Isnin, 4 Oktober 2010

3, 4 Dan Seterusnya Di Bulan September.

Adakah rimba raya yang upaya dibanggai untuk menjadi taman landskap terbesar yang upaya menjadikan 'kenderaan yang tidak bertoksid' digunakan juga akan jatuh ke tangan 'broker-broker' tanah yang hanya memerlukan wang berbanding melihat perlunya wujud bandar/pekan/ kampung bahkan taman peliharaan haiwan di dalam taman sebagai laluan alternatif ke Putra Jaya?


Mundurkah andai dikekalkan rimba yang damai dengan aliran sungai yang mengalir perlahan dengan jernihnya sebagai penanda bersihnya alam yang tidak dilumuri oleh buih-buih klorin untuk membuakkan anasir trihalometana?


Alir susur percikan Pangsoon masih diingati jernih dan sejuknya untuk dibanding bezakan dengan kekeruhan aliran yang semakin lesu di Lintang Lipur Jernang atau Air terjun Kota Tinggi.


Kegemaran untuk bermesra alam dengan aliran air terjun yang segar sejuknya tanpa gangguan cemar bunyi menjadikan air terjun di pinggiran kota pilihan kami.

Kekeruhan dan kelesuan alir sungai-sungai ini seakan-akan menterjemahkan bahasa alam yang mulai menyentuh susila etika bahawa rimba melaut luas ini kekalnya kerana miliki kemiskinan harta tetapi kaya budi dan nama.


Masih segar di mata rimbunan pohon-pohon cengal meranti merbau durian dan petai yang menjadi sumber untuk diraih pendapatan oleh penduduk asal yang mengusaha dan memakmurkan kampong-kampong milik mereka.


Udara di laluan perkampungan ini memang segar. Masih dikenang walau telah bertahun-tahun tidak dilalui. Jalan pintas yang sunyi ini boleh ditempuhi hingga tiba ke negeri jirannya. Lingkaran laluan yang berbelit sehingga memeningkan kepala tatkala sering ditekan brek pada laluan berselekoh penanda muka bumi yang berdekatan dengan lereng-lereng dan cerun bukit.


Mesra alam dengan persekitaran yang terancang?


Benarkah begini hakikat pengurus dunia terhadap alam tatkala kampung di hutan dianggap lokasi yang mundur oleh hilang komunikasi sehingga yang menghuni bermusim ‘lari’ ke wilayah yang lebih berinteraksi oleh keaktifan aktiviti tetapi menyembunyikan kreativiti yang hilang fitrah asas bandar beridentiti oleh halunisasi budaya terasilasi?


Hijau alam dengan rimbunan daun tatkala cemar masih menghuni lapar dan dahaga oleh kehilangan sumber sikap apa yang masih menjadikan kita berfikiran ‘jalang’?
Menggerudi kekayaan bagaikan lanun dengan menarah cerun-cerun yang pegun, granait batuan segala yang konkrit dipaksa meninggalkan habitat semula jadinya dengan jeritan rahsia, ‘rongga sanding dan tiang seri pasak bumi kamu gegari nanti.’
Lihat sejenak laluan yang dipanasi oleh rumput-rumput yang dibakar api adakah ia sengaja dicucuhkan bara untuk menjadi rentung yang kehilangan ladang ternakan rumah kediaman satu fenomena lazim untuk diabaikan?


Atau musibah alam dan bencana yang bermusim apakah tidak akan menjadikan banyak organisasi dan yayasan seperti peminta sedekah mengemis dana untuk mengongkosi pembinaan semula keruntuhan dari mala petaka?


Adakah pintu untuk masuk ke Afghanistan masih perlu menjadikan rakyat Pakistan bertukang membina jendela tatkala kehilangan bekalan sumber air yang kian terasa oleh usaha yang dipelbagaikan kaedah penjimatan penggunaan menerusi kitaran semula sebagai teknologi baru melupakan mereka tentang lembah bekalan air hidup semula jadinya?


Tiba-tiba sahaja terkenang saat pernah menghantar anak sulong ke salah satu permukiman latihan bimbingan pelajar yang terperosok jauh di hujung rimba raya ini.


Apakah wujud isu tanah bagi projek disini mulai membakar rasa sebahagian besar pesalah dan penyeleweng amanah yang berkhianah sehingga seakan wujud ‘musuh di dalam selimut’ yang mengusahakan suasana ‘kucar-kacir’ di dalam keluarga saya?


Tiba-tiba sahaja semuanya menjadi skrin yang jelas di depan mata.

Sudah upaya terlupa September ujian getir bermula?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan