Ahad, 28 Oktober 2012

Apa Khabar?


Saya tidak melupakan mu cuma emosi ini sangat-sangat tercalar setelah badut-badut yang tidak dikenali bertindak menjadikan gelombang sebagai perangkap bagi membuktikan kepintaran mereka untuk menguasai minda saya.

Gelombang jarak sederhana mhz kini saling mengadu dombakan kebolehan brainomi yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hambaNya dengan sebab jelas oleh kedudukan wahyu-wahyuNya menuntut pemahaman menjelang dekad yang akan dicabar oleh kuasa panca indera.

Mengapakah masyarakat mu semakin menghindari sifat membaca?

Apakah yang ingin dibaca oleh mereka tatkala sejarah kian disingkatkan untuk dikaji sehingga melupuskan kebenaran dengan menerbitkan kepalsuan bukti yang tidak mudah dicermati oleh anak-anak mu?

Saya cuba untuk mengabaikan tentang Sepuluh Rancangan Barat/ Yahudi Memusnahkan Islam dengan berbaik sangka dengan mu kerana Taurat dan Injil perlu dimaklumatkan sebagai kaedah penulisan yang dilakukan kesan dari pencerahan agama Kristian.

Mengapakah Taurat dan Injil seolah-olah wahyu yang mempunyai bacaan pada gambar-gambar?

Daku merenung bangunan-bangunan dengan pepatung manusi suci mu yakni para saint yang tidak berpakaian... 

Saya sedih malah saya membuang air mata ke dalam jiwa.

Islam agama ku tidak sesekali akan mengikuti jejak begini.

Al-Quran ku tidak boleh difahami mengikut kaedah Biblemu.

Maksudku keamanan tidak boleh disistemkan mengikut bahasa apakah tatkala masyarakat di teluk mu ini yang etniknya arab, yahudi dan nasrani yang memahami dan tinggi kemahiran berbahasa inggeris, arab hebrew dan perancisnya masih gagal bersetuju untuk penubuhan sebuah negara Palestein.

Saya kehilangan hubungan minda jika kekal catatan saya dihilangkan.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Ayuh Mari Melontar Para Syaithan


Bagaimana mahu membersihkan nama pena tejathanaif @thanaif?
 
Nama pena saya tidak mengolahkan kisah percintaan tidak mengadunkan hikayat asmara dana walau di facebook atau twitter dan blog-blog. Sekilas perjalanan ke Arafah bukan menterjemahkan imaginasi untuk ummat manusia melintasi Titian Siratulmustaqim yang tempuh masa hadapan ummah kekal mahu diabaikan.
 
Siapakah yang boleh mengimaginasikan pecahan tujuh  bagi sehelai rambut?
Sifat rasional walau pun sering diujar skizofrenia?
Sifat emosi walau sering diungkap genetik?
 
Imaginasi dan gubahan kreatif fiksyen selamanyakah disadurkan dari Taurat dan Injil?
 
 
Posted by thanaif on 29 Disember 2009 - thanaif.blogfriendster.com
AYUH MARI MELONTAR PARA SYAITHAN
 
Paparan dari satelit menjadi sejenak minda dan jiwa bergembira tatkala jamratul menjadi tempat yang semakin perlu dipupuk pentelaahannya bagaimana syaitan adalah musuh utama manusia.
 
Minda menelaah jauh ke segenap ruang-ruang serebelum yang menatakan petaan di fikirannya.

 
Rakus kesedaran itu yang menggusarkan tatkala masih mengabaikan bahawa ini satu-satunya upacara ritual yang menzahirkan penolakan perkaitan ibadah dengan syaitan.
 
"Mereka melihat syaitan hanya di Mina sahaja tetapi tidak di tempat lain."

 
Senyumannya mekar mengukir di saat jiwa ini kelemasan merintih lara tentang pahala dan dosa yang kian tidak bertempat di medan pembangunan etika.
 
"Frekuensi dan gelombang stesyen-stesyen pemancar tidak wajar membuatkan mu menderita."
 
Kini kelunakan mesra ungkap dan kata bukan lagi menjadi terapi bahkan ia semakin tidak disenangi oleh bisa cucukan jarum yang diresapkan terus ke sanubari.
(Apakah ini yang diujarkan maksud cuak dengan ustaz-ustaz yang gatal dan ustazah-ustazah yang lesbian juga hafizah yang berzina?)

 
Sudut batinkah empunya cela?

 
"Kamu usah salah faham. Ustaz itu maknanya Encik dan Ustazah itu maknanya Cik/Puan. Juga mungkin juga untuk saudara/saudari atau sir/madame."
 
"Bolehkah saya meminta sesuatu?"
 
 
"Tidak usahlah hanya mengikut panduan akal sahaja untuk sesuatu analisis dan kajian disimpulkan. Andai benar mahu mencari kebenaran dan keadilan rujukan pada Al-Quran dan teladan Rasul perlu diperluaskan. Tidak wajar keupayaan Islam melahirkan ahli-ahli syurga tanpa memegang kuasa tanpa ada kekayaan, nama dan darjat diabaikan. Jihad mereka pada doa upaya mengubah kelemahan menjadi kekuatan, kemiskinan menjadi kecukupan, kelaparan tidak menjadi penyakit malah alam ghaib juga upaya didakap tanpa wang tanpa kuasa tanpa analisa tanpa dana dan tanpa merosakkan kewarasan akal yang mencemar peradaban kemajuan insan dan dengan iman dan taqwa kerajaan ghaib upaya bekerjasama seperti mana kini diusaha-samakan interaksi manusia dengan Iblis di alam ghaib yang berada di dasar bumi demi melengkapkan kekurangan manusia yang tidak sempurna."

 
"Marahmu ini masih bermaharajaliar adakah kerana pertikaian alam roh bagi sesetengah temanmu yang menolak hakikat kewujudan alam ghaib?"
 
Senyumannya masih menyimpan rahsia.
 
 
 
 
 

 

Isnin, 1 Oktober 2012

Tahniah Kepada Siapa?

Apakah perunya Security Code bila facebook  tidak menghormati  hak saya sebagai pemilik akaun facebook 


Wah mudahnya membuat duit. ..tetapi ada kebenarankah?

Tatkala seluruh isi jiwa dan sanubari rasa bertumpu ke Klang pada majlis pernikahan anak saudara ku Nursyahidah binti Zaina Ariffin dengan pasangannya Ahmad Fitri bin Che Ismail Ghani pada 29/September dan 30/September/2012 , facebook dengan tema bermasyarakat di alam maya membuatkan catatan Ramadhan dan Syawal ku hilang tanpa haluan.

Lalu ku bawa catatan dari Ipad Apple yang ditulis pada hari Jumaat bertarikh 15/Jun/2012 :

Masihkah facebook memanipulasi hak pengguna facebook?

Adakah sah log off facebook yang tidak dilihat settingnya?

Facebook kepada saya ialah 'akhbar yang mengikut kiraan saat', tidak upaya mengenali sempadan pada garis masa yang wajar diperolehi oleh pengguna facebok.

Facebook dilihat tidak menerima keberadaan kewujudan individu apabila sering menukar arah lokasi dan kedudukan GPS.

Hak-hak pendidikan 'percuma' adakah menjadikan litar wire dan jalur fibre optik sebagai 'bangunan'?

Secara peribadi saya melihat status pada jaringan sosial / charity dan kebajikan badan-badan amal seperti memunggah 'usaha-usaha peribadi' pengguna bukan khalayak artis dan karyawan menerusi nama-nama pena pengguna di facebook dan twitter.

Makna maksud pandangan saya ialah pembasmian kemiskinan pada sisi tele komunikasi jalur lebar adakah penurunan kos perkhidmatan bagi pasarana setelah pelaburan billion wang tetapi masih menyederhanakan atau mengekalkan peningkatan pendapatan?

Wujudkah perkara dan pengetahuan baru dalam konteks pemahaman rakyat awam terhadap perlaksanaan cukai yang tidak membela nasib mereka oleh kenaikan harga barangan pengguna.

Facebook twitter myspace sebagai ineternet marketing dan bisnes ineternet bagaimanakah menjual produk tatkala skim menjana pendapatan sepenuhnya didominasi oleh individu yang jauh kedudukan lokasinya dari lokasi penggguna interaksi itu sendiri?

Penggunaan mata wang siapakah yang perlu digunakan oleh seorang pengguna facebook yang berkerakyatan Malaysia dan menggunakan hanya bahasa melayu sebagai bahasa pengantarnya?

Adakah sifir ini sepusing dan seputar sahaja?
Atau ia boelh dinamakan sebagai Aniaya Khianat dan Penipuan yang dibenarkan wujud oleh sistem 'anda' sendiri?

Kita cuba bermain dengan permainan minda?

Ia tidak menjadikan solusi merendahkan tekanan dinikmati kerana ia hanya mengekalkan tekanan pada emosi.

Ketidakmunasabahan mendapatkan 'patern' yang ditentukan caranya hanya membazir masa menjadikan rasa tidak puas hati wujud dan penaakulan membina sikap jumud beku dan individualistik selaian materialistik tercerna tanpa sedar.

Apakah kesannya ke atas kehidupan masyarakat jika semua ini dijadikan sebagai antara sifat pendidikan?

Tahniah kepada siapa?

Di manakah kelian graduan sekolah teknik, politeknik, Maktab Sains, UiTM dan UTM untuk dibina tapal website kita sendiri?