Sabtu, 24 Januari 2015

Manzil

"Cikgu, bagaimanakah ledakan emosi dibenarkan diluahkan oleh penguatkuasaan di sekolah ini?"

"Tiada soalan lain?"

"Apakah ertinya menjadi seorang muslim di zaman moden ini, bila sudah diketahui asas-asas seorang penganut nasrani, penganut hindu, penganut buddha, penganut syiah  malah seseorang yang tidak bergama juga sudah diketahui sifat dan identiti imej yang didirikan untuk mereka?"

"Saya suka jika kamu tidak hadir... kelas menjadi senyap dari isu-isu sensetif seperti ini."

"Baik, saya akan menulisnya supaya kelas tidak terganggu."


Nasab keluarga pemilik nama pena tejathanaif  serta thanaif  dan kini nurtejathanaif (Hajjah Lelawati binti Mohd Ali) bukan dari nasab keturunan cina bukan dari nasab bangsa india dan bukan dari nasab rumpun  pribumi bumiputra yang berada di Malaysia atau yang berada di luar Semenanjung Malaysia.

Saya tidak ada keturunan dari bangsa cina yang bermaksud ke dua ibu bapa saya tidak mempunyai jurai keturunan dari keturunan cina atau india atau mana-mana pribumi dan bumiputra yang lain.

Saya tidak bersikap perkauman tetapi saya berkata benar mengenai rumpun keturunan keluarga saya sendiri yang bernasabkan kepada allahyarham Mohd Ali bin Ahmad bin Samah.

Manakala  ibu saya Nafsiah binti Salleh yang kini berusia lapan puluh tiga tahun merupakan bangsa melayu yang muslim sejak lahir.

Saya muak bila perlu mengulangi penjelasan yang serupa berkali-kali hanya kerana sejarah saya dilupuskan oleh generasi baru yang masih tidak mempunyai asas-asas pembinaan sejarah sendiri kerana masih terlalu muda usia untuk menggalas makna keperluan membina keluarga.

Bangsa tetap penting kepada saya kerana saya dilahirkan dengan ijab, akad dan nikah ke dua emak dan abah.

Saya bukan seorang pelarian yang tidak mempunyai kediaman kerana saya memiliki alamat rasmi yang boleh disahkan walaupun saya hanya menggunakan alamat rumah emak saya sahaja satu ketika dahulu.
Dengan sendirinya saya (menerusi  suami yang tidak mempunyai rumah di Malaysia bagi disabitkan dengan apa-apa harta)  bukan berstatus pelarian seperti mana sesetengah rakyat dari bangsa arab.


Rumah sebagai aset manusia berperadaban dan maju tamaddunnya.

Siapa yang masih tidak memiliki kediaman atau bangunan atau kotak dari kayu kayan untuk dijadikan sebagai sebuah rumah yang boleh disewa atau dibeli memperlihatkan stuasi paling rendah akal kemandirian.

Adakah khemah-khemah pelarian upaya dijadikan sebagai taman perumahan oleh masyarakat mellinium abad ini setelah jelas dizahirkan masalah-masalah kemanusiaan yang gagal ditangani oleh Konvensyen Geneva?

Saya melihat kerasionalan yang wajar tidak diemosikan agar Konvensyen Geneva ditukar dan diubah garis perundangan bagi mereka yang menjadi mangsa di dalam konflik antarabangsa setelah kebanyakan isu kemanusiaan dan konfliknya terarah serta berlingkar kepada negara-negara muslim yang berada di tengah-tengah kekayaan masyarakat arab.

Ini sejajar dengan kecenderungan masyarakat mellinium yang keterlaluan meletakkan islam sebagai mangsa ketaksuban mereka dalam menjustifikasikan kefalsafahan politik ekonomi sosiologi sains teknologi komunikasi media sebaran am ke atas kemanusiaan.

Siapakah tahanan dan tawanan perang ketika ini yang memerlukan perlindungan Konvensyen Geneva?

Penggunaan senjata kimia dan biologi telah menzahirkan kesannya di negara-negara berhampiran dengan Timur Tengah dengan sejumlah pelarian yang diabaikan kebajikan mereka bagi mendapatkan hak kebersamaan kemanusiaan seperti mana yang telah digariskan oleh Konvensyen Geneva.


Apakah perlindungan kepada warga awam  yang menjadi mangsa konflik bersenjata antarabangsa kekal diabaikan?



Halakanlah seketika kepada masyarakat yang diberi petempatan di sempadan garis-garis yang dijelaskan dengan sah oleh undang-undang tubuh bagi sebuah negara yang wajar tidak dicerobohi oleh mana-mana dasar sebuah negara.

Keaiban kepimpinan yang bersedia menjadikan warganegaranya sebagai pelarian adalah kecacatan minda yang amat parah bagi mellinium ini.

Cacat pemikiran kepimpinan yang dibina oleh kecacatan dasar kini dikompromikan oleh para pengamal media yang mengarak memeriahkan siri wawancara kepimpinan bertaraf dunia di skrin-skrin plasma bukan lagi rahsia.

Cacat pemikiran sehingga semakin meningkat pelarian apakah benar-benar mahu disantuni oleh komunikasi teknologi?

Kemiskinan para pelarian yang diusir oleh dasar yang cacat bukan kreativiti politik walaupun ia mungkin menjadi sumber kepelbagaian aktiviti perekonomian dalam menguruskan keewangan.

Cacat pemikiran kerana mencetuskan dasar-dasar yang memusnahkan sebuah negara, mengusir rakyat yang bernegara, memiskinkan masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan, tidak berpendidikan yang sememangnya tidak layak untuk ditawarkan pinjaman, bagaimanakah ditangani oleh demokrasi yang masih tempang walaupun setelah diberikan pentakrifan baru oleh kejayaan pengumpulan dana bagi memprojekkan pelbagai agenda dan kempen kepimpinan baru.



Emak saya kini berusia lapan puluh tahun.

Dia tidak berpendapatan selain menerima wang pencen dari gaji terakhir arwah suaminya.

Proses emak memiliki rumah sebagai aset kekal tidak menjadikan emak saya memikul beban hutang seumur hidupya walaupun dia dibebankan dengan kadar faedah riba yang sangat tinggi oleh tawaran pinjaman bagi membeli sebuah rumah kos rendah.

Rumah kos rendah di Taman Kampung Kuantan Kelang dibeli dengan harga RM18,ooo.oo jika saya tidak silap.

Kaedah pembayaran pinjaman membeli secara bayaran ansuran rumah itu dibayar secara hutang gandaan dari dividen bunga, kiraan pada kadar faedah pinjaman bank yang dibayar setiap bulan sebanyak RM36.00 selama lebih 20 tahun oleh emak dengan menggunakan wang dari satu-satunya pendapatan tetap iaitu dari wang pencen arwah abah berjumlah RM77.00 sebulan.

Bagaimanakah seorang wanita yang tidak berpendapatan yang memperoleh wang pencen suaminya upaya melunaskan pembayaran berjumlah lapan belas ribu ringgit sekitar tahun 1971?


Luahan dari ledakan emosi saya yang cikgu bantah untuk dinyatakan ialah rekod kegagalan membayar hutang adakah di kalangan pengguna miskin atau peminjam bank yang ditawarkan pendanaannya dan bagaimanakah kadar minimum dan maksimum diwujudkan dalam penetapan harga apabila fikh islam menolak riba?