Isnin, 21 Oktober 2013

Bicara Isnin




  • Catatan sejurus selepas maghrib.

  • Masih Amerika berhadapan dengan aktiviti penggunaan senjata dan ‘amuk’ di kalangan rakyat mereka dengan sekolah serta kanak-kanak dan pelajar-pelajar menjadi sasaran.

  • Perubahan kepada ideologi modern mereka berhadapan dengan kelemahan pengurusan sosial dan psikologi sangat terzahir.

  • Masyarakat mereka disangga dengan trauma polisi dasar kepimpinan Amerika yang keterlaluan meletakkan penghayatan keagamaan (penganut islam) sebagai kegiatan pengganas.

  • Kepimpinan mereka bertrauma dengan polisi dasar keselamatan terhadap keganasan dan ia menjadi imaginasi yang dipraktikkan oleh rakyat Amerika yang keterlaluan dipersaingkan yang mengakibatkan tekanan.

  • Apakah boleh dibawakan watak ‘super power’ dengan kelemahan mengendalikan tekanan ini oleh masyarakat Amerika ke atas banyaknya kes kejadian menembak di sekolah mereka berlaku?

  • Krisis terhadap inovasi atau oleh pengkormesialan sektor pendidikan?

Ahad, 13 Oktober 2013

الله اكبر ٠ الله اكبر٠ الله اكبر٠ ولله الحمد

Melewati laluan Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persekutuan sukar dibantah fakta yang memperlihatkan keadaan reka bina jalan-jalan raya utama di tanah air saya berada di lingkaran capaian kontur yang tidak dapat dielakkan?

Lengkuk pada jalan-jalanraya utama di bandaraya Kuala Lumpur Petaling Jaya menuju ke  Klang agak menceruni melebihi bearing 45 darjah yang sesekali terasa wujud bahayanya ketika memandu.

Adakah ia kerana bacaan kontour yang tidak dapat diluruskan? 

Sukar untuk menghindari dari berasa ngeri apabila melalui jalanraya di sepanjang laluan berhampiran Istana Negara sehingga ke lebuh raya Persekutuan menuju ke Shah Alam dan Klang.

Adakah pemandangan rupa bentuk jalanraya dan lebuhraya ini kesan dari pemotongan cerun-cerun bukit?

Apakah kesan  laluan angin lintang terkecuali dari diistilahkan kewujudan lebuhraya atau jalanraya menjadi bahaya?

Fakta tidak wajar dipertikaikan bilamana banjaran dan pergunungan tanah tinggi diciptakan untuk menjadi tulang tiang sendi daratan tanah pamah.

Udara pagi yang nyaman oleh aroma hutan rimba hujan khatulistiwa sangat disyukuri.


Lebuh raya Utara Selatan

Lebuhraya Utara Selatan

Subang Jaya

Bandar Utama Damansara

Pemandangan di bahu lebuhraya Utara Selatan berhampiran Seremban


Membaca peristiwa yang berlaku di Sail Al-Arim pada abad ke dua apabila banjir berlaku yang membawa kabilah dari Yamen bermukim ke semenanjung arab menambah faham keberdayaan untuk tidak ditinggikan menara dan bangunan upaya memanafaatkan alam dan manusia itu sendiri jikalau sedia memahami terbinanya piramid adalah kerana Firaun mahu 'berbual' atau berdiri lebih tinggi dari Allah Subhana hu wataala.

لبيك اللهم لبيك


 Masih mengimbas percutian yang lalu...

Bila identiti dan imej itu tidak penting, apakah sesuatu barangan atau seseorang itu perlu diberikan nama?

Bagi menghindari suami dari bersendirian memandu pada subuh yang masih dingin itu, saya mengitar urai konflik di serebelum yang ditandai oleh dilemma yang seperti disengajakan terbit oleh jurai si api qarin yang sudah tentu buan khalayak yang berada di dalam lengkungan keluarga saya sendiri.

Tulah kroni menghimpit minda saya apabila stesyen-stesyen frekuensi di radio sehala dan senadanya berulang pancar bergema berulang-ulang tanpa menyedari saya berkecil hati tatkala terasa negeri saya Selangor seperti berada jauh dari Lembah Klang...dipinggiran manakah telah para penyiar itu melokasikan daerah-daerah yang bersatu di negeri Selangor?

Ingin sekali saya lontarkan apakah seerah nabi dan rasul tidak mencelikkan akal minda para penyiar konti untuk menterjemahkan bahawa rantaian keluarga itu menjadikan para kekasih Allah saling bersaudara?

Apakah perkaitannya untuk mencintai Keluarga Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam dengan kroni yang menjadi agenda media terhadap keluarga para pemimpin di atas dunia ini?

Untuk apakah berhenti seketika di Mina oleh para musafir haji jika bukan untuk menghormati lingkaran kekeluargaan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dengan Nabi Muhammad sallallah hu alaihiwassallam yang di ketika ini seakan-akan disamanilaikan gosip dan fitnah pada hubungan suami, isteri, anak-anak, ibu bapa, datuk nenek malah sepupu besan biras cucu cicit menantu  serta handai taulan yang tidak menyumbang pengisian pembangunan ummat akhir zaman yang akhirnya mengeruhkan hubungan tertentu di dalam keluarga?


Minda tersenyum dengan penjawat murahan di facebook serta para pengintai di twitter..

'Usah dilupakan, di akhirat nanti saya akan meminta melihat wajah-wajah anda semua!'


Saya menyemak catatan di nota keluhan Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam :

Jika saya meminta agar kamu menghormati Ali karamallah hu wajhah maka nanti diri ku dianggap rafidhah oleh khalayak yang bodoh dan jahil.

Bila mana jika disebutkan kelebihan Abu Bakar, diri ku akan didakwa sebagai nashibi tatkala mereka adalah sahabat-sahabat ku...


Khilafkah mencintai keluarga Rasulullah sallallah hu alaihiwassallam tatkala kita bebas mencintai entah siapa dan kerana apa?


Adik beradik saya yang terdiri dari anak-anak perempuan serta seorang anak angkat lelaki (yakni yang tidak dilahirkan oleh ibu saya Nafsiah binti Salleh) mempunyai hubungan yang mudah dieratkan di antara satu sama lain tanpa perlu terikat didokong oleh pihak lain.

Sepanjang perjalanan penzahiran frekuensi-frekuensi telah menjadikan berligar berputar-putar minda saya dengan bualan ini :

Bolehkah dikaitkan pengeluaran Singapura dengan Encik Chin Peng?

Apakah perlu dikaitkan aruah Puan Shamsiah Fakeh dengan pengeluaran Singapura dari Malaysia sebaik sahaja memperolehi kemerdekaan dari  Persekutuan Tanah Melayu yang menterjemahkan bagaimana Singapura menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai batu loncatan untuk mudah mendapat kemerdekaan?

Ya akhir-akhir ini bila memandang ke utara ibarat saya melihat terowong dan apabila dipaksa memandang ke selatan bagaikan saya terpandang sederetan jenama produksi...


Ini sahajakah perjuangan generasi akhir zaman?