Selasa, 20 Disember 2011

Siapa Kancil Tatkala Mereka Gajah?



Hari-hari yang menuju ke pengakhiran tahun, negara permaustautinan kami berada di dalam kedinginan meski berdekatan dengan gurun luas Saudi Arabia.


Jendela dunianya sering menjadi halilintar kepada minda saya sehingga wujud rahsia di antara diri dengan hati setelah minda sering dijadikan alat untuk menterjemahkan apa yang dihayati oleh pancaindera.

Antara dailog monolog itu telah terjadi pada 18 Disember yang lalu saat terbaca kenyataan dari sebuah laman pemblog :

'The bookies are betting on your verdict as "NOT GUILTY”. Malaysian bookies have lost a lot of money, and so are those MCA businessmen who took heavy bettings on this case.’ 

Pantas dailog solo mulai bermula tanpa arahan :

‘What about MSN Jacpot Lottery?’ Saya membalas terhadap kata-kata pengacara di tv dalam siri sukan yang saya tidak minati ‘American Football’.

Di mana pasukan kebangsaan bagi negara-negara yang menyertai siri pertandingan sukan antarabangsa?

Merekakah yang sedia dibeli?

Bagaimana pula dengan ‘junior-junior ametur’ yang perlu didana untuk mendapatkan biayaan ke kolej, merekakah ditawarkan dengan wang judi?


Makna bidalan simpulan bahasa kami bahawa jika guru kencing berdiri tidak salah akan ditemui muridnya akan kencing berlari.


WHY INSULT MUSLIM WHO NEVER TAKE DIRTY MONEY?

  
Adakah nasrani dan yahudi tidak sedia untuk mengambil wang loteri dan berpendapatan dari wang pertaruhan?

Lalu mengapa mahu mempersendakan muslim yang tidak sedia mengambil wang loteri dengan menjadikan kesimpulan menyeluruh bahawa semua muslim sedia mengambil wang loteri, wang pertaruhan, wang perjudian tatkala berhadapan dengan golongan muslim yang sedia menjadikan pendapatannya hasil dari perjudian dan pertaruhan?


Ini isu basi, thanaif… si teja murai sudah berkicau seperti si Kakak Tua yang sengaja diasuh supaya menjadi peniru dan pengganggu…


Aduhai tejathanaif bukankah puan sedang mempelbagaikan makna halal? Carilah makna halal di dalam segenap bidang aktiviti mu. Adahkah usus dan perut sahaja yang menyihatkan jasad mu supaya wajah mu tetap jelita?


Mahu sahaja saya mentertawakan teja yang ashiknya pada wajah untuk sering membandingkan sesama saudaranya. yang tidak rupawan seperti dirinya.


Wanita-wanita ini sering lupa diri apabila ego menjadi sandaran hati?

Halal mu di perut sahajakah? Bagaimana dikau mencari yang halal di dalam bersiasah beraktiviti berperibadi andai peradaban itu diungguli oleh pengetahuan teja?


Dikau melobi siapa teja?

Antara biru dan merah kepada saya tidak mewakili sesiapa walau pun saya sedar kancil yang dipaksa mati tersepit bila gajah sama gajah berebut, teja.

Saya tidak menyerah kerana saya bukan hamba,thanaif. Jurai keturunan saya bukan dari khalayak hamba seperti ‘Kunta – Kinte’. Apakah dikau yang sedang berdagang jualbelikan ‘hamba’? Siapakah hamba-hamba mu Tuan thanaif?

Kroni yang mana satu?

Serendah darjat insan dia berhak diperakui keberadaannya kewujudannya walau pun dia tidak berharta tidak berkelulusan tidak berkemahiran tiada rupa kerana dia bernama.Haiwan juga diberi nama Jalak – Kaduk - Borek mengikut sifatnya, thanaif.


Pengamerikanisasian sudah menempa kemuramanmu, teja?


Dikau memandang sejauh ke negara ‘Beruang Merah’? cemuhan teja kedengaran perlahan.


Jika saya menyukai bekas pemimpin negara itu ia hanya bersifat peribadi tidak wujud apa-apa perkaitan dengan sangkaan mu teja. Negara itu telah bergerak 360 darjah untuk diujarkan pertanyaan,"Tuankah yang sedia menjadikan dunia ini aman”? 


Sudah lelah menanti wujudnya pengaman dunia yang menyandang Anugerah Nobel Keamanan dari dunia barat, masih kegetiran itu mewakili bina imej nasab Nabi Ibrahim. Disengketakan sempadan dan rantau laman walau pun ada persepakatan memetrai perjanjian tetapi hanya menjadi sekutu di New York masih tidak menjanjikan apa-apa, teja.


Benar, ada sesuatu yang masih tersembunyi. Benar kata mu apakah wajar Kancil dipaksa mati tersepit tatkala gajah sedang beradu? 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan