Jumaat, 17 Mei 2013

Bagaimanakah Memahami Sejarah Pada Sisi Syariah



بسم الله  

Mengapakah sejarah dianggap penting?


Sejarah di dalam Al-Quran didakwa sebagai sejarah purba.

Sejarah dari Al-Quran kisah yang bukan dusta.

Adakah kisah purba kala di dalam Al-Quran setaraf kisah Israeliyat?


An-Naml dari ayat 84 – Allah bertanya  : 
‘Apakah kamu telah mendustakan ayat-ayat Ku padahal ilmu kamu tidak meliputinya?’




Catatan  saya di blog Encik SM Zakir pada 9/Jun/2006 atas tajuk DR.MAHATHIR vs BAHASA MELAYU :

Catatan tuan sangat hebat.


Hebat kerana membuktikan realiti ketajaman intelek berperanan memberi fungsi kepada pencapaian pemahaman yang mendalam yang dibangkitkan dari keyakinan diri.


Satu lagi realiti adalah sememangnya wujud insan-insan berpendidikan yang terbiar hasil dari penarafan makna dan status kelayakan pendidikan.


Wajar keberanian menyuarakan pandangan dan menyatakan pendirian tidak dilihat sebagai penentang tetapi sebagai proses memperbaiki kekhilafan dengan mencari ruang peluang untuk mempelbagaikan cara agar sesuatu yang lebih bermanfaat dapat dilahirkan.


Cuma analisa terhadap sosial bangsa kita kurang difahami...


Pelupusan makna penghayatan Islam sering difokus kepada rupa kulit luaran juga bentuk bentuk amalan seperti yang lumrah...(musabaqah) dan seumpamanya... hingga makna ibadah terpisah dari kewajarann ia mesti dilihat sebagai tuntutan yang menguatkan zahir dan batin.


Lalu pengulangan memberikan tafsiran yang silap terhadap perlaksanaan syariah sebagai membelakangi kemajuan dunia moden,mengundur tanpa mahu mara bersaing dan sempit haluan arah cenderung pemikiran dihadapkan untuk ditelan hadamkan oleh generasi.


Atau lebih popular ia diberi tanggapan sebagai ekstrim kerana mempelopori pengislahan yang menjadikan jihad sebagai kekuatan. 


Ini tidak benar dan harus ditampilkan keberanian yang jujur untuk menangkisnya.


Pemupukan sikap sabar akan membentuk taqwa kerana penerusan untuk meperjuangkan antara hak dan batil akan berterusan tetapi bukan dalam makna yang difahami oleh massa kini. 


Menerusi pertukaran pandangan akan memberi ruang yang lebih luas untuk dihayati makna diplomasi kerana hubungan diplomatik sejak sekian lamanya masih dibelenggu oleh cita cita politik untuk menguasai secara 'radikal' yang dihasratkan dari pentafsiran agama yang silap hingga berakar umbi persengketaan.

Generasi baru yang semakin bijak dari penguasaan ilmu hasil pendidikan yang semakin menyerlah kelemahan dan penyelewengan dasar dasar sesuatu ideologi, mesti menyakini seluruh peradaban dan tamadun yang memertabatkan kemanusiaan meluhurkan nilai moral akhlak akan memastikan kekuatan bukan dari ketenteraan semata-mata tetapi pengukuhan ekonomi yang adil, yang melahirkan pengurus berdinamik untuk jujur mengagihkan dan menyalurkan keuntungan untuk masyarakat.


Bahasa amat berperanan untuk memberi fokus bagaimana minda generasi harus berpaksi kerana kemajuan teknologi akan menjadi tanda pengenalan keupayaan mereka beraksi.


Media dan info dari internet memerlukan pengendali yang berupaya membebaskan diri mereka dari syak prasangka dan gambaran negetif yang meluaskan pintu pergeseran.




Dan pada 29/Disember/2006 sekali lagi saya meninggalkan catatan di atas tajuk Hubungan Kaum Yang Palsu Di Malaysia 2 :



Terimbas sebuah cerita tentang seorang bapa bersama anak-anaknya.

Berbudi dengan cekal dari tulang empat kerat,bapa ini telah berjaya menghasilkan dari kebunnya tanaman yang dikongsikan hasilnya dengan penduduk kampung selain menjadi rezeki yang lumayan kepada keluarganya.

Oleh kerana keluasan tanah bapa ini memerlukan pekerja.

Hasil dari jualan tanaman dari kebunnya telah dijadikan punca rezeki.

Kebajikan berterusan kerana kebarakahan dari pengeluaran zakat melalui  pemberian hasil tuaian kepada orang-orang miskin.
  
Sayangnya dari kebolehan berfikir anak-anaknya berasa pemberian secara percuma yang dinikmati oleh orang-orang miskin itu hanya akan mengurangkan hasil dan hak mereka.

Lalu mereka memperingatkan bapa mereka dengan kata-kata,"kami akan dijatuhkan sengsara hingga akan mengemis-ngemis sama seperti mereka dengan pemberian hasil tanaman secara percuma kepada mereka."

Syukur ada seorang anak pula berkata,"usah bersangka ikut dugaan minda semata-mata,harta dunia tidak mutlak milik kita,kebun yang luas amanat Allah untuk diusaha,andai ikut aturan agama,hasil tuaian mesti diurus sesempurna yang mampu,tanpa melupa yang melarat biarpun tiada datang mengadu.Beburung juga ada haknya menikmati biar hanya sehama butir hampa bijirin tanaman kita. Oleh itu usah bersanggah pada hak kerana ia bermakna mungkir pada suruhan Allah." 

Sang bapa pula menyahut,"pesanku cuma dua amanat jika kamu mempergunakan nikmat dengan baik, Allah akan menambah nikmatmu namun bila bakhil menyelimuti mu memperguna nikmat dengan cara yang salah, nikmat itu akan diambilnya semula. Kamu semua tidak akan terlepas dari PenglihatanNYa."


Sesudah itu anak-anak ini mempusakai harta bapa yang telah meninggal dunia...

Pada ketika menguruskan hasil tuaian dan hasil dari pohonan yang melebatkan buah-buahan, bergema kembali nada ketamakkan di hati anak-anak peladang itu.

"Saat ini tiada lagi bahagian buat yang suka meminta atau miskin sengsara,menjadi bebas untuk kita memilikinya tanpa berkongsi laba.

Balas anak yang paling muda usia,"rencana dari fikiranmu jelas salah. Ia akan membawa keburukan kepada masyarakat kita. Bala yang menimpa adalah dari rasa hasad dari rasa  iri yang mungkin akan terbetik di dada mereka yang berasa ada hak pada usaha kita. Tatkala bencana tiba, hilang aman lenyap rasa damai tatkala sakinah lenyap barakah turut luput. Ingatilah pesan bapa agar diberikan hak pada yang berhak biarpun meraka hamba."


Direngkaskan cerita saudara yang tua tetap dengan pendiriannya... seawal pagi tatkala mahu mengutip hasil jelas kelihatan buah-buahannya kering dan layu tanpa sebiji dapat dikutip...

"Bagaimanakah ini terjadi tatkala petang kelmarin masih rimbun menghijau dengan ranum buah kini tiada lagi yang tinggal...

Disambut ujaran... "Telah Allah menghukum kita kerana rela berbuat aniaya... segalanya mudah buatNya cuma kita yang sering alpa kerana terlupa..."


Jelas bahawa 'teori' dari penghayatan risalah Al-Quran tetap bersifat alamiah.

Prinsip dari sistem bercirikan sementara (kebangsaan) akan ditelan masa tetapi sistem keadilan yang bersifat alamiah (taqwa membezakan manusia) akan kekal sesuai sepanjang masa kerana sesuai untuk setiap rupa dan bangsa...

Selamat berlebaran di aidil adha.

Salam ukhuwwah dari saya, suami dan anak-anak.