Isnin, 30 Mei 2011

Klasik Organisasi/Individu/Pasukan Atau Acaranya?

28/5/2011
0848


Malam ini pasukan-pasukan pilihan anak yang menjadi penganjur agar kami sekeluarga meminati sukan akan bertarung bagi menutup tirai siri kejohanan liga kelab-kelab eropah.


Kami bersetuju untuk tidak memihak pada mulanya.


Memadai buat saya dan tiga anak remaja berjaya ' menewaskan abah dan adik bongsu mereka yang kerap kali kelihatannya tidak sedia mahu bersama kami dalam memilih pasukan-pasukan dan jenis sukan serta ahli sukan untuk diminati.


Namun pada pasukan Sepanyol kami bersama-sama bersetuju kesemuanya mahu melihat Lionel Messi dan pasukannya menjaringkan gol awal yang menjadi tumpuan pasukan lawan mereka dalam mendepani serangan psikologi sebagai pasukan yang mendapat sokongan sestadium atas sifatnya sebagai tuan rumah.


Manchester tetap menjadi wilayah yang tidak mungkin dilepaskan ingatan oleh lipatan kenangan yang indah buat kami sekeluarga.

Pasukan yang diurustadbir dengan sistem yang berjaya mempengaruhi pasaran dengan jenama pasukan mereka.


Kami sering bertentangan kerana mahu mencari nikmat berkasih sayang bagi menundukkan rasa kejemuan dan bosan yang adakalanya berjaya menguasai kami menjelangnya musim-musim panas/'summer' tanpa banyak perkara boleh dilakukan di luar rumah.


Kebanyakan lapangan medan riadhah dan rehlah juga premis akan menjadi sesak sehingga ia menghilangkan ketenteraman dan rasa tenang.

Pantai-pantai sudah tidak menjadi lokasi yang mendamaikan apabila musim panas tiba.
Bagaimanakah keadaannya menjelang 2022 nanti?


Kami tetap saling memujuk minda agar berlapang dada dengan tohmahan yang dizahirkan oleh pihak yang masih 'terbuku' emosinya oleh kegagalan menjadi pilihan bagi penganjuran 2018 dan 2022.


Apakah mereka telah melihat keupayaan untuk negara ini dan kesatuan Jazirahnya membuka 'gelanggang' dengan struktur yang upaya mengisi makna pembangunan ummah atas tema persepakatan yang upaya mengejutkan dunia, menjadi antara alasan tohmahan diterbitkan?


Apakah lokasi dan pembinaan lingkaran struktur industri sumber tenaga juga mahu menjadi isu di sini tatkala pengkalan ketenteraan masih tidak dipersoalkan secara umumnya oleh rakyat negara-negara ini?


FIFA atau Kesatuan AIPAC atau LIGA ARABkah yang mempunyai bahasa ekonomi yang berbeza dengan NATO/AMERIKA/UK/EU/ANC?


Namun kami juga sebal dan tidak bersetuju apabila penganjur 2022 juga mahu menjadi Pengerusi Fifa.(luahan peribadi kami dalam diam)

Sumbangan mereka masih kecil di dalam arena pembangunan bola dunia.

Wang tidak wajar menjadi fokus untuk memberdayakan ummat.


Isunya ialah bagaimana mahu dihindarkan wujudnya peperangan dan persaingan yang merugikan alam dan manusianya menerusi acara ini.

Ahad, 22 Mei 2011

'Mother Board' Siapa?

Diterimakah anggapan bahawa kegagalan bagi industri teknologi tinggi dan kecapaian telekomunikasi ialah apabila jaringan kawalan pengkomputeran sepenuhnya berada di tangan Amerika England dan Eropah?


Tetapi teja, kesemua peralatan kebanyakannya dibuat di Cina selain Jepun dan kini Korea.
Lihat papan 'motherboard' pada setiap pc, telefon bimbit malah televisyen radio, Iphone, Ipad Iphone berbahagi-bahagi hasil buatannya seperti mana di Eropah yang menjadi pengeluar bagi Nokia, Black Berry mungkin juga Motorola dan sebagainya itu setiapnya dilintasi dengan frekuensi dan gelombang yang dipancarkan dari stesyen penyiaran ke pencawang ke satelit yang berada di luar orbit angkasa.


Andai begitu bagaimanakah persaingan sihat berjaya diwujudkan jika tiada semua negara berada di kelompok pengeluar?


Aduhai teja, kemiskinan tetap meningkatkan jumlah bilangannya dari tahun ke tahun walau pun jumlah pengguna berjaya ditingkatkan setiap jam.Fahamkah dikau selama ini setiap ujaran dan pesanan saya selama ini? Atau akal mu tidak sampai untuk melepasi lingkar kemelut dan sirat selirat pemikiran ku? Atau dikau sememangnya kurang bijak teja lantaran hanya mahukan sayur-sayuran sahaja yang menjadikan tiada lemak membaluti daging musehingga kulit mu kelihatan pucat, lesi serba keputihan?


Mentertawakan orang lain boleh dianggap bijakkah thanaif?


Miss Oprah, Miss Elle, Mr Jack Leno, Mr Letterman serta Mr. Larry King melakukannya sehingga adakalanya menjatuhkan air muka kebanykakan mereka yang diisukan. Apakah perlu wujud syarat untuk saya thanaif?


Benar. Tidak ada sesiapa pun yang mengenali diri mu.Namun saya mengenali mu. Lalu cuba dikau menjawab sejauh manakah benarnya bahawa majunya sesebuah negara adalah dengan pemimpin muslim dan rakyatnya perlu bergandingan dengan inspirasi atheis dan zionis?

Khamis, 19 Mei 2011

Benar Atau Salah?


Apabila anda menjadi pengadil, anda menjadi pemain, anda menjadi penjaga garisan, anda menjadi pengurus, anda menjadi jurulatih, anda menjadi penonton anda menjadi juru ulas, bolehkah diketahui siapa yang menjadi bola? 



Apakah maknanya soalan ini? 



Penindasan minda.



Siapa dakwa?


Pengintegrasian melalui medan frekuensi yang memerlukan idea kreatif. 


Ujar mu dunia ini tidak memerlukan peperangan senjata.


Ayuh tanya kepada mereka.

Rabu, 18 Mei 2011

Email Buat Nur Qistina

Banyak simpanan yang tercatat di akaun email yahoo amat berharga untuk diabaikan begitu sahaja. Setelah kehilangan salah satu akaun paling bermakna kepada saya di yahoomail terasa seperti kehampaan amat payah mahu ditelan.


Salah satunya email yang bertarikh 20hb April 2008 buat salah seorang anak saudara dari kakak ke empat saat berasa rindu pada emak.


Agar Allah sentiasa di dalam minda dan jiwa kita untuk jasad lebih bernyawa, bukan semata kenyang oleh tuntutan keperluan makanan di perolehi tetapi kerana semakin sedar dah kenali kekurangan dan kelemahan diri untuk diikatkan dengan kekuatan yang mendorong kebolehan dan kemampuan peribadi, diwatakkan dengan pekerti dan moral yang lebih mulia sesuai dengan penciptaan kita sebagai insan mulia di sisi Allah, andai dihadami kewajipan dan tuntutan mendidik, didik mengasuh dan diasuh oleh pengalaman dari usia kanak-kanak remaja hingga matang menjadi dewasa.

(Panjangnya mak ngah! Sedang ada idea untuk menulis, ia bukan boleh dipaksa-paksa, kadang-kadang lansung tidak boleh mencatat.)


Apa khabar Mak Wan?

Bantulah menjaga kesihatan Mak Wan biarpun tidak tinggal serumah.

Orang tua adalah harta bagi generasi muda.

(kecuali andai dia banyak berbicara gunakan plaster tutup mulutnya, hehhehhhehhh tak sampai hatikan. Andai ada gam kanji yang berperisa, kira ok juga, reka gam kanji berperisa sireh dengan kapur barah mulut dan rongga tekak pula risikonya, rokok lagilah tak sesuaikan.)

Benar kita lalui saat yang sukar bila berhadapan dengan orang tua tetapi bersyukurlah agama dan budaya kita amat menyantunkan budi tidak hanya untuk berbahasa bahkan juga untuk berjasa.


Pengalaman orang tua lebih meningkatkan kemahiran untuk dibentuk penyelarasan hala dan cara kehidupan kita pada hari ini.

Kita bertuah menjadi penduduk yang di lokasikan di Asia kerana kenusantaraan kita berimejkan budaya yang dikukuhkan oleh prinsip-prinsip agama untuk meletakkan benar dan adil sebagai nilai murni yang mengakalkan minda untuk utuh berperanan sebagai insan berpekerti mulia.


Teladan dipimpin oleh kejujuran yang berintegrasi tinggi tidak ingin bertindak untuk keperluan sendiri atau lebih kerap diungkap kroni.


Pengistilahan kroni rasanya barisan pimpinan baru (sebagai rujukan di lima buah negeri upayakah memodulkan penampilan baru bagaimana hubungan kekeluargaan adalah dicetak untuk diulang dan wariskan idea karisma oleh rasa kebertanggungjawaban bukan ke atas diri semata-mata, tetapi diresapkan pembudayaan melahirkan seramai mungkin jiwa-jiwa yang beroh bebas merdeka tanpa mudah diputuskan oleh kebendaan sebagai sandaran menulang belakangkan perjuangan.

Jika ini juga upaya dianuti oleh barisan kepimpinan muda yang telah dipilih untuk dipercayai, kita pasti akan berhadapan dengan kepupusan memiliki penerus pelapis yang beridea bergagasan untuk menyahut cabaran alaf yang didimensikan oleh ketidak-adilan globlalisasi.


Bila mula mengajar di sekolah?

Secara peribadi mak anje pernah diberitahu kebanyakan guru dari kursus yang Tina ikuti agak sosial gaya kehidupannya.

Bahasa itu adakalanya mengubah persepsi kita dalam menilai sesuatu atau tindakan.

Pandai-pandailah mendidik pelajar Tina nanti dan amat perlu kebenaran dikaitkan dengan agama sebagai prinsip yang mematangkan minda mereka bukan hanya bersandar pada sokongan kesahihan akal semata-mata.

Berinovasi dengan teknologi andai tanpa akar pengukuhan peribadi, maslahat ummah tidak akan terbina kerana rakus pada penyelewengan untuk beramanah.

Realiti kini adalah warga mengingini kejujuran yang berinteraksi dengan sistem sebagai kekuatan negara yang rasanya hanya upaya ditangani secara hikmah oleh Pakatan Rakyat.

Tina ahli putri?

Minta maaf jika rasa berjauh hati.


Jika ditempatkan di kampung pendalaman Tina perlu membezakan keperluan psikologi pembangunan diri pelajar di bandar dengan di desa.


Ketiadaan perumahan yang memiliki infrastruktur sempurna sewajarnya tidak lagi wujud setelah begini lama merdeka.

Tanyakan pelajar Tina apakah pembangunan di bandar yang perlu dibawa ke kampung mereka?


Dah bertunangkah?


Jagalah akhlak usah terlalu diraikan akhir zaman ini dengan kelalaian.Adik-adik di sini terutama Muttaqin sudah berani meringan-ringankan solat. Mustaqim sudah mulai merokok bermula dari syisya dan Hanan sudah mulai cenderung berpakaian mengikut gaya moden yang tidak mak anje gemari tetapi beginilah realiti di sini...syukurnya mereka tidak banyak berada di luar rumah kerana faktor cuaca dan tidak mempunyai ramai kenalan.


Salam untuk semua semua.

Fanbox ini tidak boleh digunakan bahasa kitakah?

Selasa, 10 Mei 2011

Aduhai teja Ku

Ada beberapa pertanyaan yang masih belum dikemukakan untuknya amati.

Ianya mengenai Iraq.

Adakah dia hanya merujuk syarikat penggali minyak yang berpendapatan tinggi tetapi masih tidak berdaya membasmi kemiskinan di kalangan penduduk tempatan yang menggalas hutang kerana budi oleh perkhidmatan yang disumbangkan?


"Masih suka dengan kritikankah thanaif?"


Suara sinis teja berdengung bagaikan lebah yang sesat kerana terpisah dari kumpulannya.


"Atau dikau berasa marah kerana bendera-bendera yang direntangi menuju rumah ibumu dan terpacak secara tiba-tiba papan tanda Persatuan Penduduk Kampung?"


Seperti terlihat kegedekkan susuk teja yang sengaja membenihkan radang di sanubari emosi.


"Saya hanya meminta dikau memfokuskan keadaan sebenar tahanan rakyat Iraq dan kekeliruan masyarakat dunia yang ketika itu terpinga-pinga melihat rakyat Iraq meruntuhkan patung bekas Presiden mereka seolah-olah mereka sememangnya berhajat untuk berjabat tangan dengan askar-askar Amerika."


"Dikau wajar tahu Iraq bukan negara Teluk."


"Maknanya bukan juga negara arab? Lalu di mana sebenarnya lokasi permulaan dan sempadan akhir bagi Kesatuan Arab, Cik Puan?"


teja itu memang gemarnya menjadi bisu apabila tersadung langkahnya oleh kayu mahu pun batu.


"Saya juga tertanya adakah mereka itu sepenuhnya memang memerlukan Amerika untuk menghukum semua tindakan dan salah etika pemimpin mereka?"


"Dikau maksudkan bahawa kami tidak memiliki undang-undang untuk melakukan pengadilan?"


"Apakah benar begitu? Dan adakah menggantungkan bekas Presiden menjelang Ramadhan menjelaskan secara umumnya rakyat Iraq bukan beragama Islam?"


"Meruapkah amarah mu dengan ketiadaan pembelaan ke atas penguburan kematian individu seagamamu thanaif?"


"Adakah kekayaan yang mahu dikonsikan menjadikan kebanyakan kita terlupa bahawa saliran minyak dan gas telah melingkari seluruh sempadan Teluk duhai teja?"


Mungkin benar baka dan keturunan yang dihormati sifat pemilikkannya menjadikan sejarah perlu dirombak dan dipinda sesuka rasa oleh mana-mana kuasa.


Apakah teja ku itu turut mengkagumi lelaki global yang menjadi keramat kerana menjadikan Israel terselamat dan kebanyakan posisi muslim bertingkah zalim? Atau teja memang bersikap tidak mahu mengambil endah tentang Kancil yang akan mati di tengah-tengah tatkala gajah sama gajah bertelingkah.