Isnin, 8 Jun 2009

Madu Mu Tiada Manisnya Lagi



Wajah orang-orang melayu yang beragama islam pada tahun 2011 di Qatar.
Dari kiri Ahmad Mustaqim, Lelawati Mohd.Ali, Harith Abdul Hamid dan Ahmad Muttaqin . Paling depan dari kiri Siti Hanan dan Ahmad Hilman.

Minda ku sering berasa ceria bilamana bahagianya bukan untuk ditelaah oleh mana-mana jiwa yang sifat perihatinnya sesekali hanyalah fenomena erat gabung lidah dan gigi sahaja.

Lidah tidak bertulang kawan.

Ahhh disedarinyakah tugas seorang pengacara dan juruhebah menggunakan lidah tidak sesekali boleh menawarkan perkhidmatan memfitnah?

Sensasinya hanya menghadirkan berkerat rotan dan berpatah arang sahaja.

Lupakah dikau sesekali wujud juga pelanduk menjadi kijang emas?
Dan terabaikah dikau pada sendaloka hilang rona kerana penyakit hilang bangsa tiada berwang lalu bagaimana siih rasuah tidak menjadi kudis di minda mu?

Gagalkah proses memandaikan bangsa apabila media tidak memfungsikan keberdayaan bahasa rasmi negara?

Dikau bersenda tentang madu namun jiwa ku tidak merana oleh cerca mu.

Bila mana yang lebih utama ialah apakah kesemua warga berpeluang menyambung pelajarannya ke luar negara?

Bilamana diujar tanya apakah kesemua tenaga mahir itu perlu menjadi pekerja di luar negara?

Bilamana diselang dakwakan apakah esok telah tiada apabila jangkauan langkauan dilintasi?

Bilamana cemburu dan iri hati bukan iklan yang melariskan diri bila ia adalah sifat bangsanya berdiri?

Masih kisah orang ke tiga menjadi pojok utama sidang terapi mu sedangkan daku ingin mewawancara mu mahu mengulangi kembalikah soalan tanya dasar luar negara yang manakah yang gagal mahu dibebankan kepada kita?

Apakah mahu mengulanginya lagi menerusi bahasa yang bukan bahasa rasmi negara kita?

'Please do not blackmail Arab and Israel crisis on us (orang melayu yang muslim).'


Masih tetamu ke tiga itu menjadi pojok giliran sendaan mu kawan?


Dengarlah uajaran ku.

Israel bersalah bukan disebabkan kami.

Israel bermusuh bukan juga disebabkan kami.

Israel tidak aman bukan disebabkan kami.

Lupakan isu madu-madu yang mulai tawar manisnya kawan.

Siapakah yang berterusan sedia menjadi mangsa wajar digemakan pada hubungan diplomatik kita.

Setelah kebanyakan warga sedia mengetahui bahawa konflik dan krisis bermakna pembinasaan.

Sesungguhnya kita tidak layak menjadi mangsa, kawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan