Jumaat, 15 April 2016

Bahasa Akhirat Kita Berbezakah Nanti?

Sudah lama tidak menulis.

Sudah lama tidak membariskan huruf-huruf yang berbagai bentuk bila jari-jari ini menari.

Sudah lama tidak memetakan untuk susunan berbagai ungkapan dan bicara bahasa dari hati.

Apakah benar jarak yang mendalamkan sengsara telah dibina oleh garis cinta?

Apakah benar sengsara yang melumpuhkan mata pena telah dikunci oleh kata-kata yang dibina?

Atau sudah terlupakah bahawa untuk membaca perlu ada bahasa?

Bahasa tidak dibina oleh gambar-gambar yang bisu walaupun ada cerita.

Bahasa juga mewujudkan dalil serta saksi 

Apabila masa hadapan kesemuanya menuju masa hadapan yang pasti 

Lantaran akhirat bukan imaginasi bukan mimpi-mimpi...



Bahasa-bahasa dibina dari Al-Quran kerana taakulan dan penelahan

Diasuh untuk menjadi faham dari pesan dan qudwah hasanah Rasullullah sallallah hu alaihiwasalam

'Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah

Yang mengajar manusia dengan pena'

Terlalu ashikkah kita sehingga 'pena ' Pencipta disamakan dengan pena milik hamba-hambaNya?

Terlalu ujubkah kita sehingga terlupa 

Penegasan Allah Ta'ala bahawa tiada tuhan selain Dia yang diakui oleh malaikat dan 

Diperakui juga oleh orang yang berilmu yang menegakkan keadilan.

Justeru inginkah kita berbudi kerana ibadat berbahasa kerana amanat?



Antara Susut Kerana Diet Dengan Nilai Wang Yang Disusut Kerana Niat.


"Cikgu, saya masih ada soalan untuk mendapatkan kefahamannya."

"Ya Allah, kamu masih di sini?"

Aduhai mengapakah cikgu masih perlu bersinis kepada saya sama seperti masa-masa yang lalu?

"Bolehkah saya bertanya soalan, cikgu?"

Wajah cikgu yang cantik berseri mulai kelam. Matanya merenung jauh ke luar kelas.

Suaranya yang lembut juga seolah-olah telah tersimpan setelah mendengar bicara saya.

Terlalu siniskah saya kepada setiap mereka yang tidak benar-benar mengenali saya?

Ahhh tiba-tiba berpuitis pula minda saya tatkala mereka yang benar-benar rapat dengan saya juga sebenarnya tidak benar-benar bersedia mengenali saya dengan hati mereka yang menempatkan qalbu untuk difahami terbitnya niat yang menjadi lurus atau bengkokkah minda andai hanya berkisar pada jiwa dan fikiran sahaja.

"Saya akan meminta kelas memberikan pandangan mereka jika soalan kamu sesuai untuk dibincangkan."

"Apakah syirik yang tidak menyebabkan seseorang terkeluar dari agamanya?"

"Saya guru ekonomi dan soalan kamu ditolak."

"Tetapi cikgu seorang muslim sama seperti kami."

"Apa perkaitannya?"

"Dunia muslim telah dikenali masyarakatnya. Bina diri dan asas mereka berkerajaan telah disahkan oleh undang-undang dunia lalu apakah alasan masih kita diberikan persamaan sebagaimana masyarakat yang tidak beriman walaupun beragama?"

"Kaitkan dengan faktor ekonomi."

"Saya tidak tahu pesanan Rasulullah sallallah hu alaihiwassalam ini hadis sahih atau hadis tanpa sanad, bahawa sesungguhnya jampi-jampi (yang tidak menggunakan nama Allah atau doa-doa yang baik yang diterima dari Rasulullah sallalla hu alaihiwassalam sendiri) dan memakai azimat adalah syirik."

"Urusan hukum di dalam fikh ditangani oleh ulamak bukan saya."

"Riba telah dinyatakan haram tetapi kami masih mempelajari teorinya sehingga kami mempraktikkan teori itu di dalam amali kami."

"Wang yang disusutkan nilainyakah soalan kamu?"

Cikguku memang pintar walaupun dia seorang perempuan. 


"Kelas, bagaimanakah kamu mengaplikasikan akhirat di dalam ekonomi?"

"Bayar zakat cikgu."

"Cuma orang kaya sahaja yang membayar zakat cikgu, bila mereka memiliki emas, mereka juga memiliki wang simpanan, mereka juga yang memiliki perniagaan, mempunyai ladang dan ternakan, miliki pendapatan yang dicukai serta saham, cikgu."

"Riba dizakatkah cikgu?"

Tiba-tiba mata cikgu membulat dan bahasa wajahnya menzahirkan emosi amarah.

Kemarahan seorang wanita sangat menggusarkan.

"Saya juga kenal Abu Daud dan Ibnu Majah."


"Mengapa dengan Abu Daud dan Ibnu Majah cikgu?"


"Saya cuma dapat mengingati tentang kitab yang berbicara, sunat berdiri tegak dan kalimah 'laa adri."


Kiranya cikguku juga tahu berkalimah arab.











Jumaat, 8 Januari 2016

Bertanya Itu Supaya Tidak Lagi Tersesat Jalan


Tahun 2016 setelah 1437 memasukki peredaran orbit dunia, adakah menjauhkan kita dari akhirat apabila masa hadapan ummah perlu ditentukan oleh Negara Cina?

Maksudku masihkah materialistik menjadi fokus membina ummah?

Adakah pemerintahan akhir zaman kekal tidak menjadikan akhirat sebagai masa hadapan ummah?

Setelah memandang ke Barat setelah memandang ke Timur setelah memandang ke Utara  dan kini memandang ke Selatan masihkah ekonomi yang melestarikan materialism menjadi fokus pengisian kebangkitan ummah khususnya generasi Muhammad sallallah hu alaihiwassallam?

Kemiskinan tidak dipindahkan setelah lama memandang ke mana-mana arah.

Kekayaan yang telah dipindahkan setelah lama memandang ke sana ke sini.

Kebaikan dan kebajikan ditawarkankah untuk menjadi pakej kemanusiaan kesan dari dasar memandang ke sana ke sinikah?


“Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu kea rah timur dan barat tetapi kebajikan itu ialah :

Orang yang beriman kepada Allah Ta’ala.
Beriman kepada hari akhirat.
Beriman kepada malaikat-malaikat.
Beriman kepada kitab-kitab.
Beriman kepada nabi-nabi.

Memberikan harta yang dicintai kepada :

Kaum kerabat.
Anak yatim.
Orang-orang miskin.
Musafir.
Peminta-peminta (sedeqah).
Memerdekakan hamba sahaya (pelarian?)
Orang-orang yang bersolat.
Orang-orang yang membayar zakat.
Orang yang melunasi janji setelah berjanji (pembayar hutang?)
Orang yang bersabar di dalam kemiskinan.
Orang yang menderita kerana peperangan.


Di manakah dinar dan dirham jika riyal masih tidak relevan  menjadi alat mengukur materialism ini?
?

Aqidah masih belum menjadi muslimin berbudaya?