Rabu, 29 Disember 2010

Tukar Istilahkah?

Dia bertanya kepada saya bagaimana cara melupuskan hutang?

Wajar dia bertanya kepada dirinya sendiri apakah perlunya dia berhutang.

Sambil dia membelek helaian kertas dari failnya dia berujar, "adalah menjadi kelaziman rakyat di sesebuah negara ditawarkan untuk menanggung hutang negara misalnya dengan memahami keuntungan ekuiti adakah diambil kira nilainya setelah pembahagian faedah di antara kroni ditawarkan kepada awam."

Saya tidak bermain saham.

Lalu dia membalas,"bagaimanakah diterjemahkan makna se tanah air bila wujud tafsiran berbeza terhadap status masyarakat?"


Saya beranya,"adakah pasaran oligopoli difahami oleh medium ummat yang ramainya berada di dalam kelompok tidak berkelulusan tinggi terhadap kewujudan pasaran yang tidak sihat oleh perletakkan harga yang dikawal naik turunnya sehingga merisikokan mereka yang mahu ditawarkan keuntungan."

Dia bertanya bku apakah yang sedang saya baca.

Kanak-kanak tidak membaca buku Schaum's Out Lines yang agak sukar difahami oleh orang dewasa seperti saya.

Dia tersenyum sambil berkata,"agaknya bagaimanakah penetapan harga dibuat ketika pelaburan dilakukan sewaktu harga menurun setelah aktiviti pengambilan untung dilakukan secara besar-besaran."

Di dalam diam saya berkata adalah hakikat faedah dan riba dari sistem keewangan yang sedia ada sekadar ditukar istilah kepada kompaun iaitu sejenis denda yang diselesaikan tanpa pendakwaan?

"Semakin 'malas' mahu berfikir." Dia menjawab perlahan.

Isnin, 20 Disember 2010

Di Mana Ke Malu An Mu

Mini Compaq Intelpula menghilangkan catatan-catatan peribadi yang tersimpan di fail Word Pad.

Permainan jenaka atau komedikah yang diatur berterusan di laman siber?

Memalukan dan terasa sangat keji di peradaban moden ini masih ada yang senang memcuri dan memadamkan malah menukarkan jenis tulisan di dalam fail-fail usb.

Bagaimanakah Rupa Jari Dan Tangan Masyarakat Bangsawan?


Anda menyukarkan minda saya.

Mengapa?

Minda saya diganggu berterusan oleh gadis-gadis yang tidak dikenali setelah catatan di face book saya pula dihilangkan saat ia sedang di dalam proses diterbitkan.

Lalu saya catatkan beberapa soalan dari 'buku' yang tidak pernah diberikan kesempatan untuk disempurnakan.


Soalan saya :
Apa fokus anda terhadap pengguna yang tidak berstatus yang diasak oleh penjelmaan pengaruh-pengaruh pengliberalan dari jenama-jenama yang sebenarnya tidak kesemuanya menjadi keperluan?

Soalan ke dua :
Mengkonsumerkan persepakatanyang ikhlas akankah membuahkan bentuk-bentuk baru komoditi tatkala pemilikan ekuiti bagi pecahan setiap negara terhadap rakyatnya adalah berbeza.
Sebagai contoh :
Rakyat jati (kami menggelar bumiputera) hanya 19 %
Bukan rakyat bumiputera 41 %
Rakyat asing (pelabur?) 31 %

Siapakah yang akan kekal dimiskinkan?

Kita memerlukan naluri keinsanan/ kemanusiaan/ keintelektualan/ setelah membaca fakta pecahan ekuiti seperti ini bagi setiap negara?
Adakah setiap rakyat mengetahui makna ekuiti?

Iaitu pegangan atau pemilikan biasa di dalam sebuah syarikat?

Tahukah kesemua kita mengenainya?

Soalan ke tiga :
Apakah jenis makanan sememangnya dibezakan di antara manusia yang miskin dengan yang kaya sehingga terlihat rendah pengetahuannya?

Lantaran dia masih mengungkapkan ketidak tentuan hala tuju untuk dilalui minda saya terasa seperti menyergahnya dengan nyaring,"di Mahkamah akhirat pancaindera akan membuat siasatan ke atas setiap diri secara tertib penuh sukarela tanpa dipaksa."


Bagi mendiamkan dirinya lalu dicatatkan seperti terlihat ketidak mampuan mu untuk mengangkat embargo di wilayah tertentu. Adakah ianya kerana halangan ego?

Isnin, 13 Disember 2010

Mahu Diskusi Atau Memusuhi?

Seperti dahulu pada hari ini laman Goodreads Book saya di face book telah dicerobohi.


Seolah-olah dizahirkan dengan sengaja bahawa hak saya terhadap nama sendiri dan juga nama pena dinafikan untuk saya. Entah bagaimana ketenangan diperolehi tatkala terlihat profail akaun Goodreads Book saya menjelaskan bahawa saya berada di Atlanta (GA). Diurut dada berkali-kali diulang istighfar sepenuh hati. Apakah silap yang terkandung di dalam nama pena yang diilhamkan tanpa perkongsian itu?


Bagaimanakah wujud rasa tidak suka membaca?


Ia menimbulkan persoalan kepada diri tidakkah selama berdekad ini siri penajaan penulisan buku-buku telah menjadi warisan secara tradisi sehingga didanakan tabung yayasan bagi dibiayai penulisan untuk dianalisa dan disimpulkan persoalan isu-isu semasa mengikut zaman dan hayat dekad. Malah diwujudkan panatia dan jabatan khusus bagi menyelidiki pemikiran-pemikiran tokoh sezaman untuk dilahirkan pembaharu bagi setiap dekad kurun dan zaman. Sehingga begitu menyerlah bagaimana pemikiran kerasulan dan kesolehan para sahabat seperti didominasikan penulisannya mengikut lokasi. Lalu tidak ada khilafnya andai diujarkan lagi pertanyaan, sebenarnya kita mengarah kepada apa dan mematlamatkan apakah tatkala semakin terserlah alasan bagaimana kemandirian kebanyakan negara muslim seperti sengaja dilewatkan.


Bagaimanakah proses pembacaan sekian lamanya ini penelaahannya menemukan pembinaan sifat-sifat sederhana muslim dalam membangunkan negara mereka setelah diberikan kemerdekaan yang mana pencapaian berbagai bidang kemahiran telah berjaya dioptimumkan tetapi tanpa diberdayakan potensi sebenar mereka?


Apakah Harut dan Marut masih berada di telaga di Yamen sehingga kita terkena sihirnya? Tiba-tiba suara thanaif memecah kesunyian.

Bosan

Dahulu apabila hanya ada surat khabar bahasa inggeris sahaja di rumah, mata hanya mencari identiti komuniti masyarakat yang dipaparkan di helaian terakhir salah satu slot akhbar berkenaan.


Seolah-olah setiap tengah hari atau malam mereka ini bermajlis keraian yang sesekali sukar disingkirlkan dari minda, apakah ini sebahagian masyarakat bangsa saya?


Tokoh-tokoh pelbagai sektor jaringan politik dan ekonomi yang bernasabkan eliet dan keturunan bangsawan samada kerabat dekat atau jauh Sultan dan Raja (adik, sepupu, ipa,r duai, besan, menantu dan anak saudara) yang terdiri juga dan kalangan menteri dan pembesar negeri adalah melayu yang muslim.


Mata 'dajjal' saya melihat genggaman tangan pada warna air di gelas, dandanan jelitawan yang mudah dirangkul atau digapai bahu dan pinggang dengan mampatan dada ke dada yang separa terbuka sering menjadikan diujar tanya di dalam diam apakah diketahui bahawa kehormatan adalah sesuatu yang tidak dapat dikekalkan dengan alkohol?

Sering dirungut dan dimusuhi di dalam bisu apakah yang mampu mereka hayati pada makna kemiskinan apabila sering berlipur lara dengan majlis-majlis kemeriahan untuk diselesaikan isu-isu ummah?


Sejauh manakah keikhlasan rakyat yang tidak mempunyai kepentingan sedia diterima untuk mengadili para penguasa dan penjasa negara sering bermain di minda ketika itu apabila terzahir persamaan cara dan acara sewaktu dibuka majallah 'Hello' (sebagai contoh) paparan cara seleberiti bersosial.


Bagaimanakah sedia tidak dipolemikkan andai diujarkan beza status di dalam sosial yang wujud di dunia ini tidak diperlukan di akhirat apabila wujud persamaan hanya pada nilai taqwa bagi mereka yang beriman pada kehidupan beragama.


Apakah ISA akan menggari setiap pertanyaan-pertanyaan ini jika saya berada di tanah air saat mencatat semula isu-isu yang dianggap tidak mewakili darjah keintelektualan?


Apakah ruang-ruang untuk membuka persefahaman upaya terlaksana dengan imej yang begitu. (Ingat saya memperkatakan tentang bangsa yang seagama dengan saya)


Adakah tanah air benar-benar menjadi hak bersama di antara rakyat dengan penguasa atau tidak bersopankah untuk ditanyakan tanah air siapakah sebenarnya yang mahu dipelihara agar daulahnya tidak diraikan di dalam acara-acara yang tidak terlihat budaya roh etika akhlaknya?


Seakan terdengar rakan ku thanaif menjerkah, nenek moyang emak bapak siapa sebenarnya yang sangat diutamakan pengekalan kuasanya untuk mewakili kita?