Rabu, 29 Disember 2010

Tukar Istilahkah?

Dia bertanya kepada saya bagaimana cara melupuskan hutang?

Wajar dia bertanya kepada dirinya sendiri apakah perlunya dia berhutang.

Sambil dia membelek helaian kertas dari failnya dia berujar, "adalah menjadi kelaziman rakyat di sesebuah negara ditawarkan untuk menanggung hutang negara misalnya dengan memahami keuntungan ekuiti adakah diambil kira nilainya setelah pembahagian faedah di antara kroni ditawarkan kepada awam."

Saya tidak bermain saham.

Lalu dia membalas,"bagaimanakah diterjemahkan makna se tanah air bila wujud tafsiran berbeza terhadap status masyarakat?"


Saya beranya,"adakah pasaran oligopoli difahami oleh medium ummat yang ramainya berada di dalam kelompok tidak berkelulusan tinggi terhadap kewujudan pasaran yang tidak sihat oleh perletakkan harga yang dikawal naik turunnya sehingga merisikokan mereka yang mahu ditawarkan keuntungan."

Dia bertanya bku apakah yang sedang saya baca.

Kanak-kanak tidak membaca buku Schaum's Out Lines yang agak sukar difahami oleh orang dewasa seperti saya.

Dia tersenyum sambil berkata,"agaknya bagaimanakah penetapan harga dibuat ketika pelaburan dilakukan sewaktu harga menurun setelah aktiviti pengambilan untung dilakukan secara besar-besaran."

Di dalam diam saya berkata adalah hakikat faedah dan riba dari sistem keewangan yang sedia ada sekadar ditukar istilah kepada kompaun iaitu sejenis denda yang diselesaikan tanpa pendakwaan?

"Semakin 'malas' mahu berfikir." Dia menjawab perlahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan