Jumaat, 28 Januari 2011

Brno 2

Setibanya di lapangan antarabangsa Vienna kesemua kemelut kronik perut menuntut penguraiannya. Masih sama seperti masa yang lalu... saat-saat untuk beristinjak menjadikan diri berasa silu ... ahhhhhh bagaimanakah cara kehidupan muslim masih tidak menjadi antara alasan sesuatu binaan dan reka rasa gubahan disahihkan wajar diberikan kepekaan?


Apakah masih sengaja mahu mendilemmakan stuasi benar yang hak bahawa keamanan sudah berada di mana-mana dan menzahirkan cara beribadah muslim iaitu pergerakkan semasa bersolat itu adalah hak bagi setiap muslim?


Apakah masih perlu wujud segan dan silu untuk menzahirkan cara amalan yang mendapat pahala ini di kalangan muslimin yang pada hakikatnya jauh di dalam sudut sanubari setia jiwa keberadaan mereka ini disenangi walau di mana mereka berada?

Apakah masih wajar untuk berasa takut menzahirkan kemusliman kita?

Apakah yang dilakukan oleh sikap diplomasi wakil-wakil duta yang bersendikan komuniti pengurus tadbir di kalangan penjawat muslimnya pada jalur jaringan diplomatik?

Mengendung wanita-wanita yang bukan isteri atau menyentuh arak untuk menjelaskan kemodenan diri bertamadun hanyalah imej-imej mundur yang tidak lagi wajar menjadi sifat para pengurus tadbir muslim.

Atau dengan imej besarnya turban dan lebatnya janggut juga bukan lagi imej yang wajar mencirikan muslim SELAGI masih dipersetujui mereka yang beragama adalah bersifat radikal!

Adakah pemimpin yang sedia berzina dan bebas menjadikan lelaki atau wanita yang bukan suami atau isterinya sebagai teman pengiring mahu dibenarkan menjadi sifat bertoleransi ummat?

Adakah pemimpin yang berasuah dan sedia memecah amanah terhadap harta yang bukan hak mereka mahu diterima sebagai sifat bertoleransi ummat?

Adakah pemimpin yang menganjurkan persengketaan dan sedia menimbulkan syak ke atas rakyatnya sendiri oleh sedia dikebali oleh pengawal ala mafia atau unit 'special branch' dibenarkan kekal menjadi sifat bertoleransinya ummat dekad 21 ini?


Sepanjang perjalanan amat terzahir disiplin pada ketika pemandu kenderaan yang ditugaskan untuk menanti ketibaan kami.

Hemah tinggi ini juga upaya dilihat pada pemandu-pemandu kenderaan lainnya yang pada tahap kelajuan di antara 110-120 kilo meter mereka upaya memperlahankan kenderaan mencapai di antara 35 hingga 40 kilo meter apabila menghampiri pekan yang menempatkan bangunan kediaman juga pejabat serta premis perniagaan.


Egokah yang membina disiplin mereka berperibadi atau disiplin itu menyembunyikan ego yang mahu disembunyikan bagi dicari kekuatan mereka untuk berdiri?

Mereka menzahirkan manafaat disiplin apabila hanya menggunakan garisan-garisan yang disediakan untuk pejalan kaki melintas ke seberang saat lampu merah dipadamkan.

Menanti giliran dengan sedia berbaris panjang di stesyen bagi mendapatkan tempat di tram-tram dan bas-bas menjadikan teksi sukar ditemui berhenti sesuka hati bagi menurun atau mengambil penumpang.


Skoda dan kenderaan jenama kejiranan, Austria, Hungry,Slovakia, German menjadi kenderaan yang paling utama dipandu oleh masyarakat di Brno. Berkaitkah struktur pembinaan pengeluaran barangan jenama sendiri dengan imej budaya yang mendorong diselarikan pemikiran dengan peribadi?


Kesederhanaan yang diserlahkan juga memikat hati untuk membenarkan naluri merasakan keberdayaan pembinaan identiti jati diri negara yang berada di tengah-tengah arus kemodenan tamadun dunia ini sepenuhnya didokong oleh rakyatnya yang menjadi penentu kejayaan dasar pembangunan manusia dan potensi-potensi untuk diri berkemandirian selain pembangunan fizikal.


Adakah benar Kesatuan Eropah masih upaya ditolak oleh sesetengah rakyat di Timur Eropah tatkala dicermati pengamatan mengenai rakyat Republik Czech di bandar Brno yang memilih menggunakan bahasa sendirii di dalam setiap komunikasi mereka?


Terkejut minda seketika melihat masyarakat di sini masih mengutamakan bahasa sendiri dan tertanya bagaimana mereka teguh dan kuat memelihara pengenalan yang mencirikan identiti diri mereka berperibadi tatkala mereka menikmati keselesaan natijah dari pembangunan teknologi yang dicernakan oleh penyelidikan?

Ataukah mereka amat menyedari bahawa bahasa itu turut menjadi tunggak yang membina laras budaya untuk dikenali identiti diri yang wajar dijadikan asas untuk tidak dilupuskan pengenalan diri ummat setelah bermulanya pembukaan jendela mellinium 21 ini?

Rabu, 26 Januari 2011

Salji Yang Mendinginkan Emosi

"Ada soalan?"


Dikau masih mahu menjadikan Amerika sebagai contoh pada susut nilai kebebasannya yang menyonsang tuntutan akhir zaman?


"Mengapa? Adakah ianya salah?"


Homoseksual dan lesbian tidak diajar oleh mana-mana agama.
Salahkah saya bertanya adakah agama Kristian dan Yahudi mengajarkannya kepada ummat?


Saya tidak pasti apa penerimaannya memandangkan dia tidak pernah mengambil endah pada setiap pertanyaan.Dia seperti tidak beremosi walau pun berperasaan.


"Apakah alasan mu?"


Saya gusar pada kemahuan mu yang seolah-olah bersetuju untuk membenarkan ke atas setiap pasangan muda belia memperolehi taraf hubungan seperti mana ikatan perkahwinan.Hubungan bebas tanpa perkahwinan akan melahirkan masyarakat dan generasi 'anak-anak luar nikah' yakni anak-anak haram (tidak sah haknya di sisi undang-undang)walau pun mereka tidak berdosa tetapi tidak pula boleh mewarisi harta.


"Tahukah dikau hubungan toleransi kita semakin menyusut nilai-nilai ketabahannya bila sudah terzahir ketidak bolehan kita untuk berkompromi di antara satu sama lain?"


Dasar pendidikan Amerika dan England masih memisahkan agama dari kehidupan dan inikah yang mahu diambil sebagai ikutan bagi negara dan wilayah yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya?


Dikau tahu dan sedar bagaimana perhimpunan Syiah sempena memperingati Saidina Hussin telah menjadi perhimpunan ke dua terbesar bagi ummat muslim selepas perhimpunan di Mekah, Madinah dan Arafah?


Pada masa yang sama dikau tidak boleh berterusan kekal untuk mencabar penyatuan ummah ini jika dikau masih mahu membawa isu-isu hak-hak kemanusiaan/ persamaan/ dan kasih sayang dengan memfokuskan homoseksual, lesbian dan persaingan gender sebagai kancah membuka sosial untuk kelihatan lebih terbuka dan moden masyarakatnya setelah terbukanya jendela abad 21 ini.


Wajahnya tidak dapat dilihat apabila dia sudah semakin ashik dengan pandangan di luar jendela.


Saya juga gusar anda 'mabuk' dengan holly wood dan bolly wood sedangkan mereka hanya diternak dan dilahirkan untuk membiakkan penyakit di dalam masyarakat.
Adakah mereka ini yang akan kekal ditradisikan membina masyarakat tatkala khalayak ini juga yang mengintegrasikan cemar mulia insan?


Apakah dakwaan anda buat saya kali ini tatkala saya mahukan fokus dan keperihatian anda bahawa modal insan wajar melahirkan insan kamil dan adakah anda mahu berterusan insan kamil itu dilahirkan oleh Islam sahaja tanpa penyertaan Kristian dan Yahudi?


Ini isu saya dan jangan dimanipulasikan atau dilaporkan oleh media penyiaran dengan sifat bias.


"Adakah wartawan hanya berfungsi untuk melaporkan sahaja tanpa solusi? Itukah maksud mu?"


Masyarakat pendengar dan penonton yang melihat dan mendengar mahu diwacanakan untuk berdaya fungsikan apa apabila dikau mengketengahkan sahaja isu permasalahan dan pertikaian politik oleh pendominasian ekonomi?


Lalu apabila kami mempersoalkan setelah memahaminya lalu mensolusikan idea dan kebernasan untuk dirintis tindakan mengapa pula ia akan dengan begitu mudah diungkap sebagai penentang dan pendemontrasi?


Saya tahu kesemua pertanyaan saya tidak diendahkannya dan saya sedar telah lama terbit rasa benci di antara kami.

Sabtu, 22 Januari 2011

Merdeka Mu 3

Cara pemerintahan beraja di kebanyakkan negara Teluk memperlihatkan keluarga Dirajanya memiliki ketuanan pemerintahan yang menjadi pemilik untuk menguruskan kekayaan hasil pendapatan negaranya menjadikan struktur pengedaran kebajikan sepenuhnya terpelihara.


Kekayaan dari berpendapatan hasil membangunkan negara ini andai berlegar dari kalangan keluarga Dirajanya yang menjadi Ketua Esekutif untuk sepenuhnya memiliki kapasiti sebagai seorang Presiden atau Perdana Menteri dan menjadikan ahli keluarga yang senasab sebagai Jemaah Menteri, tentunya tidak serupa dengan kuasa yang diperolehi dari kebanyakan Raja-Raja yang dibentuk kuasanya oleh undang-undang atau Perlembagaan sesebuah negara.


Fikiran seperti ini upaya membuatkan thanaif bergirang hati.
Entah di mana dia berada saat ini setelah semalam menjadi hari terakhir untuk ku mendengar cemuhan dan sindirannya yang kerapnya jujur.


Apakah benar upaya institusi beraja negara Teluk dijadikan teladan apabila disahihkan oleh fakta mereka menjadi pemilik sah yang berkuasa membuat keputusan pada setiap inci tanah mereka yang bukan sekadar menjadi simbol dan lambang sahaja?
Sebuah pemerintahan beraja yang memiliki kuasa untuk tidak dibayar elaun sebagai pendapatan dalam status tidak upaya membuat keputusan melainkan dengan nasihat jemaah menteri.


Ya kali ini terasa saya benar-benar melampaui batas sempadan yang dibenarkan untuk dibebaskan pemikiran ini hasil dari terlalu kerap mendengar bicara thanaif.


Selama manakah wajar keluarga diraja yang telah hilang kuasa (dengan penuh kesedaran) perlu dikekalkan pembayaran elaun dan sara hidup bagi dikekalkan kemewahan mereka?


Kepada pengamat catatan ini usah salah faham - maksud pertanyaan saya ialah sistem pemerintahan apakah yang lebih layak seandainya amalan pilihan raya menerusi demokrasi semakin tidak dipercayai oleh amalan rasuah dan pelobian pemilihan calon.

(Fahamkah - saya bertanya tentang sistem pemerintahan bukan menghasut selepas semakin dizahirkan kelemahan cara pemerintahan diktator/ tentera, komunis, raja berperlembagaan, Esekutif kerajaan pusat dengan kuasa mutlak dimiliki oleh Presiden/Perdana Menteri, yang hanya menjadi pemilik sementara untuk berkuasa bagi menjaga khazanah perbendaharaan negara yang bukan bermakna milik mereka dan tidak berhak dijadikan perwarisan mutlak keluarga.)


Terima kasih mengundang ku semula teja (bukan dari India).
Tiba-tiba terdengar thanaif bersuara.

Selasa, 18 Januari 2011

Merdeka Mu 2

Malam tadi juga kami teruja apabila jalan untuk memasukki masjid di sebelah Dewan Emmiri telah terdiri dua kaunter bagi diserahkan tiket dan dikutip wang untuk setiap kenderaan yang memasukki perkarangan masjid.


Ahhhhhhhhhhhhhhhhhh untuk masuk ke masjid kami membayar 3 riyal.


Bagi mentoleransikan dan mewaraskan minda diulang sebut perlahan-lahan, mungkin kedudukan masjid yang berhampiran dengan Dewan Emmiri dan Sauk Waqif bayaran perlu dikenakan. Atau mungkin mereka mahu mendidik rakyat mewah negaranya agar tidak lagi menggunakan kenderaan peribadi untuk masuk ke bandar utamanya sebaliknya menggunakan kemudahan pengangkutan awam bagi menyelesaikan urusan-urusan di hujung minggu.


"Minyaknya murah,"suara anak membingitkan telinga.


"Ya kenderaan di sini jauh lebih murah harganya dan rugilah tidak bergaya dengan kenderaan mewah,"seorang lagi membingitkan minda saya.


Apakah terlalu singkat pemikiran anak-anak saya. Kelihatannya masih sistem kitaran bagi susun pulih dan edaran keewangan masih tidak sepenuhnya membebaskan rakyat dari hutang dan tanggungan bagi kos perkhidmatan.


Selayang imbas masih berada nun jauh di sana.


Pendapatan dari gaji-gaji dicukai dan dinisabkan pada bayaran-bayaran perkhidmatan?
Maknanya pendapatan dari kekayaan negara diberikan kepada kami kemudiannya kami memulangkannya kepada negara dalam bentuk bayaran cukai dan bayaran kos perkhidmatan yang dikenakan caj oleh penyelenggaraannya?



Irama pancutan air dari 'fountain dan disco ball' menjadikan jiwa saya semakin tidak beremosi. Penukaran warna-warna air seperti merentakkan tarian yang dipaksakan untuknya menari menghilangkan sentuhan 'vakog' yang sering mendilemmakan diri ini. Lentuk lemah gemalai pancutan air berwarna mengikut alunan irama itu mengashikkan. Seakan menghiasi kelam suram oleh malam yang hitamnya masih menghasratkan ceria dan ria gembira.



Di upacara sambutan ulang tahun itu kami tidak melihat kegembiraan atas kejayaan menjadi tuan rumah 2022 dijadikan kesempatan untuk diraikan pada acara rasmi negara.
Kesederhanaan masih menjati kuat menjadi sifat negara ini. Hanya kibaran kain rentang tahun 2022 yang dibawa oleh helikopter sahaja menggambarkan kejayaannya yang mencatat sejarah dijadikan acara bersama pada pagi itu.

Mereka tidak keterlaluan untuk menunjuk-nunjuk keupayaan mereka.

Apakah mungkin mereka tidak membenarkan ego menguasai seluruh jiwa raga diri rakyat negaranya?


Sekurang-kurangnya dilakarkan di gambaran minda ini ialah kumpulan pembinda 2022 turut berarak bersama dengan pasukan anggota pertahanan negara dan kumpulan yang mewakili generasi mereka pada pagi itu.


Benar. Mengapa tidak ada perarakan bersama pasukan pembinda untuk menzahirkan rasa keperihatinan terhadap sokongan yang diberikan oleh hampir kesemua rakyat yang berbagai taraf kerakyatannya?


"Hanya rakyat arab sahaja yang berhak meraikannya. Dikau orang arab atau india atau cina atau eropah atau amerika atau afrika, teja?"


Sindiran thanaif tajam menikam ke jantung.


Sesekali sindiran dan cemuhan thanaif membuatkan saya tersenyum. Entah di sudut mana mahu dibenci nama itu tatkala perasaan suka dan ceria menemani emosi.



Ya, mengapa tidak ada perarakan bersama pasukan pembinda bagi menzahirkan kepekaan terhadap sokongan yang diberikan oleh mereka yang berbagai jenis kerakyatannya?


Sekurang-kurangnya kami ingin melihat wajah Yang Teramat Mulia Permaisuri negara ini yang semakin menjadi idola kebanyakan kami.

Atau Yang Mulia Puteri-Puteri Di Raja yang aktif membangunkan deria dan naluri rasa Duli Yang Maha Mulia Ayahanda-Ayahanda mereka.


Ya,mungkin kerana usaha keras hanya dilakukan oleh keluarga Di Raja maka rakyat sekadar mampu menjadi penyokong sahaja?


Lantaran cara pemerintahan beraja di kebanyakkan negara Teluk, keluarga Dirajanya yang memiliki ketuanan pemerintahan lalu menjadikan mereka menjadi pemilik kekayaan negaranya membolehkan struktur pengedaran kebajikan sepenuhnya terpelihara?


"Kekayaan tidak perlu dizahirkan dengan menara yang disalut dengan emas atau deretan kereta mewah yang tidak digunakan sebagai pengangkutan untuk menjadi hiasan sahaja,teja. Seperti amalan kebanyakan pemerintah mu teja."


Diam thanaif!


"Diam juga akan diISAkan teja."

Merdeka Mu 1

Kami ke Dataran Corniche untuk kali ke duanya setelah genab lima tahun menjadi pemaustautin di salah sebuah negara yang berada di Teluk Parsi.


Lantaran masih terpaksa bergantung kepada pemandu kerana masih tidak memiliki lesen memandu, kami lewat tiba. Mereka yang lewat bangun kami yang terpaksa berhadapan dengan keadaan yang tidak selesa, apabila setibanya di dataran terbuka itu kesemua tempat yang disediakan telah dipenuhi oleh mereka yang tiba lebih awal lagi.


Lesen adalah satu tanggungjawab bukan semata-mata keperluan.

"Bagaimana dengan lesen judi dan lesen rumah zina di negara muslim?"


Tiba-tiba terdengar suara thanaif menyanggah dan mengocakkan ketenangan minda saya.


"Siapa yang memerlukan judi dan pelacur juga gigolo teja?"


Berhenti berujar thanaif, saya membenci kamu.



Lesen satu tanggungjawab bukan semata-mata keperluan. Sesiapa yang mahu menjadi pemandu kenderaan wajar bersikap amanah dengan apa yang telah ditentukan buatnya.


"Setiap diri kamu adalah pemimpin teja. Pemandu itu pemimpin walau pun dia tidak berkenderaan lalu lesen sudah banyak maksud terjemahannya mengikut kegunaannya teja."


thanaif tidak pernah berasa malukah mencelah dan menyampuk setiap fikiran mereka yang tidak dikenalinya?


Sesiapa yang mahu menjadi pemandu kenderaan wajar bersikap amanah dengan apa yang telah ditentukan buatnya. Sejak beberapa hari sebelum ini telah diberitahu akan waktu yang dikehendaki dihantar kami ke dataran terbuka itu. Namun kesukaran untuk tidak tidur semula sesudah solat subuh adalah kelemahan semula jadi lelaki-lelaki kami.


Sabar,


Jalan-jalan raya yang telah ditutup sejak semalam menjadikan peraturan dan pemberitahuan untuk dipatuhi mengenai acara rasmi pada hari ini tidak diwar-warkan oleh radio (yang berbahasa inggeris kerana saya tidak memahami bahasa arab untuk mendengar siaran radio berbahasa arab).

Panduan yang diwar-warkan di radio memberikan bantuan untuk pendengar berinformasi supaya dengan keluar awal kesesakkan di jalan raya dapat diatasi sementelahan maalah trafik adalah lumrah bagi negara mana-mana negara ketika ini.



"Informasi yang kurang memberansangkan kerana mereka tidak sedar bukan semua rakyat membaca surat akhbar.Merankingkan aturan lagu-lagu upayakah menjadi alat bantu teja?"


"Berhenti berbicara thanaif!"


Bermula malamnya kami ke Corniche. Banyak pemandangan baru yang dizahirkan setelah kami tidak lagi tinggal berjiran dengan lapangan bagi pesawat-pesawat mendarat dan berlepas dari landasan antarabangsa menuju ke udara.


Dalam tempuh beberapa bulan fenomena baru menarik perhatian.

Sesuatu yang agak sukar dinafikan ialah di bandar ini seperti wujud kerja-kerja pembinaan yang begitu pantas dilakukan. Biar pun pada dasarnya seolah-olah kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya seperti tidak disiapkan oleh kerana lambatnya penyempurnaan dilakukan, sebuah jalan raya yang lurus luas dengan sistem lampu isyarat dalam tempuh yang singkat upaya menggantikan deretan bangunan-bangunan lama di bahu jalan.


Apa-apa sahaja boleh dirungkai dan diubah apabila terpaksa diakui negara ini tidak berhadapan dengan beban hutang bagi memudahkannya melakukan apa sahaja yang dimahukannya.

Selasa, 11 Januari 2011

Di Doha Atau Di Klang?

Sesuatu yang membuatkan saya sebagai penulis dan pemilik bagi blog ini tersenyum ialah apabila kedapatan penafian untuk menerima thanaif@hotmal, thanaif@gmail dan thanaif@yahoo.com sebagai email dari akaun yang sah oleh face book.

Saya menyeringai untuk tersenyum dengan kekal berterusan akaun-akun email saya dianggap sebagai tidak sah.

Apakah ini mengesahkan bahawa semeangnya wujud pihak yang tidak betanggungjawab mempergunakan nama pena saya sebagai hak milik mereka?

Qtel telah melakukan tindakan yang tidak adil apabila bemula dari dua hari yang lalu aplikasi saya ke blog di friendster yang masih log in telah diputuskan taliannya.

Semalam perkara yang sama berlaku tatkala saya masih log in di laman Minagkabau.net talian diputuskan secara tiba-tiba.

Dan hari ini saat sedang menyemak semula akaun di yahoo.co.uk sewaktu masih di dalam proses menyemak akaun talian digendalakan dan diputuskan.


Soalan saya mengapa melakukan begini?

Khamis, 6 Januari 2011

Jati Diri Saya Menjadi Watak Dikau?

Bolehkah bertanya?

Silakan.

Politikkah yang menguasai ekonomi atau ekonomi memnguasai politik?

Tergelak?

Hipokrasi ini menjengkilkan kerana sifat kroni 'bereaucratic elite' tidak bertujuan untuk membela masyarakat yang berdekad-dekad diabaikan peluang dan kesempatan mereka untuk berjaya apabila pembasmian kemiskinan tidak terarah kepada penjayaannya melainkan berkekalan diteruskan pendominasian kuasa.

Sekali lagi bertanya politikkah yang menguasai ekonomi atau ekonomi yang dikuasai politik?


Cuba pula saya yang bertanya.


Silakan.


Bagaimana dailog dengan bukan muslim boleh terus dilansungkan tetapi perbincangan dengan ahli syiah seperti tertutup ruang untuk merundingkan perbezaan?


Tersenyum?

Natijjah dari tuntutan kepentingan politikkah melahirkan perbezaan setelah ekonomi tidak upaya mencerminkan kekuatan kita?

Samalah jenis soalan kita.


Mahukah Cik Puan-Cik Puan itu menghayati pertanyaan ini?
(Lantaran saya tidak berinteraksi dengan yang bukan mahram)


Isu Syiah wajar dilihat fokus ini diberikan perhatian oleh siapa?

Barat?


Siapakah yang berjaya dizahirkan kekurangan pengetahuan mengenai sejarah dan tasawwur Islam?

Masyarakat kita (muslim)?


Minda siapakah yang sedia disempitkan oleh kesediaan keluarga Rasulullah Salallahualaihissalam dijejaki untuk dikasihi?

Tokoh Yahudi/Nasrani/Muslim?


Usul saya kurangkanlah hendonisme di dalam hidup kita.

Benar, adakah gossip upaya membina intelek?

Makanan yang berkat juga membina intelek.


Taqwim Islam sudah lama berlalu....






Gelanggangkah Jika Berahsia?

Gelanggangkah Jika Berahsia?

oleh Laila Ali pada pada 04hb Januari 2011 pukul 8.10 ptg


Apakah sumbangan pihak syarikat telekomunikasi dalam saat pelayar-pelayarnya berhadapan dengan aktiviti para 'hackers'?


Rakyat digalakkan membeli cakera padat (cd) yang sah dan diperakui 'protection'nya tetapi sebuah cakera padat ini berharga 300 riyal mengikut jenama pilihan.


Bagaimanakah sumbangan syarikat telekomunikasi bagi memelihara hak pelayar siberyang dituntut penggantian setiap tahun pembelian sistem yang boleh melindungi sebuah laptop jika di dalam sebuah rumah terdapat lebih dari sebuah laptop?(Katakanlah QR 250 x 3 = QR 700 hanya untuk melindungi hak pelayar siber dari aktiviti spam/virus dan 'hackers'?)


Jesteru itu dengan fenomena ini adakah kami digalakkan untuk membeli piracy dan cakera padat cetak rompak setelah laptop kami tidak upaya mengelakkan 'hackers bodoh' dari menghack laptop peribadi kami?


Adakah wujud tanggungjawab sosial bagi syarikat telekomunikasi seperti mana kenaikan harga minyak yang dianggarkan munasabah andai dimaksimumkan sehingga QR 100 apakah mewujudkan tanggungjawab sosial syarikat penggerudi ke atas rakyat yang menggalas kesan dari impak kenaikan kos bagi keperluan dan perkhidmatan?


Terasa thanaif berujar di dalam diam siapakah yang menyeleweng pada setiap hujjah?

Isnin, 3 Januari 2011

Sehingga Bila Mahu Menyukarkan Usaha Saya?

Kepada pencuri fail catatan Bentala Kendiri 56 -ii yang terkandung di dalamnya kiriman awal pesanan 'short message service' dari Sony Ericsson semenjak 18/9/2006 ke satu stesyen radio tempatan didoakan supaya tertimpa apa yang ditakdirkan Allah ke atas kamu.

Antara catatan-catatan awal di Blog Bentala Kendiri Tunjangnya Akar Akidah ialah :

Bicara Minda Tenang (25/5/2006)
Bila Jujur Berbudi Pasti Ia dijunjung Dengan Kasih (22/5/2006)
Kendiri Bentala Berakar Akidah (22/5/2006)
Labur Lebur Libur (18/6/2006)
Kulluman Kulluhum Kulliyun (13/6/2006)
Letih Lelah Lemas Lesu Lari
Cela Kita Kerana Ada Rahsia Kata (25/7/2006)
Tragedi Tragik Yang Tragis Sebuah Demokrasi (16/7/2006)
Aduhai Tempua ( 14/7/2006)
Sejarah Membuka Rahsia (4/8/2006)

Catatan ini telah dihilangkan dari simpanan fail peribadi usb yang tidak dapat dibuka oleh microsoft word.

Kembalikan semula semua catatan saya yang telah dicuri itu.