Sabtu, 11 Jun 2011

Diam

Adat mu hanya menjadikan wanitanya terlalu diberi muka.


Cemburukah dengan adat peninggalan nasab dari moyang saya?


Salahkah tatkala hanya melihat adat perpatih sebagai menyalahi syariah dari sudut pemilikan dan perwarisan tanah-tanah adat?


Mengapa tidak difokuskan tentang pembelaan nasib wanita oleh lelaki dari adat- adat dan budaya moyang ku berbanding mencemburui kesediaan nasab kami untuk bersetuju dengan cara penganugerahannya kepada wanita berbanding diberikan kepada lelaki?


Diamnya tidak banyak membantu untuk lebih difahami isunya yang masih tersembunyi.


Bagaimana pula dengan adat-adat lain misalnya adat jawa,adat melayu,adat arab,adat cina,adat india,adat moden,adat jahiliah,adat yunani,adat hindu, adat cina,adat barat,adat afrika dan tidak terlupa adat mellinium tatkala ummat mengetahui makna dan pengertian ‘Promise Land’ yang pada adatnya ialah membawa masuk seramai mungkin keturunan Yahudi ke tanah-tanah yang dihilangkan pemilikkannya malah tidak berupaya untuk dilihat geran dan status tanah setelah konsep pengusiran dan penghijrahan telah menatijahkan kemasukan semula untuk diwujudkan petempatan baru ke atas penghijrah asing?


Ku lihat wajahnya berubah dengan riak air muka yang tidak upaya disembunyikannya.


Membandingkan adat cuba dikau jawab adakah pembelaan wanita (anak-anak dan ibu bapa) sepenuhnya berdaya dilakukan oleh penguat-kuasaaan sesuatu peraturan? Jika ia berkuatkuasa mengapakah wujud keadaan-keadaan seperti di bawah misalnya:

1- Mengapa ada wanita muslim menjadi pelacur?
2- Mengapa ada rumah pelacuran dan rumah urut yang memberikan pekerjaan kepada wanita muslim?
3- Mengapa perlu wujud lessen-lesen untuk premis dan perniagaan ini?
4- Apa perlunya dari aktiviti ini dijana sebagai pekerjaan dan pendapatan?
5- Bagaimanakah peningkatan kelahiran anak-anak tanpa bapa di kalangan muslim setiap tahun dilihat sebagai bukan kelemahan pihak kerajaan?
6- Poligami tidak menjadi isu tetapi mengapa monogomy masih gagal menyumbangkan pengukuhan kepada pembinaan institusi kekeluargaan?
7- Apakah keuniversalan menjadikan perlu disamaratakan masalah tatkala wujud pemberian nafkah kepada wanita (isteri) di kalangan lelaki arab menerusi potongan 20% pendapatan mereka kepada isteri yang sah?
8- Masalah nafkah (peluang untuk mendapat pendapatan) yang tidak disedari oleh kebanyakan wanita muslim mengapakah perlu menjadi isu kepada perjuangan wanita barat terhadap kehidupan seksual pasangan suami isteri muslim?
9- Adakah kerajaan menjimatkan perbelanjaan keewangan apabila jumlah wanita / isteri yang tidak berkerja kerana menjadi suri rumah tangga menjadi jumlah terbesar di kebanyakan negara?


Dia diam dan saya juga diam.


Menjawablah lantaran dikau lebih berdaya dan berkelayakan berbanding saya.


Sudah terlalu banyak yang dikau ujarkan dan sudah terlalu singkat masa yang dikau berikan, apakah masih ada lagi pertanyaan?


Berdasarkan hadis dan pesanan Kekasih Allah SAW :‘bayarlah upah pekerja mu sebelum kering peluhnya’- apakah pencen dari caruman Kesatuan Wang Simpanan Pekerja upaya memaham dan menghadamkan kerajaan mu terhadap tanggungjawab dan amanah yang dikhianati apabila pada usia seawal 18 atau 21 tahun pekerja sektor kerajaan sudah mulai menabung wang mereka. Akan tetapi mereka hanya boleh menggunakan tabungan wang itu setelah berusia 55 atau 56 tahun setelah meninggalkan alam pekerjaan. Isu saya ialah apakah nasib waris,gemulah dan anak-anak yang memerlukan bantuan tatkala berhadapan masalah yang muncul tanpa diduga tatkala ‘petty cash’ tidak upaya wujud di dalam sesebuah keluarga dan rumah tangga itu?


Apakah dikau mencabar kaedah dari khidmat penabungan simpanan Unit Trust dan belian saham boleh digunakan pada jangka masa yang singkat tatkala wujud tempuh masa yang menjadi syarat untuk ia digunakan?


Kaedah lama ini tidak wajar kekal menjadi cara untuk didapati dana-dana bagi membiayai projek tatkala pencarum tidak upaya menggunakannya saat mereka memerlukan.


Dan antara kami semakin menjadi diam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan