Rabu, 20 Oktober 2010

Langit Di Matanya

Warkah tanpa alamat itu diperbetulkan:

Minta diambil-endah rumahnya bukan bernombor 58 atau 67 tetapi bernombor 6.
Manakala ibunya pula rumahnya bernombor 46 dan 56.


Kemudian catatan itu disempurnakan:


Apabila merasakan tidak wajar hanya aliran sastera sahaja yang berhak mencatat apa sahaja bentuk penulisan wajar juga orang muda dari aliran sains mulai menghayati bahawa mereka yang bukan dari aliran sains berupaya memerhati untuk menganalisa sesuatu perkara kerana sifat sains itu sendiri bermakna mengetahui.

Entah bagaimana catatan itu terungkap.


Asas-asas yang membezakan kebolehan berpengetahuan wajar dihentikan.

Gesaan secara senyap diluahkan.


Manakala yang bukan dari aliran perdagangan pula tidak wajar menyimpan sangka bahawa asas-asas keuntungan dan kerugian itu tidak upaya difahami oleh mereka yang gagal atau lulus dengan pangkat rendah di dalam matematik.

Marah pula yang terasa diledakkan.


Manakala dari aliran agama tidak wajar berasa mereka sahaja yang mempunyai struktur pembinaan disiplin ilmu yang lengkap dalam bidang dakwah (sewajarnya pengkhususan mereka dihormati) jika difahami pindaan-pindaan bagi pembaik pulihan sesuatu itu tidak wajar didominasi.

Apakah sungutan tidak akan bernokhtah?


Apakah sengaja terlupa tentang bahasa mereka yang hanya mahir pada sudut teknikal dan adunan warna untuk dicalitkan rakaman peristiwa jarang mengambil kira hitungan skil pembaris, jangka tolok, kompas dan jangka sudut ketika bicaranya hanya menukar putih kanvas?

Tertanya pula bagaimanakah khalayak ini bersuara?


Di dinihari sering ku lihat langit berwarna pekat sebelum menjadi kuning yang bening serba pucat.
Pagi dan tengah hari ia berwarna biru.
Tatkala menjelang senja biru bertukar menjadi kuning emas keperakkan yang sesekali jingga yang mengashikkan.
Sesekali apabila deru bayu menimpa alam, hilang warna biru menjadi ia hitam yang sering pula kelabu.
Malam ku tidak melihat lagi warna biru.
Siapa kata langit sentiasa biru?

Sediakah ahli astronomi berbicara seperti itu?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan