Jumaat, 30 Julai 2010

Ulangan Bisa Akhir Zaman

thanaif at 11:02 pm on Sunday, February 7, 2010


Entah bagaimana boleh dilupa tentang blog ini.


Cabaran-cabaran kemanusiaan kiranya bukan sahaja memerangkap mereka yang berkomunitikan politik atau bermukimkan ekonomi atau bersisi selesakan korporat atau bermandikan cahaya ’spotlight’ atau yang dikritiskan oleh kemelut ilmiah bahkan ia turut menyapa wanita-wanita yang tidak berkarier yang sehariannya bermenung tafakkur mencari jejak yang kian tercela lingkaran zalim lupusnya kemuliaan insan walau bergelar negarawan.


Bagaimanakah persediaan penaklukan dunia ke tangan yang adil upaya dirapikan andai budaya trampilan dunia dikhilaf ertikan?


Apakah Imam Mahadi dan Nabi Isa (as) mahu memperbaiki ekonomi sahaja?
(isu yang acap kalinya digemakan)


Siniskah dikau terasa andai ditanya apakah Amerika, England dan seangkatan dengannya yang akan menjadi Imam sehingga tersangat ketara dijaga hubungan dengan mereka?


Usah bermasam wajah seperti itu. Tidak jelita lagi wajah jika begitu.


Isu menyelamatkan dunia alam dan manusia dari kemusnahan sebelum kebinasaan sebenar terjadi bagaimana dihindarkan dari kajian sains bumi bio tatkala sudah diampaikan tanda-tanda kebesaran Tuhan Yang Esa?


500 ribu sahaja untuk kajian penganalisaan kajiannya berbanding jutaan untuk pasarana anak-anak yang dipermatakan?


Mahukah dikau tahu betapa mualnya rasa yang berada di hati ini wujud dengan tiba-tiba?


Bagaimana jasad dan fizikal pada sudut pembinaan teknologi untuk sisi keselamatan ummat disejagatkan tatkala dimanipulasi sekehendaknya atas nama permuafakatan perkongsian antarabangsa?


Pelaburan antarabangsa hanya di atas bicara-bicara sahaja?

Rabu, 28 Julai 2010

Ayuh Mari Melontar Para Syaitan 1

thanaif at 1:19 am on Tuesday, December 29, 2009


Paparan dari satelit membuatkan sejenak minda dan jiwa bergembira tatkala jamratul menjadi tempat yang semakin perlu dipupuk pentelaahan bagaimana syaitan adalah musuh utama manusia.


Minda menelaah jauh ke segenap ruang-ruang serebelum yang menatakan petaan di fikirannya.


Rakus kesedaran itu yang menggusarkan tatkala masih mengabaikan bahawa ini satu-satunya upacara ritual yang menzahirkan penolakan perkaitan ibadah dengan syaitan.


“Mereka melihat syaitan hanya di Mina sahaja tetapi tidak di tempat lain.”


Senyumannya mekar mengukir di saat jiwa ini kelemasan merintih lara tentang pahala dan dosa yang kian tidak bertempat di medan pembangunan etika.


“Frekuensi dan gelombang stesyen-stesyen pemancar tidak wajar membuatkan mu menderita.”


Kini kelunakan mesra ungkap dan kata bukan lagi menjadi terapi bahkan ia semakin tidak disenangi oleh bisa cucukan jarum yang diresapkan terus ke sanubari.


Apakah ini yang diujarkan maksud 'cuak dengan ustaz-ustaz yang gatal dan ustazah-ustazah yang lesbian juga hafizah yang berzina?


Sudut batinkah empunya cela?


“Kamu usah salah faham. Ustaz itu maknanya Encik dan Ustazah itu maknanya Cik/Puan. Juga mungkin juga untuk saudara/saudari atau sir/madame.”


“Bolehkah saya meminta sesuatu? Tidak usahlah hanya mengikut panduan akal sahaja untuk sesuatu analisis dan kajian disimpulkan. Andai benar mahu mencari kebenaran dan keadilan rujukan pada Al-Quran dan teladan Rasul perlu diperluaskan. Tidak wajar keupayaan Islam melahirkan ahli-ahli syurga tanpa memegang kuasa tanpa ada kekayaan, nama dan darjat diabaikan. Jihad mereka pada doa upaya mengubah kelemahan menjadi kekuatan, kemiskinan menjadi kecukupan, kelaparan tidak menjadi penyakit malah alam ghaib juga upaya didakap tanpa wang tanpa kuasa tanpa analisa tanpa dana dan tanpa merosakkan kewarasan akal yang mencemar peradaban kemajuan insan dan dengan iman dan taqwa kerajaan ghaib upaya bekerjasama seperti mana kini diusaha-samakan interaksi manusia dengan Iblis di alam ghaib yang berada di dasar bumi demi melengkapkan kekurangan manusia yang tidak sempurna.”


“Marahmu ini masih bermaharaja-liar adakah kerana pertikaian alam roh bagi sesetengah temanmu yang menolak hakikat kewujudan alam ghaib?”


Senyumannya masih menyimpan rahsia.

Syiling Berwajah Tiga?

thanaif at 12:41 am on Sunday, November 22, 2009


Bolehkah bertanya apakah cuma syiling dan talam sahaja yang bermuka dua?


Adakah wajah yang bermuka dua? Mengapa ditanya?


Adakah syiling yang berwajah tiga? Atau roda yang berrim tiga atau talam yang berwajah empat?


Perlahan dia berujar, kepada saya wajah yang bermuka-muka ialah mereka yang gemar melaba walau pun terpaksa menjadi pencacai kroni berharta.


Itu tidak mengapa kepada sesetengah kita kerana kocek itu yang perlu dijaga. Walau pun akan ada yang mendakwa tidak bermaruah namun fikiran manusia bagaimanalah mahu dipaksa.


Sekonyang-konyangnya nanti tatkala berasa tidak sudi diugut, keluarga menjadi perisai beradu bicara sehingga mindaku berujar, apakah sememangnya pendajjal itu orang yang berbangsa seperti mana bangsa Firaun yang kaca digilap menjadi permata, suram cahaya menjadikan indera buta tatkala banyaknya himpunan tulang-tulang para putra terusir untuk berhimpun kelak di syurga, para putrinya hilang entah di mana tatkala mahu dijejak rahsia atau samakah ia seperti saat ini hutang diundang agar beramai-ramai sececah seorang buat setiap warga tatkala yang berdondang sayang bercak lempong itu siapa?


Pemuja Mayang Di Urai harum sundal di waktu malamkah tuan hamba sedang kelangkang batang jenis terpelecuk yang mana mahu ditampil berjabat salam dengan Nabi Isa (as) yang nikahnya perlu didebitkan hutang bank berdana dan akaun ibu dan ayah yang disengetkan dengan sengsara berstatuskan penjamin si pemiutang?


Biadap kamu!


Sememangnya kamu ini orang yang tidak berbangsa.


Jelaslah bahawa daku bukan bangsa pendajjal.Tidakkah didengar bantahan kutipan zakat jangan disalahguna?


Senyumnya menyeringai.


Sejak lama berdegar-degar kutipan zakat hanya tabung bagi membangunkan ummah sedangkan yang diurus tadbirnya adalah negeri yang ada pendapatan sendiri.


Betapalah Masjid Negeri turut menjadi sepi onar apakah sehingga peniaga warung sepakat menyewa untuk memodalkan agar masjid kembali berseri?

Selasa, 27 Julai 2010

Duhai Dara Dan Para Wanita

Just another Friendster Blogs weblog

thanaif at 4:36 am on Saturday, October 24, 2009


Beberapa bulan yang lalu telah dibuat perbandingan di antara novel Hujan Sudah Teduh dengan novel Salju Sakinah.


Ternyata garapan Hujan Sudah Teduh lebih memahami isu dan persoalan tinggalan usang zaman yang menjadi aras tanda pembeza pengalaman sesama warga.


Minda berrelevan sendiri.


Apabila dibawa kesyumulan Islam meletakkan keadilan tidakkah wajar isteri diberikan gaji yang dibuat potongannya dari pendapatan suami mengikut kategori?


Apakah dengannya mulai semakin ramai wanita mahu dan bersedia berumah tangga dan menjadikan karier yang bertaraf profesional bermula dari rumah atas dasar insentif dari dorongan pemotongan pendapatan suami mereka?


Seiring dengan itu pertanyaan wajar diujarkan mengapakah wujud wanita-wanita muslim menjadikan‘social escort lady’ dan perkhidmatan perbualan lucah sebagai pekerjaan bagi menambahkan pendapatan?


Berdasarkan petikan di halaman 54 :

“Perempuan bekerja keras membantu lelaki melakukan kerja berat untuk mencari rezeki,dialu-alukan. Malah diperlukan. Tetapi sekiranya lelaki membantu meringankan tugas di rumah biar pun untuk menyenduk nasi dan membasuh pinggan atau membasuh baju sendiri dianggap dayus dan pondan. Patutkah begitu?”

“Saya rasa dalam agama tugas memberi nafkah, makan pakai dan perlindungan kepada keluarga itu bulat tugas lelaki.”

“Isteri, ibu, adik dan anak-anak perempuan cuma berhias memakai pakaian cantik-cantik.”
(Minda saat ini menggambarkan keadaan wanita warga kelas eliet dan bangsawan yang dipertontonkan di kaca LCD kaca TV)


Petikan itu seterusnya mencatat :


“Katakanlah mereka diberikan tugas memasak, menjaga anak-anak, membasuh dan berkemas untuk membantu lelaki yang menjadi ketua keluarga- meringankan beban- tetapi tidak sampai turut membanting tulang lembut mereka di ladang dan berjemur perit di sawah bendang.
(Minda menggambarkan keadaan wanita warga kelas rendah yang miskin dan kelas pertengahan seperti yang sering dipertontonkan di LCD kacaTV)


Dengan kewujudan dua realiti ini bagaimanakah penghayatan yang tidak ditempuhi krisisnya membenarkan lelaki dan khalayak eliet mewakili suara wanita-wanita ini didengari?


Manakala Salju Sakinah hanya sekitar minda generasi baru yang tidak serius mengambil dan berpeka kepada masalah dalaman rohani masyarakat di luar bandar yang akar umbinya dikemelutkan oleh krisis-krisis nilai di mana kemunduran sifat melingkari masyarakatnya ditandai oleh kesan politik dan ekonomi totok etniknya.


Tidak selesai lagi bacaan itu. Dan telah disimpan di dalam kelompok buku yang ditangguh bacaannya.

Kebiasaan melewatkan pembacaan buku-buku yang dibeli sukar dihindari dan ternyata isu-isu tema penceritaan masih sesuai dengan keadaan semasa.


Hujan Sudah Teduh sajiannya lebih mengupas dilemma dalaman kebanyakan warga yang tidak sepenuhnya mendapat tempat untuk diberikan tumpuan penghayatan.

Nek Yang yang dirobotkan kemanusiaannya oleh pengalaman pahit dan Nyonya yang memberikan anaknya oleh kemiskinan dan belenggu didiskriminasi natijah dari perjuangan komunis membuka hakikat sebenar minda bangsa penulis.

Mengapa?

Tidakkah sifat modenisme telah melahirkan keingkaran hidup beriman?

Jika hanya watak Zaleha yang takut suaminya dirampas diselitkan untuk menguatkan watak Sumayyah di dalam Salju Sakinah ia masih titik halus yang menjelaskan sudut kerendahan untuk dihayati isu moral dan etika amanah seorang lelaki.


Prejudis pula terasa hasil garapan minda ini.


Cuma saya tidak faham bagaimanakah novel Hujan Sudah Teduh berada di dalam kotak buku-buku yang diturunkan harganya?

Maksud saya buku ini berada di dalam ‘wilayah pembuangan’ yang menjelaskan bahawa ia tidak berada di dalam kumpulan buku yang diberikan kedudukan oleh penerbitnya.


SAYA TERKEJUT!

Dengan reka kulit luarnya yang kusam dan agak buruk, penerbitnya jelas tidak menghargai isi dan isu yang dipaparkan.

Berasa wujud cairan didih raksa yang meningkatkan bacaan suhu dalaman diri ini tatkala diamati imbasan saat membeli beberapa novel-novel di pesta buku di tanah air.

Penerbit yang tidak berminda kelas pertama?


Agak keterlaluan dan bersikap kurang adab minda ini.


"Wajarkah dengan hanya membaca buku pun kamu mahu berhangat hati?"
Jiwa mengelus berhalunisasi.


Adakah dengan membaca buku penulisan melayu bersekutu maka pembacanya itu orang umno?


Membeli buku terbitan Utusan pembeli itu adalah ahli umno?


Bagaimana pula andai membaca buku Yahudi pembacanya bolehkah menjadi Yahudi?


Minda berterusan menguji diri.


"Bebaskah dikau dari makna kroni?"

Sanubari kecil mulai menyajikan sangsi.

Warkah Buatmu Lagi ( Ini Hanya Dailog Kreatif)

thanaif at 2:12 am on Saturday, October 3, 2009


"Apakah yang wajar diusahakan tatkala berhadapan dengan hakikat kita berkonflik dalam memahami krisis nilai apabila tidak tahu membaca di antara hak dan batil tidak dikompromikan haram dan halal?"


"Saya bukan muslim."


"Lantas itu bicara ini hanya diperuntukkan khusus buat wanita muslim. Apakah padamu wujud masalah?"


"Daku mempunyai dua telinga."


"Manafaatkan ke dua telingamu kerana antara rasional dan khayalan, minda dan jiwa tetap bersentuhan."


"Seorang suami memerlukan sikap jujur untuk berani menjelaskan apa yang tidak dimahukannya."


"Seorang isteri amat perlu menerimanya dengan keterbukaan.Tetapi tidak wajar anak-anak menjadi alasan di atas kesilapan apabila hubungan suami isteri berakhir dengan talak lantaran anak-anak hubungannya membawa ke akhirat justeru mensia-siakan mereka bukan merupakan sifat yang mulia."


"Agama mu begitu mementingkan moral. Bagaimanakah pula upaya difahami makna perkongsian ialah keperdulian tatkala kerap dilihat perkongsian hidup puluhan tahun tiada apa-apa harta yang upaya diletakkan sifat kebersamaan pemilikanya?"


"Dan apabila anak-anak tidak diberikan hak untuk mendapatkan pendidikan, tidak memiliki simpanan dan tidak mendapat hak-hak untuk dikasihi, dihargai dan diterima kehadirannya sedangkan mereka adalah zuriat yang dilahirkan tanpa dosa, tidakkah ia menjadi sesuatu yang wajar diberikan perhatian?"


"Lantaran telingamu berfungsi daku mahu membicarakan tentang keistimewaan poligami yang diberikan anugerah hanya buat lelaki-lelaki yang bermaruah."


"Wanita-wanita yang berniat untuk mendapatkan pasangan dari kalangan lelaki yang telah berkahwin perlu mengetahui sejarah bagaimana hubungan yang sedia ada itu menjadi retak."


"Bagaimana kehilangan kepercayaan berlaku?"


"Bagaimana naluri fitrah nafsu adakalanya agak memualkan yang dianggap tidak beradab lantaran keterlaluan mengimaginasikan kesempurnaan yang sesekali upaya diandaikan sebagai kekejaman yang dijiwai dari sifat kehaiwanan yang diadaptasikan dari nilai-nilai peradaban moden."


"Usah tertawa!"


"Peradaban yang bertamadun bukan sahaja hubungannya dari sudut fizikal semata-mata yang perlu direnungi, malah hubungan keintiman jasad perlu juga dihayati moral dan akhlaknya supaya bukan hanya kelompok sesetengah manusia sahaja yang berupaya berbotox, berimplan, bersuntik dan bertukar darah untuk mengekalkan kecergasannya di dalam menempuh usia-usia lanjut yang mengagresifkan nafsu dianggap contoh sebagai rujukan bagi diteladani."


"Dikau juga tahu kos memindahkan darah yang segar ke atas mereka yang telah lanjut usia tetapi memiliki harta untuk mengongkosinya?"


"Bukan urusan kita."


"Perlu diutamakan bagaimana mahu didepani keinginan jiwa yang sering ingin berasa muda sedangkan kewajipan dan tanggungjawab masih belum tersempurna supaya yang amat diperihatinkan ialah maksud beragama itu diberikan keutamaan sebagai penyelamat kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh ummah."


"Lalu penyelewengan agama sudah tidak dapat lagi ditawar rundingkan ketoleransiannya kerana kekeliruan dan kecurigaan ummah telah tidak lagi upaya menjadi halangan untuk dilahirkan keamanan yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan alam dan ummatnya."


"Adakah mempersoalkan ini menjadi sebab untuk kita bermusuh?"


"Bermusuh di antara siapa dengan siapa sebenarnya?"


"Apakah jenis-jenis watak insan yang perlu dilahirkan oleh setiap zaman sehingga institusi kekeluargaan tidak dilihat sebagai sumber kekuatan ummah?"


"Apakah pula peranan ekonomi sehingga wanita-wanita yang bersendirian memerlukan penawaran jasad untuk menadah ehsan di dalam usaha membangunkan dirinya yang ditinggalkan oleh suami atau hanya kerana kebutuhan kasih sayang pelacuran dianggap pekerjaan?"


"Bagaimana pula fungsi media dan makallah majallah yang mengundang kesempurnaan material keewangan ketrampilan dengan meninggalkan keperluan bertolak ansur menghormati dan menghargai realiti sesama insan bahawa mereka perlu menciptakan persaudaraan dengan lebih bijaksana?"


"Bagaimana pula paparan porno yang dibekalkan oleh pasaran menjadikan sosial masyarakat berseteru dengan nilai-nilai moral dan etika keinsanan kerana dorongan dan ransangn nafsu berterusan diciptakan menjadi sebahagian cara berpendapatan?"


"Wanita tidak lagi perlu merendahkan diri mereka dengan sifat yang begini kerana kemuliaan diri mereka sebagai pelahir generasi mendapat penghormatan oleh Tuhan."


"Pernah dinyatakan bagaimanakah kos pendidikan yang tinggi hasil dari diniagakan secara komersial memerlukan pelajar-pelajar lanjutan menangung pembiayaainya melalui penjualan diri sebagai jawatan ‘pengiring peribadi’ yang menawarkan khidmat langganan kepada pelanggannya menerusi internet?"


"Apakah sikap terbaik untuk diterima hakikat ia bukan lagi perlu menjadi pakaian kepada zaman yang serba mengutamakan pengetahuan dan berjaya melahirkan masyarakat dan warga yang berilmu, berkemahiran dan berpengetahuan di samping beriman?"


"Kita tidak perlu memberi persamaan negara sendiri terhadap kegawatan yang sedang dihadapi oleh negara-negara utama yang mewakili diri mereka di medan peperangan sehingga memerlukan pemindahan bebanan hutang kepada negara lainnya yang sudah tentu tidak adil kepada warga dan rakyat negara itu kerana bukan dasar dan polisi negara mereka yang melahirkan sistem yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negara utama dunia."


"Apabila poligami ditawarkan ia perlu merujuk keadilan."



"Bagaimana pula tentang lelaki yang tidak mahu berpoligami kerana pengalaman melalui kesukaran-kesukaran yang perlu didepani mengenai penyelesaian hak tetapi hanya mahu berhubung secara tidak bermoral?"


"Pintaku usah memusuhi hudud dan berhentilah merasuah minda ku dengan isu yang tidak membangunkan kebaikan perhubungan kita."

Ahad, 25 Julai 2010

Petikan Jiwa Buat Dinazamkan Minda?

thanaif at 12:27 am on Thursday, September 17, 2009


Duhai wanita,


Apakah kita tidak sedia berkroni dengan syurga?


Menyorot akar nasab keturunan ke manakah berakhirnya jika tidak ke syurga?


Apakah dikau tahu amat tidak secucuk dengan maksud keterangan surah Al-Qalam yang mahukan minda itu menjadi pena untuk didekatkan kejauhan akhirat itu dengan syurga setelah diketahui keadaan di neraka tatkala pembacaan itu mahu dicurigai?


Adakah kita selama ini gagal mengungguli pembicaraan maksud al-quran dan santunan hadis yang sumber kuasa bahasanya sebagai bahasa syurga disederhanakan lantaran yang mahu digembur masih bukan lidah ibunda sehingga yang terpenjara di pintu ISA tidak diingini agar sedia Mahkamah Syariah berbuat jasa mengeluarkan perintah saman ke atas penjaksa, penjawat kerja yang memisahkan tanggungjawab kewajipan bersuami isteri yang berdepan dengan cabaran mendepani talak oleh sebutan fasakh?



Bagaimanakah para jejaka melupai tentang fasakh yang diberi amanah buat Mahkamah Syariah memelihara hak wanita sebagai muslim tatkala :

1- Suami yang dipastikan ghaib selama lebih setahun.

2- Suami yang tidak upaya memberi nafkah dalam tempuh tiga bulan.

3- Suami dengan sengaja tidak mahu menyetubuhi isteri dalam tempuh empat bulan.

4- Suami yang dihukum penjara melebihi tiga tahun.

5- Suami yang tidak menunaikan kewajipan nafkah batin dalam tempuh setahun.

6- Suami yang mengalami keadaan mati pucuk tanpa pengetahuan isteri (bagaimana keadaannya jika didera di dalam penjara?)

7- Suami yang gila dan berpenyakit jangkitan kelamin tiada harapan sembuh lebih dua tahun.

8- Isteri yang dinikahi oleh wali sebelum mencapai usia 16 tahun yang masih suci.

9- Suami yang menganiya isteri sehingga hidup isteri menderita, suami yang berteman dengan wanita yang ‘nakal’ dan berperangai keji, suami yang memaksa isteri hidup secara lucah, suami yang melupuskan harta isteri atau menyekat hak isteri terhadap hartanya, suami yang menghalang isteri dari menunaikan kewajipan dan amalan bergama, suami yang tidak upaya berlaku adil kepada isteri-isterinya oleh poligami dan hubungan sumbang mahram yang menatijjahkan ketidak upayaan dikenali susur akar keturunan.


Di manakah muslim di dalam masa yang diagendakan imannya?

Tatkala Dipatuk Ular Takutkah Puan pada Temali?

thanaif at 9:06 pm on Friday, September 11, 2009

Minda ini parah tertusuk bisa lama dari duri yang diutusi segenap jisim yang dikaedahkan oleh penghabluran diri.


Hidratnya telah menjadi rintik-rintik derai yang melupuskan jirim sebati akal rohani.


Bagaimana upaya bagi memadukan gema kebersamaan sesama warga, diperlukan dipertali ikatan jiran tetangga tatkala ’satu dewan’ masih setianya bersumbang cela sehingga masih yang dipilih untuk beramanah itu upaya dileka dengan tawaran wang dan laba?


Lalu apakah yang masih tinggal berbaki untuk difahami dari maksud gema yang ingin mempertautkan para pribumi tatkala terlihat musim-musim yang suram bersekutu yang semakin kecundang?


Selama usia menjadi penguasa yang dipilih apakah pernah terfikir siksa yang diterima oleh penderaan minda yang berulang dilakukan ke atas warga yang masih bertaat setia tatkala setiap saluran interaksi berinformasi disalurkan bisa sehingga tidak upaya beralih menyuakan indera pada sesalur cahaya yang dikepung diempang ditempa dibatas dan direntang haluan yang bertentangan agar tidak hadam arah untuk keadilan dan kebersamaan yang merdekanya menjadi rangkulan demi kerana ia telah diperundangkan oleh Perlembagaan?


"Jika dikau mahu tahu beginilah rasanya penderaan minda yang telah dilakukan ke atas pemikiran yang bebas jiwa merdekanya namun masih berhukum dengan hak dan batil sehingga sukar mahu dimudiki bersama layar di lautan, sukar mahu dilintasi bersama langit berawan sesukar mahu dijejaki bersama sulaman pintalan gagasan."


"Minda ini (kami) telah lama didera."


Dikau tidak mendengar?


"Minda telah lama didera agar membaca setiap huruf setiap pena dan ayat-ayat yang sentiasa sama yang serupa ertinya pada setiap halaman bercetak walau dilanggan akhbar melebihi lima jenis laporannya dianalisa oleh lima lidah pengarangnya dan direncanakan oleh lebih lima minda hasutan pemikirannya."


"Minda telah lama juga didera takala menonton skrin pancar sejak zaman hitam putih sehingga warna-warna beradun tiga sehinggalah wujud nicam stereo monaural dan bilingual dengan interaktif horizon yang sepenuhnya berauto digit terus dengan piawai digital oleh sistem ‘LCD projection multimedia interspace’ berterusan malah kian berganda disengkang dihimpit dilantun dibuai dimampat diregang sehingga bentuk separa otak ini berisiko menjadi ‘leper’ dek ‘hasutan’ yang diterapikan pada kuasa indera 'iq', 'eq' dan 'sq' yang delta, teta, alfa dan betanya diorkestrakan oleh gelombang frekuensi yang sejak ‘azali’ lagi menindan kerasionalan tatkala kerelevanan masih diwar-warkan dari satu sumber yang mewismakan penerangan."


"Maaf daku semakin diburu resah pada ‘Lailatul Qadar’ yang kian mahu menjenguk wajah. Bisu indera sukma ini nanti usah dikau gelisahkan."


Mari kita berbantalkan ingatan bahawa manusia itu miliki hutang selama mana akhirat disepikan.

Warkah Buat Pencinta Lelaki Dan Wanita

thanaif at 8:37 pm on Saturday, September 5, 2009


"Bolehkah bertanya?"


"Apakah hak kebebasan yang memerdekakan minda itu diperjudikan?"


"Kamu mahu ke Las Vegas? Di Monte Carlo juga ada medan perjudian."


"Dikau lupa di Genting Highlandmu juga upaya dipertaruhkan berbagai jenis aura?"


"Namun dikau berjudi pada nilai kemanusiaan."


"Berjudi di atas kesengsaraan ummat yang dimiskinkan terlebih dahulu perut dan mindanya."


"Perhubungan siapa sebenarnya yang mahu dikau perjudikan?"


"Lazimnya tuduhan-tuduhanmu tidak berasas."


"Adakah wujud keberanian wanita-wanita untuk tampil ke hadapan untuk mengesahkan bahawa wujud kebenaran untuk nasib mereka diperjudikan atas tawaran-tawaran wang/tender /perjanjian /muafakat yang dikompromikan misal pencarian cinta kasih simpati belas kasihan tumpuan yang disediakan habuan yakni wang dengan jumlah pakej yang lumayan?"


"Mereka membenarkannya! Usah dikau abaikan itu."


"Sejauh manakah kebenaran wujud cabaran-cabaran sesama lelaki dari kalangan komuniti eliet umpamanya, mencabuli kepercayaan wanita, kemudian mereka sedia memperjudikan nasib wanita dengan sesama sendiri mencabar untuk menikah atau menggauli secara berzina yang dimulai dengan sifat berpura-pura tertawan atau tertarik yang berakhir dengan penterjemahan peradaban yang tidak ada nilai moralnya?"


"Sebaliknya dikau lupa wujud fenomena wanita yang perlu didanakan sedia diletakkan sebagai pertaruhan untuk diperjudikan kecantikan, kesengsaraannya, bagi diekspolitasikan sepenuhnya oleh media?"


"Adakah semua ini menyelesaikan masalah jenayah dan kerosakan moral akhlak ummat?"


"Jika ada dan ianya benar serta dipersetujui bolehkah dinyatakan ia dimunculkan dari minda sebelah mana atas dasar apa juga atas sifat bagaimana demi matlamat apa ia diwacanakan?"


Apabila menoleh dunia terabaikah syurga?


Apabila menoleh akhirat terabaikah neraka?

Khamis, 22 Julai 2010

Buku Eletronik Atau Minda Eletronik Untuk Kerajaan Eletronik?

March 16, 2010 7:35 am

Apakah yang wajar menjadi solusi ke atas muslim yang sepenuhnya sedia dijadikan mangsa oleh pemikiran-pemikiran intelek yang sering dilihat sebagai kemajuan sikap bertolak ansur yang dijadikan sebagai alat kepada kemajuan peradaban moden ini?


Bagaimanakah kesan dari peperangan upaya menjadikan kebencian dan permusuhan itu dilupuskan tatkala dari pihak yang berkepentingan lebih ke arah menjadikan warga mereka sebagai sasaran untuk dimangsakan?


Wajarkah diakui Amerika dikuat dan dilemahkan oleh Pertubuhan CIA berbanding dengan negara lain yang lebih terarah sempurna hubungan diplomatiknya yang tidak sepenuhnya diperencanakan dengan unit-unit rahsia kerajaan seperti mana SAVAK yang satu ketika lalu meruntuhkan kepercayaan warga Iran ke atas Shahnya.


Sejauh manakah warga Pakistan dan Aghanistan (kecuali di Palestein yang dianggap lebih bijak bersiasah walau dhaif ekonominya) menyedari adalah satu kesalahan membunuh saudara mereka akibat dari dasar luar negara yang salah khususnya apabila ia lebih kepada memelihara kepentingan Amerika?


Lantaran bungkam dengan aktiviti pelesapan catatannya yang tersimpan rapi di fail peribadi, soalan-soalan berterusan ditinggalkan di helaian skrin yang berkualiti. Walau tanpa cetak dakwat basah sebagai lazimnya pintalan ungkapan ditemalikan, jejak gelombang sudah upaya dijalinkan walau tanpa frekuensi.


Buku eletronik dengan sesalur gelombang untuk keuntungan?

Selasa, 20 Julai 2010

Permakluman

tejathanaif @ thanaif ingin memaklumkan bahawa dia bukan ahli umno dan tidak berminat dengan parti ini.

Salam Buat Pelacur Dan Perempuan-Perempuan Pengiring Peribadi Yang Muslim

thanaif at 9:58 am on Ahad, Ogos 23, 2009.


Warkah kali ini buat Pelacur-Pelacur dan Wanita Simpanan yang tidak memahami dan mengenali hak-hak mereka yang boleh dituntut dari seorang lelaki sekiranya mereka bersedia untuk tidak menawarkan diri hanya dengan sejam dua dari tolak ansur jumlah yang ditawarkan.


Begini :


Kontrak atau tugas yang hanya menjadi alat pemuas nafsu tidak membenarkan dituntut hak pemilikan harta sepencarian melainkan dengan pernikahan.


Ini bukan idea untuk lelaki bukan Islam tetapi kepada wanita muslim yang telah disia-siakan hidup mereka oleh suami dan kerana perlu menyara kehidupan mereka terpaksa menjadi pelayan jasad.


Juga ditujukan kepada wanita muda muslim yang ghairah terpaksa menyara kos kehidupan yang tinggi dengan mendaftarkan diri di pasaran ‘menjadi pengiring peribadi’ agar berfikir berkali-kali untuk tidak terjerumus dengan dosa perzinaan.


Lelaki yang bermaruah tidak akan sedia melanggan wanita yang dikongsikan secara beramai-ramai melainkan wanita itu juga termasuk ke dalam kategori yang sama yakni yang rendah nilai dan persepsi diri.


Usah berjauh hati, fahami terlebih dahulu maksud yang tersembunyi dari terjemahan ayat yang bermaksud :

Carilah isteri dengan hartamu untuk dikahwini bukan untuk berzina.

Mengapa?

Kerana isteri yang dinikmati perlu diberikan maharnya yang sempurna yakni belanja mas kahwin.


Lantas itu jika ahli politik, ahli perniagaan, para profesional atau orang-orang kaya yang terdiri dari eliet yang memiliki banyak wang, saling bersaing desakan oleh cabar mencabar bagi melunasi hak-hak asasi yang dipiagamkan sebagai resolusi, saudari-saudari wajar meminta pernikahan yang sah untuk melayakkan saudari-saudari dan anak-anak mewarisi harta seandainya membenih di dalam ovari saudari-saudari janin, dan agar anak itu berhak mendapat hak persaraan seumur hidupnya yakni ditanggung kebertanggungjawaban bagi mendapat pendidikan rendah dan tinggi dan hak-hak untuk mendapat pembelaan.


Di sudut pemahaman ini juga upaya dilihat bagaimanakah keadilan yang mampu dilaksanakan oleh pengamal poligami dan persedian-persediaan memahami kewajipan berumah tangga dapat diteladani.


Sayugia juga diperingatkan jauhilah dari terlibat dengan lelaki-lelaki yang memiliki hutang, yang sederhana pendapatannya serta memiliki keminimanian kesedaran menunaikan kebertanggung-jawaban tetapi sangat rendah kawalan emosi dan kerohaniannya bagi disederhanakan syahwat naluri semula jadi.


Lantas dengan ini sebenarnya kita bersama berupaya membasmi pelacuran yang menjadi acara lazim peradaban zaman yang cuba mahu disuai-kenalkan dengan budaya beragama kita.


Isu yang tidak upaya difahami untuk tidak dipisahkan makna ketinggian berpengetahuan saat ini ialah ketidak sediaan beriman dengan larangan-larangan yang menyatun akhlak untuk dijauhi wabak-wabak penyakit di dalam sosial masyarakat moden kelihatannya telah terhakis dari maksud berpendidikan.


Saudari-saudari perlu tahu bahawa di dalam agama kita hak-hak untuk mengekalkan pemilikan harta saudari-saudari sebelum pernikahan tidak berubah oleh perkahwinan. Dengan kata yang lain maknanya harta-harta itu tidak perlu diperkongsikan sekiranya tidak wujud hasrat untuk dilakukan begitu.


Justeru usahlah diabaikan keperluan berpengetahuan di dalam agama tatkala dialami penderaan jiwa.


Usah juga bercuriga dengan Islam yang amat mengasihi saudari-saudari.

Mata Itu Pecen Atau Berpecicilan?

Mata Itu Pecen Atau Berpecicilan?
thanaif at 8:35 pm on Rabu, Ogos 5, 2009.


Talaan lalu ……

“Bagaimana mampu dikau hadami cerbis-cerbis daging yang tidak hanya empuk bahkan mulai menusuk keras ke rongga hidu.Likat lebam merah telah menjadi hitam hingga bertumpuk-tumpuk lalat langau menemani suapanmu.Hanyir membusung busuk pekungnya membening mendenyutkan usus rongga hempedu hingga apa yang ku telan semalam mendesak minta dimuntahkan…”


“Kadang-kala hamba terpegun terleka dengan keashikan tuan hamba menyantap sisa-sisa buangan yang sudah menjadi sampah oleh kronik gaulannya dengan radikal cemar yang dibebaskan oleh udara dengan pelangi dominasi ultra ungu menular racun sejatan tawas sebatian kimia.”


“Hamba juga seakan cuak melihatkan sikapmu wahai Gagak. Gelagat tuan benar-benar telah menusuk jauh ke dalam jiwa hamba. Mengapakah senekad itu tuan hamba menggalas dahaga menghirup rakus cerbis robekan yang memualkan itu?”


“Benar Gagak, sabda junjungan Kekasih Allah SAW, saat kamu mulai mahu menjamah makanan mulalah dengan ucapan bismillah,pergunakan tanganmu yang kanan dan ambil dan capailah hidangan yang berhampiran denganmu sahaja. Kekasih ummat SAW seakan tahu perihal rakusnya kita terhadap rezeki. Ditertibkan pekerti agar akhlak tidak terusir saat dihidang makanan untuk dijamah bersama-sama. Kita biasa melihat manusia yang berhimpun berenam atau berlima untuk sebuah talam.


Rezeki seorang barakahnya menjadi cukup buat dua, rezeki berdua cukup pula buat beretiga dan seterusnya.”


“Rezekikah bila milik si miskin menjadi hak yang tidak mungkin dikembalikan hingga didisiplinkan menjadi tertib berperaturan emosi dan jasad seluruh badan malah diinsankan dengan sekatan ISA , terpenjara dan tiada pengadilan?”


Hak kita belum tentu menjadi rezeki kita?

R - Bebas Itu Miliki Apa ??????

12:51 am on Ahad, Julai 26, 2009.

20/11/2008

1447


Berblog atau tidak?


Bolehkah menulis tanpa membuka minda?


Bolehkah membaca tanpa memanafaatkan bacaan?


Lalu di manakah kesalahan jika buku-buku bermatlamatkan minda mesti dipelihara dengan menjadikan sifat membaca sebagai budaya bekerja?


Minda tidak boleh dimiskinkan walau pun perut boleh dikenyangkan.


Negara boleh ditiadakan tetapi rakyat tidak boleh dinafikan kewujudannya sebagai warga!


Lemah lemas

Tegah berwaras.

Belah jelas

Resah berasas.


Lesu keliru

Mahu mengadu.

Nafsu lalu

Tawa berampu?


Tawar dinar

Cemar bergelar.

Hijau malar

Damai bergegar?


Embun dinihari

Dingin menyentuh jari

Menjurai titisan bernafsi-nafsi?

Sangkar Diri Yang Tidak Diundang. Pergi Tidak Dihantar

Mengangkut catatan di Friendster.

Sangkar Diri Yang Tidak Diundang Pergi Tidak DiHantar.
thanaif at 6:06 am on Selasa, Julai 14, 2009.


Melihat daun kering ditiup angin tiarapnya di tengah padang.

Ini merupakan pesanan-pesanan yang terabai dari pengumpulan catatan-catatan semalam.


“Bebaskan minda untuk menjadi tetamu di sangkar peribadi.”

“Bagaimana caranya?”

“Benarkah sesalur gelombang radio itu dihala pancarkan ke televisyen?”

“Ada bukti?”

“Penyampai kontinya dikonsumerkan oleh media televisyen dan talian frekuensi.”

“Adakah ini sebagai tanda ketidakupayaan untuk mereka memekanismekan ciri keadilan terhadap wadah maklumat yang sebenarnya telah mulai dihayati miliki kelebihan tersendiri tanpa menyedari bahawa tugas para penyampai info adalah juru pengintegrasi yang kebestarian mindanya dijulang oleh ketiadaan unsur taksub terhadap hanya sebelah pihak sahaja?”


“Masih dengan sifat dakwa dan dakwi?”

“Apabila masih yang sama apakah ada pembaharuan?”


Serindit hanya bernyanyi di sangkar.

Rabu, 7 Julai 2010

Benarkah?

Apakah makna taksub dari sisi pandang athlit sukan dengan taksub terhadap ikon dan tokoh kepimpinan?


Apakah nilai fanatik dari sisi pandang pendirian yang dipertahankan meski ia jelas kesalahan dan bukan kebenaran?


Bagaimanakah kaedah menyelesaikan permasalahan dilihat tatkala ketidak-bolehan yakni kelemahannya berada di pihak kerajaan?


Adakah mengabaikan asas sumber kepada masalah memperlihatkan kejayaan atau kelemahan?

Musykil

Bagaimanakah ketidak-seimbangan berbagai sudut di antara belahan dunia ini upaya diadili?


Siapakah yang lebih berdaya bagi mengaplikasikan model yang membentuk persefahaman kemajmukan kepelbagaian etnik rakyat negaranya?


Tatkala asas yang menyatukan kemajmukan rakyat dipupuk oleh sistem pendidikan yang menjadi pemangkin kesedaran meluhurkan keinsanan yang bertata etikakan kesusilaan kesopanan yang diasaskan oleh kefahaman beragama itu turut membentuk kekuatan emosi jiwa bagi setiap rakyat berproaktif meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan sifat berkarisma yang memprofesionalkan disiplin diri oleh jiwa besar merdeka yang upaya memudahkan dimoralkan prinsip-prinsip kebersamaan kebebasan yang dihormati, adakah falsafah lebih dihayati atau tindakan yang lebih mudah untuk diteladani lebih diperlukan untuk dicontohi?


Adakah benar demokrasi dinafikan ke atas sesetengah peribumi menerusi politik parti?


Politik untuk perniagaan atau politik untuk pentadbiran yang menjadikan perubahan itu tidak membela dan tidak berdaya mempertahankan kebebasan?