Selasa, 26 Oktober 2010

Gelombang Suria Itu Berbahang

Saya gembira dengan kepulangan suami dari Yaman setelah diketahui beberapa minggu yang lalu seorang jurutera Perancis telah ditembak mati oleh salah seorang pengawal keselamatan tempatan yang terlebih dahulu tidak dihormati oleh jurutera tersebut di tempat yang perlu didiaminya selama lima hari.


Yaman sebuah negara yang cantik tetapi agak miskin dari sudut berpendapatan di kalangan rakyatnya.


Menurut suami kebanyakan mereka begitu menunjukkan kegembiraan apabila disebut nama tanah air kami.

Minda masih cenderung untuk memikirkan tentang kepelbagaian konsep untuk diwarnai oleh Islam bagaikan disuramkan oleh isu-isu terpencil yang upaya meruntuhkan asas-asas pembinaan insan yang bertanggung-jawab mendirikan masyarakat.


Peluang-peluang untuk melibatkan kesemua diri masyarakat dalam mengubah dunia apakah perlu dikecilkan?

Atau mereka berdilemma untuk menentukan sasaran yang mahu dicapai tatkala kegagalan masih berada pada sistem dan dasar yang mempiawaikan aktiviti dan kegiatan manusia?


Suami ku menzahirkan persetujuan pandangan ku sebelum dia berangkat bahawa isu-isu pemilikan tanah, pemberian pampasan dan ganti rugi mungkin menjadikan wujud pertentangan di sempadan penduduk luar kota sehingga menjadi isu untuk dikaitkan dengan Al-Qaeda oleh kebanyakan media.
Sementelahan adab dan hidup suku-suku arab di Yaman sememangnya berbeza-beza dengan mereka yang tinggal di kota.


Kisah Puteri Balkis yang pernah menjadi pemerintah kerajaan Saba' upayakah membuka kematangan bersiasah masyarakat moden kerana sebutan kisah wanita ini ada di dalam Al-Quran.Adakah tentang ketidak berimannya atau kebijaksanaan pengurusnnya mahu dinilaikan?

Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik kandungan kisah pemerintah wanita ini?
1- Bagaimanakah Puteri Balkis mewujudkan keamanan?
2- Bagaimana Kota Ma'rib runtuh?
3- Apakah 'sailul 'arim' kini menjadi fenomena dunia?
4- Persengketaan pemimpin pada zaman itu menyesatkan pengikut mereka?
5- Dari Yemen hingga Sham (Damsyik) merupakan kawasan subur satu ketika dahulu dan kini dipenuhi minyak dan gas?

Melihat dengan zaman ini terujar pertanyaan:
1- Bagaimanakah keamanan sepenuhnya dikendalikan pada Kota-Kota Muslim di Al-Jazeerah Arab (Teluk)?
2- Masih belum ada bandar-bandarnya diruntuhkan seperti mana kota bani Sadum/Ma'rib.
3- Banjir kerap berlaku di bandar utama tanah arab (mengapa).
4- Persengketaan pemimpin-pemimpin tempatan adakah diolah oleh pemimpin antarabangsa?

Adakah kerana cabang kepenggunaan dan edar agih minyak dunia?

Berapakah peratus keperluan Amerika terhadap minyak dari Teluk?

Jika kecil pecahan peratus keperluannya berbanding keperluan di wilayah lain mengapakah isu nilai mata wang menjadi sandaran untuk dijadikan keselamatan dunia dan masyarakatnya dicabar?

Siapakah yang mencabar dan perlu berasa dicabar?

Bagaimanakah melihat kedudukan Jepun Korea dan Taiwan yang memerlukan lebih tinggi sumber ini selain Cina tanpa bercuriga terhadap kemajuan mereka mengadakan sumber gantian bagi tenaga?

Dari manakah sumber tenaga ini diperolehi?

Negara-Negara Teluk?

Lalu sejauh manakah negara-negara di Timur Eropah akan mempiawaikan nilai mata wang mereka bagi pembekalan minyak yang didatangkan dari Iraq dan Iran selain Negara Teluk?

Selagi ada dakwat tidak salah untuk terus mencatat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan