Selasa, 30 Jun 2009

Kemandirian Haruskah Di Bahu Orang Lain

23/11/2007

Tidak tersusunkah budi bahasa saat terdengar ungkapan bicara.

"Mengapakah kita tidak mampu berdikari ya?"

Menular konflik dalaman oleh krisis tidak upaya memimpin diri.

"Terganggukah apabila ketam mengajar anaknya berjalan lurus namun tidak sedia menerima hakikat dia juga cacat? Tidak upaya dan mengaibkan bila tidak sedia berjalan lurus?"

Lurus langkah dengan selekoh yang bengkok hak siapa dirai jamah bersama atas undang tawar dan runding penentu harga?

"Minda yang upaya membaca tidak memerlukan sangat dokongan melainkan ia memerlukan keberanian untuk menerima hakikat kesalahan tidak diulangi tidak mendiktatorkan diri untuk sering berasa berada di kanan atau di kiri oleh posisi sonsang kemaruk berahi tatkala melangkah kerana kegentaran dari ketakutan itu diaplikasikan oleh tidak berani."

Konsep tunaksara tanpa penyenaraian kemiskinan sebagai implikasi dari ekonomi yang tidak adil mengagih kekayaan adalah kejayaan mewujudkan persaingan sengit bermula hingga menjadi tradisi yang diwarisi.

"Mungkin lantaran tidak sedia melepaskan diri dari terpaksa menumpang semangat perjuangan minda orang lain sehingga pegangan pendirian idea-idea hanya menggerakkan rasa untuk saling bercuriga antara penguasa dan marhaen."

Pembinaan struktur bermasyarakat perlukah sering digelodakkan oleh kekeliruan apabila ia bebas untuk memilih?

Ahad, 28 Jun 2009

Supir

Minda bersinis dengan ceria.

Memasuki Kota Singapura menemukan kepelbagaian rasa.Mengalas perut menjadi kemestian terlebih dahulu andai tidak ada niat untuk menyinggahi mana-mana kediaman saudara atau kenalan di sana.
Memenuhi petrol pada kenderaan juga perlu dilakukan andai menggunakan kenderaan persendirian.Beza pada susut nilai wangnya upaya membenih rasa derita.Dan sering diingati dengan sesungguhnya bahawa kenderaan warga Kota itu bacaan liter minyaknya tidak dibenarkan melebihi dari setengah isipadu penuh tangkinya sebelum menyeberangi Selat Tebrau untuk memasuki semula negaranya.

Terlalu banyak persediaan perlu dilakukan dan hampir kehilangan punca saat kad putih tidak lagi mudah didapati di beberapa stesyen minyak.

"Kami tidak lagi menerima kad putih itu. Puan cuba ke Caltex di seberang sana,"ramah pekerja di stesyen minyak yang ke tiga memberitahu.

"Hanya membuang masa apabila sudah berada di sini mahu menyeberang ke jalan yang di sebelah sana,"protes minda mulai menjengah.

RM 1500 menjadi sekitar $S600 menambah beban pada emosi sesudah diredah tol-tol di sepanjang perhubungan awam dan sesudah kali ke dua minyak dipenuhi tangkinya.

Mata bertanak air.

"Begini sukar untuk mencari hak Ya Tuhan sedang hak itu telah diabaikan," perlahan pengucapan yang berhakiki bukan semata berhakikat untuk dihikayatkan terucap.

Minda sudah tidak terbetik lagi untuk bernazam.
Syair juga telah pudar untuk digurindamkan.

'Apa gerangan kesalahan gusti,
Maka demikian sampainya hati,
Ayahanda bonda empunya pekerti
Membunuh diri ini supaya mati!

Puisi Melayu tiba-tiba menyinggahi kalbu.

"Hamba mencari melayu yang dikembirikan oleh percantuman ras di Kota Singa. Apakah upaya ditemui?"entah suara Hang Nadim, Sang Rajuna Tapa atau William Farquhar berbisik-bisik melayani emosi.

Minda mengelus sayu membayangkan 'potato' dikupas kulitnya dengan cara merebus atau menanggalkan kulitnya satu persatu dengan penghiris yang tajam.
Ku terlihat wajah 'potentate' itu.
Bagaimanakah 'potato' menjadi potentate'?

"Andai saya ke Kota Singa bukan dengan niat mahu menemui mu!"

Basahan lisan masih pekat lukanya.Meski tertumpah ladungan tasik mata, saat begitu lunak dia menyebutkan sebuah nama oleh penantian meluncurkan pekatan likat bendalir yang terkurung memintal-mintal pada urat halus minta dibazirkan,ketoleransian mendiamkan diri menjadi lumayan nilainya tatkala dijiwai tenang dan lapang rasa.

Sementelahan di pintu masuk ditemukan deretan warga melayu yang fasih berbahasa melayu menyambut ketibaan dengan senyuman.Wajah-wajah mencuka yang sering berpaling tidak lagi ditemui malah gadis cina pulau itu bersedia bersenda seloka menggunakan bahasa melayu.

Menyusuri Bukit Timah di sepanjang perjalanan kelengangan mencuit minda untuk dirasakan perasaan yang serupa waktu menjengahi bandar Johor Bharu yang kelihatan sunyi tanpa sapaan keramaian.

Menyusur keluar dari Bukit Timah terdampar diri di perkarangan hotel-hotel mewah yang lengang namun masih upaya ditemui kuntuman senyum penawar lelah.

Tersasar tersesat ditemui pula angka-angka pencuci mata.

Di sinikah angka-angka bertamu sebelum berpesta?

"Usah mendajjal wahai minda.Warna-warna dan angka-angka itu tidak menjadi alasan untuk dipertalikan dengan pencarian mu. Tidak. Meminggirlah pendajjal. Usah dikau perhebatkan kehijauan mu dengan kehijauan syurga rasminya warna buat Islam.Hijau tema mu tidak ada kena mengena dengan hijau milik ku,"akrab jiwa menyentuh minda menyingkir metos bahawa fengshui kita serupa.

Melalui Jalan Sultan menuju ke Jalan Geylang,Kota Singa tidak lagi seperti Kota yang dahulu pernah dizahirkan.Kemeriahannya telah tiada. Hanya warganya sahaja yang memenuhi jalan-jalan yang sunyi.
Rumput-rumput menjalar liar tidak bertebas.Tandas awam juga sudah tidak sebersih dahulu.Kelihatan pekerja perburuhan berbaring keletihan di beberapa lorong pejalan kaki saat melintasi perkarangan Kastam.

Kepenatan namun bahagia terisi.

Jumaat, 26 Jun 2009

Rampai-Rampaian Mata Berlinang

Kamu mahu perjudikan segalanya?

Kita kini adalah rakan.

Tidak perlu wujud tekanan apabila bukan yang dituntut tewas atau menang tetapi bagaimana ilmu dimanafaatkan.

Tatkala kamu tidak sedia menerima kesalahan tidak ada sesiapa yang upaya membantu kerana kamu diberi pilihan.

Saya bukan kroni anak saudara menantu atau ipar mentuai.

Apa yang mereka lakukan tidak ada kena mengena dengan saya.

Siapakah yang melindungi langit terbuka?

Siapakah yang menutup angkasa dengan mewujudkan polisi dunia?

Siapakah yang lemah mahu menyandarkan harapan dengan penumpangan kepada bahu yang gagah?

Siapakah pemilik satelit langit yang mengawal para pelayar?

Lalu apakah manafaat kewujudan penawaran pelangganan oleh Google Micrososoft dan Yahoo yang disubversifkan oleh Intel IBM Toshiba Acer Apple umpamanya yang mewujudkan persamaan untuk ditanya tugas keamanan bagaimana disubversifkan radikal militan kepada sebahagian kewarganegaraan?

Teknokrat millenium 21 logikkah mempelajari menguruskan kehidupan hanya melalui radas-radas dengan meninggalkan kewajiban mesti ada golongan yang menyeru perbuatan baik dan melarang perbuatan jahat sebelum mencapai kejayaan?

Pengidolan telah menjadi kaedah menyatukan masa hadapan ummah?

Apakah makna dan fungsi pendidikan apabila setelah berakhir masa di antara dua belas hingga lapan belas tahun proses pembinaan dan pembentukannya berakhir dengan keperluan menguruskan keluarga dan kehidupan menerusi televisyen dan layar paparan di skrin?

Munasabahkah pendidikan berorientasikan perniagaan demi menyemaikan kebendaan dengan istilah menjana pendapatan?

Kamu mencabar nilai insan dengan khayalan dunia mimpi berealiti?

Di dalam memodulkan pencapaian deretan A tanggungjawab siapakah yang menghalapandukan kumpulan yang tercicir sedangkan perlaksanaan dasar masih sama diacukan kepada mereka?

Bagaimanakah direlevankan dakwaan pencapaian deretan A dari berlatarkan keagamaan mudah tanpa memerlukan skil kemahiran tinggi seperti mana dari latar sains tulen?"

Yang pasti Binary Coffee,Starbuck,Beans Coffee dan seangkatannya disinggahi oleh khalayak yang mana untuk diumpan klik dan kroni?"

Khalayak yang manakah yang menanam kopi untuk dicipta rasakan kesegarannya kepada penikmat coppucino?

Khalayak yang manakah yang mengutip kopi dengan kudrah tenaga untuk disegarkan minda pemabuk kopi?"

Khalayak yang manakah yang akan menanam kabel sesalur fibre optik dan besi-besi lohong sesalur paip untuk dicumbui rayu dengan suapan tender sehingga diperaku sah jasad tanpa nikah berpindah milik penentu khidmat yang diberi adalah bermutu?"

Khalayak yang mana?

Sedar demokrasi mesti ada pembangkang buta sejarah tidak bertulang belakang!

Menggalas mimpi sebakul dengan hutang?

Bangun bangun hari sudah siang!

Kepercayaan sudah kerentungan di jemuran.

Isnin, 22 Jun 2009

Abun-Abun Spesis Mimpi

"Apakah perasaan mu apabila disampaikan bahawa wanitalah ramai menghuni di neraka?"

"Kita wajar meletakkan bersama ke dua-dua jantina apabila memperkatakan syurga dan neraka kerana setiap kewujudan oleh Allah adalah berpasangan."

"Marahkah dengan pertanyaan yang telah dizahirkan oleh Kekasih mu SAW?"

"Di zaman kini kita terbiasa dengan ungkapan isteri-isteri yang nusyuz, derhaka,curang tidak memiliki maruah dan penghormatan diri.Apakah dengan ketinggian ilmu yang masyarakat kini perolehi akan mengundang 'kemarahan' jika ditanyakan apakah wujud juga fenomena suami-suami yang nusyuz, derhaka, curang dan tidak memiliki maruah dan penghormatan diri?"

"Hanya ku harapkan agar tidak diundang polemik kerana sifir perbezaan di antara muslim wajar tidak miliki persamaan dengan sifir perbezaan penilaian bukan muslim yang mendapatkan kesempatan untuk digunakan semula ke atas minda warga yang berkeyakinan terhadap makna berakidah di dalam agama yakni mencurigai kebenaran dan keadilan Islam dan prinsip berhukum dengan syariat di dalam setiap sudut kehidupan."

"Bagaimana jika didinginkan panas hati mu untuk melihat lelaki yang hanya memiliki anak-anak gadis yang menjadi cahaya di matanya, yang setiap keinginan terhadap anak-anak gadisnya adalah perintah Allah, setiap hasrat dan harapannya yang bernyala adalah ketentuan Allah, setiap kebimbangan kegelisahan walang yang melukainya merupakan semaian untuk diwujudkan ketakutan dan keinsafan hanya kepada Allah.Bualan cinta lelaki itu adalah dialog manafaat pengukuhan kasih sayang ayah dan anak yang kiblatnya adalah pengluhuran akhlak, pemuliaan adab, peneguhan ketabahan dan kesabaran kerana yang ingin dicapai adalah akhirat."

"Malangnya tidak semua lelaki mahu menjadi seperti Muhammad bin Abdullah dan bukan semua anak-gadis ingin menjadi seperti anak gadis baginda SAW."

Sabtu, 20 Jun 2009

Buta

"Saya mahu memulai menulis dengan menggunakan taip manual tanpa perlu berinteraksi dengan siber."

"Kamu mahu dipermainkan oleh zaman?"

"Tidak ingin dipersendakan oleh kepentingan orang kaya dan para kroninya."

"Buat masa ini wujud kekeliruan di dalam memahami pembacaan?"

"Membaca bukan untuk pengkayaan peribadi tetapi proses mengukuhkan kepercayaan untuk dikat pulihkan kejujuran."

"Maksud mu mahu dicari kebenaran di antara membaca untuk menulis menurut tema yang disediakan atau membaca untuk menghindari tema yang diminta dengan mendahului sesuatu yang tidak penting?"

"Untuk apa jika kita menulis dan membaca hanya untuk memenuhi kehendak dan keperluan kecil masyarakat yang bukan bertujuan mengkaedahkan kebenaran dan mengembangkan keadilan?"

"Di manakah kewajaran andai keganjilan tema mengundang pemisahan yang mendalamkan jurang etika?"

"Isunya bagaimanakah tingkah yang patut membina sifat buat seorang penulis apabila tanggungjawabnya ialah amanah?"

"Di tujukan kepada wartawan atau penulis dan pembaca?"

"Wujudkah orang lain selain kita?"

"Mata ku buta tidak upaya melihat."

"Jika begitu di dalam pengkaryaan adakah wujud fitnah?"

Rabu, 17 Jun 2009

Zadah Yang Disibak

Kesan ekstrim, kulit depan buku ini koyak.

16/Jun/2009

Menjejaki rahsia beg kain berwarna hijau dan coklat menjadikan diri terdampar di tasik buatan manusia yang menjadi milik komuniti berwang berjiran pula dengan salah sebuah bangunan yang warnanya terang menyilau mata dan bangunan di situ tidak benar-benar berada di dalam gamitan untuk diseru kenangan.

Bilik pameran yang terpisah jauh dari induknya oleh tar-tar krikil berkilo meter dilalui … proses menyantun diri untuk berbudi dipasak kuat agar tidak aib menconteng hati …

Kejayaan Dari Dalam … hati yang berisi qalbu ini rapi digenggam agar tidak diulit seriau liar si lalang-lalang yang tidak bertebas oleh bebasnya bebunganya terbang melayang.

Mahunya apa jika yang jasmaniah itu lebih minta dizahirkan… psikologi intelek inovasi mental mahu digubah dengan irama yang bagaimana?

Khilafkah andai dibudayakan tujuh sapi yang gemuk dimakan oleh tujuh sapi yang kurus dengan tujuh tangkai yang hijau sementelahan wujud tujuh tangkai yang kering melayu ‘agar aku kembali kepada orang-orang itu mudah-mudahan mereka tahu.’

Jendela setengah terbuka tertutup setiap masa.

Ladang diindustrikan dengan usaha kudrat hamba yang tidak pernah bertanya tentang tuntutan melainkan apa yang sudah dituai diambil sebagai hasil sementelahan yang berbaki disimpan digunakan secara paling maksima agar tidak wujud kebuluran yang dimiskinkan apabila kekayaan tidak di dalam genggaman warga yang diabaikan.

Bagaimana upaya langkah ini tidak diiring kebencian yang memuncak tatkala natijah dari tuntutan parti melahirkan karenah komuniti?

Dewan lengang.

Ada petugas yang tertidur oleh kesepian.

Mahu ke mana? Utara, selatan, timur atau barat bilik pameran?

Mata melirik kepada beg-beg kertas dan kain yang disumbangkan sebagai rasa terhutang budi buat diraikan tetamu oleh pembelian buku-buku yang bukan sedikit jumlah wangnya.

Mudah yang dicari ditemui judul-judul buku yang dihimpunkan di dalam minda oleh kemudahan pembicaraan keperluan untuk memilikinya menerusi siber.

Walau lengang tetapi kemahiran berpendirian pengkaryaan buku-buku amat dihormati kerana pastinya bukan keuntungan semata difokuskan tetapi peluang setiap jiwa yang berminda upaya mewujudkan kegiatan effektif untuk berlaku jujur di dalam mendedikasikan kemahiran berinovasi pada pemikiran pembacanya.

Ya keterlaluankah diujarkan tentang Pemetaan Minda dipadu-eratkan dengan akhlak sebagai ciri insan?

Sifat Hud-Hud yang berpakaian kemanusiaan pasti dilahirkan oleh peradaban untuk difahami bagaimana hanya dengan kuasa hanya 20 peratus keistimewaan sekumpulan warga, kekayaan lebih 80 peratus dunia upaya dikuasai tanpa dipertikaikan kebebasan bermilikan. Minda yang perlu dimudakan bukannya jiwa di dalam diam ditelek makna mengapa Allah Subhanahuwataala mengadunkan tanah dari Batul Muqaddis untuk menjadi sebagai otak manusia.

Terdengar pagi tadi bunyian ungkapan bila Harvard berlawan dengan Oxford adakah memadai Harrod sebagai tumpuan?

Sinis benar kedengarannya tetapi hakikat kesan perlakuan ke atas tingkah laku manakah upaya dilupa.

Korupsi pembentukan diskriminasi wajarkah diundurkan? Bila?

Minda sarat dengan pesanan-pesanan buku-buku yang semakin perlu dibaca.

Isnin, 15 Jun 2009

Madu (Bukan Merujuk Perkahwinan Tetapi Hukum Syariat)

Merah wajah itu hampir-hampir menjadi biru kerana kekurangan oksigen yang upaya dibawa oleh aliran darah ke seluruh urat saraf ke nadi perdenyutan jantungnya. Uraian kimia di hemisfera serebral semakin memberi petunjuk ketiadaan keseimbangan untuk diadili kehilangan kewarasannya yang diplagiatkan secara tidak beretika.

"Seandainya dimahukan pembebasan dari dibelenggu oleh pengaruhnya adakah ditegah dan dilarang?"

"Tidak faham maksud soalan."

"Apabila dipelihara hukum syarak tanpa membebaskan diri kepada kebebasan yang tidak disempadani oleh hukum-hukum syariah, apakah dilarang oleh agama andai dituntut kepada kaum lelaki yang diberikan status sebagai suami?"

"Saya sukar mahu menjawabnya kerana itu merujuk bicara  atau kasih sayang  cinta antara pasangan suami dan isteri. Tetapi perlaksanaan hukum perundangan sivil amat berbeza andai dibuat perbandingan dengan hukum yang meluhurkan rohani untuk didirikan kebenaran dan keadilan."

"Di dalam agama kami tidak ada batasan had untuk diletakkan hukum."

"Saya tidak faham."

"Tangan pencuri tidak akan dipotong kecuali pada kecurian bernilai seperempat dinar ke atas setelah terlebih dahulu dipastikan sebab-sebab dia mengambil apa yang bukan menjadi haknya."

"Apakah dengan sekadar fakta ini sahaja sudah layak dijatuhkan hukuman?"

"Sudah tentu tidak!"

"Adakah kamu mahu mensentimenkan ini sebagai isu yang tidak mungkin memulihkan perhubungan dan hak-hak persahabatan dan persaudaraan senegara dan sewarga?"

"Tidakkah kita mencari titik untuk pembaharuan? Cara dan kaedah pensyariatan apabila dilaksanakan ia memberdayakan fungsi Majlis Syura untuk diberikan kebertanggungjawaban kepada Jumhur Ulamak mengaktakan bidang dan sempadan yang sudah pasti diberdayakan juga kemuliaan keilmiahan berpengetahuan Al-Quran untuk digabungjalinkan proses perlaksanaan teladan Rasul Sallallahualaihiwassalm."

"Saya tidak faham."

"Tuan bukan melayu yang islamkah? Satu ketika di Mekah pernah terjadi seorang wanita telah mencuri."

Gembira benar kelihatan di wajahnya bila dikatakan wanita sebagai pencuri.

"Warga terbanyak saat itu menjejaki individu-individu yang rapat dengan Rasul Sallallahualaihiwassalam. Maksud mereka agar upaya dijadikan sebagai perantara pembicaraan yang memungkinkan dipengaruhi keputusan yang bakal dijatuhkan jika sabit kesalahannya. Mereka menemui Usamah bin Zaid salah seorang sahabat yang dikasihi Rasul Sallallahualaiwasallam."

"Salahkah jika berkroni?"

"Kekasih Allah berujar,saat telah ada bukti-bukti yang sah untuk disabitkan kesalahan apa sahaja usaha untuk membatalkannya atau menafikannya dianggap sebagai perbuatan maksiat kepada Allah."

"Saya tidak faham."

"Pada etika moralnya Islam tidak membezakan dijatuhkan hukuman kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.Kehancuran kemanusiaan dan peradaban zaman terdahulu adalah disebabkan oleh tradisi yang memelihara dan meletakkan pemimpin, para penguasa dari kalangan bangsawan dan keturunan kerabat dari dihukum."

"Kamu mahu menyindir saya kerana setiap warga dari kalangan marhaen awam apabila disabitkan kesalahan dijatuhkan hukuman?"

"Jika upaya diterima begitu, saya gembira. Bahkan wujud fenomena yang tidak dipelihara hak mereka untuk dibicarakan."

"Ada lagi?"

"Dalam hal ini tidak mungkin upaya diabaikan hukuman bagi wanita dan lelaki yang berzina andai benar-benar mahu dipelihara akhlak dan moral ummah serta sosialnya."

"Kamu mampu berlaku adil?"

"Wanita dan lelaki yang belum berkahwin apabila cukup saksi dan syaratnya perbuatan berzina itu, dihukum dengan sebatan seratus kali dan diasingkan untuk tempuh setahun. Manakala bagi wanita dan lelaki yang telah bersuami atau beristeri pula apabila cukup saksi dan syaratnya, perbuatan itu dihukum dengan rejam sehingga mati."

"Kamu anggap hukuman itu tidak zalim dan kejam?"

"Bagaimana terzahir kekejaman dan kezaliman apabila saksi dan syarat-syarat ini MESTI (dengan suara yang kuat) dipenuhi terlebih dahulu.Bagaimana tidak dijadikan kemajuan peralatan teknologi masa untuk dipenuhi syarat-syarat ini?"

"Itu menceroboh hak berperibadi manusia namanya?"

"Sukarkah beridealistik tatkala telah dizahirkan pengintipan dari rangkaian satelit dan sistem aturan frekuensi multiextraganza radas media eletronik upaya GPSnya menjejaki kesalahan yang mengupayakan diatur semula etika berakhlak integriti bermoral warga dan masyarakat umumnya kerana mereka berpeluang mengetahui dengan lebih jelas hak-hak mereka yang tidak boleh mencabuli mencerobohi atau dicabul dan dicerebohi tanpa dipelihara dan dijamin oleh undang-undang?"

"Kamu perlu tahu wujud etika protokol yang mengimunisasikan sesetengah individu."

"Terlupa pula saya, Siti Fatimah anak Rasulullah Sallallahualaiwassalam yang paling bongsu merupakan ahli syurga. Bapanya menegaskan bahawa andai anaknya ini mencuri tangannya juga akan dipotong. Mencubalah sasarkan fokus. Siti Fatimah ini seorang wanita anak kepada ahli syurga malah dia sendiri merupakan ahli syurga. Kelihatannya protokol apa pun tidak upaya memberikan kekebalan kepada dirinya."

Apakah terzahir akhirat sebagai masa hadapan ummah?

Ahhhh mereka masih buta!

Sabtu, 13 Jun 2009

ISA

"Apa lagi yang tidak menjadikan diri rasa berpuas hati?"

Sanggahan minda sering menenggelamkan jiwa, seperti tidak pernah wujud kepuasan.


"Sidang masa yang diberikan tidak memadai dengan persiapan yang dilakukan yang diambilkira masa perjalanan dari tanah air ke Geneva."


"Suara hati kecil wanita itu telah didengari dan dikemukakan sepenuhnya maksud tujuan dan harapan."

"Ketiadaan terjemahan ucapan-ucapan berkaitan isu, menzahirkan ketidak kesediaan wakil tanah air yang bertugas sebagai perwakilan di sana menjadi rasa ini terbeku,"tabiat suka menafi membangkang semakin menjadi-jadi.

"Dengan sukatan masa yang diberikan apakah relevan isu yang dibawa dihayati oleh hadirin perwakilan’ dan audian yang mengikuti sessi persidangan?"

"Sukarkah dikuatkan kesabaran?"

"Makna dan maksud hak asasi itu sendiri tidak jelas apabila begitu pantas Pengerusi/Presiden mencelah untuk menamatkan sessi wanita waja itu."

"Apakah peruntukan dari kos masa perjalanan penerbangan penginapan persediaan dihormati oleh Ahli Jawatan Kuasa Sidang pada hari ini andai dibandingkan dengan masa-masa yang dijalani oleh tempuh penahanan tanpa pembicaraan suaminya, sidang itu menguja minda apakah berupaya dengan penuh siaga isu Puan Nurlaila Othman itu dikemukakan untuk mendapat penyemakan.?"

"Mengapa tidak dikau ujarkan sahaja kegusaran mu seandainya kepercayaan kepada keperluan wujudnya Jawatan Kuasa Hak-Hak Asasi tidak sama natijahnya dengan kesan yang diberikan ke atas SuruhanJaya Keselamatan yang berterusan gagal membawa makna kepada maksud keamanan dan keselamatan untuk warga yang teraniaya dan tidak diberi hak untuk dibela berbanding kelompok utama negara peneraju di Pertubuhan Bangsa-Bangsa yang Bersatu itu?"

"Pembaharuan diperlukan dari sudut yang mana teknikal atau isu yang disuarakan?"

"Secara peribadi saya meminta dibantu ulas terhadap makna perkongsian pentas di PBB menerusi Jawatankuasa Kecil komunitinya agar upaya keadilan kesaksamaan dan kebersamaan menjadi tugas dan kewajipan anggota-anggota kerja yang bertahun menduduki bangunan di Geneva itu tanpa berlaku pengeksploitasian terhadap makna mengapa wujud individu yang membawa harapan sehingga ke peringkat itu?"

"Bagaimana upaya dihindari wujud pertindihan guna kuasa di antara pentadbir pengurus dan peserta di antara perwakilan, itukah maksud ujaran mu?"

"Mungkin."

"Alasan mu?"

"Kian terzahir begitu banyak masalah menjadi senarai antik."

Menyeringai hilai tawa yang memualkan memenuhi ruang.

"Adakah keterlaluan rentetan dari ini terzahir ketidakupayaan, ketidakbolehan, ketidaksediaan dan ketidakmampuan mengenalpasti masalah-masalah isu yang menjadi asas pengabaian sebab kepada penahan Encik MatShah Satray tidak mendapat fokus selain dari khalayak yang mengikuti dengan dekat isu ISA ini?"

"Mengapa dikau rahsiakan radang mu pada penonjolan pakaian kebangsaan tanpa diiringi oleh kerasmian bahasanya?"

"Dua minit dengan begitu banyak isu adakah amat relevan buat mu? Apakah punca utama ketidakstabilan untuk diseimbangkan sistem agihan masa di dalam Jawatankuasa Hak Asasi ini berkonvensyen? Pada bahasa atau peraturannya?"

Dia mulai bosan dengan tabiat ku yang masih tidak upaya dikenalinya.

"Bagaimana pula dengan keperluan untuk menyedari tanggungjawab wakil-wakil warga negara muslim memelihara hak-hak perlaksanaan keadilan dan keamanan agar pengurangan hak-hak berasasi ini tidak mengklafikasikan penafsiran ungkapan ‘pengganas’ ke atas kumpulan/etnik/minoriti/individu yang tertindas kerana tidak mendapat pembelaan?"

"Hak-hak pelarian dan mangsa peperangan dari kalangan wanita dan kanak-kanak bagaimanakah upaya mendapat perhatian andai dasar luar negara pendatang ke tanah air mereka diasingkan dari fokus perwakilan? Stuasi di Gazza (Palestien), Khasmir, Mindanao, Sri Lanka, Pakistan, Afghanistan, Darfur, Somalia sebagai misalan jelas dibuktikan wujud dari sebab dan alasan natijah penderitaan warga itu berlaku."

"Bagaimanakah hak-hak warga ini di tanah air mereka upaya dibela?"

"Bagaimana pula natijah dari buta huruf, kemiskinan, kebuluran, ketiadaan kemudahan asas kehidupan sumber air yang bersih ditangani dengan adil tanpa disembunyikan bahawa agihan kekayaan muka bumi mereka sebenarnya tidak mengubah nasib mereka?"

"Persaudaraan dan kasih sayang jelas dikecualikan dari dinikmati oleh golongan ini.Semoga perwakilan dari warga muslim upaya turut membawakan konsep,‘jadilah kelian semua sebagai hamba-hamba Allah yang saling mempersaudarakan.’

"Embargo diharapkan tidak menjadi sebahagian dari pengabaian di dalam Hak-Hak Berasasi."

"Bagaimanakah perwakilan warga muslim berupaya mengusahakan modeul Hak-Hak Berasasi untuk dicontohi?"

"Hak-hak wanita berpolitik juga diperlukan untuk tidak didiskriminasikan oleh demokrasi kerana kapasiti mereka sebagai warga tidak upaya diabaikan di dalam membantu penggubalan sesuatu undang-undang itu dilakukan (mengikut kesesuaian keperluan dan kehendak negara mereka)."

"Jumlah taburan kependudukan juga telah menjadikan wanita sebagai penentu kemenangan untuk sesuatu pilihanraya di dalam memilih kepimpinan."

"Bagaimanakah hak-hak berasasi juga bermaksud tidak perlu wujud mangsa peperangan yang memperuntukkan berbilion dana untuk menambahkan jumlah mangsa pelarian dan mangsa hak asasi didiskriminasi di dalam masyarakat?|

"Isu teknikal tidak diperlukan tetapi kesan dan bagaimana sabit kesalahan penahanan yang tidak upaya di sabitkan demi memberikan hak berwarganegara."

"Jaminan ke atas pembicaraan untuk dilunasi undang-undang diperlukan memastikan ISA diakui tidak diperlukan di zaman millenium yang dianggap berperadaban."

Dia sudah berdengkur untuk mendengar ucapkata terima kasih pada budi yang tidak upaya dibalasi sebagaimana saat itu sempat ditonton kebaikan budi bahasa tukang masak yang sedang menyajikan resepi daging khinzir berkuahkan coklat.

Orang yang bersikap manis budi perlukah sentiasa yang cantik dan tampan?

Ya, saya berasa marah dengan sikap 'baik hati' pengendali program televisyen satelite yang menyiarkan resepi daging khinzir berkuahkan coklat sebaik sahaja saya selesai menerbitkan catatan blog ini setelah menonton video ucapan Puan Nurlaila Othman di internet.

Khamis, 11 Jun 2009

Sarang Madu

Mengusap minda yang tidak berpeluh frekuensi gelombang ditelaah galur disusur tradisi ia berlegitimasi.

"Mengapakah liputan media eletronik di tanah air di negeri yang lima lebih menyerlahkan usaha-usaha kerajaan pusat berbanding liputan kepada isu dalaman yang sedang diusahamajukan oleh kerajaan negeri? Tidakkah yang memberi atau menolak kepercayaan adalah rakyat negeri?"

Diam antara watak yang merusuhkan jiwa.

Televisyen radio juga akhbar seakan tidak seimbang di dalam mempaparkan peristiwa di kelima negeri dan satu wilayah yang juga merupakan sebahagian dari negeri di tanah air."

Diam lagi.

"Andai begini fenomena informasi interakstif kita, bagaimanakah makna usaha membaikpulihkan isu-isu penyiaran dari saluran satelit yang sifat biasnya tidak lagi diterima sebagai sifat bermaklumat yang selama ini terdominasikan oleh Amerika dan Eropah upaya disaingi?"

"Maksud mu bagaimanakah satelit kita berwajah-bahasakan bukan bahasa rasmi negara?"


Dia bukanlah bisu seperti yang ku sangkakan.


"Email-email ku di gmail google telah dicerobohi."


Diam kembali.


"Pesanan-pesanan peribadi di pesanan hotmail tidak diterima oleh mereka yang ditujukan pesanan itu."


"Akaun Yahoo mu sudah boleh dibuka?"


Dia juga tidak tuli.


"Saya sedang mula membaca kedudukan 'multinasional enterprise' yang dikawal seliaan oleh pemusatan kawalan jarak jauh."


"Merujuk buku yang mana?"



Dia juga tidak cacat.

Isnin, 8 Jun 2009

Madu Mu Tiada Manisnya Lagi



Wajah orang-orang melayu yang beragama islam pada tahun 2011 di Qatar.
Dari kiri Ahmad Mustaqim, Lelawati Mohd.Ali, Harith Abdul Hamid dan Ahmad Muttaqin . Paling depan dari kiri Siti Hanan dan Ahmad Hilman.

Minda ku sering berasa ceria bilamana bahagianya bukan untuk ditelaah oleh mana-mana jiwa yang sifat perihatinnya sesekali hanyalah fenomena erat gabung lidah dan gigi sahaja.

Lidah tidak bertulang kawan.

Ahhh disedarinyakah tugas seorang pengacara dan juruhebah menggunakan lidah tidak sesekali boleh menawarkan perkhidmatan memfitnah?

Sensasinya hanya menghadirkan berkerat rotan dan berpatah arang sahaja.

Lupakah dikau sesekali wujud juga pelanduk menjadi kijang emas?
Dan terabaikah dikau pada sendaloka hilang rona kerana penyakit hilang bangsa tiada berwang lalu bagaimana siih rasuah tidak menjadi kudis di minda mu?

Gagalkah proses memandaikan bangsa apabila media tidak memfungsikan keberdayaan bahasa rasmi negara?

Dikau bersenda tentang madu namun jiwa ku tidak merana oleh cerca mu.

Bila mana yang lebih utama ialah apakah kesemua warga berpeluang menyambung pelajarannya ke luar negara?

Bilamana diujar tanya apakah kesemua tenaga mahir itu perlu menjadi pekerja di luar negara?

Bilamana diselang dakwakan apakah esok telah tiada apabila jangkauan langkauan dilintasi?

Bilamana cemburu dan iri hati bukan iklan yang melariskan diri bila ia adalah sifat bangsanya berdiri?

Masih kisah orang ke tiga menjadi pojok utama sidang terapi mu sedangkan daku ingin mewawancara mu mahu mengulangi kembalikah soalan tanya dasar luar negara yang manakah yang gagal mahu dibebankan kepada kita?

Apakah mahu mengulanginya lagi menerusi bahasa yang bukan bahasa rasmi negara kita?

'Please do not blackmail Arab and Israel crisis on us (orang melayu yang muslim).'


Masih tetamu ke tiga itu menjadi pojok giliran sendaan mu kawan?


Dengarlah uajaran ku.

Israel bersalah bukan disebabkan kami.

Israel bermusuh bukan juga disebabkan kami.

Israel tidak aman bukan disebabkan kami.

Lupakan isu madu-madu yang mulai tawar manisnya kawan.

Siapakah yang berterusan sedia menjadi mangsa wajar digemakan pada hubungan diplomatik kita.

Setelah kebanyakan warga sedia mengetahui bahawa konflik dan krisis bermakna pembinasaan.

Sesungguhnya kita tidak layak menjadi mangsa, kawan.

"Madu Yang Mengeringkan Tempayan?"


Kesemua blog-blog saya tidak dapat ditemui melalui pengesanan Copyscape
Tatkala Norton mengesahkan laman-laman blog saya adalah selamat dan bebas dari spam

Kepada:

Yang di hormati Tuan/Puan,

Di kesempatan ini saya ingin mengetahui apakah yang wajar diadili terhadap pemahaman makna dan dakwaan bahawa Amerika/Britain/Jepun/Cina/India juga Eropah memiliki tahap piawai ‘Intelectual Property Rights’, apabila ‘design system’ yang miliki ‘Patern Law’ masih mewujudkan pencerobohan ke atas idea-idea peribadi menerusi alam maya yang didefinasikan sebagai ‘multilateral-discussion’ untuk menjadikan ia adalah halal (oleh aktiviti penduplikasian pencerobohan di medan digital yang meletakkan ilusi bermimpi sebagai rangkaian komunikasi yang sudut multi medianya digagas kehendaknya tanpa perjanjian bertulis (misalnya Native American Youth Share Dreams On Line) yang tidak memperakui undang-undang hak milik itu adalah kekal kepada pencatat/penulis asal yang tidak boleh dimiliki secara tidak sah.

Di akui bahwa wujud klaus perundangan yang menjelaskan bahawa' mana-mana perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah terbatal'.

Berdasarkan pemahaman ini, terma dan syarat yang 'dipaksakan' ke atas bloggers yang dianggap sebagai penerima tawaran perkhidmatan untuk berblog tidak adil, tidak memelihara hak-hak asasi yang membebaskan untuk setiap diri bersuara bukan hanya sekadar disekat tetapi juga wajar tidak dimonopoli/didominasi/dimanipulasikan untuk siri kempen demokrasi dan kempen mana-mana pilihan raya dan kemanusiaan.

Catatan yang dikirimkan melalui wordpress dan juga blogspot.com  sering mempaparkan keadaan seperti ini  setelah catatan dikirimkan untuk penerbitan.
 Saya tidak pernah berada di Amerika dan tidak pernah menggunakan bantal orang lain untuk 'bermimpi'  jika saya mahu  bermimpi!
Saya terkejut apabila menemukan paparan ini di Mini Compaq

Dashboard Document menjadikan catatan saya kerap bertukar  susunannya  dan  catatan bagi tahun 2012 dikategorikan sebagai 'A Long Time Ago'

Bagaimanakah upaya didepani ketidak wajaran menjadikan setiap mereka yang bukan warganegara sesebuah negara itu diundang meliberalisasikan matlamat dan sasar haluan dasar negara-negara tertentu?