Rabu, 29 Jun 2011

Masih Di Situkah Dikau R?


R

Saya masih keliru dengan rakan-rakan mu

Yang datang bertamu tanpa mengenal jemu.

Kami tidak bersapa malah saya sendiri dicemburu.


Dikau tahu R?

Heineken ' The Date ' telah menjadi iklan di ruang kita bertemu

Dikaukah yang memilikinya dahulu?

Menggemburkan semangat untuk diusir curiga dan keliru

Sehingga daku sudah tidak dapat memasuki rumah mu


Saya mendengar dikau mengujarkan perlahan dengan rasa silu

' Pelobian yang menjadi arah tuju kami berdestinasi sepanjang musim 'summer' apakah menjadi penanda penurunan minda generasi ku? '


Saya tidak tahu R

Apakah dikau dahulunya dicagarkan demi menyelamatkan tradisi menjadi pelobi?

Saat ini saya jujur R bahawa saya tidak suka mendengar bunyian muzik eletrik rakan mu 

Pernyataan pemendaman perasaan dan naluri apakah disebarkan ilmu atau rindu dek nafsu?


Diam mu R?


Menjadikan saya tersangat ingin mengetahui berapakah harga yang dibayar dengan tragedi mu?

Cara bernegara, cara berfikir, cara bercita rasa, cara hidup, cara berbahasa, cara berbudaya, cara bersusila, cara bertata rasa, cara beraktiviti, cara berekonomi, cara berdemontrasi, cara berhak asasi, cara berperakuan perundangan, cara berorganisasi, cara berkomuniti, cara bersosialisasi, cara berprojek, cara mengembargo, cara berteknologi,  kesemuanya telah diajari dan diikuti walau telah berakhir dekad koloni lantas apakah lagi pengAmerikanisasian atau pembaratan mahukan duhai R?


R berbicara perlahan ...

Selagi saudara seagama mu tidak menjadi pembela kepada pendirian Palestien

Selagi kewajaran khemah pelarian masih merimbun di mana-mana sempadan

Selagi pembasmian  kemiskinan bukan menjadi tema bagi Badan Dunia bebas berkroni

Selagi rakyat masih kekal disengsarakan oleh dasar yang tidak adil kerana pembaziran

Selagi masa dan dana peruntukanya upaya disoal dan dipertanya dipertikai oleh gagal diplomasi


Ahhhhh R,

Bagaimana mungkin semua menjadi sedia tatkala semangat rakan usia baya mu masih perlukan suntikan sehingga nilai perjuangan direncanakan oleh ganjaran ...


Antara saya dengan R saling kian tidak memahami lagi.







Jumaat, 24 Jun 2011

Medi Care Ertinya Apa? (2)

Lantas emosi saya berkocak seketika apabila pekerja-pekerja yang hanya diminta memeriksa mengapa alat pendingin hawa disalah satu bilik di rumah kami tidak mengeluarkan udara sejuk enggan membuka kasut mereka apabila diminta berbuat demikian.


Dicermati jenis kasutnya ia bukan seperti mana jenis kasut yang sering digunakan oleh suami yang mempunyai kelayakan untuk melakukan pemeriksaan pepasangan melebihi 132,000 volt (betulkah?)


Seni memprotes sudah menjadi sebati di jiwa akibat penafian yang selama ini dilakukan ke atas kebanyakan pekerja yang etika kebanyakan mereka adalah profesional walau pun hanya berasal dari kelompok negara kecil di tenggara Asia.


Pengalaman 'rakan jiwa raga' ku ini sering diabaikan oleh 'mereka' yang tampak gahnya oleh sifat bermusafir dari satu negara ke negara lain, gah oleh 'mereka' yang loghat dailek pekat dan tebal sebutan 'mereka' menyamai dailek inggeris, gah oleh fasih dan petah sebahagian dari 'mereka' menyenikan watak dengan ciri 'entertaint' untuk mudah untung syarikat saling dibiakkan.

Sedangkan 'teman jiwa raga' ku selama 22 tahun ini tidak memiliki sifat sebegitu.


Saya tidak tahu bagaimana kategori yang disyaratkan oleh kerajaan negara ini terhadap pengambilan pekerja di sektor sokongan.


Apakah hanya dibuat secara 'pindah percaya' kepada ejen-ejen pencari pekerja sahaja demi mendapatkan pekerja yang mudah dibayar upah yang diminimumkan apabila setiap kali tamat kontrek mereka digantikan dengan orang lain?


Atau apakah benar ganjaran yang diberi setimpal dengan ketekunan dan dedikasi?


Apabila saya berkeras tidak mahu membenarkan mereka masuk jika dengan berkasut, suami dengan sabar meminta supaya mereka menggunakan kasutnya yang memenuhi syarat 'safety shoes' dan selipar getah kerana memahami di setiap ruang rumah kami boleh menjadi tempat untuk bersolat apa lagi di dalam bilik di mana penghawa dingin itu perlu dibaiki.


Sudah beberapa hari aduan suami tidak diberikan perhatian.

Kelihatannya di antara pihak pengurusan dengan pihak pekerja tidak ada keserasian untuk saling berinfo apabila setiap kali pengaduan dibuat sentiasa diminta nombor talian kami untuk dihubungi semula.


Jelas wujud perbezaan yang ketara dengan syarikat di tempat lama kami tinggal walau pun masih wujud isu yang sama yakni kebanyakan lelaki dari India dan Pakistan malah Arab mempunyai ego untuk sukar menerima 'kata-kata' walau pun berbentuk pengaduan dari wanita.

Apakah lantaran mereka umumnya terdiri dari spesis maging dari jenis yang berdarah panas seperti kambing dan unta menjadikan sesalur dari urat saraf mudah membuakkan darah sehingga mudah berasa tercabar dengan permintaan-permintaan yang menjadi asas kepada keperluan?


Masalah minda saya bukan kerana wujud kecacatan sehingga boleh didakwa separa kurang rasional tetapi lebih kepada bagaimanakah isu pendiskriminasian dan penindasan sehingga dieksploitasikan sosial di kalangan marhaen di kalangan pekerja upaya ditangani.


Lantas diamati kedudukan rupa bangunan seraya diimbas ciri kedudukan dan penyediaan pepasangan papan suis, pendawaian, sesuis, perlengkapan radas eletrik reka dan bentuk penyambungan aliran voltej dari soket aliran keluar masuk arus di kebanyakan kediaman kelihatan seperti tidak memenuhi sijil kelayakan mendiami apabila masih wujud fenomena kekerapan menukar mentol lampu di rumah kami.

Apabila palam bagi menambah guna tenaga dilakukan, palam tambahan yang dibeli di kedai akan mudah meletup (bunyi pop yang perlahan) akibat laluan mudah arus yan tidak mampu diterima oleh palam tambahan yang dibeli dari kedai.


Adakah piawaian seperti Sijil Lulus Peralatan atau Sijil Lulus Kediaman bagi bangunan tidak diambil pertanggungjawabannya seperti mana kesediaan mereka tidak memiliki geran bagi tanah-tanah yang diwarisi dari nenek moyang?


Agar 'rakan udara' yang tidak dikenali tidak berjauh hati.

Medi Care Ertinya Apa? (1)

Beberapa hari yang lalu ulangan permasalahan tatkala berhadapan dengan karenah pekerja am di Matar Qadeem berulang lagi.


Saya tidak tahu bagaimana mahu menilai kualiti seorang pekerja dari kumpulan sokongan petugas am yang kelihatannya tidak berupaya untuk menghormati kehendak penyewa yang bertindak sebagai tuan rumah walau bersifat sementara di kediaman-kediaman yang mereka sewa.


Isunya ialah kasut.


Isu yang membuatkan dicari makna lingkungan adat timur dan kebersihan bagi rumah-rumah muslim.


Isu ini kelihatan remeh temeh dan tidak menjana keuntungan bahkan didakwa akan merugikan mana-mana hubungan baik sesama jiran.


Mereka bersungguh-sungguh hati mahu bersikap rasional mungkinkah kerana hanya bersedia untuk melihat isu-isu penting sahaja yang boleh membawa nilai komersial?


Pelik dan amat payah perkara ini untuk saya abaikan begitu sahaja.


Apakah kesucian atau thaharah sememangnya mereka asingkan dari makna kesihatan?


Kepada muslim seperti saya Medi Care itu tidak boleh meninggalkan thaharah yakni cara-cara menjaga kebersihan untuk suci dan bersih dari kekotoran dan najis (ahhhh ada pula perkataan najis)lalu apakah fokusnya terhadap rohani emosi intelek dan jasmani?


Medi itu apa kepada seorang muslim atau manusia jika asas kebersihannya masih hanya pada alat, perkakasan bahan, benda, unit, radas, instrument, tempat, kelengkapan, dewan yang meningkatkan kos rawatan oleh kecanggihan nilai pada sifat M E D I C A R E itu sendiri.


Saya sudah mahu tersenyum sendirian.


Jika saya berada di Manchester atau di Knutsford atau di Cheshire amat difahami kelaziman adat resam kebanyakan masyarakat tempatan yang beragama Kristian atau lain-lainnya yang bersifat lazim membawa kasut ke dalam rumah.


Ini sebahagian penghormatan emposi saya terhadap makna perbezaan budaya dan cara hidup.


Akan tetapi saya kini berada di bumi berlokasikan dunia muslim.

Banyak masjid di persekitaran kediaman kami.

Umumnya pekerja-pekerja lelaki di sini adalah bagi kumpulan sokongan ialah muslim.

Apakah thaharah itu bukan antara perkara yang dituntut sebagai asas kepada berilmu?


Perlakuan dan karenah sebegini memang membuatkan ligat fikiran saya mengenang masa hadapan yang mahu ditangani oleh warga tua buat generasi mereka dalam silang sela Mellinium Global Quantum Bermetafizika... huiiii beratnya nak dilafazkan dengan kata-kata.


Sukar mahu melihat kualiti individu yang semakin terasa diraskan dengan pelbagai genetik mutasinya.


Bukankah kita membina interaksi kerana sifat insan yang boleh bersuara?

Bukankah kita yang membina interaksi dari beredarnya masa?

Bukankah kita yang menyaksikan peredaran masa yang meninggalkan kesan-kesan bencana yang mengubah kitaran ekologi pencernaan dari pencemaran sistem politik yang membezakan manusia menurut ukuran kekuatan kekayaan kemajuan dengan kelamahan kemunduran dan kemiskinan?

Bukankah kita dijadikan 'sebahagian dari alat bantuan' yang bersifat kebajikan oleh pemupukan sifat kemanusiaan atas dasar celik rasa dan minda?

Namun tidak mungkin sehingga setiap dana dan tabung minta rakyat yang dijadikan sebagai pengguna membiayainya.

Jumaat, 17 Jun 2011

Agensi Pencari Jodoh Yang Global Glokal Gelojoh Dan Gopoh?

Jenis tulisan-tulisan di Microsoft bukan merujuk penganut agama tertentu. Benarkah begitu?


Mengapa leelawadee ini dirujuk sebagai mewakili penganut Buddha di Thailand tatkala tidak terdengar keluhan dari mana-mana suara ramai mu yang mahukan agar wujud juga wakil jenis huruf bagi pengenalan identiti diri pencatatnya.


Mereka bisu dan memilih-milih bicara untuk berkata-kata.


“Sesungguhnya sememangnya satu kekhilafan dan kesilapan untuk menjayakan penggabungan dengan konsep satu atau dua atau tiga malah empat dengan lima dan seterusnya apabila ia hanya mengesahkan sifat lalang turut menjadi sikap dan jiwa kita.


Masih dia enggan berlapang dada tatkala kami mulai berbincang.


“Betapa salahnya pemikiran ini yang dipaksakan ke atas keupayaan akal yang disantun oleh wahyu.”


Bara kehangatan masih sukar disembunyikannya akibat semakin sukar merahsiakan apa yang ‘dilihatnya’.


“Dan fed up dengan ‘’hope’ anda yang diasuh oleh era neocolonialism.”


Saya merasakan sikap dia yang berterus terang ini lantaran disukarkan untuknya menyambung semula catatan-catatan yang terhenti oleh rakusnya diberahikan nafsu oleh pencatatan yang disantunkan oleh fenomena realiti semasa masyarakat tempatan.


“Apakah yang dikau lihat thanaif tatkala ego mu masih tidak dibuka untuk sekian lamanya.“


Daku meluat melihat lelaki-lelaki tua atau yang masih muda yang menyimpan wanita muda atau mungkin juga isterinya jauh dari pandangan khalayak. Terlalu tua untuk sepesis mu yang kelihatan jauh lebih muda.Apakah terlalu kebendaan dan mencintai kemewahankah wanita-wanita mu teja, sehingga daku melihat mereka seperti orang buta memimpin lelaki yang sedia menipu dirinya sendiri.


Spesis mu bukan lagi keturunan pemberani thanaif setelah mereka dirangkul oleh permainan dunia yang melelahkan mereka.

Awan Di Angkasa Dipintal Jugakah Menjadi Penjara?

Saudari,

Saya melihat bagaimana pendominasian media penyiaran berlaku di atas isu yang saudari bicarakan.

Wanita dan hak undang-undang melindungi kebersamaan mereka oleh perbezaan gender.
(sorotan kebenaran bagi pemandu wanita)

Sewajarnya kita melihat dunia dengan sisi-sisi pandang tertentu yang gelombang tinggi rendahnya diacukan sepenuhnya ke atas sistem kepenggunaan.

Kita perlu tahu masyarakat jenis apakah yang disasarkan untuk menjadi pengguna?

Jumlah bilangan penduduk yang tinggi kini di dalam peringkat usia yang mana?

Fokus ini akan berupaya membawa kita ke arah penaakulan sistem politik, ekonomi, sosial pendidikan dan budaya yang menuntut setiap diri berperanan tanpa mengkelaskan jenis kelompok di mana ia berada.


Sudah tentu saudari akan bersetuju bahawa akal tidak akan sempurna tanpa agama.


Lantas akidah yang dibentuk oleh agama di manakah wajar diletakkan tatkala agama mu juga pernah disumberkan dari agama wahyu?


Jesteru itu kita berasa amat 'sadis' dengan paparan media hiburan yang gagal merealitikan rupa sebenar kita sebagai insan.


Bagi yang non muslim kita hormati kesungguhan mereka beradaptasi terhadap apa yang mereka inginkan misalnya tatkala mereka mahu keseronokan mereka aktifkan capaian ke atasnya menerusi media untuk mempengaruhi massa yang dilingkari sepenuhnya oleh sistem telekomunikasi.


Tatkala itu juga kita digelorakan dengan dilemma kebebasan yang sesekali menyuramkan suasana masyarakat oleh keberanian menuntut kebebasan.


Di manakah kesungguhan kita mahukan keinginan kita dihormati hasil dari kesungguhan mahu beragama?

Mungkinkah terlihat fenomena siapakah yang lebih berproaktif untuk bersikap positif dengan isu-isu kemanusiaan namun masih dibelenggu dengan tanda hitam rantai kebebasan?


Apakah masih sukar dibezakan bebas bersuara kerana diadili dengan terpenjara tanpa bicara?


Monday, January 11, 2010

Sabtu, 11 Jun 2011

Diam

Adat mu hanya menjadikan wanitanya terlalu diberi muka.


Cemburukah dengan adat peninggalan nasab dari moyang saya?


Salahkah tatkala hanya melihat adat perpatih sebagai menyalahi syariah dari sudut pemilikan dan perwarisan tanah-tanah adat?


Mengapa tidak difokuskan tentang pembelaan nasib wanita oleh lelaki dari adat- adat dan budaya moyang ku berbanding mencemburui kesediaan nasab kami untuk bersetuju dengan cara penganugerahannya kepada wanita berbanding diberikan kepada lelaki?


Diamnya tidak banyak membantu untuk lebih difahami isunya yang masih tersembunyi.


Bagaimana pula dengan adat-adat lain misalnya adat jawa,adat melayu,adat arab,adat cina,adat india,adat moden,adat jahiliah,adat yunani,adat hindu, adat cina,adat barat,adat afrika dan tidak terlupa adat mellinium tatkala ummat mengetahui makna dan pengertian ‘Promise Land’ yang pada adatnya ialah membawa masuk seramai mungkin keturunan Yahudi ke tanah-tanah yang dihilangkan pemilikkannya malah tidak berupaya untuk dilihat geran dan status tanah setelah konsep pengusiran dan penghijrahan telah menatijahkan kemasukan semula untuk diwujudkan petempatan baru ke atas penghijrah asing?


Ku lihat wajahnya berubah dengan riak air muka yang tidak upaya disembunyikannya.


Membandingkan adat cuba dikau jawab adakah pembelaan wanita (anak-anak dan ibu bapa) sepenuhnya berdaya dilakukan oleh penguat-kuasaaan sesuatu peraturan? Jika ia berkuatkuasa mengapakah wujud keadaan-keadaan seperti di bawah misalnya:

1- Mengapa ada wanita muslim menjadi pelacur?
2- Mengapa ada rumah pelacuran dan rumah urut yang memberikan pekerjaan kepada wanita muslim?
3- Mengapa perlu wujud lessen-lesen untuk premis dan perniagaan ini?
4- Apa perlunya dari aktiviti ini dijana sebagai pekerjaan dan pendapatan?
5- Bagaimanakah peningkatan kelahiran anak-anak tanpa bapa di kalangan muslim setiap tahun dilihat sebagai bukan kelemahan pihak kerajaan?
6- Poligami tidak menjadi isu tetapi mengapa monogomy masih gagal menyumbangkan pengukuhan kepada pembinaan institusi kekeluargaan?
7- Apakah keuniversalan menjadikan perlu disamaratakan masalah tatkala wujud pemberian nafkah kepada wanita (isteri) di kalangan lelaki arab menerusi potongan 20% pendapatan mereka kepada isteri yang sah?
8- Masalah nafkah (peluang untuk mendapat pendapatan) yang tidak disedari oleh kebanyakan wanita muslim mengapakah perlu menjadi isu kepada perjuangan wanita barat terhadap kehidupan seksual pasangan suami isteri muslim?
9- Adakah kerajaan menjimatkan perbelanjaan keewangan apabila jumlah wanita / isteri yang tidak berkerja kerana menjadi suri rumah tangga menjadi jumlah terbesar di kebanyakan negara?


Dia diam dan saya juga diam.


Menjawablah lantaran dikau lebih berdaya dan berkelayakan berbanding saya.


Sudah terlalu banyak yang dikau ujarkan dan sudah terlalu singkat masa yang dikau berikan, apakah masih ada lagi pertanyaan?


Berdasarkan hadis dan pesanan Kekasih Allah SAW :‘bayarlah upah pekerja mu sebelum kering peluhnya’- apakah pencen dari caruman Kesatuan Wang Simpanan Pekerja upaya memaham dan menghadamkan kerajaan mu terhadap tanggungjawab dan amanah yang dikhianati apabila pada usia seawal 18 atau 21 tahun pekerja sektor kerajaan sudah mulai menabung wang mereka. Akan tetapi mereka hanya boleh menggunakan tabungan wang itu setelah berusia 55 atau 56 tahun setelah meninggalkan alam pekerjaan. Isu saya ialah apakah nasib waris,gemulah dan anak-anak yang memerlukan bantuan tatkala berhadapan masalah yang muncul tanpa diduga tatkala ‘petty cash’ tidak upaya wujud di dalam sesebuah keluarga dan rumah tangga itu?


Apakah dikau mencabar kaedah dari khidmat penabungan simpanan Unit Trust dan belian saham boleh digunakan pada jangka masa yang singkat tatkala wujud tempuh masa yang menjadi syarat untuk ia digunakan?


Kaedah lama ini tidak wajar kekal menjadi cara untuk didapati dana-dana bagi membiayai projek tatkala pencarum tidak upaya menggunakannya saat mereka memerlukan.


Dan antara kami semakin menjadi diam.

Rabu, 8 Jun 2011

Konti Yang Berkroni?

Adakah media bersedia mengambil sifat pendidik berbanding polis dan tentera?

Rasanya tidak.

Mengapa?

Kebanyakan mereka bergaji dan tidak bebas malah diberikan tekanan untuk kekal di dalam ranking dan populariti tertentu yang menjadikan mereka harus bersaing sesama sendiri.


Tidak adakah sesaat mereka memikirkan nasib khalayak yang diabaikan oleh perjanjian dan surat akuan permohonan untuk jawatan di medan media?


Saya tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.


Wartawan-wartawan itu juga berkronikah thanaif?


Mereka berskrip teja.


Bergaji berskrip dan berkroni siapakah yang rugi,thanaif?


Saat ini kita menemui masalah dan menemukan kelemahan walau pun telah melalui langkauan jangkaan ‘beyond’ kemodenan dekad dan kemajuan pembangunan. Misalnya bolehkah dinyatakankan apakah saranan sebenar ‘Money Talk’ terhadap pembasmian kemiskinan berbanding membincangkan keuntungan-keuntungan syarikat-syarikat pelabur?


Akan tetapi ada yang dibunuh thanaif apabila terlalu berani bersuara.


Disebabkan itukah ramai yang memilih untuk berkompromi apabila tidak berkroni?


Kami kembali terdiam untuk sekian kalinya.

Khamis, 2 Jun 2011

Raikan Jagat Atau Raikan Jabat?

'How can software improve your writing?'


Soalan ini berlegar-legar di fikiran.Terasa mahu diabaikan hati meminta diperhatikan makna dan kehendak di sebalik pertanyaan.


Lalu dicatatkan pada email beberapa pandangan:


Ketidak pekaan bahawa bahasa tidak perlu didominasikan telah menghalang banyak kemajuan upaya dicapai misalnya sasar tumpuan yang memaklumatkan informasi bagaimanakah dipersetujui telah menjadi alat yang memerangkap keupayaan kebanyakan negara untuk menyatukan warganya?


Kelemahan berbahasa inggeris bukan lagi menjadi antara alasan keyakinan diri tidak dapat dikuasai.


Melangkahi sempadan diri tidak lagi disebabkan oleh kelemahan berbahasa inggeris melainkan kerana sikap bebas berdikari tidak diproaktifkan walau pun wujud pemberian kemerdekaan oleh penjajah kepada anak-anak jajahan mereka.


Lingkaran keamanan dan keselamatan dibenarkan diacu rombakkan bukan mengikut nilai keperluan negara-negara yang merdeka.


Apakah makna merdeka jika kita masih tertakluk kepada kehendak yang memenuhi permintaan dari luar keperluan negara sendiri?


Sebenarnya tanpa mengira ideologi beza di antara negara dan pegangan nilai yang tidak serupa ummat manusia masih boleh bekerja-sama.


Bagaimanakah upaya ditolak bahawa hubungan diplomatik peringkat antara bangsa masih tidak upaya mengembalikan kewibawaan pendiplomatik yang sering mengimbuhkan perseteruan di kalangan etnik sesebuah negara seperti mana yang sering dizahirkan oleh penguasaan kuasa yang dilahirkan oleh sistem pilihanraya dari amalan demokrasi yang sering meletakkan pembangkang di posisi pesalah.


(Secara tiba-tiba diminta dia menyedari dan mengakui untuk menghormati bahawa di tanah air kami wujud dua kerajaan sah di sisi perlembagaan (penambahan pada 24/3/2011 – 0638 pagi)



Perlukah dihukum warga yang dibenarkan untuk membuat pilihan yang dipelihara hak-hak kebebasannya untuk memilih dilihat sebagai kelaziman?


Pertambahan penduduk menjadikan semakin banyak keperluan dan perkhidmatan diperlukan tetapi siapakah yang mahu memusnahkan keharmonian kestabilan dan keseimbangan ummat yang saling memerlukan di antara satu sama lain?


Politik?

Kesedaran untuk bersiasah pada millenium baru ini tidak wajar dicabar apabila pembangunan kemanusiaan itu bukan lagi teori tetapi praktikal yang memerlukan dipenuhi tuntutan kesedarannya.


Ekonomi?

Isu moral yang dibiakkan oleh unsur ini adalah sejauh mana anda mewajarkan manusia dijadikan sebagai mesin pengguna sedangkan tujuan kelahiran dan penciptaan adalah untuk ibadah yang mengukuhkan hubungan di antara Pencipta dan manusia dan di antara manusia dengan manusia.


Sosial?

Bagaimanakah idealnya untuk menawarkan upah yang tinggi dan cara berpendapatan kepada rakyat asing bagi membangunkan sesebuah negara menerusi pemberian taraf kewarganegaraan yang dipermudahkan syarat pengiktirafannya?

Bagaimanakah pula penggunaan bahasa inggeris di dalam pendidikan negara-negara yang telah merdeka turut dijadikan penentu dalam sektor pekerjaan tatkala ia upaya menatijahkan penurunan keaslian beridentit?

Selain dijadikan mereka sebagai penghijrah kerana meninggalkan tanah-tanah yang telah ditaksirkan mempunyai nilai tinggi di pasaran,penambahan pada isu dan permasalahan sosial masyarakat terserlah seolah-olah direncanakan.


Bagaimana pihak Tuan/Puan upaya menerima kewujudan warga tanpa negara tetapi mensabitkan undang-undang untuk dilaksana ke atas mereka?
(Apakah dia memahami persoalan lebih lima tahun lalu masih belum dilihat hasilnya?)


Bagaimana pula tentang kewujudan negara yang warganya tidak berpendapatan untuk dihitung perkapita oleh ketiadaan pertumbuhan untuk dianggarkan pendapatan dan rezabnya semenjak merdeka?


Kelemahan berbahasa inggeris bukan lagi menjadi alasan minda dan akal tidak bebas berfikir dan melontarkan idea dan pandangan kerana sudut kreativiti akal juga difungsikan oleh emosi yang pengukuhan dalaman dari rasa sanubari itu terletak di dalam qalbu yang paduan rohaninya diikat erat oleh adab-adab akhlak.


Rohani bukan boleh dilihat walau pun ia wujud kerana boleh dirasakan.


Apakah kewajaran dimiliki jaminan keselamatan tanah air angkasa sempadan dan nyawa dilahirkan oleh bahasa inggeris?


(Saya tahu kemarahannya masih belum terpadam.)