Selasa, 26 Oktober 2010

Gelombang Suria Itu Berbahang

Saya gembira dengan kepulangan suami dari Yaman setelah diketahui beberapa minggu yang lalu seorang jurutera Perancis telah ditembak mati oleh salah seorang pengawal keselamatan tempatan yang terlebih dahulu tidak dihormati oleh jurutera tersebut di tempat yang perlu didiaminya selama lima hari.


Yaman sebuah negara yang cantik tetapi agak miskin dari sudut berpendapatan di kalangan rakyatnya.


Menurut suami kebanyakan mereka begitu menunjukkan kegembiraan apabila disebut nama tanah air kami.

Minda masih cenderung untuk memikirkan tentang kepelbagaian konsep untuk diwarnai oleh Islam bagaikan disuramkan oleh isu-isu terpencil yang upaya meruntuhkan asas-asas pembinaan insan yang bertanggung-jawab mendirikan masyarakat.


Peluang-peluang untuk melibatkan kesemua diri masyarakat dalam mengubah dunia apakah perlu dikecilkan?

Atau mereka berdilemma untuk menentukan sasaran yang mahu dicapai tatkala kegagalan masih berada pada sistem dan dasar yang mempiawaikan aktiviti dan kegiatan manusia?


Suami ku menzahirkan persetujuan pandangan ku sebelum dia berangkat bahawa isu-isu pemilikan tanah, pemberian pampasan dan ganti rugi mungkin menjadikan wujud pertentangan di sempadan penduduk luar kota sehingga menjadi isu untuk dikaitkan dengan Al-Qaeda oleh kebanyakan media.
Sementelahan adab dan hidup suku-suku arab di Yaman sememangnya berbeza-beza dengan mereka yang tinggal di kota.


Kisah Puteri Balkis yang pernah menjadi pemerintah kerajaan Saba' upayakah membuka kematangan bersiasah masyarakat moden kerana sebutan kisah wanita ini ada di dalam Al-Quran.Adakah tentang ketidak berimannya atau kebijaksanaan pengurusnnya mahu dinilaikan?

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik kandungan kisah pemerintah wanita ini?
1- Bagaimanakah Puteri Balkis mewujudkan keamanan?
2- Bagaimana Kota Ma'rib runtuh?
3- Apakah 'sailul 'arim' kini menjadi fenomena dunia?
4- Persengketaan pemimpin pada zaman itu menyesatkan pengikut mereka?
5- Dari Yemen hingga Sham (Damsyik) merupakan kawasan subur satu ketika dahulu dan kini dipenuhi minyak dan gas?

Melihat dengan zaman ini terujar pertanyaan:
1- Bagaimanakah keamanan sepenuhnya dikendalikan pada Kota-Kota Muslim di Al-Jazeerah Arab (Teluk)?
2- Masih belum ada bandar-bandarnya diruntuhkan seperti mana kota bani Sadum/Ma'rib.
3- Banjir kerap berlaku di bandar utama tanah arab (mengapa).
4- Persengketaan pemimpin-pemimpin tempatan adakah diolah oleh pemimpin antarabangsa?

Adakah kerana cabang kepenggunaan dan edar agih minyak dunia?

Berapakah peratus keperluan Amerika terhadap minyak dari Teluk?

Jika kecil pecahan peratus keperluannya berbanding keperluan di wilayah lain mengapakah isu nilai mata wang menjadi sandaran untuk dijadikan keselamatan dunia dan masyarakatnya dicabar?

Siapakah yang mencabar dan perlu berasa dicabar?

Bagaimanakah melihat kedudukan Jepun Korea dan Taiwan yang memerlukan lebih tinggi sumber ini selain Cina tanpa bercuriga terhadap kemajuan mereka mengadakan sumber gantian bagi tenaga?

Dari manakah sumber tenaga ini diperolehi?

Negara-Negara Teluk?

Lalu sejauh manakah negara-negara di Timur Eropah akan mempiawaikan nilai mata wang mereka bagi pembekalan minyak yang didatangkan dari Iraq dan Iran selain Negara Teluk?

Selagi ada dakwat tidak salah untuk terus mencatat.

Rabu, 20 Oktober 2010

Langit Di Matanya

Warkah tanpa alamat itu diperbetulkan:

Minta diambil-endah rumahnya bukan bernombor 58 atau 67 tetapi bernombor 6.
Manakala ibunya pula rumahnya bernombor 46 dan 56.


Kemudian catatan itu disempurnakan:


Apabila merasakan tidak wajar hanya aliran sastera sahaja yang berhak mencatat apa sahaja bentuk penulisan wajar juga orang muda dari aliran sains mulai menghayati bahawa mereka yang bukan dari aliran sains berupaya memerhati untuk menganalisa sesuatu perkara kerana sifat sains itu sendiri bermakna mengetahui.

Entah bagaimana catatan itu terungkap.


Asas-asas yang membezakan kebolehan berpengetahuan wajar dihentikan.

Gesaan secara senyap diluahkan.


Manakala yang bukan dari aliran perdagangan pula tidak wajar menyimpan sangka bahawa asas-asas keuntungan dan kerugian itu tidak upaya difahami oleh mereka yang gagal atau lulus dengan pangkat rendah di dalam matematik.

Marah pula yang terasa diledakkan.


Manakala dari aliran agama tidak wajar berasa mereka sahaja yang mempunyai struktur pembinaan disiplin ilmu yang lengkap dalam bidang dakwah (sewajarnya pengkhususan mereka dihormati) jika difahami pindaan-pindaan bagi pembaik pulihan sesuatu itu tidak wajar didominasi.

Apakah sungutan tidak akan bernokhtah?


Apakah sengaja terlupa tentang bahasa mereka yang hanya mahir pada sudut teknikal dan adunan warna untuk dicalitkan rakaman peristiwa jarang mengambil kira hitungan skil pembaris, jangka tolok, kompas dan jangka sudut ketika bicaranya hanya menukar putih kanvas?

Tertanya pula bagaimanakah khalayak ini bersuara?


Di dinihari sering ku lihat langit berwarna pekat sebelum menjadi kuning yang bening serba pucat.
Pagi dan tengah hari ia berwarna biru.
Tatkala menjelang senja biru bertukar menjadi kuning emas keperakkan yang sesekali jingga yang mengashikkan.
Sesekali apabila deru bayu menimpa alam, hilang warna biru menjadi ia hitam yang sering pula kelabu.
Malam ku tidak melihat lagi warna biru.
Siapa kata langit sentiasa biru?

Sediakah ahli astronomi berbicara seperti itu?

Khamis, 14 Oktober 2010

Lena Yang Terus Diganggu

Menyusun etika untuk bersuara sering kali menjadikan makna bebas tiada makna.


Bagaimanakah sejarah upaya dilupakan?


Buku dan maksud yang bertindan sesekali memang wujud silap penterjemahannya.


Ayat mudah yang rengkas dengan keberkesanan manafaat isi dan tujuan penulisan pernah ditemui ia menjadi penyempurnaan sekular dalam memasyarakatkan mereka yang mempercayai bahawa agama perlu dipisahkan dari kehidupan.


Wasiat-wasiat iman disampaikan secara mudah tetapi memerangkap minda bagi yang suka bertanya untuk mendapatkan penjelasan. Misalnya sediakah diperakui mempertikaikannya bermakna menentang hak-hak Kristian yang memprogramkan sekular?


Kelaziman yang menjadi tabiat untuk membetulkan kesilapan kelemahan kekurangan diri sendiri menjadikan penulisnya bertindak untuk turut sama berusaha memperbaiki diri orang lain dan persekitarannya.Pemanafatan perkongsian pintar arena penulisan dengan garapan pendidikan.


Benarkah begitu tatkala diseiringkan penggunaan radas komunikasi yang sedia difahami mensasarkan keuntungan?


Bagaimanakah kaedah bagi pembukaan dorongan kepada generasi muda dan dewasa yang bukan muslim untuk membaca sudut minda buat merasa nilai intelek kelompok masyarakat muslim yang sering diberikan label-label tertentu tanpa permaklumatan yang bersandarkan keihklasan?


Isu sosial tetap didepani oleh setiap ahli masyarakat.


Umpamanya wanita yang bekerja sebagai pembantu menyara perbelanjaan keluarga sering bersifat mengalah demi kedamaian.

Isu bapa yang mengabaikan pendidikan anak-anaknya, adakah dia tidak suka meihat anak-anaknya berjaya tatkala tanggungan kos semakin menambah beban menanggung hutang apabila anak-anak ramai bilangannya?

Mungkin juga dilontarkan kepada sikap sesetengah lelaki yang jarang mahu mendengar suara hati wanitanya dengan bertindak mewakilkan diri mereka terhadap hak-hak wanita itu sendiri.

Tidakkah ayat ini terlalu mudah pernyataan maksudnya?


Individu berperanan mengikut kesesuaian kemampuan dan kebolehannya di tengah masyarakat.

Individu berfungsi menurut kehendak zamannya yang setiap detik berubah mengikut kepantasan masa.

Individu melahirkan masyarakat dari aktiviti dan kegiatan hidup malah individu melakarkan dipenuhi tuntutan ciri-ciri ekonomi dilansungkan.

Individu tidak sama usia dan pelbagai peringkat pengalaman.

Individu berlainan gender, berbeza kesempurnaan sifatnya, berbilang cara kaedah penghayatan kehidupannya, berlainan latar sejarah kelahirannya, berlainanan keperluan dan kehendaknya tetapi tetap sama di sisi Allah (Pencipta) yakni yang beriman dan sifat taqwa lebih bermanafaat di dunia dan akhirat.
(Masihkah mereka yang beragama menjadi masaalah?)


Isu yang sedikit terabai, bagaimanakah nilai taqwa itu upaya dipindahkan kepada manusia yang sama sifat asal kejadiannya tatkala mereka tidak sedia beragama?

Adakah menurut sifat Batman, Superman, Bionic Women, Power Rangers yang meminjamkannya kepada Doraemon? Adakah menurut Lady Gaga, Lady Cellion Deon, Lady Mariah, Lady Oprah, Lady Diana, Lady Madonna atau yang ditentukan piawaiannya oleh Sirs dan mereka yang status Knighthood?

Ahad, 10 Oktober 2010

Bertanya Sahaja

Ada beberapa pertanyaan yang telah lama disediakan buatnya.

1- Berapakah identiti Encik Osama bin Laden yang masih tidak upaya ditawan jika benar beliau belum mati?

2- Sesiapa sahajakah boleh menjadi Encik Osama bin Laden?

3- Krisis dan konflik semestinya menjadi penamat kepada hubungan diplomatik?

4- Adakah Aghanistan dan Iraq bukan negara-negara yang telah merdeka apabila menyerlahkan sering wujud suasana ketegangan baru di sana?

5- Bagaimanakah sikap bias terhadap rakyat mereka (negara yang majoritinya beragama Islam) masih menjadikan ramai professional dari Barat dibayar oleh pendapatan negara-negara ini sedangkan umumnya marhaen ini dikecam oleh kebebasan berpersepsi kita?

6- Antara tanda pembaharuan ialah memiliki kemandirian untuk mampu berdikari.
Adakah mereka dibenarkan untuk berdikari?

Mental Saya Jiwa Dia?

"Ada garisan yang tidak dapat dilihat dengan mata."


"Garisan yang bagaimana?"


"Garisan kekayaan dan garisan kemiskinan."


"Bagaimana mahu melepasi garisan kemiskinan apabila garisan kekayaan tidak semua layak melintasinya?"


"Garis Di atas Kekayaankah kini mulai perlu difokuskan?"


"Di Garisan yang manakah pula pelarian dan marhaen miskin yang terabai akibat pendiskriminasian oleh ketiadaan kesedaran bersiasah akan diletakkan?"


"Minda anime mana mahu bertanggungjawab melakarkan garisan-garisan ini agaknya ya?"


"Memadai memakaikan mereka baju Ultra Boy dengan selaras pistol air atau pakaian Ultra-Ultra yang lain supaya daya supersonik mereka upaya ditimbulkan?"


"Sehingga bila radang ini mahu diteruskan?"


"Selagi isu moral tidak menjadi tanggungjawab sosial ke atas mana-mana Yayasan dermawan."


"Bagaimana pula pewawaran saudari beberapa tahun yang lalu terhadap kewibawaan PBB sewaktu membaca deklarasi keamanan tatkala terzahir isu-isu global yang masih memperuntukkan Dana Tabungan Pembangunan Pencapaian Millenium bagi pakej-pakej penyelamatan ekonomi Negara Utara berbanding Negara Selatan?"


"Saya tidak akan mengulas selagi dikau tidak menerima teknologi dan radasnya tidak wajar mencemar aib kebebasan berintelek manusia walau pun persekitarannya dipelajari,kehendaknya dilayani dan keperluannya dipenuhi tetapi masih dengan penumpuan dominasi yang tidak diberi pilihan di antara menghindari barat atau menjauhi timur."

Isnin, 4 Oktober 2010

3, 4 Dan Seterusnya Di Bulan September.

Adakah rimba raya yang upaya dibanggai untuk menjadi taman landskap terbesar yang upaya menjadikan 'kenderaan yang tidak bertoksid' digunakan juga akan jatuh ke tangan 'broker-broker' tanah yang hanya memerlukan wang berbanding melihat perlunya wujud bandar/pekan/ kampung bahkan taman peliharaan haiwan di dalam taman sebagai laluan alternatif ke Putra Jaya?


Mundurkah andai dikekalkan rimba yang damai dengan aliran sungai yang mengalir perlahan dengan jernihnya sebagai penanda bersihnya alam yang tidak dilumuri oleh buih-buih klorin untuk membuakkan anasir trihalometana?


Alir susur percikan Pangsoon masih diingati jernih dan sejuknya untuk dibanding bezakan dengan kekeruhan aliran yang semakin lesu di Lintang Lipur Jernang atau Air terjun Kota Tinggi.


Kegemaran untuk bermesra alam dengan aliran air terjun yang segar sejuknya tanpa gangguan cemar bunyi menjadikan air terjun di pinggiran kota pilihan kami.

Kekeruhan dan kelesuan alir sungai-sungai ini seakan-akan menterjemahkan bahasa alam yang mulai menyentuh susila etika bahawa rimba melaut luas ini kekalnya kerana miliki kemiskinan harta tetapi kaya budi dan nama.


Masih segar di mata rimbunan pohon-pohon cengal meranti merbau durian dan petai yang menjadi sumber untuk diraih pendapatan oleh penduduk asal yang mengusaha dan memakmurkan kampong-kampong milik mereka.


Udara di laluan perkampungan ini memang segar. Masih dikenang walau telah bertahun-tahun tidak dilalui. Jalan pintas yang sunyi ini boleh ditempuhi hingga tiba ke negeri jirannya. Lingkaran laluan yang berbelit sehingga memeningkan kepala tatkala sering ditekan brek pada laluan berselekoh penanda muka bumi yang berdekatan dengan lereng-lereng dan cerun bukit.


Mesra alam dengan persekitaran yang terancang?


Benarkah begini hakikat pengurus dunia terhadap alam tatkala kampung di hutan dianggap lokasi yang mundur oleh hilang komunikasi sehingga yang menghuni bermusim ‘lari’ ke wilayah yang lebih berinteraksi oleh keaktifan aktiviti tetapi menyembunyikan kreativiti yang hilang fitrah asas bandar beridentiti oleh halunisasi budaya terasilasi?


Hijau alam dengan rimbunan daun tatkala cemar masih menghuni lapar dan dahaga oleh kehilangan sumber sikap apa yang masih menjadikan kita berfikiran ‘jalang’?
Menggerudi kekayaan bagaikan lanun dengan menarah cerun-cerun yang pegun, granait batuan segala yang konkrit dipaksa meninggalkan habitat semula jadinya dengan jeritan rahsia, ‘rongga sanding dan tiang seri pasak bumi kamu gegari nanti.’
Lihat sejenak laluan yang dipanasi oleh rumput-rumput yang dibakar api adakah ia sengaja dicucuhkan bara untuk menjadi rentung yang kehilangan ladang ternakan rumah kediaman satu fenomena lazim untuk diabaikan?


Atau musibah alam dan bencana yang bermusim apakah tidak akan menjadikan banyak organisasi dan yayasan seperti peminta sedekah mengemis dana untuk mengongkosi pembinaan semula keruntuhan dari mala petaka?


Adakah pintu untuk masuk ke Afghanistan masih perlu menjadikan rakyat Pakistan bertukang membina jendela tatkala kehilangan bekalan sumber air yang kian terasa oleh usaha yang dipelbagaikan kaedah penjimatan penggunaan menerusi kitaran semula sebagai teknologi baru melupakan mereka tentang lembah bekalan air hidup semula jadinya?


Tiba-tiba sahaja terkenang saat pernah menghantar anak sulong ke salah satu permukiman latihan bimbingan pelajar yang terperosok jauh di hujung rimba raya ini.


Apakah wujud isu tanah bagi projek disini mulai membakar rasa sebahagian besar pesalah dan penyeleweng amanah yang berkhianah sehingga seakan wujud ‘musuh di dalam selimut’ yang mengusahakan suasana ‘kucar-kacir’ di dalam keluarga saya?


Tiba-tiba sahaja semuanya menjadi skrin yang jelas di depan mata.

Sudah upaya terlupa September ujian getir bermula?

Jumaat, 1 Oktober 2010

Komunikasi Hanya Dengan Wanita

Marah dan terus berasa marah menjadikan dituliskan pertanyaan apakah makna pemilikkan menerusi ekuiti saham tatkala kuasa untuk membuat keputusan sepenuhnya masih berada di tangan esekutif yang bukan terdiri bangsa yang menjadi pembeli sesebuah syarikat.


Tersenyum aib tatkala terzahir wewenangnya pembelian sesebuah syarikat telah menghilangkan kuasa untuk membuat keputusan kesan dari pembahagian untung 40% ke atas 60% atau yang sejenis dengannya. Ketertiban penjawat teruskah wujud sehingga bebas mahu membuat keputusan juga perlu sepenuhnya menganuti pembahagian pecahan peratusan begini? Atau masih sediakah untuk diakui wujud tanda-tanda imprealis dari anutan kapitalis di dalam pembinaan peradaban kemanusiaan yang semakin terlupus intelek untuk bermoral?


Lantas dibesarkan jenis huruf yang masih menimpakan kemusykilan untuk ditandakan identiti jenis bangsa saya di micrsoft word :


Saya bukan pemain untuk mana-mana pasukan.

Sila jauhkan diri kamu dari saya - saya bukan sebahagian dari masyarakat inggeris atau barat.

Saya bukan masyarakat yang tinggal di Bali atau mendapat karamah dari India atau sukakan makanan Itali atau makanan ala barat.

Anda semua silap orang dan sememangnya sedang ‘terghairah’ bagi acara memaksa.

Ini permainan ‘komuniti minoriti’ yang terus mahu kekal mendominasi kumpulan majoriti dan malangnya ianya tidak berjaya.


Konsep satu yang dicuba-usahakan untuk melahirkan ‘kerajaan impian’ tidak berasas realitinya apabila wujud pengawalan terhadap hak-hak peribadi individu yang tidak pernah memberikan persetujuan atau diberitahu wujudnya sessi pemantauan pemikiran bagi diinteraksikan gelombang untuk seni hiburan.


Sila hentikan sikap tidak beretika ini kerana kancah perebutan dan persaingan ini telah mewujudkan permasalahan besar di masa ini kerana keterlaluan diletakkan kuasa mendominasi ke atas individu.


Atau samakah dengan stuasi pelaburan yang sia-sia terhadap makna 80 juta untuk seorang pemain bola yang berjaya didominasikan oleh penaja misalnya?


Seperti terlihat wajahnya yang suram.


Catatan ditambah - saya maksudkan apakah sesungguhnya projek pembangunan benar-benar tidak merugikan rakyat tatkala jelas pedagang dan pelabur tetap dijamin keuntungannya?