Jumaat, 24 Jun 2011

Medi Care Ertinya Apa? (1)

Beberapa hari yang lalu ulangan permasalahan tatkala berhadapan dengan karenah pekerja am di Matar Qadeem berulang lagi.


Saya tidak tahu bagaimana mahu menilai kualiti seorang pekerja dari kumpulan sokongan petugas am yang kelihatannya tidak berupaya untuk menghormati kehendak penyewa yang bertindak sebagai tuan rumah walau bersifat sementara di kediaman-kediaman yang mereka sewa.


Isunya ialah kasut.


Isu yang membuatkan dicari makna lingkungan adat timur dan kebersihan bagi rumah-rumah muslim.


Isu ini kelihatan remeh temeh dan tidak menjana keuntungan bahkan didakwa akan merugikan mana-mana hubungan baik sesama jiran.


Mereka bersungguh-sungguh hati mahu bersikap rasional mungkinkah kerana hanya bersedia untuk melihat isu-isu penting sahaja yang boleh membawa nilai komersial?


Pelik dan amat payah perkara ini untuk saya abaikan begitu sahaja.


Apakah kesucian atau thaharah sememangnya mereka asingkan dari makna kesihatan?


Kepada muslim seperti saya Medi Care itu tidak boleh meninggalkan thaharah yakni cara-cara menjaga kebersihan untuk suci dan bersih dari kekotoran dan najis (ahhhh ada pula perkataan najis)lalu apakah fokusnya terhadap rohani emosi intelek dan jasmani?


Medi itu apa kepada seorang muslim atau manusia jika asas kebersihannya masih hanya pada alat, perkakasan bahan, benda, unit, radas, instrument, tempat, kelengkapan, dewan yang meningkatkan kos rawatan oleh kecanggihan nilai pada sifat M E D I C A R E itu sendiri.


Saya sudah mahu tersenyum sendirian.


Jika saya berada di Manchester atau di Knutsford atau di Cheshire amat difahami kelaziman adat resam kebanyakan masyarakat tempatan yang beragama Kristian atau lain-lainnya yang bersifat lazim membawa kasut ke dalam rumah.


Ini sebahagian penghormatan emposi saya terhadap makna perbezaan budaya dan cara hidup.


Akan tetapi saya kini berada di bumi berlokasikan dunia muslim.

Banyak masjid di persekitaran kediaman kami.

Umumnya pekerja-pekerja lelaki di sini adalah bagi kumpulan sokongan ialah muslim.

Apakah thaharah itu bukan antara perkara yang dituntut sebagai asas kepada berilmu?


Perlakuan dan karenah sebegini memang membuatkan ligat fikiran saya mengenang masa hadapan yang mahu ditangani oleh warga tua buat generasi mereka dalam silang sela Mellinium Global Quantum Bermetafizika... huiiii beratnya nak dilafazkan dengan kata-kata.


Sukar mahu melihat kualiti individu yang semakin terasa diraskan dengan pelbagai genetik mutasinya.


Bukankah kita membina interaksi kerana sifat insan yang boleh bersuara?

Bukankah kita yang membina interaksi dari beredarnya masa?

Bukankah kita yang menyaksikan peredaran masa yang meninggalkan kesan-kesan bencana yang mengubah kitaran ekologi pencernaan dari pencemaran sistem politik yang membezakan manusia menurut ukuran kekuatan kekayaan kemajuan dengan kelamahan kemunduran dan kemiskinan?

Bukankah kita dijadikan 'sebahagian dari alat bantuan' yang bersifat kebajikan oleh pemupukan sifat kemanusiaan atas dasar celik rasa dan minda?

Namun tidak mungkin sehingga setiap dana dan tabung minta rakyat yang dijadikan sebagai pengguna membiayainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan