Jumaat, 24 Jun 2011

Medi Care Ertinya Apa? (2)

Lantas emosi saya berkocak seketika apabila pekerja-pekerja yang hanya diminta memeriksa mengapa alat pendingin hawa disalah satu bilik di rumah kami tidak mengeluarkan udara sejuk enggan membuka kasut mereka apabila diminta berbuat demikian.


Dicermati jenis kasutnya ia bukan seperti mana jenis kasut yang sering digunakan oleh suami yang mempunyai kelayakan untuk melakukan pemeriksaan pepasangan melebihi 132,000 volt (betulkah?)


Seni memprotes sudah menjadi sebati di jiwa akibat penafian yang selama ini dilakukan ke atas kebanyakan pekerja yang etika kebanyakan mereka adalah profesional walau pun hanya berasal dari kelompok negara kecil di tenggara Asia.


Pengalaman 'rakan jiwa raga' ku ini sering diabaikan oleh 'mereka' yang tampak gahnya oleh sifat bermusafir dari satu negara ke negara lain, gah oleh 'mereka' yang loghat dailek pekat dan tebal sebutan 'mereka' menyamai dailek inggeris, gah oleh fasih dan petah sebahagian dari 'mereka' menyenikan watak dengan ciri 'entertaint' untuk mudah untung syarikat saling dibiakkan.

Sedangkan 'teman jiwa raga' ku selama 22 tahun ini tidak memiliki sifat sebegitu.


Saya tidak tahu bagaimana kategori yang disyaratkan oleh kerajaan negara ini terhadap pengambilan pekerja di sektor sokongan.


Apakah hanya dibuat secara 'pindah percaya' kepada ejen-ejen pencari pekerja sahaja demi mendapatkan pekerja yang mudah dibayar upah yang diminimumkan apabila setiap kali tamat kontrek mereka digantikan dengan orang lain?


Atau apakah benar ganjaran yang diberi setimpal dengan ketekunan dan dedikasi?


Apabila saya berkeras tidak mahu membenarkan mereka masuk jika dengan berkasut, suami dengan sabar meminta supaya mereka menggunakan kasutnya yang memenuhi syarat 'safety shoes' dan selipar getah kerana memahami di setiap ruang rumah kami boleh menjadi tempat untuk bersolat apa lagi di dalam bilik di mana penghawa dingin itu perlu dibaiki.


Sudah beberapa hari aduan suami tidak diberikan perhatian.

Kelihatannya di antara pihak pengurusan dengan pihak pekerja tidak ada keserasian untuk saling berinfo apabila setiap kali pengaduan dibuat sentiasa diminta nombor talian kami untuk dihubungi semula.


Jelas wujud perbezaan yang ketara dengan syarikat di tempat lama kami tinggal walau pun masih wujud isu yang sama yakni kebanyakan lelaki dari India dan Pakistan malah Arab mempunyai ego untuk sukar menerima 'kata-kata' walau pun berbentuk pengaduan dari wanita.

Apakah lantaran mereka umumnya terdiri dari spesis maging dari jenis yang berdarah panas seperti kambing dan unta menjadikan sesalur dari urat saraf mudah membuakkan darah sehingga mudah berasa tercabar dengan permintaan-permintaan yang menjadi asas kepada keperluan?


Masalah minda saya bukan kerana wujud kecacatan sehingga boleh didakwa separa kurang rasional tetapi lebih kepada bagaimanakah isu pendiskriminasian dan penindasan sehingga dieksploitasikan sosial di kalangan marhaen di kalangan pekerja upaya ditangani.


Lantas diamati kedudukan rupa bangunan seraya diimbas ciri kedudukan dan penyediaan pepasangan papan suis, pendawaian, sesuis, perlengkapan radas eletrik reka dan bentuk penyambungan aliran voltej dari soket aliran keluar masuk arus di kebanyakan kediaman kelihatan seperti tidak memenuhi sijil kelayakan mendiami apabila masih wujud fenomena kekerapan menukar mentol lampu di rumah kami.

Apabila palam bagi menambah guna tenaga dilakukan, palam tambahan yang dibeli di kedai akan mudah meletup (bunyi pop yang perlahan) akibat laluan mudah arus yan tidak mampu diterima oleh palam tambahan yang dibeli dari kedai.


Adakah piawaian seperti Sijil Lulus Peralatan atau Sijil Lulus Kediaman bagi bangunan tidak diambil pertanggungjawabannya seperti mana kesediaan mereka tidak memiliki geran bagi tanah-tanah yang diwarisi dari nenek moyang?


Agar 'rakan udara' yang tidak dikenali tidak berjauh hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan