Isnin, 15 Jun 2009

Madu (Bukan Merujuk Perkahwinan Tetapi Hukum Syariat)

Merah wajah itu hampir-hampir menjadi biru kerana kekurangan oksigen yang upaya dibawa oleh aliran darah ke seluruh urat saraf ke nadi perdenyutan jantungnya. Uraian kimia di hemisfera serebral semakin memberi petunjuk ketiadaan keseimbangan untuk diadili kehilangan kewarasannya yang diplagiatkan secara tidak beretika.

"Seandainya dimahukan pembebasan dari dibelenggu oleh pengaruhnya adakah ditegah dan dilarang?"

"Tidak faham maksud soalan."

"Apabila dipelihara hukum syarak tanpa membebaskan diri kepada kebebasan yang tidak disempadani oleh hukum-hukum syariah, apakah dilarang oleh agama andai dituntut kepada kaum lelaki yang diberikan status sebagai suami?"

"Saya sukar mahu menjawabnya kerana itu merujuk bicara  atau kasih sayang  cinta antara pasangan suami dan isteri. Tetapi perlaksanaan hukum perundangan sivil amat berbeza andai dibuat perbandingan dengan hukum yang meluhurkan rohani untuk didirikan kebenaran dan keadilan."

"Di dalam agama kami tidak ada batasan had untuk diletakkan hukum."

"Saya tidak faham."

"Tangan pencuri tidak akan dipotong kecuali pada kecurian bernilai seperempat dinar ke atas setelah terlebih dahulu dipastikan sebab-sebab dia mengambil apa yang bukan menjadi haknya."

"Apakah dengan sekadar fakta ini sahaja sudah layak dijatuhkan hukuman?"

"Sudah tentu tidak!"

"Adakah kamu mahu mensentimenkan ini sebagai isu yang tidak mungkin memulihkan perhubungan dan hak-hak persahabatan dan persaudaraan senegara dan sewarga?"

"Tidakkah kita mencari titik untuk pembaharuan? Cara dan kaedah pensyariatan apabila dilaksanakan ia memberdayakan fungsi Majlis Syura untuk diberikan kebertanggungjawaban kepada Jumhur Ulamak mengaktakan bidang dan sempadan yang sudah pasti diberdayakan juga kemuliaan keilmiahan berpengetahuan Al-Quran untuk digabungjalinkan proses perlaksanaan teladan Rasul Sallallahualaihiwassalm."

"Saya tidak faham."

"Tuan bukan melayu yang islamkah? Satu ketika di Mekah pernah terjadi seorang wanita telah mencuri."

Gembira benar kelihatan di wajahnya bila dikatakan wanita sebagai pencuri.

"Warga terbanyak saat itu menjejaki individu-individu yang rapat dengan Rasul Sallallahualaihiwassalam. Maksud mereka agar upaya dijadikan sebagai perantara pembicaraan yang memungkinkan dipengaruhi keputusan yang bakal dijatuhkan jika sabit kesalahannya. Mereka menemui Usamah bin Zaid salah seorang sahabat yang dikasihi Rasul Sallallahualaiwasallam."

"Salahkah jika berkroni?"

"Kekasih Allah berujar,saat telah ada bukti-bukti yang sah untuk disabitkan kesalahan apa sahaja usaha untuk membatalkannya atau menafikannya dianggap sebagai perbuatan maksiat kepada Allah."

"Saya tidak faham."

"Pada etika moralnya Islam tidak membezakan dijatuhkan hukuman kepada sesiapa yang melakukan kesalahan.Kehancuran kemanusiaan dan peradaban zaman terdahulu adalah disebabkan oleh tradisi yang memelihara dan meletakkan pemimpin, para penguasa dari kalangan bangsawan dan keturunan kerabat dari dihukum."

"Kamu mahu menyindir saya kerana setiap warga dari kalangan marhaen awam apabila disabitkan kesalahan dijatuhkan hukuman?"

"Jika upaya diterima begitu, saya gembira. Bahkan wujud fenomena yang tidak dipelihara hak mereka untuk dibicarakan."

"Ada lagi?"

"Dalam hal ini tidak mungkin upaya diabaikan hukuman bagi wanita dan lelaki yang berzina andai benar-benar mahu dipelihara akhlak dan moral ummah serta sosialnya."

"Kamu mampu berlaku adil?"

"Wanita dan lelaki yang belum berkahwin apabila cukup saksi dan syaratnya perbuatan berzina itu, dihukum dengan sebatan seratus kali dan diasingkan untuk tempuh setahun. Manakala bagi wanita dan lelaki yang telah bersuami atau beristeri pula apabila cukup saksi dan syaratnya, perbuatan itu dihukum dengan rejam sehingga mati."

"Kamu anggap hukuman itu tidak zalim dan kejam?"

"Bagaimana terzahir kekejaman dan kezaliman apabila saksi dan syarat-syarat ini MESTI (dengan suara yang kuat) dipenuhi terlebih dahulu.Bagaimana tidak dijadikan kemajuan peralatan teknologi masa untuk dipenuhi syarat-syarat ini?"

"Itu menceroboh hak berperibadi manusia namanya?"

"Sukarkah beridealistik tatkala telah dizahirkan pengintipan dari rangkaian satelit dan sistem aturan frekuensi multiextraganza radas media eletronik upaya GPSnya menjejaki kesalahan yang mengupayakan diatur semula etika berakhlak integriti bermoral warga dan masyarakat umumnya kerana mereka berpeluang mengetahui dengan lebih jelas hak-hak mereka yang tidak boleh mencabuli mencerobohi atau dicabul dan dicerebohi tanpa dipelihara dan dijamin oleh undang-undang?"

"Kamu perlu tahu wujud etika protokol yang mengimunisasikan sesetengah individu."

"Terlupa pula saya, Siti Fatimah anak Rasulullah Sallallahualaiwassalam yang paling bongsu merupakan ahli syurga. Bapanya menegaskan bahawa andai anaknya ini mencuri tangannya juga akan dipotong. Mencubalah sasarkan fokus. Siti Fatimah ini seorang wanita anak kepada ahli syurga malah dia sendiri merupakan ahli syurga. Kelihatannya protokol apa pun tidak upaya memberikan kekebalan kepada dirinya."

Apakah terzahir akhirat sebagai masa hadapan ummah?

Ahhhh mereka masih buta!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan