Sabtu, 31 Disember 2011

Kelab Fakir Vs Kelab Jutawan - Siapa Juara?

Kegagalan Amerika mencalonkan wanita mereka sendiri untuk jawatan Presiden bukan tanggungjawab muslim sedunia.

Terasa sangat saya memberikan cabaran ini kepada 'mereka yang melayang-layangkan suaranya' di udara.

Kami berbalah di dalam diam. Adakah ketidak bolehan mengakses bluetooth C903 ke internet sebagai impaknya?

Isu saya kali ini kepada 'mereka' yang 'melayang-layangkan suara di udara' ialah apabila rakyat di negara mereka sendiri tidak mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita kelahiran negara mereka sendiri yang sudah tentunya beragama Nasrani atau berbangsa Yahudi untuk membawa Amerika menebus kelemahan dan kesalahannya terhadap dunia dan ummat selama ini, ia bukan menjadi masalah kepada muslimin seluruh muslim di dunia ini.


Susuk jasad seperti Her Royal Highness Majesty Queen Elizabeth 2 masih mendominasi keberdayaan wanita yang tabah melihat kerugian ummat dari pengalaman baginda melihat kelemahan urus sistem oleh kalangan pimpinan lelaki sedunia khususnya dari Amerika dan Eropah serta Timur sendiri.

Sinopsis dari skrip kelihatan amat dipertahankan tanpa sedia ianya diubah.


Secara peribadi saya teringin meminta Her Royal Highness Majesty Queen menyatakan pandangan baginda mengenai kelemahan kerajaan UK antaranya ialah kerana persetujuan dan kebenaran untuk khalayak bangsawan menguasai dan menentukan arah laku dan fokus di kalangan penjawat istana sehingga Her Royal Highness Majesty Queen 'gagal' mempergunakan kesempatan dari kewujudan bekas Princess of Wales mendiang Princess Diana Spencer untuk menjadikan dunia dan rantau Komenwel selamat dan aman bagi memperolehi jaminan keselamatan hasil dari 'keberdayaan intelek kemanusiaan' mendiang Princess Diana Spencer memnggunakan saluran diplomatik yang begitu menyentuh nurani kemanusiaan ummat waktu itu.

Waktu itu laluan diplomatik amat berwibawa kerana mendiang Princess Diana bukan memilikki kepentingan politik tetapi menjadi kepercayaan ummat Kristian dan Yahudi untuk menjadikan dunia ini sejahtera dan terpelihara keamanannya.


Siapakah yang menjadi halangannya untuk makna kebebasan berkecuali dan aman diwujudkan di laluan searantau bagi barat timur utara dan selatan?


Ini bukan urusan saya sebagai wanita melayu muslim dari khalayak rakyat awam yang tidak mahu terlibat dengan hal ehwal urusan bukan muslim tetapi apakah tindakan ummah terhadap kekerasan tentera Mesir ke atas wanita mereka jika 'kegaganasan' rakyat negara Teluk dan terbaharu di utara Libya terhadap pemimpin mereka 'yang rasanya' ada menyumbangkan jasa dianggap lumrah?


Dalam hal ini penglibatan negara luar sukar untuk diabaikan.


Seperkara lagi mengenai keberdayaan susuk wanita seperti Her Royal Highness Queen Elizabeth disorotkan perhatian masih mendominasi zaman Mellinium ini adalah kerana ketidak wujudan skandal-skandal hubungan  baginda dengan lelaki yang bukan suami baginda.


Mengapakah kebersihan moral dan mulia peribadi Her Highness Majesty Queen tidak upaya dikekalkan oleh putra-putra baginda yang menjadikan saya mencatat 'no holly person in X factor'.


Aliran pemikiran masyarakat Britain juga semakin gagal saya fahami kerana keterlaluan sesuatu itu dipersetujui atau diambil tindakan sebelum masyarakat atau rakyat memberikan pandangan atau sokongan walau pun ia bersifat hal ehwal urusan peribadi kerana umumnya masyarakat dan rakyat Britain berfahaman konservetif.


Soalan saya untuk 2012 dan seterusnya apakah dunia akan kekal diuruskan oleh Persatuan Kelab-Kelab Jutawan?

Isnin, 26 Disember 2011

Kesabaran Ini Mulai Menipis

Semalam salah satu blog peribadi saya di Wordpress di bawah nama Campadang Dewadaru Adalah Dewala gagal mengakseskan muat naik gambar wajah thanaif asli setelah beberapa kali diusahakan prosesnya.


Dan pada hari ini pemilihan tema juga mulai menolak pilihan yang dibuat bagi menggantikan pilihan tema yang tidak berjaya memuatnaikkan paparan gambar wajah thanaif.


Ia mengimbas semula 'sengketa kata dengan bahasa' di antara saya dengan Yahoo yang melupuskan akaun nlma_126@yahoo.co.uk tatkala website itu mengujarkan tentang tawaran pengemaskinikan (update) bagi kata laluan sekitar tahun 2007 atau 2008, setelah akaun email yahoo atas nama thanaif dikesan telah digunakan ke atas email peribadi saya thanaif@yahoo.com.


Menurut catatan di dalam simpanan, saya mulai menggunakan yahoo (member) semenjak 11/9/2006.


Saya tertanya apakah laman-laman interaksi seperti  Yahoo, Google malah facebook dan Twitter telah menjadikan laman interaksi mereka bersekutu untuk menjadi 'master mind' yang memangsakan pengguna yang menggunakan kemudahan perkhidmatan di capaian komuniksi gelombang?




Adakah sikap kolonial diperbaharui melalui pembinaan sifat penglipur lara untuk menjadikan tekanan khalayak yang tidak beriman dengan agama dipikulkan ke atas kelompok para komedian dan khalayak seni yang arah fokusnya hanyalah untuk mendapatkan hiburan? 


Mereka menjadi bintang yang dibina pentasnya dengan imaginasi sehingga bintang-bintang ini menjadi pemotivasi yang bertindak menjadii 'guru' kepada masyarakat moden yang kini diaktifkan menjadi penggemar kepada siaran-siaran televisyen yang isu-isu moralnya upaya dipertikaikan.


Apakah yang akan terjadi ke atas pemikiran kanak-kanak yang berhadapan dengan kekurangan kecerdasan, tidak matang untuk memproses di antara realiti dan imaginasi, di antara keinginan untuk mempunyai cita-cita dengan yang hanya sekadar diberikan harapan?


Bagaimanakah kita kekal mengabaikan saksiyah yang bercirikan negetif turut menjadi ikon untuk diteladani tatkala kita juga mencabar untuk diabaikan komuniti masyarakat yang tidak berkelulusan? Umpamanya individu yang suka melihat dada pejal di kalangan intelektual profesional yang berkemahiran tinggi dengan kanak-kanak yang sudah mulai memiliki sifat malu.




Bagaimanakah ini difahami?


Semisal yang lain bagaimanakah mereka yang suka melihat ponggong, mendengar bualan lucah (ada perkhidmatan yang dibenarkan untuk mendapatkan bualan lucah oleh sistem telekomunikasi dan syarikat telefonis) bagi mendapatkan birahi di kalangan esekutif berprofil tinggi, mereka yang bergaji rendah atau kutu jalanan dengan stuasi yang dihadapi oleh wanita-wanita yang mendidik anak-anak agar menghormati dan beradab terhadap ketua rumah tangga atau saudara yang lebih tua difahami?




Sistem pendidikankah yang mengasuh kecacatan pancaindera seperti ini? 

   







Jumaat, 23 Disember 2011

Halal Itu Sebahagian Dari Syariat Agama Ku




Bagaimana mahu melihat halal yang tidak dikomersialkan apabila ia menjadi asas keperluan awam?

You Never Cutting The Jugular Vein?



Melunasi makna perluasan komunikasi sebenarnya menjadi terbatas apabila ianya diempangi oleh protokol yang ditetapkan oleh keperluan syarika-syarikatt media, R.

Kemarahan sifat yang lumrah. 

Bagaimana jika undang-undang membuatkan kita berasa marah?

Tentunya setelah undang-undang disalahgunakan, bersifat tidak adil yang menjadikan sosial dan masyarakatnya mudah dinilaikan. 


Jesteru itu saya hairan apabila syariat saya mahu diempangi disekat dan dihadkan perluasan penggunaannya oleh etnik mu R tatkala syariat mu juga memahami makna pemutusan urat merih. 


Meleraikan bahang hangat yang semakin sukar didinginkan saya mengirimkan email ini agar sesuatu upaya dilakukan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Tuan/Puan,

Merujuk kepada pengiklanan 'Email on the Nokia E6' yang dipaparkan di dalam kotak email peribadi saya yang menyatakan bahawa : Iklan ini berdasarkan e-mel dari peti mel anda.sukacita dinyatakan bahawa e-mail dari peti mel saya TIDAK MENGGUNAKAN sel telefon buatan NOKIA.


Penggunaan Multiply menerusi blog Gelanggang Bicara Mengadun Idea milik saya dari alamatthanaif.multiply.com TIDAK MENYERTAKAN NOKIA SEBAGAI jenama produk.


Penggunaan Google Chrome oleh Lelawati binti Mohd Ali yang menjadi pemilik sah kepada nama pena tejathanaif dan thanaif di siber BUKAN PENGGUNA PRODUK NOKIA.



Referring to the advertisement 'Email on the Nokia E6', which appear in my personal email boxstating thatThe ads are based on the e-mail from the mailbox .i like to stated that thee-mail from my mailbox NOT USING NOKIAAccording to my blog (how it become a journal?)  thanaif.multiply.com, GELANGGANG BICARA MENGADUN IDEA , I  NEVER INCLUDE NOKIA AS MY USING PRODUCT BECAUSE I AM NOT NOKIA USER.FOR YOUR CONCERN MY NICK NAMES THANAIF & TEJATHANAIF IS AN INTELLECTUAL PROPERTY TO ME. MY REAL NAME IS LELAWATI BINTI MOHD ALI. A MALAY MUSLIM LADY FROM KLANG SELANGOR MALAYSIA.TAKING THIS OPPORTUNITY I AM A SONY ERICSSON USER. All my access to internet right now are using sony product, my access to frequency is using sony ericsson c903 since 2005 and starting from this year i am the vios user. For your concern we (my husband and i) is a sony television watching audience beginning 1989.So stop advertise using Nokia to my email and stop to connect thanaif & tejathanaif from Qatar as a Nokia product user.May i know how Park of Commerce Blvd, Boca Raton, Florida is sending me this email?  I do not know and never in my knowledge have a communication.with this community.

Selasa, 20 Disember 2011

Siapa Kancil Tatkala Mereka Gajah?



Hari-hari yang menuju ke pengakhiran tahun, negara permaustautinan kami berada di dalam kedinginan meski berdekatan dengan gurun luas Saudi Arabia.


Jendela dunianya sering menjadi halilintar kepada minda saya sehingga wujud rahsia di antara diri dengan hati setelah minda sering dijadikan alat untuk menterjemahkan apa yang dihayati oleh pancaindera.

Antara dailog monolog itu telah terjadi pada 18 Disember yang lalu saat terbaca kenyataan dari sebuah laman pemblog :

'The bookies are betting on your verdict as "NOT GUILTY”. Malaysian bookies have lost a lot of money, and so are those MCA businessmen who took heavy bettings on this case.’ 

Pantas dailog solo mulai bermula tanpa arahan :

‘What about MSN Jacpot Lottery?’ Saya membalas terhadap kata-kata pengacara di tv dalam siri sukan yang saya tidak minati ‘American Football’.

Di mana pasukan kebangsaan bagi negara-negara yang menyertai siri pertandingan sukan antarabangsa?

Merekakah yang sedia dibeli?

Bagaimana pula dengan ‘junior-junior ametur’ yang perlu didana untuk mendapatkan biayaan ke kolej, merekakah ditawarkan dengan wang judi?


Makna bidalan simpulan bahasa kami bahawa jika guru kencing berdiri tidak salah akan ditemui muridnya akan kencing berlari.


WHY INSULT MUSLIM WHO NEVER TAKE DIRTY MONEY?

  
Adakah nasrani dan yahudi tidak sedia untuk mengambil wang loteri dan berpendapatan dari wang pertaruhan?

Lalu mengapa mahu mempersendakan muslim yang tidak sedia mengambil wang loteri dengan menjadikan kesimpulan menyeluruh bahawa semua muslim sedia mengambil wang loteri, wang pertaruhan, wang perjudian tatkala berhadapan dengan golongan muslim yang sedia menjadikan pendapatannya hasil dari perjudian dan pertaruhan?


Ini isu basi, thanaif… si teja murai sudah berkicau seperti si Kakak Tua yang sengaja diasuh supaya menjadi peniru dan pengganggu…


Aduhai tejathanaif bukankah puan sedang mempelbagaikan makna halal? Carilah makna halal di dalam segenap bidang aktiviti mu. Adahkah usus dan perut sahaja yang menyihatkan jasad mu supaya wajah mu tetap jelita?


Mahu sahaja saya mentertawakan teja yang ashiknya pada wajah untuk sering membandingkan sesama saudaranya. yang tidak rupawan seperti dirinya.


Wanita-wanita ini sering lupa diri apabila ego menjadi sandaran hati?

Halal mu di perut sahajakah? Bagaimana dikau mencari yang halal di dalam bersiasah beraktiviti berperibadi andai peradaban itu diungguli oleh pengetahuan teja?


Dikau melobi siapa teja?

Antara biru dan merah kepada saya tidak mewakili sesiapa walau pun saya sedar kancil yang dipaksa mati tersepit bila gajah sama gajah berebut, teja.

Saya tidak menyerah kerana saya bukan hamba,thanaif. Jurai keturunan saya bukan dari khalayak hamba seperti ‘Kunta – Kinte’. Apakah dikau yang sedang berdagang jualbelikan ‘hamba’? Siapakah hamba-hamba mu Tuan thanaif?

Kroni yang mana satu?

Serendah darjat insan dia berhak diperakui keberadaannya kewujudannya walau pun dia tidak berharta tidak berkelulusan tidak berkemahiran tiada rupa kerana dia bernama.Haiwan juga diberi nama Jalak – Kaduk - Borek mengikut sifatnya, thanaif.


Pengamerikanisasian sudah menempa kemuramanmu, teja?


Dikau memandang sejauh ke negara ‘Beruang Merah’? cemuhan teja kedengaran perlahan.


Jika saya menyukai bekas pemimpin negara itu ia hanya bersifat peribadi tidak wujud apa-apa perkaitan dengan sangkaan mu teja. Negara itu telah bergerak 360 darjah untuk diujarkan pertanyaan,"Tuankah yang sedia menjadikan dunia ini aman”? 


Sudah lelah menanti wujudnya pengaman dunia yang menyandang Anugerah Nobel Keamanan dari dunia barat, masih kegetiran itu mewakili bina imej nasab Nabi Ibrahim. Disengketakan sempadan dan rantau laman walau pun ada persepakatan memetrai perjanjian tetapi hanya menjadi sekutu di New York masih tidak menjanjikan apa-apa, teja.


Benar, ada sesuatu yang masih tersembunyi. Benar kata mu apakah wajar Kancil dipaksa mati tersepit tatkala gajah sedang beradu? 






Sabtu, 10 Disember 2011

Masih


e    Televisyen di rangkaian OSN dan Showtime di rumah kami tidak lagi ada paparan laporan  Press TV. Lalu mahu atau tidak saya terpaksa mengikuti laporan berita yang disiarkan oleh  CBN, The Fox, Sky TV, MSNBC di samping Al Jazeerah tatkala masih gagal untuk memahami bahasa arab walau pun telah enam tahun menjadi pemaustautin di Qatar. 



      Bagi mengurangkan tekanan yang sering mendatangi minda saya cuba menonton bicara bualan ekonomi di stesyen televisyen yang sama selain Bloomberg. Terpegun apabila pengacara-pengacara keewangan kian diikonkan dalam menarik perhatian penonton agar lebih terhibur dengan dailog-dailog yang sukar difahami oleh anak-anak. 

      Wah berasa seperti menjadi budaya untuk berhibur di slot-slot perbincangan hal ehwal semasa yang berfokus kepada isu kepentingan awam yang secara umumnya semakin berdilemma dengan peningkatan kos sara hidup.



      Minda tertanya apakah agaknya khalayak penghibur di hollywood sudah tidak lagi berperanan dalam berhadapan dengan hakikat akhir zaman ialah ummah perlukan sentuhan keinsafan bagi lebih memuliakan sifat insan yang kian berhajat kepada kehiduapan yang lebih damai dengan dakapan agama? 


      Lalu bagi mengurangkan keserabutan minda yang ashik berkemelut dengan paparan laporan dan siri bincang mengenai isu semasa saya mulai mencabar pengulas-pengulas di televisyen dengan soalan 'mengarut' hasil percambahan proses berfikir yang didapati dari pembacaan dengan soalan-soalan berikut : 

      Apakah isu di Gazza perlu kekal dikomersialkan? 




      Pemberian wang percuma untuk meluaskan penggunaan $US di medan siber yang dilakukan di serata benua adakah meninggalkan kesan?

     Bagaimanakah membaca indeks prestasi pada purata pendapatan yang dimaksimumkan atau tidak ada kenaikan dalam tempuh sepuluh tahun?

4   Sejajarkah keadaan ini dengan kenaikan komposit dan kenaikan harga produktiviti yang mempunyai kepelbagaian permintaan terhadap perkhidmatan? 




     Di manakah tempat terbaik untuk dilakukan pembaharuan setelah Amerika memperlihatkan kampus dan sekolah menjadi tempat ‘amuk’ dilakukan akibar kegagalan menghadapi tekanan di kalangan pelajar-pelajar? 

      
     Tatkala bertentangan pendapat dengan 'rakan udara' saya mengirimkan pesanan dari Sony Ericsson dengan pandangan bahawa cara hidup mewah amat sukar direalitikan walau pun dibina imaginasi dan mimpi mengenainya kerana kita, mereka dan semua yang telah dan akan dilahirkan memerlukan tabung dengan wang tunai bukan kertas hutang.


 '   Rakan bisu' di udara itu saya jadikan sebagai 'alat' bagi menyederhanakan kerumitan yang bersimpang perenang di fikiran tatkala disedari 'mereka' tidak lansung tahu kewujudan soalan dan bualan saya kerana tidak tahu berbahasa melayu. 


      Kebisuan mereka menjadikan semakin banyak catatan berjaya dihasilkan walau pun ianya pengulangan seperti yang sering diperkatakan oleh bijak pandai bahawa kekurangan pekerjaan adakah bermakna perlu ditangani permasalahan pertambahan penduduk di wilayah lokasi negara yang tinggi kepadatan penduduknya? 
  


      Bagaimana jika jiwa penduduk itu berjangka hayatkan usia yang lanjut kesan dari cara hidup yang bermoral dan amalan cara serta gaya hidup yang sihat di samping pemakanan yang baik? 




      Adakah kawasan dan lokasi ini akan turut direncanakan pelupusannya yang membolehkan penghijrahan berlaku? Bukankah keluasan sesebuah lokasi itu tidak wajar disempadankan atau dikontangkan dengan alasan pembangunan?  



      Rutin harian saya masih kekal serupa sepanjang enam tahun ini.

Jumaat, 2 Disember 2011

Milik Siapakah 99 nafsu dan Siapakah Yang Memiliki 99 Akal?


Bagaimanakah dikau mensusilakan sembilan puluh sembilan kuasa nafsu, duhai wanita?


Mengapa?


Porno dan tayangan filem serta drama di tv yang meningkatkan jenama Hollywood telah meletakkan kita di bawah kesedaran bahawa untuk menjadi berani ialah dengan berani memperlihatkan anggota badan yang dianugerahkan sebagai kemuliaan manusia yang berbeza dengan haiwan.


'Apakah maksud mu thanaif?' 


Suara teja berseiring dengan suara R kian mengganggu minda saya.


'Untai rasa mu dibelit oleh apa thanaif apabila sering suara mu menyindir kami di setiap segi sudut dan ruang?'


Mahukah dikau menerima soalan ku?


Mengapakah ikatan gigal sering menjadikan lelaki-lelaki mu mempunyai mirip seperti sifat wanita mereka dengan sering bercermin di hadapan apa sahaja walau di tengah khalayak yang amat ketara pada mata ku sebagai imej masyarakat mu?


Berdandan seolah-olah mirip model dengan peragaan jubah panjang berpesak kiri dan kanan untuk ditiruskan buka pinggang setelah dilebarkan buka paras dadanya?


Tanpa seluar yang tebal menjadi pakaian menutup lonjong bungkal di depan melentik juga kegebuan punggong di belakang?


'Memiripkan kewanitaan mereka di dalam pemakaian baju-baju membuatkan dikau sering menyimpan senyumkah thanaif?'


Mereka kata berpakaian kini turut dipengaruhi oleh ekonomi dan politik malah sikap keibubapaan juga kini diberikan pengaruh untuk diteladani dari ikon seni sehingga remaja sudah tidak berhaluan dek dominasi begini.


Ekonomi masih tidak dipersetujui bukan satu-satunya penentu pembangunan ummah. Ummah pula mahu turut memasukkan atheis yang tidak beragama, mereka yang beragama tetapi tidakk mahu beriman sebagai sebahagian ummat.


'Adakah kita disengajakan untuk turut berasa bertanggungjawab terhadap nilai $US yang dikatakan semakin rendah akibat pelepasan ikatan kebanyakan negara-negara terhadap nilai mata wang mereka?'


Menjawablah teja saat R kian disempadani oleh jarak dunia dengan alam rohnya.


Apakah tunggakan yang mulai dilihat membebankan  masyarakat hasil dari sistem keewangan yang ada menjadi antara sebab dibebaskan tambatan nilai $US sementelahan sudah diketahui kenaikan bagi hitungan faedah keuntungan dianggap riba yang meninggalkan kesan tanggungan hutang yang mengikis kuasa beli kita?


Di manakah gerangan mu?



 

Khamis, 1 Disember 2011

WARKAH BUAT YB Elizabeth dan YB Theresa (lantaran kejayaan YB bersikap jujur)



Agak keterlaluan apabila masyarakat cina masih sedia disentimenkan dengan isu perkauman andai ditanyakan benarkah masyarakat Yang Berhormat  masih mahu mendominasi hak bagi saudara senegara mereka  yakni masyarakat orang melayu impak dari kesan salah urus dan tidak mampu beramanah kepimpinan parti utama tanah air kita UMNO serta MIC dan MCA/Gerakan?



Kami telah berhadapan dengan kehilangan memandaikan diri kami dengan bahasa kebangsaan.


Kami telah berhadapan dengan kehilangan kesedaran bersiasah dengan hak istimewa orang melayu yang tidak menyeluruh pemeliharaan dan pembelaannya.


Kami telah berhadapan dengan pelupusan jati diri berbangsa serta berbudaya (untuk lebih jujur kerana apabila menyatakan mengenai kehilangan jati diri beragama ia akan dianggap kewujudan ciri ekstrim dan pembinaan ciri radikal)


Kami telah kehilangan persaingan sihat di mana-mana pasaran terbuka oleh penetapan kelayakan dan intelek sepenuhnya dipiawaikan oleh bahasa inggeris yang menjadi kelemahan untuk berkemandirian kebanyakan masyarakat melayu yang tidak berjaya berkelulusan tetapi berpengetahuan serta berkemahiran.

Adakah benar kini prioriti diberikan kepada kebolehan memahami bahasa mandarin bagi mendapatkan pekerjaan?



Kami kehilangan keberdayaan untuk berkemandirian apabila kebolehan berfikiran kritis sepenuhnya ditolak untuk dipelihara oleh peruntukkan Perlembagaan ke atas hak dan kebebasannya.

  

Samakah 'margin' dengan makna tujuan memberi hutang ialah bagi mendapatkan keuntungan? Lalu apakah makna istilah 'margin emas' sama makna dengan margin yang dianggarkan keuntungannya tatkala diketahui bahawa pengambilan untung dari kaedah ini ialah riba yang menjadi larangan kepada kami mendapatkan pendapatan? 






No 'Super Bowl' Please


Bagaimana mahu diterjemahkan apabila pemblog TIDAK SUKA MENONTON SUPER BOWL berbanding Rugby, tidak suka menonton pertandingan golf atau kriket atau baseball, mereka dikenali sebagai apa?