Isnin, 22 Jun 2009

Abun-Abun Spesis Mimpi

"Apakah perasaan mu apabila disampaikan bahawa wanitalah ramai menghuni di neraka?"

"Kita wajar meletakkan bersama ke dua-dua jantina apabila memperkatakan syurga dan neraka kerana setiap kewujudan oleh Allah adalah berpasangan."

"Marahkah dengan pertanyaan yang telah dizahirkan oleh Kekasih mu SAW?"

"Di zaman kini kita terbiasa dengan ungkapan isteri-isteri yang nusyuz, derhaka,curang tidak memiliki maruah dan penghormatan diri.Apakah dengan ketinggian ilmu yang masyarakat kini perolehi akan mengundang 'kemarahan' jika ditanyakan apakah wujud juga fenomena suami-suami yang nusyuz, derhaka, curang dan tidak memiliki maruah dan penghormatan diri?"

"Hanya ku harapkan agar tidak diundang polemik kerana sifir perbezaan di antara muslim wajar tidak miliki persamaan dengan sifir perbezaan penilaian bukan muslim yang mendapatkan kesempatan untuk digunakan semula ke atas minda warga yang berkeyakinan terhadap makna berakidah di dalam agama yakni mencurigai kebenaran dan keadilan Islam dan prinsip berhukum dengan syariat di dalam setiap sudut kehidupan."

"Bagaimana jika didinginkan panas hati mu untuk melihat lelaki yang hanya memiliki anak-anak gadis yang menjadi cahaya di matanya, yang setiap keinginan terhadap anak-anak gadisnya adalah perintah Allah, setiap hasrat dan harapannya yang bernyala adalah ketentuan Allah, setiap kebimbangan kegelisahan walang yang melukainya merupakan semaian untuk diwujudkan ketakutan dan keinsafan hanya kepada Allah.Bualan cinta lelaki itu adalah dialog manafaat pengukuhan kasih sayang ayah dan anak yang kiblatnya adalah pengluhuran akhlak, pemuliaan adab, peneguhan ketabahan dan kesabaran kerana yang ingin dicapai adalah akhirat."

"Malangnya tidak semua lelaki mahu menjadi seperti Muhammad bin Abdullah dan bukan semua anak-gadis ingin menjadi seperti anak gadis baginda SAW."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan