Jumaat, 30 April 2010

Ziarah Penghijrah 4

(sambungan Ziarah Penghijrah 3)

Hati masih berada di Doha ketika bersesak di atas jalan raya untuk keluar dari lapangan terbang – kesederhanaan masih sukar disingkirkan dari menjadi sifat diri yang kukuh dirantai oleh Kota yang mengabaikan persapaan sebagai tanda berkomunikasi.

Kejiranan persaudaraan nasab-nasab di Teluk yang serumpun ini terzahir kecil pecahan kewujudannya.

Dengan kurang 20% kapasiti entiti keseluruhan penduduk Emarati, negara-negara Teluk tetap menjadi lubuk kekayaan mereka yang menyenangi cara hidup bebas cukai, tinggi pendapatan , mewah cara hidup mengitar memasuki liang-liang medulla otak.

Apakah pembacaan minda ini dianggap salah dan didakwa pengkhianat tatkala sememangnya pendapatan di negara Teluk tidak bercukai dan ia dilihat sebagai isentif menarik yang tidak mahu dilepaskan oleh kebanyakan mereka yang berhijrah beramai-ramai untuk menjadi pemaustautin di sini?

Saya mahu agar warga di tanah air melihat bagaimana keterbukaan sikap mereka di Teluk yang tidak membataskan kebebasan berpandangan walau pun mereka mendominasi(?)

Kebenarannya sukar disahihkan.

Apakah tidak wajar ditanyakan mengapa pula mereka tidak mahu membebaskan wilayah Gazza,Iraq,Afghanistan agar kekayaan di rantau itu juga upaya menawarkan keistimewaan seperti yang dinyatakan di atas?

Lantas tidak ada khilafnya andai diujarkan ketamakan telah menularkan natijah yang pahit ke atas kehidupan sebenar kebanyakan muslimin.

Nah, benar sekali andai mahukan peperangan negara-negara di Teluk ini yang akan mengizinkannya berlaku dan seandainya mereka tidak mahukan peperangan mereka berhak untuk mengatakan tidak lantaran pasarana mellinium ini bermatlamatkan jabatan salam dengan Nabi Isa alaihiisallam.

Siapakah yang benar-benar mahukan peperangan di Teluk?
Who wants war in Gulf?
1- Arab people
2- Jews people
3- Christian people
4- Palestien people
5- American Government
6- European Government
7- Rusian Government
8- England Goverment

Kiranya dengan mencatat mengenai sesebuah pengalaman di mana-mana negara maka upaya terlucut hak diri untuk dilelong?

Memalukan etika keintelektualan dunia hiburan Amerika/England/Australia?

Virus megalomania tiba-tiba terlihat di pancaran mega gelombang telta beta alfa dan delta aliran sang transimasi yang bercelaru dek semangat nano yang berpengkalankan satelit.

Apakah orbit edarnya yang telah dipenuhi oleh buangan sisa kapsul itu juga mahu dikiraikan ekologinya?

Cubalah bertenang. Tiba-tiba nurani disentuh oleh belaian 'nur' yang memamahi.

Khamis, 29 April 2010

Siapa Yang Meracau?

Tanya pada diri jawab dalam hati di mana letaknya demokrasi jika berkroni.

Mengapa nilai mata wang yang lebih rendah dikhuatiri oleh pendominasi pasaran dunia adakah kerana kekukuhannya yang tidak mengurangkan kuasa pembeli?

'Sila beradab dan beretika menghormati status kekeluargaan saya.'

Rabu, 28 April 2010

Ziarah Penghijrah 3

(sambungan Ziarah Penghijrah 2)

Syariat dan syariah sebagai perundangan dan sistem tidak upaya ditolak kerana jabat salam Nabi Isa (as) pastinya berasaskan sistem yang adil saksama berimbang tanpa cemar-cemar yang kini terpalit melekat kukuh pada kebanyakan entiti diri kepimpinan berperibadi.

Tertanya-tanya di manakah mahu kita meletakkan diri kita?

Adakah kini keimanan yang perlu menjadi survivor?

Saat ini amat sekali mahu diujarkan kepada dia yang ‘bertugas’ di angkasa agar memahami mengapa tidak wajar membariskan mimpi-mimpi dan imaginasi untuk meningkatkan kelas dan status diri di dalam sosial ini.

Panorama dari sudut berbeza oleh imej bangunan tertinggi di dunia ditanya-tanya oleh peniaga kecil di Souk yang menjual arca replikanya yang begitu teruja mungkin oleh pandangan tidak lebih dari aras laut bacaan pandangannya.Dengan menjual begitu banyak replika mereka kelihatan bagaikan duta pelancong yang tidak berjawatan.

Senyuman penuh bermakna saling berbalas.

Keindahan warna alam dari neon berwarna warni di Doha terasa dibias dari sini yang dipancar sesalur litarnya entah bersiri entahkan selari.

Negara kaya sumber berjimat tenaga?

Senyum minda mengingat debat di televisyen satu ketika kiranya menyangkut kitar peruntukan besar yang mengambil tempuh hampir tujuh tahun untuk disempurnakan.
Baru jelas isu yang didebatkan itu.

Kesimpulannya adakah fungsi rakyat berakhir selepas kerajaan ditubuhkan tatkala mereka tidak digalakkan berbicara dengan lebih mendalam dalam suasana diskusi yang sudah tentu bukan bernada gossip untuk membina intelek?

Dengan kadar kurang dari 20% jumlah warga emarati proses kecanggihan Kota muslim seperti melimpah ruah kepada struktur pembinaan reka bentuk Kota yang moden dan cantik dengan kemudahan aliran sistem pengangkutan ringan di dalam bandar.

Bagaimanakah jika penduduk yang lebih ramai kadar bilangannya kurang sumber tenaganya apakah masih sepenuhnya ditentukan oleh bentuk muka bumi dan jenis keperluan yang dituntut oleh penduduk yang memerlukannya dan sepenuhnya ditentukan oleh keperluan pemodal?

Apabila penduduk kecil bilangannya pasti kegunaan sumber tenaga, sumber asas kemudahan pasarananya sesuai dengan keperluannya.

Adakah kerana itu maka ditawarkan kelumayan ganjaran buat diraih nama tatkala kita melihat keuntungan yang lebih besar apabila dipasaranakan petempatan pelarian dengan asas kehidupan?

Kesan menyempadankan penggunaan sumber tenaga sifat wibawa yang wajar menjadi ciri Kota-Kota Muslimin sebelum ia menjadi Kota-Kota Mukminin.

Isnin, 26 April 2010

Relaxxxxxx

1
"Kita tidak pernah tahu mereka mahu mewujudkan sekolah di medan siber."

"Apa? Sekolah di skrin laptop dan komputer?"

"Bagaimanakah dinamakan itu sebagai sebuah sekolah ya?"

2
"Sukar mahu memberikan nama sesukar mencirikan alasan keperluan undi-undi pos diimejkan sebagai milik kerajaan negara kita."

"Maksudnya undi-undi pos hanya ada di tanah air kita sahaja?"

"Bagaimanakah makna pemaustautin di luar negara diiktirafkan untuk membolehkan diberi kelayakan sebagai pengundi pos ? Jika dia tidak mengundi bagaimanakah caranya untuk diketahui bahawa namanya disahkan tidak termasuk ke dalam daftar pengundi?"

3
"Jiran kakak saya telah meminta kad pengenalan dirinya atas alasan untuk menyemak daftar pemilih. Atas sikap percaya dan semangat kejiranan kakak memberikannya.
Pada hari pengundian kakak berasa amat kecewa kerana namanya telah dipadamkan dari senarai kerana didakwa dia telah mengundi.

"Marahmu ini sehingga bila?"

Ahad, 25 April 2010

Dekad Menyamun?

Bahasa saya ialah bahasa melayu.

Bahasa komunikasi saya belum pernah bertukar sepenuhnya ke dalam bahasa yang lain selain dari bahasa rasmi tanah air saya.

Siapakah yang menjualkan keindahan pemikiran bahasa rasmi ini sehingga 'mengestablishkan' begitu sekali medan-medan interaksi dari sistem seni berhibur yang bukan dimiliki oleh tanah air saya menerusi satelite?

Wajar yang bagaimana harus kita berasa tercabar dengan etika yang begitu didominasikan oleh wang ini?

Apakah penterjemahan blog oleh aplikasi penukaran bahasa juga bermakna kesemua bahagian harta intelek milik asal seseorang itu turut membolehkan diambil diadun diolah diguna dijadikan sebagai milik bersama tanpa pengetahuan dan tanpa keizinan?

Siapakah di antara kita yang akan mengambil tanggungjawab mengasuh masyarakat menjadi penyamun di kalangan kanak-kanak remaja atau sesiapa sahaja?

Apakah kita memerlukan watak bagi mengganggu secara berterusan kebebasan berfikir yang digunakan bagi tujuan-tujuan tertentu?

Wujudkah penjualan harta intelek warga sesebuah negara lain hanya menerusi satelite dan sistem transimasi digital?

Terlalu murahkah nilai maruah jiwa rakyat hanya demi memeriahkan neuro sains yang meledakkan capaian peralatan?

Inikah sebenarnya makna Dekad Baru bagi Amerika yang memprojekkan idea atas nama keintelektualan bagi tempuh mendatang?

Adakah isu informasi dan perjudian perlu menjadi gandingan yang mengabaikan etika lalu mendiamkan diri bermakna menyetujui pendiskriminasian?"

Akidah Dan Keperluan Perkaitannya Dengan Pembudayaan Ilmu

Banyak-banyak perkara apakah yang boleh diganti?

Menggantikan Islam Hadhari dan Penerapan Nilai-Nilai Islam.

Bagaimanakah konsep untuk menjadi kekasih Allah upaya menukar persepsi untuk berbudi kepada alam dan penghuninya dalam tafsiran ibadah bukan sekadar untuk berteori tetapi perlu beramali?

Berdasar kepada hadis Rasul Salallahualaihissalam,“menuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina” adakah bermaksud penggantian Timur sebagai kuasa baru yang lebih adil dan berupaya menimbang kebenaran tanpa ingin kembali menjiwai bahawa agama itu candu minda?

Di dalam stuasi memproses pengubudiahan bagaimanakah dikenalpasti bahawa tertib dan adab pendisplinan kualiti hanya akan mengakibatkan dua natijah yakni syurga dan neraka yang tidak memerlukan sama sekali stuasi ‘win-win’ melainkan pada sudut pengukuhan institusi kekeluargaan khilaf dan salah kelemahan dan kekuatan unit individu antara ibu bapa anak ia upaya menjelas dan menzahirkan akibat penyelewengan mana-mana sudut iman yang semakin menurun atau meningkat, terlihat ‘win-win’ adalah sikap defensif yang membenarkan kita beralasan tanpa mempedulikan pengabaian-pengabaian yang telah dilakukan.

“DNA modified virus” persamaan risiko dengan pemilikan penjajaran wilayah nuklear di lingkaran ‘tengah benua’ adakah ancaman yang mudah diabaikan?

Bagaimanakah boleh dikaitkan bahawa bencana-bencana di akhir zaman sebahagian besar darinya adalah atas usaha dan kehendak kita sendiri selain ketetapan yang azali lantaran itu tidak ada dalih dan alasan untuk dibina ummah dengan kekuatan iman dan penyatuan akidah mampu membina teras kekuatan ummat.

Sejauh manakah pengkaryaan buku-buku Wasiat Iman yang selama ini diundang penghasilannya menatijjahkan penggerakkan indera rasa dari seluruh pancaindera saat mulai membaca untuk dihayatinya?

Membina identiti imej perlambangan rupa diri perkaitannya dengan ciri-ciri umum misal, mukmin muslim kafir munafik fasik Yahudi Majusi Nasrani bagaimanakah ianya berdiri?

Bagaimanakah wasiat iman di kalangan muslimin yang seumur hayatnya menjadi penganut sedia menjadi lebih bertanggungjawab sesuai dengan pengenalan etika di dalam kehidupan yang meningkatkan nilai mutu insan.

Melayari blog ukhuwwah.com-memperihal pemboikotan barangan Israel melontarkan persoalan bagaimanakah peranan muslim untuk mendakwahkan yahudi agar bersama menjadi penyelamat ummah bukan dengan jalan bermusuhan dan saling mencurigai oleh dendam dan dengki.

Jika mereka berdakwah dengan ekonomi,muslim berdakwah dengan apa?

Di ketika syiah dimusuhi namun merekalah yang menjadi barisan yang paling berani di alaf ini di manakah kita kelompok sunni?

Generasi muda perlambangan Hassan dan Hussien tidak berebut kuasa kerana asuhan didikan ayahanda mereka Khalifah bukan jawatan untuk diwariskan buat mereka tiada juga gaji sandaran upah diputuskan secara istimewa.

Wahai mata jari dan minda
Tidak baik catatan peribadi menjadi catatan sendiri…
Biar pun
Permainan millinieum adalah untuk memihak dan berpihak.
Akan tetapi aduhai diri
Meski bertali arus kisah Kekasih Allah dinukilkan
Bagaimanakah masih
Tetap sama natijahnya ke atas dunia serta isinya?
Adakah oleh projek yang diskripkan...
Seorang ‘khalifah’ untuk kesatuan yang mudah diperhamba!
Ataukah
Manuskrip dipentaskan di gelanggang oleh siri liga dan acara stamina
Diarak sebagi tawaran lumayan mencatat lembaran ke skrin gelombang transimasi?

Masihkah dikau dengan hangat kemarahan?
Sehingga terpadam hayat semua ini akan bernyala dengan semarak api yang tanpa unggun.

Jumaat, 23 April 2010

Jalang

Adakah mematlamatkan kebinasaan hubungan kekeluargaan dan ikatan perkahwinan menjadi sebahagian syarat persaingan dan permainan perjudiannya?

Apa maksudmu?

Sekadar memberitahu bahawa kesemua hubungan interaksi itu hanya sah apabila ia dilakukan di dalam bahasa melayu.

Dikau benci makna membumikan kegelojohan?

Kerakusan menghitamkan segala yang sukar untuk dijernihkan semula semakin mengelirukan.

Lalu adakah benar kerana ingin mengekalkan keselesaan hidup menjadikan tiada kemunasabahan untuk usaha-usaha memajukan kasih sayang?

Mulia apa setelah meruntuhkan mahu dibina semula persefahaman?

Apakah budaya berakhlak dan moral itu sememangnya dicerakinkan dari media dan pelaku hiburan oleh keistimewaannya, itu dikau namakan persefahaman?

Selagi tidak dijelaskan sepenuhnya etika akta hak intelek sistem pesanan ringkas di talian bimbit, ‘interaksi’ di antara kami akan berhenti di sini walau pun disedari
sepenuhnya akan dimanipulasikan pula hak-hak di siber oleh pihak yang sama.

Jika begitu memang benar mereka itu gelojoh walau pun telah berpendapatan.

Khamis, 22 April 2010

Santaian Rasa

Hari ini saya 'mencelakakan' seseorang.

Setelah talian komunikasi peribadi dipintas sehingga hubungan perbualan bermasalah dan ada yang menyamar menjawab panggilan telefon bimbit saya tatkala ada rakan dari seberang membuat panggilan, saya sudah dengan terpaksa diberikan halangan dan rintangan.

Setelah catatan-catatan peribadi berjumlah 115KB hilang dari simpanan fail peribadi di Microsoft Words berterusan dihilangkan dan sebentar tadi sekali lagi catatan di blog friendster sewaktu masih di dalam proses menyempurnakan catatanya talian pengaksessan internet dengan sengaja dikirimkan perutusan dari 'para heckers' sehingga interaksi siber 'hang up' sehingga menghilangkan catatan di blog.

Kejadian ini bukan sekali dua tetapi telah dilakukan berkali-kali oleh mereka yang saya tidak kenali.

Lalu dibingkiskan ayat-ayat tidak lazim kepada seseorang :

YOU ARE CELAKA after you use your celaka techno interrupted my lap top and you are really celaka.

You know what celaka means?

IN my bahasa melayu kamus celaka are :

1- Malang – means unlucky in this stuation because I never like you from the first time.
2- Bangsat – means very poor without means to live.

I never means other that that to tell you the true that I really don’t like you.

Who are spying on my hala qtel line and make trouble to my friend in Indonesia?

What is your rights to interrupted and use my number without my knowledge to answer my call from my friend?

Why you doing this to me? You want to call this as a good manner after dying to be a winner?


Ramai esekutif professional lelaki bangsa saya gusar menyatakan perkataan ini ketika marah kerana berasa ‘rendah moral’ tetapi mereka rasa ‘tinggi moral’ bila mengujarkan ‘shitt’ atau 'fuck' pada keadaan-keadaan yang tenang dan malangnya perbuatan menganiaya atau mendera atau memperdaya dengan muslihat tidak disenaraikan sebagai 'rendah moral'.

Idea hilang bila fokus dihalang untuk bebas berkumandang.

Saya berasa seperti berada di Hulu Selangor dengan hanya membayangkan biru muda langit sebelum senja.

Selasa, 20 April 2010

Ziarah Penghijrah 2

(sambungan ... Ziarah Penghijrah 1)

Mata tidak dapat mencari lokasi bangunan Trade Conventional yang menjadi tempat pertama dijejaki pada tahun 2003 oleh ceracak bangunan yang menurus tinggi melingkari wilayah kekayaan penggabungan korporat yang bersinonimkan persediaan untuk pantas mengeluarkan pelaburan modalnya sesuai dengan kehendak dari tuntutan pengkonspirasi yang mengawal sepenuhnya dasar dan sistem pasaran keewangan.

Wajar yang bagaimana mendominasi minda muslim berlaku di dalam dekad setelah berakhirnya peperangan dunia?

Apakah tradisi mewujud dan melahirkan kuasa pengkonspirasian diperlukan tatkala penghuni alam ini menjurus kecenderungan mahukan keamanan namun sebaliknya ia menjadi senjata untuk melumpuhkan sesebuah negara?

Sesuatu yang membuatkan minda tersenyum tatkala menuju ‘ke zon Kota Muslim’ adalah metos media Barat yang sering menjadikan Iran sebagai sasaran pergelutan dilemma yang menggolakkan minda masyarakat dunia.

Sepanjang laluan itu terlihat tersergam indah tile mercu tanda negara Republik Islam Iran yang berwarna warni dengan bangunan yang berbenderakan warna hijau putih dan merah terletak bersebelahan dengan kawasan kejiranan mewah bandar Dubai.

Bangunan kediaman, sekolah, hospital wanita Iran saling berantai memanjang menempati kawasan mewah The Village Jumeira Centre menuju Emaar Square dari Al Bada’a.

Sunni dan Syiah saling menzahirkan persaudaraan yang digambarkan menerusi petempatan ini mengharukan minda tatkala sering tersentak sukma oleh ketegangan yang diwar-warkan untuk dijatuhkan hukuman ke atas negara itu yang beralaskan kepintaran warganya mengorientasikan penggunaan kemahiran tinggi sumber pembangunan kajian sains nuklear.

Tambahan pula sokongan rakyat muslim yang diberikan kepada Iran adalah munasabah dan wajar mengubah cara Amerika dan barat memandang potensi kemandirian dunia muslim yang menelan semua kepahitan dan sindiran mellinium dengan tabah sabar dan tenang.

Mengapa diujar begitu?

Tidak jauh dari wilayah mewah itu adalah petempatan Financial Centre yang berdiri bangunan Barclays Bank yang diwar-warkan sebagai milik yahudi kristian yang menaja gelanggang untuk dua puluh dua lelaki beradu kekuatan dan ketahanan hanya untuk mendapatkan sebiji bola.

Minda terus tersenyum tanpa alasan tatkala mengimbas kekerutan dahi para negarawan yang mahu mengusahakan keamanan tatkala di gelanggang pertarungan stamina upaya dibebaskan pertumpahan darah walau masih tidak munasabah oleh kelumayan tawaran bayaran.

Seketika terfikir tentang mereka/pasukan yang tidak dibenarkan menerima bayaran setelah ditaja oleh PBB.

Benarkah begitu?

Bagaimana pula dengan duta-duta keamanan dari kalangan karyawan yang menggunakan platform PBB untuk meraih lebih perhatian?

Banyak fenomena membuatkan ziarah kali ini membuatkan minda tidak upaya menokhtahkan transmiter billion zon-zon akal.

Kota muslim siap siaganya juga perlu persediaan tanpa senjata tanpa keterlaluan diikuti buat dipatuhi tuntutan dasar dan sistem yang sedia ada yang telah mencemarkan persaudaraan dan persahabatan serta ukhuwwah sejagat khususnya yang bernasabkan dari keturunan mulia para nabi dan Rasul.

Apakah rasa ini perlu disembunyikan hanya kerana gusar dimusuhi tatkala rasa di sanubari masih di hati mengucap 'terima kasih' kerana upaya membuah rasa bangga melihat Kota milik muslim meski termuram rasa tetap ada tatkala melihat identiti muslim semakin jauh dari keinginan mendakap entiti mukmin?

Variasi sifat berdirinya muslimah begitu sukar ditemui sepanjang kami memundar-mandirkan diri di sekitar arena kejiranan Al Burj Khalifa.

Tidak seperti di daerah maustautin yang begitu mudah ditemui jasad-jasad muslimah berabaya serba hitam dengan penyerlahan keanggunan yang menyeimbangi dan mengharmonikan moden dan seni konservatifnya.

Muslimah berabaya anggun sukar ditemui di sini kerana lokasi-lokasi itu dipenuhi oleh penjawat awam dan swasta dari luar yang meningkatkan jumlah kependudukan bagi warga Emarati yang kecil jumlahnya.


Bandar maustautin itu masih kaya dengan sifat konversetifnya yang menjadikan sesekali minda sukar berlaku adil.


Kamar-kamar istirehat awam bersih dan olah reka bentuknya mengimbau jauh ke tanah air.

Sepusat titik mula lingkarannya biar jauh tetap bertemu semula atas satu nama.

Pembinaan Kota kelihatannya diseragamkan dengan satu tema.

Jenis sifat baru bukan baru kini dilansungkan.

Setiap dasawarsa akan dipupuk semai perubahnya.

Perubah itu manusia yang bersifat insan kamil seperti mana Salehuddin Al-Ayubi yang berbala tenterakan perwira dan apakah kesebelasan atau kumpulan pemain di gelanggang upaya diberi persamaan seperti tentera Salehuddin Al-Ayubi?

Jika ya mari tanyakan pemain-pemain yang bernilai puluhan juta upayakah mereka memberikan Al-Aqsa kepada yang berhak atau paling tidak menjadikan ia contoh wilayah atau daerah yang upaya diteladani keamanan dan keselamatannya untuk dimiliki secara bersama tanpa dicerobohi atau dimusnahkan asas bukti ia pernah didiami secara rukun bersama di antara muslim yahudi dan nasrani?

Apakah yang telah diabaikan oleh warga arab untuk kami yang bukan arab melakukannya?

Apakah yang mahu dikejutkan dengan istilah pembaharuan jika hari ini tetap berlalu bagi menemui esok?

Isnin, 19 April 2010

Awas - Mulia-Mulia Itu juga Wujud Dosa

"Berhenti mendakwa apabila seseorang itu berkahwin maka dia perlu berkahwin dengan seluruh daerah, wilayah, mukim, tanah, jajahan, kampung, jalan, lorong, simpang negeri asal pasangannya."

Tawa kami mengilai walau jauh di sudut rasa berasa mual.

"Rasional boleh?"

"Siapa yang tidak rasional?"

"Diam wanita bukan kerana bersetuju tetapi kerana tidak pernah diberitahu!"

"Bolehkah memasuki negara lain tanpa passport?"

"Boleh?"

"Sekurang-kurangnya ada adab dan etika bukan hanya sopan dan manis budi bahasa!"

"Cetek minda bila disangka kita perlu bersedih tatkala tidak mendapat perhatian."

"Itu mata yang ada emas ada platinium ada perak tapi kurang miliki hak."

"Saduran juga upaya memperdayakan mereka?"

"Semakin kecil dunia ini namun masih saling tidak mengenal di antara tulen dan palsu."

"Anih juga jika begitu kesannya. Yang jauh sering dekat di mata tetapi yang dekat menjadi jarak yang sedia ditolak."

"Dengarlah kata saya, lelaki bermaruah tidak sedia memperkosa diri walau hanya dengan menceroboh hak."

"Tetapi setiap simpang jalan selekoh kampung mukim daerah perbandaran kejiranan pekan bandar negeri mahu dikahwininya ! Anih pelik ganjil unik!"

"Memang tidak rasional dan hilang waras."

"Dikau tidak mencuba menerangkan khilafnya?"

"Makan dan minumnya kelihatan sembrono sahaja. Telah dinyatakan ‘sesiapa yang berkahwin dia telah memelihara sebahagian dari agamanya. Apa makna perkahwinan apabila agama tidak terjaga?"

"Perkahwinan di dalam agama kita ada yang wajib ada yang harus ada yang sunat ada yang makruh dan ada yang haram.Itu tidak dikau terangkan padanya?"

"Kepanaan nafsu hawanya telah terghairah oleh laku. Semakin malas mahu dilansungkan komunikasi dengannya. Membuang masa."

"Lantas kerana itu dikau semakin membisu?"

Diam lebih baik dari kata-kata.

Ahad, 18 April 2010

Terkenang-Kenang

"Kita berkongsi pandangan tanpa membeza pendirian hanya kerana bangga menjadi rakyat Malaysia. Bolehkah begitu tanpa perlu diikat terikat mengikat bagi dielak kita mengumpat?"

Suara itu datang kembali menusuk dalam ke koklia disambut beralun berintonasi do re me fa si la ti do

"Satu soalan yang mudah jika kita Islam, ke manakah kita sesudah kehidupan di dunia? Ke bulan ke bintang ke suria ke lautan atau berhadapan dengan Allah Subhanahuwataala dengan muatan yang sarat beban atau amal yang digalas untuk diperhitungkan."

Do re me fa si la ti do

"Demokrasi yang kini difahami adalah menghormati suara terbanyak namun adakah tanpa sedikit pun menghitungkan kepalsuan yang tersembunyi dari suara yang banyak itu dengan menyingkirkan suara yang kecil dengan terlalu berkira kebenaran yang disuarakan."

Do re me fa si la ti do

"Negara kita menjadikan Islam sebagai agama rasmi tanpa menjunjung Al-Quran dan Sunnah sebagai petunjuk dan perundangan negara.Pemisahan yang ketara antara agama dan politik semenjak merdeka menjadikan kefahaman politik negara dan bangsa melayu berpecah dua.Namun jika kita jujur kita dapat menyedari kelemahan-kelemahan yang masih belum terlewat untuk diperbaiki dengan memberi ruang alternatif bertulus mendiskusikan janji."

Do re me fa si la ti do

"Kita mesti mencari ruang untuk melengkapkan negara Islam yang demokrasi adil dan saksama yang mampu berdiri sendiri tanpa terlalu bergantung pada negara yang sukar memahami cara hidup penganut Islam."

Do re me fa si la ti do

"Namun kita mesti cuba membina persefahaman di antara agama-agama juga nilai-nilai yang berada di dalam lengkungan barat.Bagaimana jika dibuat bandingan di antara masyarakat Islam di England/Eropah dengan Amerika, siapakah di antara mereka lebih bersedia membuka dan mencari ruang untuk membetulkan salah faham dan cuba membina hubungan erat demi keamanan dan kemanusiaan."

"Tanpa menyenaraikan Rusia, Afrika dan Amerika Selatan dan hanya menumpu Asia sahajakah?"

"Tidak juga diabaikan Iran."

Do re me fa si la ti do

"Di mana kita jika benar sebagai negara Islam mampu membetulkan istilah 'pengganas' apabila mengungkapkan kalimah jihad sekadar contoh, yang begitu bebas diemparkan kepada saudara sesama kita yang lain tatkala kita didorong untuk mencari penawar bagi penyakit kepada wabak virus YANG BUKAN DIBAWA OLEH ISLAM.
Sehingga bilakah kita tidak berupaya menyelamatkan mereka yang tertindas dan teraniaya selama ini?"

Do re me fa si la ti do

Tidak upayakah jurusan agama aktif dan berkreatif memindahkan ilmu iman mereka dan menterjemahkannya ke tengah masyarakat tatkala masyarakat Islam di Amerika lebih bersifat terbuka manakala di England masih kukuh mengekalkan budaya dan adat yang berjaya melindungi agama tetapi kita masih terkial-kial mahu mengidentitikan kerasionalan sekular menukar bentuk rupa budaya dan bahasa bangsa.Sedangkan etnik senegara kita terus bangga dengan warisan bahasa dan budaya mereka kerana itu apa sahaja bidang yang diterokai semuanya berjaya kerana memelihara makna akar serumpun senusa seagama.

Do re me fa si la ti do

"Usah kita yang menjadikan Islam yang perlu disesuaikan dengan nilai barat demi mengelak pertembungan dengan nilai mereka kerana Islam sesuai sepanjang zaman.
Sikap mesti diubah tatkala mengacara kaedah menangani masalah mesti jujur kerana kita mesti berinteraksi secara sihat dengan mereka yang bukan Islam.Kita yang mesti berubah mengubah dan banyak memperbaiki kerana nyata gereja tidak ada kuasa untuk sama mentadbir politik di negara-negara Kristian melainkan mendorong penganutnya untuk terlibat di dalam setiap jurusan yang dikendalikan atas nama kebajikan."

Do re me fa si la ti do

Di dalam Islam tidak ada penindasan tidak ada kezaliman juga bukan ideologi yang semata-mata bersifat kebendaan dengan meninggalkan kekuatan rohani untuk membina kejayaan."

"Bolehkah masalah murtad sepenuhnya di bahukan kesalahannya kepada kerajaan-kerajaan negara muslim kerana tidak sepenuhnya berupaya menerusi sistem pendidikan mereka menguatkan jati diri dan jati mukmin anak-anak mereka? Bukti yang jelas rentetan dari pelupusan dengan sengaja terhadap tulisan jawi yang sebenarnya akar kpd kekuatan bangsa dan agama. Kadar celik intelek iman yang membimbangkan adalah hasil dari dasar pendidikan negara-negara muslim yang bermatlamatkan hanya untuk melahirkan warganegara yang baik untuk berkhidmat kepada negara BUKAN kepada Allah. Kita akan dapat apa yg kita niatkan."

Do re me fa si la ti do.

06/07/20 jam 0618

Khamis, 15 April 2010

Lingkaran Belenggu

Muat turun virus dari sel kelabu menghubungkan hati ku yang beku.

Lalu terbicaralah bualan intelek berohanikan emosi.


"Seandainya sememangnya ada peperiksaan anjuran Cambridge yang menggunakan aplikasi bahasa melayu mengapakah anak-anak yang terpaksa berada di luar negara tidak diberikan kemudahan untuk meneruskan pengajian mereka di dalam kelas yang menggunakan capaian pembelajaran sepenuh masa di dalam bahasa ibunda mereka?"

"Saya tidak melihat kewajaran untuk direlevankan alasan kerana segelintir yang berada di luar negara maka pendirian mereka mahu diterima bulat-bulat bahawa kesemuanya mesti menurut pengalaman mereka ketika berada di luar negara."

"Atas alasan apa mahu diterima tatkala anak-anak mereka tidak tahu berbahasa melayu selain bagi perkahwinan dengan warga asing yang diketahui mewujudkan kesempatan memiliki lebih dari dua kemahiran berkomunikasi?"

Kadangkala tersenyum sumbing dengan alasan remeh dan kecil begini sehingga perlu ditukar buku ke dalam bahasa inggeris dicarikan guru tusyen untuk ditingkatkan pembahasaan inggeris malah pelajaran agama fardhu ainnya juga molek-molek digunakan bahasa sendiri, kini setelah setahun berada di luar negara kelihatannya seperti kita perlu menelaah di dalam bahasa inggeris sehingga perlu bermula dari sifar.

Tiba-tiba minda dirasuk tanpa sentuhan :

Memediakan minda untuk mengubah masyarakat memang benar dengan berpengetahuan namun sehingga bila ia perlu terus dipusatkan dengan hanya usaha pemberdayaan dari satu bahasa sahaja sehingga tidak terbangun iktiraf kita untuk bahasa rasmi pilihan Perlembagaan?

Bagaimana dengan mereka yang upaya berpendapatan namun tidak dengan bahasa Inggeris? Perlukah mereka menjadi penyamun? Radang yang berlarutan ini tercetus tatkala melihat keterlaluan ‘dilacurkan’ pendidikan tatkala mahu mendapatkan kelas tusyen selama empat bulan di antara empat hingga lima pelajaran bagi peperiksaan IGCSE di tanah air, kos yang perlu ditanggung ialah sekitar menghampiri RM 20,000 dan pilihan terbaik kosnya sekitar di antara RM 18,000- RM 16,000 (tahu erti beza pelajaran tusyen ke rumah) namun apakah wajar kos yang tinggi ini dipenuhi?

Ini bukan kelas sepenuh masa tetapi kelas bantuan tusyen kerana anak masih sukar melupakan kemahiran tinggi guru-guru tanah airnya yang berdedikasi mengajarnya sehingga berjaya memperolehi 4 A 1 B di dalam UPSR walau pun dia tergolong di dalam pelajar yang lemah!

Boleh jalanlah jika tidak boleh tersungkur kami upaya merangkak untuk memberikan pengetahuan kepada anak-anak –bukan semata-mata pendidikan.
Ramah tamah jiwa keanak-anakan terlontar tanpa sengaja.

"Setelah diketahui kesemua jurusan kenegaraan dimilik sepenuhnya oleh kerajaan mengapakah tidak diteruskan usaha yang merintis untuk dimaju bangun dan dikembangkan bahasa rasmi negara dalam mengolah usaha meningkatkan kemahiran berpengetahuan warga yang sedia ada potensi jaya diri tetapi tanpa ruang kesempatan untuk dibangunkan?"

"Lantas salah dan khilaf yang bagaimana jika terlihat wujud keupayaan pihak lain yang dianggap berdinamik untuk berproaktif memberikan daya kefungsian akal sebagai wacana yang menginteraksikan spiritual kerohanian dengan kekuatan jasad melakukannya?"

"Lebih empat puluh tahun kesempatan diberikan untuk mendakap kejayaan erti memenuhi kemerdekaan namun yang diubah pelajaran asas yang menunjangi keberpengetahuan warga kian menjurangkan sekolah di dalam bandar dengan sekolah yang berada di pendalaman (bukan di luar bandar semata-mata) yang masih daif pasarana dan asas-asas perhubungan dan perkhidmatannya."

Islam melahirkan terus harapan sokongan yang wajar membina masa hadapan kepada pembangunan ummah mengapa ditiadakan dari kamus keintelektualan menara emas dan gading kita malah ikut diberdayakan mengubah demi mimpi!

"Apakah kerana melihat Islam dan syariahnya tidak memberdayakan kegiatan dagangan bagi setiap sudut (lantaran tidak beraktiviti pada arak/pelacuran/perjudian/riba/ makanan yang dilarang buat muslim dan kewajiban mengeluarkan zakat bagi fitrah diri/perniagaan/tanaman/ternakan dan pemilikan emas/perak) dibenarkan sahaja dakwaan bahawa Islam tidak perlu dilobikan oleh kekhuatiran berhadapan dengan kesan kemuflisan kemiskinan kemunduran dan hanya layak buat pengganas kita bersama mengangkat mertabat Amerika walau dengan hanya bermimpi oleh semangat 'survivor'?"

Begitukah maksudnya?

"Negara kecil dan miskin yang tidak memiliki warga yang suka berfikir bagaimanakah upaya diundang agar mendepani cabaran hakikat sebenar bahawa barat telah gagal untuk menyatukan negara-negara yang telah terbelah bahagi wilayah-wilayahnya yang memiliki kekayaan apabila mereka memusuhi dan mencurigai Islam penganut dan syariah dan cara hidupnya?"

"Bolehkah ditanya apakah hanya orang Johor orang Pulau Pinang orang Kedah orang Pahang sahaja yang layak menjadi Perdana Menteri di tanah air kita ini?"

Bangun ubah sebelum parah berikan peluang kepada anak negeri yang lain mengemudikan tanah air dan buang sumpahan karut marut ini.

Selasa, 13 April 2010

Padah Melliniumkah Ini?


Ke hadapan tejathanaif @ thanaif,

Entah apa yang mahu dibanggakan dengan proses yang menggelanggangkan setiap makna hak-hak asas berperibadi tatkala lap top yang sudah berbulan-bulan tidak digunakan kini termuat di dalamnya muat naik perubahan yang tidak dilakukan oleh kita.

Apakah yang mahu mereka bogelkan dari kepuasan rasa menceroboh lap top yang kini tidak digunakan lagi tetapi masih tersimpan catatan-catatan peribadi kita yang terkumpul untuk dilansungkan penerusan catatannya?

Apakah minda dan pemikiran manusia kini mahu dijadikan arena beradunya olahraga sehingga tidak wujud rasa hina tidak upaya melindungi harta benda rumah dan asas kehidupan sesama kita?

Apakah mereka waras akal dengan melunaskan amarah lalu menganiya tanpa beretika kegiatan-kegiatan peribadi manusia yang tidka pernah menggunakan wang mereka?


Bagaimanakah mahu diraikan rasa bangga mereka dengan kejayaan dari usaha menceroboh ini?

Isnin, 12 April 2010

Liabiliti

Pemimpin berkualiti mesti berdiri imej selari dengan peribadi?

Jika membunuh janin perjanjian termetrai calon-calon berinspirasi semakin ramai malah tidak sukar dicaci.

Kekurangan masa kini adalah tidak suburnya sikap berani jika tidak berstrategi untuk berkompromi itukah kesejatian ciri pemimpin yang berkehendak puja dan puji?

Hina lazat medan mencabuli akses indah sistem pembuli menzarah jenayah dengan juzuk mimpi solidariti boneka liberti kini merendah diri?

Jumaat, 9 April 2010

Ziarah Penghijrah 1

Kesederhanaan kota yang ditinggalkan seketika masih menemani perjalanan ini.

Kami meninggalkan Kota permaustautinan buat seketika untuk pertama kalinya setelah empat tahun berlalu.

Kota keamanan bukan terletak di Washington atau di Holly Wood atau di Bolly Wood atau mana-mana kota yang masih beriramakan sosial imprealisme .

Bagaimanakah pengetahuan mellinium diasuh tatkala makro dan mikro ekonomi masih bercernakan pengaruh-pengaruh agenda atas nama projek yang menyaluti kehidupan berkebajikan?

Akhirat bukan sesuatu yang wajar diprojekkan mengikut ukuran kehendak dunia tatkala ummat semakin mahu beragama.

Terlihat persaingan yang sedikit mengecewakan di antara negara-negara Teluk sesama sendiri yang tidak mensasarkan fokus untuk memberdayakan keupayaan dan kekuatan yang mereka miliki hasil dari kekayaan yang diamanahkan di bumi ini.

Menerawangkan diri untuk tidak menghilangkan hati dan emosi yang upaya melupakan diri. Itulah perasaan yang dikepung agar tidak lena oleh mata sendiri sepanjang perjalanan ini.



Setibanya di Dubai kami teruja melihat Al Burj Khalifah yang berjirankan lokasi terbesar pusat dagangan yang bercitarasakan versatile namun tidak banyak pilihan yang upaya memenuhi kehendak kami atau adakah kerana kuasa beli kami melemah secara terpaksa oleh piawai masa depan yang terus perlu diasaskan dari selisih harga beli dan jualan demi hitungan untung yang menyaksikan perbandingan pendapatan berbanding perbelanjaan?

Adakah perasaan ini sesuatu yang perlu disembunyikan hanya bagi memelihara rasa di sanubari tatkala masih di hati mengucap terima kasih kerana upaya membuah rasa bangga tatkala melihat Kota yang menjadi milik muslim?


575 dirham untuk berada di Top of The World membuatkan diri membisikan perlahan membelai jiwa sendiri ‘ucapkan terima kasih Tuan’ kerana membenarkan muslimin berasa bangga untuk melihat wujud Kota mereka antara tertinggi di dunia dengan tema perincian yang berencana.

Jendela minda ini bukan berbingkaikan tetingkap rasmi mana-mana alam subatomik yang berkapasiti kecil 3.6 V.

Minda berbelas rasa.

Kami miskin kewarasan beberapa ketika tatkala alasan untuk mendapatkan kekuatan dan tenaga dari makanan mencecah 1873 dirham bagi empat hari meski tanpa sepenuhnya memenuhi cita rasa selera kami.Sekilas lelucuan dari minda muda yang 'mentedarah' secara simbolik waktu menikmati sajian makanan di kaca televisyen menambah ceria suasana meski sedar ia signikal sopan yang menyindir catatan yang masih belum diterbitkan lagi tatkala itu oleh keupayaan 'berkongsi' tanpa izin dan kebenaran.

Tiba-tiba hati teringatkan Cik Puan lalu diutus kata beginilah yang dimaksudkan bahawa hampir 6 billion pendapatan upaya diraih dari sektor permakanan di dunia muslim yang pecahan kependudukan mengikut benua.

Seperti terdengar jawapan,'sudah tahu.'

Serupakah tahunya kita mengenai penggunaan tanah untuk perladangan yang menyumberkan tenaga gantian dan samakah jenis pengeluaran yang bukan dihasilkan kehalalannya oleh negara muslim?


Bagaimanakah cara terbaik menilai masa hadapan yang sedang dilaksanakan ini tanpa terlihat nilai dan ciri tradisi budaya muslim?

Tiba-tiba terdesak ingin dicari ketahanan budaya arab melalui gelombang dimensi antarabangsanya yang upaya berinteraksi dengan sedikit integrasi.

Konsep pembinaan Kota bagaimanakah upaya melingkari nilai-nilai akhirat yang mahu turut dipiawaikan oleh suhu tatkala sumber sel solar upaya menjadi gantian kepada bekalan tenaga dan arus alirannya?

Mereka membina jendela yang berencana dan beragenda berpusatkan titik sifat kepenggunaan masyarakat dunia menerusi telekomunikasi yang kemudiannya bersentuhan minda dengan hati di Konikuniya dengan pemetaan realiti tatkala menyendiri di sudut bacaan yang sunyi.


Bagaimanakah mahu melihat setiap diri tanpa mengenal status sosialnya mengambil peranan tanggung-jawab untuk memfungsikan amanah tatkala mellinium kekayaan bersifat individu yang bukan hanya teknokrat sahaja pembekal yang menjadi saluran keuntungan?

Ulamak dan pewaris teladan keluhuran akal wajar mengaktifkan fungsi keberdayaan untuk diteladani bagaimana amanah untuk diasuh generasi.

Apakah imej lambang Kota dipiawaikan sepenuhnya menurut kehendak keperluan mengindustri-barukan sektor pelancungan yang diterokai oleh minda tanpa mewacanakan di antara hak dan batil di dalam memperadabkan kemanusiaan?

Selingkar imbasan apakah kekayaan dan kemewahan ini menjadi alasan Gazza dan wilayah sekitarnya miskin?

Terma lama dengan wacana baru pada konsep embargo selain membuka ruang kesempatan untuk peperangan melemahkan kebistarian kepimpinan yang upaya mensejahterakan dunia dan alam.

Mengapa wajar minda ini sering begini?

Sajian Apakah Ini?

Bagaimana catatan sendiri di blogspot.com tidak berjaya dilayari apabila menggunakan pengaksessan dari kemudahan awam?

Blog ini tidak mempunyai perkaitan dengan teja dari India atau alibaba.com. atau pertalian dengan mana-mana kerajaan.

Bagaimanakah talian telekomunikasi upaya mengganggu dan menceroboh penggunaan peribadi skrin telefon bimbit pengguna?

Masyarakat yang disadur dari mimpi berimaginasi upayakah memenuhi keperluan zaman?

Catatan tertulis tatkala termanggu bagaimana ada akaun v - help man di skrin telefon bimbit saya.

Jumaat, 2 April 2010

Burqa Seorang Muslimah Bukan Menutup Minda

26-03-2010

Semalam jiwa beroleh damai tatkala menerima panggilan dari kenalan jauh dari seberang yang mahu dikirimkan padanya catatan-catatan bertulis untuk di fikirkan mahu dilakukan apa mengenainya.

‘Kita tidak berselerakan menu yang berasaskan tenusu.”

“Kita suka singkong rempah herba dengan helaian daun kunyit atau daun-daun pucuk muda ulam raja yang ditumbuk sedikit bawang dengan ikan bilis diletakkan sedikit hirisan cili atau ikan yang dikail dibakar bergaulkan halia yang dibungkus dengan daun pandan atau daun pisang atau disalai ikan itu yang digagang jauh dari api.”

“Paling tidak betik yang masih mengkal belum sepenuhnya masak dicincang halus sebelum ditumis bawang ikan bilis bersama cili atau paling kurang betik itu dihiris kecil-kecil untuk dijadikan singgang yang diharumi oleh daun kunyit atau daun selasih yang jika sekadar digoreng tauhu atau ikan asin yang diperah dengan asam limau setelah digoreng bawang dan lada sudah sekadar memadai buat kita di tanah yang di sana.”

“Kita petik cili di tanah sekangkang kera itu, kita petik daun selasih daun pandan dan digali kunyit dan kincir bersama singkong atau ubi kayu sebelum dibakar atau direbusnya untuk digaulkan bersama kukuran kelapa muda yang boleh sahaja dibeli atau minta izin dikait dari jiran untuk digaul bersama sedikit gula dari asas air nira yang dipungut dari pohonnya dan dimasak bersama isi kelapa sebelum dibentuk ia menjadi gula-gula kabung yang kurang rasa kemanisannya.”

“Tanah mu yang di sana tidak pernah mewujudkan kematian oleh kebuluran kerana nelayan-nelayan kecil mu kemiskinannya tidak menjadikan mereka tamak sombong untuk meletakkan harga tidak munasabah walau kudrat dan tenaga kecil mereka dilambung oleh gelombang lautan yang menjungkang kalangkan perahu kayu kecil tanpa enjin kuasa jentera tetapi perahu dan tongkang kecil itu berkudratkan tenaga semata-mata. Kemiskinan itu menjadikan kita hanya meletakkan kejujuran dan keikhlasan sebagai kekayaan.”

“Ternakan masih upaya menjadi ladang yang membahagikan ahli keluarga untuk saling berkerjasama ceria menyumbang jasa sedikit untung diagih sama meluas laba dimanafaat dengan acara agama.”

“Kita adalah masyarakat yang diistimewakan dengan pakej lengkap melengkapkan bagi menjadi sempurna.”

“Jangan lupa kecil pondok tempat kita berguru tidak perlukan banyak peralatan kerana dinding buluh dan atap dari nipah itu kita ambil dari hutan rimba malar hijau yang diberi percuma oleh alam tetapi perlu dimodalkan dengan tenaga.”

“Kita boleh berlama-lama memahami kisah Dipo Nogoro yang tidak berkuasakan hikmat kuasa atau kisah Raja Haji di Teluk Ketapang yang berwiridkan selawat dala ‘il al-khairat dengan selawat maulud ke atas junjungan kita buat berhadapan dengan tentera Belanda. Itu kekuatan asli peribadi dan jiwa kita yang tidak wajar digantikan dengan kisah yankee atau kisah politik yang dikuasakan hanya kerana pasakan aktiviti ekonomi semata-mata.”

“Tanah mu dan tanah semenanjung ku masih sama berada di atas pelantar plankton yang mengawankan berbagai jenis biakan ikan tanpa pernah disuratkan bahawa wujud satu-satu harinya untuk tidak ke sungai atau lautan kerana kita rumpun yang dilahirkan dari nasab keturunan cinta dan berkasih sayang kerana akidah itu bukan persaingan yang digelanggangkan meminta tebusan nyawa tanpa tuntutan pampasan. “

“Tidak mahu kita wujudkan sengketa atas niat mahu memijak bangkai yang masih hidup demi memanjangkan hayat hidup kita walau pernah ganyang Malaysia itu mendukakan persaudaraan.”

“Daku tidak inginkan muafakat dengan tanah yang pernah mengusir rakyatnya ke utara dan selatan benua yang miskin jiwa sehingga pernah di atas runtuhan masjid yang telah teralir darah jiwa yang tidak berdosa untuk dibina sebuah bangunan lain. Tidak. Daku tidak mahu wujud muafakat dengan benua kecil itu kerana itu daku memandang rakan tanah seberang bagaikan adik sendiri. Asalkan sahaja dia tidak terikat dengan jantan keparat pemantau yang menyangka dia penyelamat.”

“Kamu ingat saya ini termasuk dalam kumpulan yang pergi ke seberang atas tujuan mahu mendamaikan pemimpin dengan bantuan orang luar? Jantan keparat.”

Tiba-tiba sahaja kemarahan sukar diteka dari mana ia bermula. Dia masih gagal mahu melunasi sempadan wilayah angkasa yang entah dari jenis apa ia dipagari atau di sukat tatkala menghampiri kodinit digit lintang 104 dan kodinit bujur 03.

“Tanah kita dik, ada kisah penglipor lara seperti Malim Deman, Angggun Chik Tunggal, Tun Kudu, Tun Teja yang bernasabkan asli jati diri seperti mana nasab dari ummul mukminah yang melahirkan Siti Fatimah Az-Zahra’ selepas Mariam menunggalkan Isa tanpa hubungan jasad antara lelaki dan wanita.”

“Dik, kita masih mahu meuniversalkan siapa tatkala Tok Selampit kita juga pintar dengan kisah Sabai Nan Aloeh atau Nan Tunggal Si Magek Jabang.

Buluh-buluh dari rimba malar hijau itu tetap madrasah bagi dikekal teruskan bahasa nusantara kebanggaan kita berbicara tanpa perlu komuniti di Alabama dijadikan batu loncatan untuk kita memahami jenayah dan siri kegiatan penggelidahan kemurahan moral para hamba yang masih mahu kekal mencemarkan khianah dari amanah untuk bertanggungjawab tatkala pernah disonsangkannya setiap butir bicara kita.”

“Fahamkah dikau dik, komuniti di Alabama atau Chicago itu bukan batu loncatan kita untuk memahami khianah yang pernah disuakan sehingga pudar kepercayaan yang sekian lamanya ditelan dengan pahit mahu membuangnya berasa payah.”

“Cerita-cerita berbingkai ini tidak berakhir di sini. Ia akan membawa ke akhirat untuk dihakimi pengadilannya setelah keadilan perundangan di sini masih bermata untuk mengenali hak dan batil atau meletakkan rendah garisan hak tatkala ia mahu dilewati oleh status yang tinggi namanya.”

“Dik, kita mahu hikayat Bayan Budiman, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Gulam juga tidak dilupa tentang Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang menukil tentang Iskandar Zulkarnain untuk bersalasilah dengan Ar Rasul yang mendakap erat Allah sebagai Pencipta.'

'Jangan sampai kita terlupa dik.!'

Membasmi Kemiskinan Di Kalangan Yang Kaya?

Lelaki mendakwa penulis blog wanita hanya menulis benda yang merepek dan mengarut.

Mungkinkah kerana pemilihan dari jenis-jenis huruf di microsoft words tidak upaya menstatuskan pengenalan diri, keturunan dan agama penulisnya?

Ataukah mungkin kerana menulis di blog itu tidak bergaji dan boleh dimanipulasi untuk diambil keuntungannya bagi pihak-pihak yang lebih intelek?

Apakah medan pengetahuan turut tidak diinteraksikan dari blog?

Adakah blog bacaan indeks di bursa saham dikecualikan seandainya ia ditulis oleh wanita?

Masihkah ia juga didakwa sebagai merepek dan mengarut?

Tidak pasti perlu membalas senyuman itu atau tidak.

Bagaimanakah saluran peribadi dikawal selia oleh pihak ke tiga? Wujudkah keadaan yang begitu?

Bagaimanakah indeks hanya menjadi insentif yang tidak berjaya mempengaruhi kenaikan gaji pekerja?

Masih banyak lagi isu yang upaya ditangani namun yang pasti penulis blog bukan mesin yang sepenuhnya dikendalikan mengikut manual aturan yang ditetapkan bagi mematuhi setiap kehendak.

Penulis blog wanita rasanya tidak begitu. Mereka manusia dan manusia tidak begitu.

Manusia tanpa beza agama atau warna kulit diberikan akal untuk memahami menyelidiki sebelum membuat keputusan.

Emosi pula tidak sepenuh perlu diikuti hanya pada kadar yang perlu sahaja ia dibebaskan.

Intelek dimiliki oleh setiap diri kita tanpa kecuali, masalahnya kita diberikan status untuk layak atau tidak berpendirian, mengikut standart pendidikan bukan sepenuhnya mengikut piawai berpengetahuan.

Misalnya isu saham dan bacaan indeks tidak difahami oleh ramai pengguna yang dipelajari kehendak, keperluan, asas-asas perkhidmatan, kebajikan, pendidikan, sosial, kesihatan, malah alam dan persekitaran yang menentukan keselamatan mereka, di mana mereka ini telah dijadikan model bagi ditentukan tabiat kegiatan ekonominya, juzuk unit individu membesar tetapi pendapatan mereka tetap berkurangan sedangkan keseluruhan anggaran ditaksirkan mengikut aggregate yang menghimpunkan kekayaan pihak tertentu sahaja.

Dia tidak perlu melarikan diri apabila walau di mana-mana dia dijadikan mangsa.

Permainan ini sangat merugikan zaman.

Dia tidak berinteraksi dengan lelaki selama ini (kecuali individu yang jelas dan benar kapasitinya )dan sebarang pemanipulasian yang tidak bertanggungjawab yang telah berlaku ia di luar pengetahuannya dan dia tidak akan melayan sebarang tuntutan sekiranya masalah wujud.

Saya menyokong keperluan wanita dan kanak-kanak diutamakan mendapat pengetahuan khususnya di Gazza seperti anjuran Ketua Negara di tempat permaustautin saya kerana saya bukan berada di tanah air.

Bagaimana Komanwel upaya dilihat lebih berwibawa dalam menggerakkan Persaudaraan Sejagat atas kapasitinya pernah menduduki (walau memanipulasi) dan mengetahui keadaan sebenar masalah negara-negara itu.