menggunakan Blogger adalah secara percuma tetapi ia sesekali tidak mencerminkan keterbukaan apabila hak-hak pengubahan di papan pemuka yang masih belum dipaparkan (menjadi hak peribadi) dicerobohi dan dihilangkan oleh pihak ke dua selain diri saya.


Saya memohon catatan itu dikembalikan.