Sabtu, 22 Mac 2014

CATATAN DI MULTIPLY YANG DIKEMASKINIKAN


Lapan tahun menetap di sini telah menjadikan keadaan semakin mencabar hati nurani serta minda saya.


Renungan tatkala bersendirian telah menjelmakan semula pengalaman-pengalaman semalam ketika melihat karenah pemandu-pemandu yang digaji, pemanduan pemandu tempatan dan cara pemanduan anak saya sendiri.


Ia menjadi alasan bagi menurunkan rasa hormat terhadap etika pemanduan di bandar ini.


Apakah sesuai jalan raya yang hanya ada dua dan tiga lorong dengan lingkaran jalinannya yang bersusur beberapa lorong keluar masuk yang dapat melepasi lampu-lampu isyarat yang kedudukan bulatan (roundbout) sangat hampir di antara satu sama lain, di mana darjah selekohnya ada yang berberingkan lebih 90 darjah menjadi medan untuk masing-masing beraksi dengan skil pemanduan mengikut kuasa kuda enjin kenderaan?


Mata ini menitip kerdipan Bentley, Ferari, Lamborghini dan beberapa siri mewah kenderaan 'sport' yang menyusuri di jalan-jalan raya yang dipandu sendiri oleh pemiliknya ditakrifkan sebagai kenderaan kelas pertama manakala kenderaan mewah Mercedes, BMW, Porshe dan setarafnya adalah berstatus kelas kedua bila ianya dipandu oleh para pemandu yang digaji untuk memandunya.


(Sering senyuman terbazir begitu sahaja ketika berseliseh di jalanan dengan pemandu-pemandu kenderaan kelas kedua ini saat tidak mampu bertoleransi melihat cara ekstrimis pemanduan pemandu kenderaan lain seperti teksi, bas (bas sekolah) , van dan lori muatan berat yang lain di atas jalan raya yang mengabaikan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain).



Ketika ini kenderaan-kenderaan mesin itu seumpama kuda-kuda liar yang perlu dijinakkan. Malah terfikir apakah para pemandunya yang sering kelihatan liar, ganas dan buas memerlukan trapi seperti haiwan liar yang ditamankan di zoo?



Adakah sifat Nabi Ismail alaihisalam sebagai penjinak kuda-kuda liar sememangnya tidak diketahui oleh keintelektualan masyarakat peradaban moden ini saat kononnya Formula Satu itu 'haiwan' yang diberi kuasa enjin untuk ditangkaskan oleh pemandunya?


Sifat-sifat manusia di dalam Al-Quran sudah diabaikan tatkala perbuatan, perkataan dan perakuan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam itu menzahirkan watak ahli syurga.

Apakah kerana Muhammad sallallah hu alaihiwassalam itu hanya menaiki unta dan keldai maka dilupakan bahawa Kekasih Allah sallallah hu alaihiwassalam itu terlebih awal telah menaiki kenderaan angkasa dan kenderaan zaman akhirat?


Kawalan pemanduan pula mahu diatur disusun bila ketiadaan disiplin diakibatkan dari 
ketiadaan akhlak dan moral sebagai budaya tidak diberikan perhatian?


Saat ketika para Yakjuj Makjuj itu antaranya berwatak pelarian demi mendapatkan tanah untuk perbekalan makanan dan minuman tidak ada salahnya untuk memahami masyarakat peradaban mellinium ini masih bertentang dengan fitrah sebenar generasi zaman Taurat asli yang menukilkan :

"Hai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah berdiri di hadapan Ku sebagaimana orang yang bersolat dengan tangisan. Akulah Allah yang mendekati dari hatimu dan dengan ghaib engkau melihat akan Aku."


(Dikau rombakan semula kesemua kesilapan penterjemahan bahasa arab yang telah menyesatkan ummat sementara dikau masih mampu bernafas agar daku berasa tenang dengan ketidak mampuan ku untuk memahami bahasa mu.)



Apakah tuan dan puan kenderaan tempatan memahami masalah yang mungkin dihadapi oleh pemandu kenderaan-kenderaan lain yang turut memiliki hak pemanduan misalnya kesakitan atau keperluan lain yang tidak diduga agar mereka merendahkan sedikit ego keistimewaan ketuanan yang dimiliki itu supaya tidak wujud konflik di antaranya dengan wanita yang memandu kerana tanggungjawab?



Minda ini tidak berhenti bersuara bagaimanakah menghormati dan memelihara kebebasan apabila pihak Tuan dan Cik Puan tidak upaya dan tidak sedia mempelajari perbezaan yang kita semua saling miliki?

Sukarkah dibaca maksud  yang menolak kebebasan yang disumberkan oleh semangat usang sekularism mu?



Bukan sekali dua pengalaman 'menyakitkan hati' ini ditemui malah sudah berkali-kali di mana pernah oleh ledakan emosi yang perlu dirembeskan oleh kami sekeluarga yang ditahan oleh kenderaan tempatan berplet angkakan 263700 yang mengakui mereka adalah polis ekoran dari kemarahannya terhadap kami yang tidak mengendahkan 'flash' lampunya dihormati.


Waktu itu kami berada di dalam perjalanan pulang dari Al-Fuwairit yang gelap dan sempit laluannya oleh kerana di sepanjang jalan raya itu masih di bawah penyelenggaraan pembinaannya.


Apakah kami atau pemandu kenderaan itu mahu atau enggan melihat papan tanda had kelajuan yang bertanda 80km pada saat itu?

(Siapakah yang mengetahui apakah yang mereka lakukan ke atas kad pengenalan diri dan kad lesen memandu suami dan anak lelaki saya?)


Atau adakah tanda isyarat jari sememangnya menjadi kuat-kuasa undang-undang bagi pihak tempatan mempunyai alasan untuk mengusir mana-mana pekerja asing yang bersama menyumbangkan kemahiran atau kebolehan dan tenaga untuk membangunkan negara mereka atau seribu yang pergi dan berjuta yang sedia datang sebagai pengganti masih menjadi tema menjelang 2022?


........

Kembali semula kepada ingatan saat emosi saya diduga pada ketika gusi yang bengkak berdenyut setiap saat waktu cara pemanduan buruk anak lelaki dek cabaran jumud pemandu yang bergaji ketika itu.


Saya tersenyum kembali setiap kali mengingati peristiwa itu apabila melihat pemandu kenderaan buatan Germany itu menutup setiap kesempatan buat kenderaan kami memilih lorong untuk meloloskan kereta kami dari hadangan kenderaan itu yang bertindak mengejar dan merapatkan jarak kenderaannya di hadapan kereta kami bagi menunjuk kuasa hak istimewa walau pun berada di atas jalan raya.

Ketika itu saya amat percaya andai dibuat aduan ke polis pasti kami yang akan menerima segala hukuman hanya berdasarkan kami adalah pekerja asing yang bukan berasal dari Amerika atau Eropah.


Lebih menjengkilkan saya ialah apabila menyedari pemandu yang bersifatkan robot itu hanya menuruti arahan seorang wanita tempatan yang berlitup serba hitam seluruh tubuhnya bagi 'menpsikik' kami.


Lantaran minda dan seluruh jiwa saya dijalari oleh lahar kehangatan bengkak gusi yang tidak upaya ditahan saya telah menunjukkan jari hantu kepada wanita dan pemandu itu.


Rasanya mereka tidak akan berasa tersinggung kerana saya melakukan tata susila dari budaya masyarakat intelek barat yang mahu dijadikan sebagai sebahagian dari pembinaan kemodenan masyarakat muslim di dunia Islam.


Kini setelah menetap lima tahun di Qatar, saya boleh memandu sendiri kenderaan yang dimiliki oleh suami dan anak lelaki tetapi entah apakah angkara yang terdendam seolah-olah wujud lingkaran yang amat menyakitkan masih sengaja menuba dan meracun minda saya apabila perlu berhadapan pula dengan karenah 'bangsat' rakan-rakan anak sulong saya.