Rabu, 17 Jun 2009

Zadah Yang Disibak

Kesan ekstrim, kulit depan buku ini koyak.

16/Jun/2009

Menjejaki rahsia beg kain berwarna hijau dan coklat menjadikan diri terdampar di tasik buatan manusia yang menjadi milik komuniti berwang berjiran pula dengan salah sebuah bangunan yang warnanya terang menyilau mata dan bangunan di situ tidak benar-benar berada di dalam gamitan untuk diseru kenangan.

Bilik pameran yang terpisah jauh dari induknya oleh tar-tar krikil berkilo meter dilalui … proses menyantun diri untuk berbudi dipasak kuat agar tidak aib menconteng hati …

Kejayaan Dari Dalam … hati yang berisi qalbu ini rapi digenggam agar tidak diulit seriau liar si lalang-lalang yang tidak bertebas oleh bebasnya bebunganya terbang melayang.

Mahunya apa jika yang jasmaniah itu lebih minta dizahirkan… psikologi intelek inovasi mental mahu digubah dengan irama yang bagaimana?

Khilafkah andai dibudayakan tujuh sapi yang gemuk dimakan oleh tujuh sapi yang kurus dengan tujuh tangkai yang hijau sementelahan wujud tujuh tangkai yang kering melayu ‘agar aku kembali kepada orang-orang itu mudah-mudahan mereka tahu.’

Jendela setengah terbuka tertutup setiap masa.

Ladang diindustrikan dengan usaha kudrat hamba yang tidak pernah bertanya tentang tuntutan melainkan apa yang sudah dituai diambil sebagai hasil sementelahan yang berbaki disimpan digunakan secara paling maksima agar tidak wujud kebuluran yang dimiskinkan apabila kekayaan tidak di dalam genggaman warga yang diabaikan.

Bagaimana upaya langkah ini tidak diiring kebencian yang memuncak tatkala natijah dari tuntutan parti melahirkan karenah komuniti?

Dewan lengang.

Ada petugas yang tertidur oleh kesepian.

Mahu ke mana? Utara, selatan, timur atau barat bilik pameran?

Mata melirik kepada beg-beg kertas dan kain yang disumbangkan sebagai rasa terhutang budi buat diraikan tetamu oleh pembelian buku-buku yang bukan sedikit jumlah wangnya.

Mudah yang dicari ditemui judul-judul buku yang dihimpunkan di dalam minda oleh kemudahan pembicaraan keperluan untuk memilikinya menerusi siber.

Walau lengang tetapi kemahiran berpendirian pengkaryaan buku-buku amat dihormati kerana pastinya bukan keuntungan semata difokuskan tetapi peluang setiap jiwa yang berminda upaya mewujudkan kegiatan effektif untuk berlaku jujur di dalam mendedikasikan kemahiran berinovasi pada pemikiran pembacanya.

Ya keterlaluankah diujarkan tentang Pemetaan Minda dipadu-eratkan dengan akhlak sebagai ciri insan?

Sifat Hud-Hud yang berpakaian kemanusiaan pasti dilahirkan oleh peradaban untuk difahami bagaimana hanya dengan kuasa hanya 20 peratus keistimewaan sekumpulan warga, kekayaan lebih 80 peratus dunia upaya dikuasai tanpa dipertikaikan kebebasan bermilikan. Minda yang perlu dimudakan bukannya jiwa di dalam diam ditelek makna mengapa Allah Subhanahuwataala mengadunkan tanah dari Batul Muqaddis untuk menjadi sebagai otak manusia.

Terdengar pagi tadi bunyian ungkapan bila Harvard berlawan dengan Oxford adakah memadai Harrod sebagai tumpuan?

Sinis benar kedengarannya tetapi hakikat kesan perlakuan ke atas tingkah laku manakah upaya dilupa.

Korupsi pembentukan diskriminasi wajarkah diundurkan? Bila?

Minda sarat dengan pesanan-pesanan buku-buku yang semakin perlu dibaca.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan