Rabu, 18 Mei 2011

Email Buat Nur Qistina

Banyak simpanan yang tercatat di akaun email yahoo amat berharga untuk diabaikan begitu sahaja. Setelah kehilangan salah satu akaun paling bermakna kepada saya di yahoomail terasa seperti kehampaan amat payah mahu ditelan.


Salah satunya email yang bertarikh 20hb April 2008 buat salah seorang anak saudara dari kakak ke empat saat berasa rindu pada emak.


Agar Allah sentiasa di dalam minda dan jiwa kita untuk jasad lebih bernyawa, bukan semata kenyang oleh tuntutan keperluan makanan di perolehi tetapi kerana semakin sedar dah kenali kekurangan dan kelemahan diri untuk diikatkan dengan kekuatan yang mendorong kebolehan dan kemampuan peribadi, diwatakkan dengan pekerti dan moral yang lebih mulia sesuai dengan penciptaan kita sebagai insan mulia di sisi Allah, andai dihadami kewajipan dan tuntutan mendidik, didik mengasuh dan diasuh oleh pengalaman dari usia kanak-kanak remaja hingga matang menjadi dewasa.

(Panjangnya mak ngah! Sedang ada idea untuk menulis, ia bukan boleh dipaksa-paksa, kadang-kadang lansung tidak boleh mencatat.)


Apa khabar Mak Wan?

Bantulah menjaga kesihatan Mak Wan biarpun tidak tinggal serumah.

Orang tua adalah harta bagi generasi muda.

(kecuali andai dia banyak berbicara gunakan plaster tutup mulutnya, hehhehhhehhh tak sampai hatikan. Andai ada gam kanji yang berperisa, kira ok juga, reka gam kanji berperisa sireh dengan kapur barah mulut dan rongga tekak pula risikonya, rokok lagilah tak sesuaikan.)

Benar kita lalui saat yang sukar bila berhadapan dengan orang tua tetapi bersyukurlah agama dan budaya kita amat menyantunkan budi tidak hanya untuk berbahasa bahkan juga untuk berjasa.


Pengalaman orang tua lebih meningkatkan kemahiran untuk dibentuk penyelarasan hala dan cara kehidupan kita pada hari ini.

Kita bertuah menjadi penduduk yang di lokasikan di Asia kerana kenusantaraan kita berimejkan budaya yang dikukuhkan oleh prinsip-prinsip agama untuk meletakkan benar dan adil sebagai nilai murni yang mengakalkan minda untuk utuh berperanan sebagai insan berpekerti mulia.


Teladan dipimpin oleh kejujuran yang berintegrasi tinggi tidak ingin bertindak untuk keperluan sendiri atau lebih kerap diungkap kroni.


Pengistilahan kroni rasanya barisan pimpinan baru (sebagai rujukan di lima buah negeri upayakah memodulkan penampilan baru bagaimana hubungan kekeluargaan adalah dicetak untuk diulang dan wariskan idea karisma oleh rasa kebertanggungjawaban bukan ke atas diri semata-mata, tetapi diresapkan pembudayaan melahirkan seramai mungkin jiwa-jiwa yang beroh bebas merdeka tanpa mudah diputuskan oleh kebendaan sebagai sandaran menulang belakangkan perjuangan.

Jika ini juga upaya dianuti oleh barisan kepimpinan muda yang telah dipilih untuk dipercayai, kita pasti akan berhadapan dengan kepupusan memiliki penerus pelapis yang beridea bergagasan untuk menyahut cabaran alaf yang didimensikan oleh ketidak-adilan globlalisasi.


Bila mula mengajar di sekolah?

Secara peribadi mak anje pernah diberitahu kebanyakan guru dari kursus yang Tina ikuti agak sosial gaya kehidupannya.

Bahasa itu adakalanya mengubah persepsi kita dalam menilai sesuatu atau tindakan.

Pandai-pandailah mendidik pelajar Tina nanti dan amat perlu kebenaran dikaitkan dengan agama sebagai prinsip yang mematangkan minda mereka bukan hanya bersandar pada sokongan kesahihan akal semata-mata.

Berinovasi dengan teknologi andai tanpa akar pengukuhan peribadi, maslahat ummah tidak akan terbina kerana rakus pada penyelewengan untuk beramanah.

Realiti kini adalah warga mengingini kejujuran yang berinteraksi dengan sistem sebagai kekuatan negara yang rasanya hanya upaya ditangani secara hikmah oleh Pakatan Rakyat.

Tina ahli putri?

Minta maaf jika rasa berjauh hati.


Jika ditempatkan di kampung pendalaman Tina perlu membezakan keperluan psikologi pembangunan diri pelajar di bandar dengan di desa.


Ketiadaan perumahan yang memiliki infrastruktur sempurna sewajarnya tidak lagi wujud setelah begini lama merdeka.

Tanyakan pelajar Tina apakah pembangunan di bandar yang perlu dibawa ke kampung mereka?


Dah bertunangkah?


Jagalah akhlak usah terlalu diraikan akhir zaman ini dengan kelalaian.Adik-adik di sini terutama Muttaqin sudah berani meringan-ringankan solat. Mustaqim sudah mulai merokok bermula dari syisya dan Hanan sudah mulai cenderung berpakaian mengikut gaya moden yang tidak mak anje gemari tetapi beginilah realiti di sini...syukurnya mereka tidak banyak berada di luar rumah kerana faktor cuaca dan tidak mempunyai ramai kenalan.


Salam untuk semua semua.

Fanbox ini tidak boleh digunakan bahasa kitakah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan